Thursday, February 25, 2010

Rasulullah,kau insan istimewa

Bismilahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt...

esok,tanggal 26feb merupakan cuti umum bagi seluruh negara Malaysia..
cuti sempena maulidur Rasul, 12 rabiulawwal...

disaat menghayati sirah rasullullah,
hati ini sangat kagum dengan sifat-sifatnya,
rindu dan rindu untuk bertemu dengannya..
namun,layakkan diri ini...
untuk bertemu dengan kekasih Allah..

dikesempatan ini,saya ingin berkongsi dengan teman-teman nasyid dan juga video tentang insan kesayangan ummah ini..


Tajuk: Rasulullah

Kump: The zikh


Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuri lembaran sirahmu
Pahit getir perjuanganmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umat mu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlak mu
Tidak terbalas segala jasa mu
Sesungguhnya engkau rasul mulia

Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir nama mu di dalam Al Quran

Rasulullah kami ummatmu
Walau tak pernah melihat wajah mu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnah mu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela


Video...


Wednesday, February 24, 2010

zikrullah

Wahai setiap diri yang sentiasa diperhati, awaslah!

"Berzikirlah (ingatlah) kepada Allah dengan zikir sebanyak-banyaknya"
(Surah al-Ahzab, ayat 41)


"Maka berzikirlah (ingatlah) kepada-Ku, nescaya aku ingat kepadamu dan berterima kasihlah kepada-Ku dan janganlah kamu menyangkal (nikmatKu)
(Surah al-Baqarah; ayat 152)


Dua seruan dari Allah melalui ayat di atas,
menyuruh manusia mengingatinNya setiap masa,
pada sebarang keadaan dan tempat.


Ia sebagai bukti rasa kecintaan kita pada pencipta. Jika kita menyayangi seseorang sudah pastilah hati dan fikiran sentiasa mengingatinya, kalau boleh ingin bertemu selalu untuk mengubati rindu di dada.

Begitu jugalah hal yang sepatutnya berlaku dalam diri kepada Allah. Kita amat memerlukan bantuan dan pertolonganNya untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati, mengurangkan kesulitan dan keresahan serta mendapatkan

teman-teman sekalian,
Sejauh manakah kita telah mengingati Allah?

Allah memperuntukkan 24 jam kepada manusia untuk menguruskan segala urusan dunia dan akhiratnya. Cubalah dihitung sejenak, daripada 24 jam ini, berapa jam sehari kita mengingatinNya?

Manusia diseru menunaikan sembahyang lima kali sehari dan waktu itu adalah masa yang diambil untuk mengingati Allah. Setiap kali sembahyang, paling cepat lima minit dan paling lama sepuluh minit. Sepuluh didarab lima bermakna lima puluh minit masa 24 jam yang kita ambil buat menunaikan ibadah solat.


Benarlah firman Allah dalam surah an-Nisa ayat 42:
"Mereka itu tiada mengingati Allah melainkan sedikit sekali"

Sebenarnya setiap masa yang terluang boleh diisi dengan mengingati Allah.

Ketika bekerja, tidak kira kerja apa dan di mana, bibir sepatutnya basah mengingati Allah. Alangkah mulianya jika ketika leka bekerja dan bibir yang disertai hati sepenuhnya mengingatiNya.

Jika ditakdirkan mati ketika itu, bermakna kita pergi menghadap Ilahi dalam keadaan mengingati Allah. Alangkah ruginya jika malaikat mencabut nyawa pada saat kita asyik mengumpat orang lain atau leka menonton televisyen atau wayang gambar.

sumber: UMMU ANAS


* zikrullah nampk mudah,tapi sayangnya kita jarang melakukannya..

ayuh, teman-teman kita tingkatkan iman kita dengan perbanyakkan zikrullah..


Tuesday, February 16, 2010

takbir!!!

Bismilahirrahmanirahim..

Assalamualaikum wbt…


Alhamdulillah, Allah mengizinkan lagi kita bertemu di kolam ini. Kolam yang saya cuba sedaya mungkin untuk di isi dengan air yang dapat di manfaatkan oleh orang lain yang berkunjung ke kolam ini. Semoga sesiapa sahaja yang berkunjung ke sini, dapat apa yang cuba saya kongsikan..insyaAllah..


