Sunday, December 26, 2010

kmk kelantan 2010

Alhamdulillah,pertama-tamanya dan buat selama-lamanya,hanya padaNya kita panjatkan syukur pengharapan dan pergantungan kita kepada Yang Maha Pencipta, melancarkan segalanya. Kem Minda Kreatif (KMK) 2010 telah berlangsung dengan jayanya di Kem Jeram Mengaji Pasir Puteh, pada 17 Dicember 2010 - 19 Dicember 2010 3hari 2 malam, seramai 81 orang peserta yang datang dari pelusuk negeri Kelantan.tahniah kepada adik-adik, kerana berjaya mengisi masa cuti kali ini dengan menyertai KMK 2010. Ada adik peserta, sampai lewat kerana sesat xjumpa jalan.alhamdulillah, Allah izin sampai jg..


insyaAllah dikesempatan ini, saya ingin kongsikan serba ringkas kmk kelantan 2010 yang telah pun tamat...
alhamdulillah Allah izinkan kmk kali ini dapat berjalan dengan lancar...



Ice breaking
Sebelum  sesi bermula, adik-adik peserta nampak segan dan malu antara satu sama lain, tidak mahu berpisah dengan kawan-kawan dari sekolah yang sama, Alhamdulillah,di akhir sesi ice-breaking, adik-adik mula bercakap dan bertegur sapa dengan kawan-kawan baru juga dapat berkenalan dengan brother and sister yang merangkap fasi.



 

Kembara minda kreatif
masa yang ditunggu-tunggu setiap peserta, kembara minda kreatif atau explore race.Alhamdulillah, sepanjang program berjalan saya sempat meninjau pergerakan adik-adik. Semuanya seronok dan menghayati aktiviti di setiap check point. mudah-mudahan objektif setiap check point turut tercapai..insyaAllah

Antaranya check point yang menarik:

tasmi' ayat dan hadis hafazan sambil berendam dalam air

erm,agaknya bila dah dok dlm air ni, boleh ker tasmi' ni?

Terowong Palestine di mana adik-adik dikehendaki masuk kedalam terowong dan merangkak didalamnya sehingga ke penghujung. dalam terowong tu, gelap tiada cahaya...begitulah juga kehidupan remaja2 di palestin.





 
 



Lebih mencabar sepanjang tempoh kembara berlangsung hujan turun renyai-renyai dan kadang kala lebat menguji ketahanan fizikal peserta, dengan pertolongan Allah, Alhamdulillah segalanya berjalan dengan baik. Alhamdulillah, Allah bagi kesempatan  keada peserta dan juga urusetia menunaikan solat berjemaah di dataran  berpayungkan langit kebesaran Allah yang masih hujan dan berlantaikan tar, pengalaman yang pastinya sukar dilupakan..insyaAllah.




Alhamdulillah, ukhuwah antara peserta menjadi bertambah erat apabila adanya kenangan manis menyuap makan sahabat yang dikasihi.hari pertama, segan je nampak, tp bila masuk hari kedua mcm tak sabar pula nak suap sahabat. bak kata brother and sister " suapan pertama untuk sahabat"...indah sungguh ukhwah ni..


sudahlah makan bersuap, makan dalam talam pula...
adik-adik yang tak biasa makan dalam talam..
insyaAllah lepas ni dah blh biasakan diri..
dah ada pengalaman..
best tak?






alhamdulillah, akhirnya kmk kelantan 2010 telah pun melabuh tirainya...
semoga adik-adik mendapat pengisian yang bermanfaat dan berfaedah sepanjang kmk berjalan..
apa yang baik, amalkan dan kongsikan dengan orang lain...ilmu yang dikongsikan itu lebih bermakna.insyaAllah


kepada fasi dan urusetia, tahniah atas sumbangan dan tenaga kalian..
moga Allah menilai dengan sebaik-baik nilaian...insyaAllah..

tak lupa juga kepada haluanita yang turun padang,memasak untuk peserta, fasi dan urusetia..jazakilahukhoir...