Pada hari khamis yang lepas, 11hb februari 2010. saya, rakan-rakan sekelas juga rakan satu program, pendidikan sains yang merupakan pelajar semester akhir telah mengadakan satu lawatan akademik ke Sunway Lagoon. Sunway Lagoon pun blh jadi lawatan akademik?macam tak percaya kan


Ini adalah cadangan dari ketua program kami, Dr Beh.

Memandangkan di sana ada pelbagai mainan yang menerapkan unsur-unsur fizik, bidang Dr Beh sendiri.


Pada masa yang sama meraikan kami pelajar-pelajar pendidikan sains semester akhir, yang merupakan graduan pertama dari fakulti kami. Anak sulung lah kiranya kami ni..kesayangan Dr Beh...


Dr Beh dan Tun


Sebelum memulakan perjalanan, hati dah berdetik. Nak pasang niat apa yer nak g Sunway ni? Nak enjoy? Nak main-main? Hati masih ragu-ragu dengan niat sebenar ke sana..


Pastinya! setiap amalan juga perbuatan bermula dengan niat. Cepat-cepat bg SMS kepada mak, minta suggestion..blh pula mcm tu? =)..alhamdulillah SMS dari mak, memberi sedikit panduan..


Alhamdulillah, sampai di sana. Pihak urusetia, rakan-rakan kami juga, menguruskan kemasukkan kami. Lama juga tunggu. Maklumlah, kami datang bukan dalam bilangan yang kecil. Ada kumpulan biologi, fizik, dan juga kimia.banyak juga..sebelum masuk, sempat juga bergambar..macam-macam posing ada..


Classmate



Warna tema kelas kami merah dan hitam.sape yang pilih yer?


Pas untuk masuk


Alhamdulillah,lama kami menunggu, barulah dapat pas masuk. Macam jam pun ada.dah tak pakai kertas, sudah canggih..

Bila nak masuk, just touch at the sensor, the gate will open..



Pirates Revenge…rotate 360 degree..


Permainan pertama kami, setibanya di sana…pirates revenge

Ramai kawan-kawan yang mencuba, tp saya awal-awal lagi menolak…knp?kerana saya tahu, saya tak mampu nak menghadapinya..


Pirates revenge menggunakan konsep sama seperti swing..buaian..

Tp,perahu ni swing 360 darjah,seperti mana yang nmpk dlm gambar..

Sepanjang perahu ni swing,kedengaranlah suara rakan-rakan saya menjerit..

mcm-mcm bunyi..

ada juga yang senyap, tak bersuara..

yang menangis pun ada..

saya hanya mampu melihat dari bawah, mengambil gambar dan tersenyum melihat telatah mereka..


Lost of gold - sedang mendaki


Permainan kedua kami, roller-coaster. Yang diberi nama lost of gold…

Roller-coaster adalah permainan yang telah saya bentangkan dalam kelas..dan saya tahu mcm mana ianya bergerak..

Saya nekad untuk naik bersama rakan-rakan yang lain..

Kami terpaksa menuggu giliran, memandangkan sekali pusing, hanya beberapa orang sahaja boleh naik..


Sambil menunggu,kami dapat melihat betapa lajunya roller-coaster itu bergerak..sampai rambut pun melayang-layang…

Setiap orang pasti menjerit…

Saya dah mula berdebar dan bertanya pada diri sendiri..

Aku nanti mcm mana yer?nak jerit jugak ker?

Sebenarnya menjerit ni,adalah salah satu tindak balas spontan apabila kita merasa takut…tp boleh di kawal..


Macam mana saya yer?


Beginilah saya..


Perjalanan bermula dengan pendakian,untuk mendapatkan tenaga, iaitu tenaga keupayaan..insyaAllah jika saya tidak silap..


ketika inilah rantai memainkan peranan untuk mengerakkan gerabak-gerabak bersama muatan..

Setelah mendaki…apa jadi jer?

Pastinya turun menjunam sambil membelok..


Apa yang saya buat,

Saya pejam mata rapat-rapat..langsung tak berani bukak..

Baru tahu,diri ini penakut..

Takut nk lihat sekeliling…


Kemudian dengarlah suara rakan-rakan yang lain menjerit…

Saya menjerit juga…

Allahuakbar!Allahuakbar!.....