Wednesday, December 8, 2010

salam ma'al hijrah




salam ma'al hijrah 1432H buat semua...
semoga ma'al hijrah kali ini dapat memimpin kita..

dari kejahilan kepada kebijaksanaan,
dari diselubungi maksiat kepada limpahan ni'mat suci ketaqwaan,
dari cinta nafsu kepada cinta teragung,
dari mazmumah kepada mahmudah,
dari dosa kepada pahala,
dari jalan neraka kepada jalan syurga...

insyaAllah...
sama-sama kita usaha dan doa semoga kita dapat hijrah
 kepada yang lebih baik...


***sejak akhir-akhir ini, saya jarang update kolam ini,maafkan saya...insyaAllah, jika diizinkan Allah,saya akan kongsikan apa yang saya lakukan kan sehingga kolam ini hampir berlumut =)...

Friday, November 26, 2010

promosi kmk 2010



bismilahirrahmanirrahim...


alhamdulillah, cuti sekolah hampir masuk minggu kedua. buat adik-adik sekolah menengah, manfaatkan cuti sebaik mungkin. gunakan masa yang Allah berikan untuk menyertai aktiviti yang bermanfaat. semoga bekalan yang diperolehi dapat melahirkan individu yang soleh dan juga solehah.


insyaAllah disini, saya ingin hebahkan satu aktiviti menarik yang bakal menemui adik-adik sekolah menengah. program yang diberi nama kem minda kreatif. apa kem minda kreatif ni yer? jom baca, sumber dari hasizu



Kem Minda Kreatif 2010 (KMK 2010) merupakan sebuah Kem Motivasi Kecemerlangan & Pembentukan Jati Diri anjuran Kelab Remaja HALUAN (KeARAH). Sasarannya adalah pelajar sekolah menengah antara tingkatan 1 hingga tingkatan 6.

Kebejatan dunia pada hari ini, sedang menenggelamkan nilai2 Islami dalam diri manusia . Lalu, Kem Minda Kreatif ini merupakan satu medium dalam membentuk anak-anak muslim hari ini bagi memiliki keperibadian Islam Sejati dan memiliki minda yang kreatif dalam membentuk kehidupannya sendiri supaya menjadi seorang individu yang berguna kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara.




Kem Minda Kreatif kali ini yang bertemakan “Remaja Dinamik Kehidupan Fantastik” dilaksanakan di beberapa buah negeri dengan tarikh yang berbeza. Namun, modul dan tema bagi setiap negeri adalah sama. Hal ini bertujuan untuk memudahkan perjalanan para peserta dan AJK agar tidak terlalu jauh yang memakan masa dan kos yang tinggi. 




untuk maklumat yang lebih jelas,sila klik pada flyers dibawah...


 RALAT: kmk-4 adalah kmk 2010...klik pada flyers untuk lebih jelas.




RALAT: kmk-4 adalah kmk 2010...klik pada flyers untuk lebih jelas.

untuk melihat brosur kmk-2010,sila klik disini


untuk melihat gambaran lebih jelas kmk yang telah dijalankan sebelum ini, sama-sama saksikan video dibawah...



kenangan manis,kmk zon timur, 2009



kmk 2,2008. masih segar diingatan...insyaAllah

kepada adik-adik, jom daftarkan diri.ajaklah kawan-kawan...
jumpa adik-adik disana yer (",)

Wednesday, November 24, 2010

tahniah!

bismilahirrahmanirrahim....


alhamdulillah...segala puji hanya bg Allah..


dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan tahniah buat rakan-rakan dari fakuti pendidikan, yang telah menerima penempatan guru. rata-rata yang saya hubungi dapat negeri yang diminta, walaupun ada juga yang ditempatkan jauh dari bandar. antaranya azmah di felda gemencheh, ita di palong 7, dan ada lagi..


kepada yang terpaksa berjauhan dengan orang yang tersayang, mawarku nik zakiah. moga tabahkan hati. insyaAllah ada hikmah yang tersembunyi...masih lagi boleh berulang antara kulim dengan kangar, dekat je kan =)...


semoga kalian tabahkan hati...insyaAllah diari kalian sebagai seorang guru bakal bermula...moga Allah permudahkan...semoga segala usaha kalian, akan mendapat nilai di sisi Allah di akhirat nanti, insyaAllah..doakan juga kami yang sedang menunggu keputusan temuduga =)




gamba ni di ambil semasa last presentation, group john n members...
last day dan last class we in
 faculty of education...






buat guru-guru yang bakal memulakan sesi mengajar
 buka sekolah nanti..
saya dedikasikan video ini untuk kalian =)..



tapi, sedikit pelik.ye kawan-kawan yang tinggal di negeri perak, melaka, pahang, dan johor dapat negeri kelahiran mereka. tapi, kenapa yang tinggal di kelantan, terengganu, pahang xdapat posting ke negeri sendiri?

munasabah tak?

Tuesday, November 16, 2010

salam aidiladha...


firman Allah dalam surah Al-Mumtahana, ayat 6



ertinya:
sungguh, pada mereka itu (ibrahim dan umatnya) 
terdapat suri teladan yang baik bagimu,
 iaitu bagi orang yang mengharap pahala Allah dan keselamatan
 pada hari kemudian, dan barang siapa berpaling, 
maka sesungguhnya Allah, Dialah Maha kaya, Maha Terpuji.






semoga peristiwa yang bersejarah dalam islam ini dapat 
meresap ke dalam hati kita 
dalam memahami konsep pergorbanan yang sebenar. 

sepertimana nabi ibrahim sanggup mengorbankan 
anaknya kesayangannya dalam melaksanakan
 wahyu yang diterimanya..subhanallah..
inilah nilai taqwa yang tinggi di sisi Allah swt



sama-samalah kita merelakan diri, berkorban apa sahaja 
bukan sekadar wang ringgit 
dalam menjadi hamba kepada Allah swt yang benar-benar bertaqwa.
insyaAllah


~salam aidiladha buat semua yang 
ziarah ke kolam ini (",) ~

Sunday, November 14, 2010

basic question...

Alhamdulillah, Allah izinkan saya menjadi cikgu ganti di SeRU Al-Hilal..banyak pengalaman yang Allah izinkan saya pelajari...

salah satu matapelajaran yang saya ajar adalah sirah..mengajar sirah, barulah saya sedar banyak lagi sirah yang saya tak tahu dan tak ambil tahu..perlu perbaiki...

insyaAllah, saya ingin kongsikan beberapa basic question dan juga jawapannya yang saya kutip dari junjungan mulia  bila baca soalan-soalan ringkas ni, boleh buat teka-teki islamic dengan kanak-kanak =)

semoga bermanfaat...

1.Bilakah nabi Muhammad s.a.w dilahirkan?
Jawapan – 12 Rabiul Awal Tahun Gajah



2. Siapakah nama ibu dan bapa nabi?
Jawapan;ibu =Aminah bt Wahab bin Abdumanaf bin Zuhrah bin Kilab bin Murrah
Bapa = Abdullah bin Abdul Muthalib bin Hasyim bin Abdumanaf bin Qushai bin Kilab bin Murrah



3. Bilakah bapa nabi meninggal dunia?
Jawapan; ketika nabi berusia 2 bulan dalam kandungan ibunya



4. Dimanakah ibu nabi wafat dan dikebumikan?
Jawapan; Abwa’ (sebuah desa antara Madinah dan Juhfah)



5. Ibu Nabi meninggal dunia ketika nabi berusia berapa tahun?
Jawapan; 6 tahun



6. Nabi diberi nama oleh datuknya dengan nama MUHAMMAD, apakah maksud Muhammad?
Jawapan; yang terpuji



7. Siapakah nama datuk nabi yang memeliharanya setelah kematian ibunya?
Jawapan; Abdul Muthalib



8. Datuk Nabi meninggal dunia ketika nabi berusia berapa tahun?
Jawapan; 8 tahun



9. Nabi telah dihantar ke perkampungan Bani Saad untuk disusukan kepada wanita desa. Siapakah nama ibu susuan nabi s.a.w?
Jawapan; Suwaibah al-aslamiyah dan Halimatus Saadiah