Kuat jugaklah saya rasa…

Bila masa masuk terowong gelap..sempat pula bukak mata..

Lagi kuat saya jerit....

Tapi tengelam dengan bunyi gerabak yang bergerak sangat laju...


Begitulah kisahnya..


Tp,sepanjang saya tutup mata, saya dapat rasakan kedudukan gerabak roller-coaster yang menaik,menurun dan berpusing..Sangat laju..

Knp boleh rasa yer…inilah antara banyak-banyak makhluk yang Allah ciptakan, yang kita namakan gravity..

Pergerakan yang laju menyebabkan penolakkan gravity..kita dapat merasakan diri kita “weightlessness”.



Alhamdulillah, inilah antara pengalaman yang tak dapat saya lupakan sepanjang berada di sunway..

Teriakan Allahuakbar =) secara spontan..


Pengembaraan kami di sunway diteruskan lagi,dengan permainan-permainan yang lain..

Alhamdulillah, proses ta’ruf antara saya dan rakan-rakan berterusan sepanjang kami bersama…

Semoga Allah pelihara ukhuwah kami…

Suspension bridge


insyaAllah,ini sahaja yang saya ingin kongsikan…

mungkin cerita saya ini agak lucu atau sebaliknya..


tp,apa yang saya cuba sampaikan ialah walau apa sahaja kita cuba lakukan,mulakanlah dengan niat. insyaAllah niat itu akan memandu kita kearah mana kita inginkan. Kearah kebaikan atau keburukkan..


Ingatlah Allah di mana sahaja kita berada...

semoga Allah juga bersama kita...




murobbi

Al-Fadhli Ustaz Dahlan Mohd Zain


Bismilahirrahmanirrahim...

hari ini, tanggal 16 feb merupakan hari ulang tahun seorang mudir atau pengetua MATRI, Al-fadhli Ustaz Dahlan Mohd Zain. hari ini juga genaplah umur ustaz 76 tahun...

sebenarnya saya tidak berpeluang mengenal Ustaz dengan lebih dekat,memandangkan saya sendiri tidak pernah berpeluang belajar di Matri.
tp, Allah izin saya kenal ramai pelajar-pelajar MATRI,
yang pastinya mempunyai syahsiah yang sangat baik..
alhamdulillah...


saya mula mengenal Ustaz melalui ayah saya..banyak perihal Ustaz yang ayah ceritakan..tentang sifatnya,perwatakanya dan macam-macam lagi...

insyaAllah,kalian boleh ikuti pengalaman bekas pelajar MATRI di sini dan di sini...

juga dari blog anakdanya sendiri, terus klik...

sama-sama kita doakan, semoga Allah berikan kesihatan yang baik kepada ustaz dan dipanjangkan umurnya..

insyaAllah..

Monday, February 15, 2010

muhasabah diri...

dari : ummu anas


Anak-anakku,

Sedarilah satu hakikat yang berlangsung setiap saat...
iman itu kekuatannya sering berubah-ubah dan mudah pudar.
Sepertimana pakaian, segera lusuh dan buruk.

Justru itu kekuatan iman perlukan perhatian serius. Perlu sentiasa dinilai dan dibaiki. Dengan lain perkataan, perlu sentiasa berlangsung muhasabah atau koreksi diri...

Ulamak Fathi Yakan dalam menghuraikan tatacara muhasabah(koreksi diri), telah menggariskan 10 dasar yang praktikal;

1. Qiyamulail
merupakan pendidikan rohani yang tidak patut diabaikan. Ia boleh melahirkan kekuatan iman yang tidak dapat dihasilkan oleh ibadat-ibadat lain.

2. Solat subuh berjamaah
akan mendapat jaminan perlindungan dari Allah seperti maksud hadis:"Siapa yang sembahyang subuh berjamaah, maka dia berada daalm jaminan Allah. allah sekali-kali tidak meminta sesuatu dari kamu kerana jaminanNya."(HR Muslim)

3. Sentiasa mendampingi Al-Quran
Ia
penawar dan kita sangat berhajatkan rawatan hati dari ayat-ayatnya. Dengannya hati tenang dan dapat merasai suasana hening bening. Menghayati ayat-ayatnya sambil berlinangan airmata.

4. Makanan dari sumber halal
pastikan makanan dan rezeki datang dari sumber yang halal dan tidak dicampuri yang haram. Mesti juga diingat, kita makan untuk tujuan beroleh tenaga bagi memudahkan beribadah, bukanya melakukan keburukan.

5. Hindari malas
Islam tidak menyukai pengangguran. Sepatutnya setiap muslim bersungguh-sungguh dalam melakukan sebarang pekerjaan. Di samping sentiasa membersihkan rezeki dengan sedekah dan zakat.

6. Mengawal pandangan dan perasaan
sewaktu berada di khalayak, sentiasalah berwaspada mengawal pandangan dan berhati-hati daripada tergoda dan digoda.

7. Sentiasa memelihara akhlak
laraskan setiap tingkah laku bertepatan akhlak Islam. Sedapatnya menjadi contoh kebaikan kepada orang lain. Sekiranya orang lain beroleh hidayah dari mencontohi pribadi mulia kita, maka kita juga beroleh ganjaran seperti mana orang itu.

8. Sentiasa menuntut ilmu
pastikan setiap detik sepanjang hayatmu di isi dengan kegiatan menambahkan ilmu. Perhatikan maksud hadis: "Pelajarilah ilmu!. Dalam mempelajarinya kerana Allah akan menambah taqwa. Menuntutnya ibadah, muzakarah menjadi tasbih, membahas menjadi jihad dan mengajarkannya jadi sedekah.

Mewariskanya kepada ahli keluarga menjadi ibadah kurban. Ilmu itu menunjukkan perbezaan yang halal dan haram. Juga menjadi lampu isyarat di jalanan ahli syurga. Ilmu menjadi teman keseorangan, menjadi sahabat kepada perantau dan menjadi penghibur dalam suka dan duka. Juga menjadi senjata berhadapan dengan musuh dan perhiasan dalam persahabatan. Dengan ilmu juga Allah mengangkat darjat Muslim untuk memimpin setiap insan."(Riwayat Ibnu Adil Barri)

9. Melaksanakan tuntutan syarak
sentiasa bertekad dan benar-benar mengutamakan cara hidup Islam.

10. Menunaikan hak jasad
memelihara kesihatan dan kekuatan fizikal. Hindari diri dari aktiviti yang sangat mengganggu ketangkasan badan dan berpada-pada dalam beriadhah secara lasak. Juga bersederhana dalam urusan makan minum.

Begitulah wahai setiap remaja yang dikasihi kerana Allah!

Pada hakikatnya muhasabah diri mesti berlangsung setiap saat dalam denyutan nadi kalian. Ia tidak hanya pada waktu tertentu sahaja. Dengannya iman yang bertapak di hati dapat dikawal keteguhannya. Juga hati yang sifatnya mudah berbolak balik dapat dilaraskan kestabilannya.









Thursday, February 11, 2010

petunjuk

Bismilahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah,segala puji hanya bg Allah tuhan sekalian.yang tidak putus memberikan rahmat dan kasih sayang Nya kepada kita...marilah kita sama-sama lafazkan kalimah Alhamdulillah dengan penuh ikhlas, sebagai tanda kesyukuran kita kepada Nya.

insyaAllah dalam waktu yang singkat ini,saya ingin berkongsi satu video dari u tube..alhamdulillah,ini adalah perkongsian dari humayrasolehah..

kawan sekelas ada berkongsi cerita tentang seseorang mendapat cahaya islam melalui al-quran, pada masa tu saya tak betul-betul fokus mendengar cerita darinya,sorry tun =)..

alhamdulillah,bila tgk video ni saya teringat kembali cerita yang tun cuba sampaikan..

subhanallah..maha hebat Allah ni...





bila tgk video ni..

air mata tak dapat disekat..

rasa takjub sangat dengan kuasa yang Allah ada..

subhanallah..



inilah petunjuk atau hidayah yg Allah nak bg...

dalam bentuk yang mungkin kita tak jangka..

maha hebat Allah swt...


semoga video ini bermanfaat buat kalian,

sepertimana yang saya rasa..insyaAllah..



*alhamdulillah, ptg td selesai sudah trip ke sunway..
hajat nak kongsi di sini..insyaAllah..