10. Berapa lamakah nabi dijaga oleh ibu susuan di perkampungan bani Saad?
Jawapan; sehingga nabi berumur 5 tahun



11. Siapakah nama bapa saudara yang menjaga Nabi setelah kematian datuknya?
Jawapan; Abu Thalib


12. Ketika nabi masih remaja, baginda telah bekerja mengambil upah sebagai pengembala binatang ternakan. Apakah binatang tersebut?
Jawapan; kambing



13. Nabi pernah membawa barang dagangan Siti Khadijah untuk berniaga di Syam bersama dengan pembantu Siti Khadijah. Siapakah nama pembantu Siti Khadijah tersebut?
Jawapan; Maisarah



14. Pada usia berapakah Nabi dan Khadijah diijabkabulkan/berkahwin?
Jawapan; nabi =25 tahun , Khadijah = 40 tahun



15. Berapakah usia nabi ketika diangkat sebagai rasul?
Jawapan; 40 tahun



16. Apakah ayat al-Quran yang pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w?
Jawapan; Iqra’



17. Di awal Islam, Nabi telah berdakwah secara sembunyi-sembunyi. Dimanakah markaz/pusat dakwah tersebut?
Jawapan; di rumah Arqam bin Abi Al-Arqam



18. Berapa lamakah nabi berdakwah secara sembunyi-sembunyi?
Jawapan; 3 tahun



19. Siapakah orang yang mula-mula masuk Islam sepanjang dakwah nabi secara sembunyi-sembunyi?
Jawapan;
Khadijah – isteri Nabi
Ali bin Abi Thalib – sepupu nabi
Zaid bin Harithah – hamba nabi kemudian jadi anak angkat nabi
Abu Bakar As-Siddiq – kawan karib nabi
Uthman bin Affan
Zubair bin Awwam
Sa’ad bin Abi Waqas
Abdul Rahman bin ‘Auf
Thalhah bin ‘Ubaidillah
Abu ‘ubaidillah bin Jarrah
Arqam bin Abi al-Arqam
Fatimah bt Khattab (adik Umar al-Khattab) dan suaminya Said bin Zaid al-‘Adawi



20. Berapakah usia nabi ketika wafat?
Jawapan; 63 tahun



21. Tentera bergajah telah dimusnahkan oleh Allah dengan dikirimkan burung apa?
Jawapan; Burung Ababil





Bhgn II
1. Bilakah tarikh nabi Muhammad s.a.w dilahirkan mengikut kalendar masehi?
-jawapan – 20 april 571M



2. Apakah peristiwa yang berlaku sebagai tanda sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w?
Jawapan; api sembahan Agama Majusi di Rom terpadam



3. Kenapakah tahun kelahiran nabi digelar sebagai tahun gajah?
Jawapan; kerana pada tahun berkenaan tentera bergajah yang diketuai oleh Abrahah menyerang dan mahu meruntuhkan Kaabah. Tetapi tentera tersebut dihancurkan oleh Allah dengan burung Ababil..



4. Ketika Nabi berusia 12 tahun, Abu Thalib membawa nabi bersama dalam urusan perdagangan ke Syam. Ketika itu, Pendeta Nasrani yang alim, telah berjumpa dan menasihati Abu Thalib supaya menjaga dengan baik dan membawa pulang segera Nabi Muhammad s.a.w kerana dikhuatiri akan dibunuh oleh orang yahudi? Siapakah nama pendeta Nasrani tersebut?
Jawapan; Buhaira


5. Ketika Nabi berusia 15 tahun, peperangan antara Quraisy dan Qais ‘Ailan yang berlaku pada bulan Zulqaedah. Menurut pandangan bangsa Arab pada masa itu, peperangan adalah dilarang pada bulan zulqaedah kerana ia adalah bulan suci. Apakah nama peperangan tersebut?
Jawapan; Harbul Fijar (peperangan mencemar kesucian)



6. Semenjak kematian Abdul Muthalib, pemimpin-pemimpin Quraisy telah bersumpah akan bersatu dan bersama dalam menangani kes-kes di kota Mekah supaya tiada seorangpun yang akan teraniaya. Aku janji dan sumpah tersebut telah dilakukan di rumah Abdullah Bin Juda’an ketika nabi berusia belasan tahun. Mengikut sejarah, apakah nama sumpah tersebut?
Jawapan; Halful Fudhul



7. Seramai 13 orang yang telah menjadi isteri kepada nabi Muhammad s.a.w. Sebutkan empat sahaja daripada isteri baginda.
Jawapan;
1- Khadijah Bt Khuwailid
2- Saudah Bt Zam’ah
3- Aisyah
4- Zainab Bt Khuzaimah
5- Hafsah
6- Ummu Salamah
7- Zainab Bt Jahsyi
8- Raihanah
9- Juwairiyah
10- Syafiah
11- Ummu Habibah
12- Mariyah Qibtiyah
13- Maimunah



8. Nabi Muhammad s.a.w mempunyai tujuh orang anak. Sebutkan tiga sahaja nama anak Nabi Muhammad s.a.w?
Jawapan; Qasim, Abdullah, Ibrahim, Fatimah, Zainab, Ummi Kalthum, Rukiyah,



9. Bilakah tarikh Nabi Muhammad s.a.w wafat?
Jawapan; Isnin, 12 Rabiul Awal tahun 11 hijrah / 8 Jun 632 Masehi – usia 63 tahun



10. Nabi semasa sejak kecil telah digelar al-Amin, apakah maksud al-amin?
Jawapan; seorang yang jujur dan amanah/orang yang dapat dipercayai



11. Sebelum diangkat sebagai rasul, Nabi ber’uzlah (bertahanus) untuk beribadat dan berzikir kepada Allah s.w.t selama sebulan. Dimanakah Nabi ber’uzlah?
Jawapan; Gua Hira (di Jabal Nur)



12. Pada tahun ke 10 baginda diutus sebagai rasul, ada dua musibah yang besar telah menimpa baginda. Dalam sejarah, tahun tersebut digelar sebagai ‘Aamul Huzni’ iaitu Tahun Kesedihan. Apakah dua musibah tersebut yang menimpa Nabi?
Jawapan; Kematian Abu Thalib
Kewafatan Isteri nabi; Siti Khadijah



13. Setahun selepas tahun kesedihan, nabi dihiburkan dengan mukjizat yang besar dan pada ketika itu, diwajibkan solat lima waktu sehari semalam. Apakah nama peristiwa tersebut?
Jawapan; Isra’ Mikraj



apabila kita soroti sirah-sirah rasulullah,para sahabat dan keluarga baginda..
betapa hebatnya usaha baginda dalam menegakkan islam...
saya selalu terfikir,bagaimana sekiranya rasulullah saw, ada pada zaman ini?



kem sahsiah diri IPS

Assalamualaikum wbt...


alhamdulillah,segala puji hanya bg Allah, tuhan sekalian alam...selawat dan salam kepada rasulullah saw serta sahabat dan keluarga banginda...


apa khaba ye teman-teman yang dirahmati Allah sekalian?


maaf saya pinta,dah lama rasanya tak update kolam ni..


insyaAllah post kali ni, saya nak share satu aktiviti yang saya sertai iaitu kem sahsiah diri murid tahun 6 IPS zon timur 2010..alhamdulillah, banyak pengalaman dapat saya perolehi...tambahan saya telah diamanahkan untuk berada di bawah unit media..


insyaAllah,disini saya sertakan video sepanjang kem..
kem ini diadakan di resort sri pantai, pantai melawi, bachok, kelantan..
pada 4,5 dan 6 november 2010




semoga Allah memberkati kem ini,insyaAllah.

Wednesday, October 27, 2010

jagalah Allah, Allah akan jaga kita..

Assalamualaikum wbt buat teman yang singgah kesini, semoga dirahmati Allah sentiasa...


alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah.satu zat yang Maha Hebat, sekiranya kita benar-benar mengetahui..insyaAllah


alhamdulillah,Allah memberi lagi ruang buat saya untuk berkongsi sesuatu di kolam ini...maaf kiranya kolam ini tidak dapat memberi sedikit manfaat buat kalian yang singgah..mungkin itulah kelemahan saya yang perlu saya perbaiki insyaAllah..bila muhasabah diri, banyak nya kelemahan,tapi apa tindakan yang telah saya lakukan untuk ubah kelemahan kepada kekuatan...moga Allah sentiasa memberi petunjuk buat saya dan kalian semua.


dari hari ke hari, kesibukkan rutin harian kadang-kadang boleh melalaikan kita dari tersasar menuju matlamat utama, maradhatillah, redha Allah. ingatan kita mungkin lebih kepada perkerjaan yang dilakukan. hinggakan, hati fikiran melayang-layang. solat pun tak khusyuk..nauzubillah.moga Allah jauhkan..


teman-teman yang dikasihi. Allah telah berfirman dalam surah al-baqarah ayat 152.




yang bermaksud: 
Karana itu, ingatlah kamu kepada Ku niscaya Aku akan ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada Ku, dan janganlah kamu mengingkari nikmat Ku."


kalau kita ingat Allah, Allah juga akan ingat kita..subhanallah..hebatnya..ayuh kawan-kawan,marilah kita sentiasa ingat Allah,sentiasa zikrullah.mudah-mudahan Allah juga ingatkan kita..insyaAllah.


dalam erti kata lain.sama-samalah kita menjaga Allah,insyaAllah Allah juga akan menjaga kita.jaga Allah macam mana yer?pastinya menjaga batas, hak, perintah dan larangan Allah.samalah juga kalau saya katakan jaga Allah ialah buat apa yang Allah suka, tinggallah apa yang Allah benci.hak Allah yang paling besar pada kita, pastinya beribadah kepadaNya dan tidak menyekutukanNya dengan yang lain...jadi, sebagai seorang muslim.wajiblah kita menunaikan hak Allah terhadap kita..


apabila kita menjaga hak Allah,insyaAllah Allah akan menjaga kita dalam masalah  dan juga urusan duniawi. Sepertimana penjagaan Allah atas badan, harta, anak, dan keluarga para hamba Nya.


Allah telah berfirman dalm surah Ar-Ra'd ayat 11:
"Bagi manusia ada Malaikat Malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah." 



subhanallah...betapa Allah menjaga kita,apabila kita menjaganya...


insyaAllah, disini saya ingin kongsikan satu kisah benar.sudah lama saya ingin kongsikan di kolam ini...semoga kita memperoleh sesuatu yang berharga darinya..




sumber: secangkir metafora



Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang
bagus.Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.


Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan berseorangan.


Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong
itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar
Allah membantu dia disaat itu.


Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.


Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.


Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek
melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.


Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut
walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak
tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).


Dia pun tanya perogol itu..


“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)


Perogol tu jawab:


“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan
awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)


Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadratAllah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursiyang dia baca malam itu.


p/s : MORAL CERITA INI???


Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam.


Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga
hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.


"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]


Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku...
semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat...
sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….


semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari
kejahatan syaitan yang di rejam…….


SHARE FROM MD REDZUAN


petang tadi saya kongsikan kisah ini didalam kelas, mula-mula kelas bising bila dah sampai ke pertengahab cerita.alhamdulillah hanya suara saya yang kedengaran..excited juga nak dengar =)

Thursday, October 21, 2010

selingan...

bismilahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

sebelum saya memulakan bicara, izinkan saya mengajak rakan-rakan dan juga teman-teman, ayuhlah kita ucapkan alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah. dengan rahmat dan kasih sayangNya kita dapat lagi hidup di dunia ini seterusnya menikmati nikmat yang Allah berikan kepada kita terus menerus tanpa henti. betapa kasih dan sayangnya Allah kepada kita.sentiasalah kita syukuri nikmat Allah yang paling besar dalam diri kita, nikmat islam dan juga iman. sama-samalah kita pelihara nikmat ini. janganlah kita mengikut sesetengah golongan yang tidak menhargai nikmat yang paling berharga ini, kerana mereka telah leka dengan nikmat Allah yang lain...semoga Allah mengampuni dosa mereka.

apa khaba yer teman-teman yang dirahmati Allah?maaf dipinta jika air di kolam ini sudah lama tidak berkocak..walaupun pada pandanagn saya, kolam ini tidaklah sedalam mana pengisiannya..namun saya hajat sangat kepada sesiapa yang hadir dapatlah mengutip mutiara,walaupun sebiji (",)...insyaAllah

alhamdulillah, Allah izinkan saya menjadi guru ganti di seru al-hilal walaupun sek ren, sek swasta namun amanah yang diberikan bukanlah ringan.tambahan kanak-kanak di zaman yang serba moden ni. jangan tak percaya yer, ada murid yang tanya "cikgu ada facebook?" tergamam juga bila pertama kali ditanya. sek ren dah pandai main fb? hebat kanak-kanak sekarang...bila saya tanya, "siapa yang ajar guna?" dengan bersahaja dia jawab, kakak saya...

suka main
pada peringkat awal saya di sekolah. saya menghadapi sedikit kesukaran dalam menangani masalah disiplin pelajar. terutamanya bab denda dalam kelas. kalau zaman saya sekolah dulu, kita sangat hormat cikgu. nak borak-borak kosong dengan cikgu pun takut. tapi sekarang tidak lagi. dulu, kalau cikgu masuk kelas terus senyap. tapi, sekarang ni, nak suruh duduk, keluarkan buku dah ambik masa 5-7 minit.ada je kerja nak buat, tepuk kawan, tukar tempat, asal pensel dan macam-macam lagilah..mungkin inilah yang dialami oleh cikgu yang kurang pengalaman seperti saya..kene perbaiki ni,insyaAllah..

denda
berpeluang mengenali cikgu-cikgu yang berpengalaman, saya rasa sangt bertuah. saya suka cara kak chik denda pelajar. antaranya, kena tulis astaghfirullah banyak-banyak. terpulanglah pada kesalahan. bawah tulisan kene tandatangan ibubapa. ada juga yang kene denda solat. solat sunat dhuha =)...pada pandangan saya inilah perbezaannya. cara cikgu mendidik murid-murid, melalui denda, ada juga unsur-unsur tarbawi..jangan tak percaya ye teman-teman, kalau saya bagitahu disini, denda bukanlah benda yang ringan. denda boleh menyebabkam pelajar takut dengan cikgu, dia takut bukan hormat. dia buat kerja rumah bukan untuk belajar, tapi takut cikgu marah...buat semua cikgu dan juga bakal cikgu. fikirlah inisiatif, cara dan juga kaedah denda yang berkesan kepada murid-murid. bukan sekadar untuk menyedarkan kesalahan mereka, tapi untuk mendidik mereka.nama pun mendidik kan?...

jawi
di seru, pemahaman saya tentang tulisan jawi sedikit teruji. ada satu kelas, murid tanya "cikgu, ja ke ca?"..kadang-kadang kita sendiri boleh keliru..untuk kurangkan keliru, biasanya saya akan tanya balik
" awak rasa?ca ke ja?"
"ca cikgu."
kemudian saya akan tanya satu kelas, jika semua kata ca. saya akan jawab " ca lah,insyaAllah"....
itulah strateginya...
sekarang ni saya sedang siapkan kertas peperiksaan, kene guna tulisan jawi..alhamdulillah. saya refer di web ini ejawi online. buat teman-teman yang nak belajar, silakan..

kalau dicerita pasal seru, memang banyak perkongsiannya.doakanlah saya supaya dapat mendidik murid-murid dalam suasana yang tarbawi..insyaAllah..bila fikirkan cabaran mereka bila dewasa kelak, saya nak kongsi macam-macam dalam kelas..betapa perlunya kita kepada islam dan hubungan yang kuat dengan Allah swt..


terima kasih kerana kujungan kalian ke kolam ini..
semoga Allah berkati dan rahmati kita semua..
insyaAllah



semoga Allah pandu kita semua menuju jalan lurus. 
jalan yang Dia berikan nikmat. 
bukan jalan mereka yang sesat..insyaAllah..