Tuesday, February 9, 2010

Islam akan tetap terbela (last)


insyaAllah ini episod terakhir kisah antara gembala kambing dan cendekiawan kristian..
pastinya kita tertanya-tanyakan..
apakah maksud setiap tangan yang ditunjukkan oleh gembala kambing..
pastinya ada maksud yang tersirat..

sama-sama kita soroti kisahnya =)

"Hamba sungguh tak puas hati betul dengan orang Kristian yang sombong itu.Dia tunjuk satu jari, maknanya dia nak kambing hamba satu.


Jadi hamba menjawab, dua pun hamba boleh bagi. Dia tunjuk dua maknanya dia nak lagi dua pulak! Nak empat la maksudnya. Dan hamba jawab lima pun boleh.Kemudian dia tunjuk lima, maknanya takkan lima jea...?


Oklah hamba boleh bagi enam pada dia."


"Lepas tu dia tunjuk bulatan, maknanya dia nak semua kambing hamba.Hamba pun tunjuklah penumbuk. Pas tu dia keluarkan pedang, wah wah...


dia ingat orang kaya je ada pedang. Hamba pun tunjuk pisau kontot hamba.


Sekurang-kurangnya hamba ada juga. Kemudian dia tunjuk ayam
pulak!Amboi...


mentang-mentanglah dia kaya, selalu makan ayam...


Hamba pun mampu...


walaupun hanya telur ayam. Tapi patik tetap bersyukur, kerana dia dah sedar dan nak peluk islam, sekurang-kurangnya dia takkan sombong dan bongkak lagi..."


Tergelak besar Raja mendengar penjelasan
gembala kambing tersebut. Sungguh besar keagungan Tuhan...

Kesimpulannya..


walau dengan cara apa sekalipun islam dicabar dan dihina, Islam akan tetap terbela…

insyaAllah


semoga bermanfaat buat semua (",)


teringat masa halaqah keluarga suatu masa dulu,
mak ada kongsi kisah ini...


Saturday, February 6, 2010

presentation

Bismilahirrahmanirrahim....
Assalamualaikum wbt...


Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah tuhan sekalian alam. yang sentiasa melimpahkan rahmat dan kasih sayang kepada hamba-hambaNya. sentiasa membantu dan menunjuk jalan kepada hamba-hambaNya yang lemah.


minggu kelima bagi semester lapan sudah pun melabuhkan tirai. minggu yang menuntut saya dan juga rakan-rakan bertungkus lumus menyiapkan persiapan untuk dua presentation dan satu test. bila sebut tentang presentation,pastinya memerlukan kerjasama antara kumpulan.
setuju?

jika tidak, bagaimana presentation yang berkesan mampu di sampaikan?

alhamdulillah,setiap kali membuat kerja kumpulan. Allah izin saya sentiasa bersama-sama ahli-ahli kumpulan yang mudah dan senang untuk berkerjasama,tambahan house mate sendiri =)..
dah saling ta'ruf antara satu sama lain...
alhamdulillah...


2 presentation untuk minggu ini adalah untuk 2 subject yang berlainan. hari isnin dan juga hari jumaat. alhamdulillah, kedua-duanya kami berpuas hati dengan usaha yang dilakukan..


insyaAllah saya ingin berkongsi dengan kalian salah satu presentation yang kami telah buat, yang baru sahaja selesai pagi tadi.

tajuk nya "teaching science outside classroom (theme park and playground)" untuk subject "creativity and creative in teaching science", SCE 553.nak mengajar pun kene creative yer (",)...kalau tak, student memang tak akan bagi "attention."

kumpulan saya telah diberi tugasan berkaitan dengan trip kami minggu depan.
ke mana yer?
ke sunway lagoon.macam tak percaya jer nak g sana...

tapi, dengan alasan untuk belajar, inAllah hati ini boleh terima..


teringat kata seorang pensyarah,

"kamu ni student bertuah, boleh buat apa-apa sahaja dengan alasan untuk belajar. "

betul juga kata pensyarah tu, belajar ni adalah satu proses untuk menimba ilmu, satu perkara yang dituntut untuk semua orang baik lelaki ataupun perempuan.

Kumpulan saya sedaya upaya cuba untuk menjelaskan tajuk diberi. susah juga yer, apabila kami semua dari major biologi nak mengupas lebih lanjut tentang tajuk ni, kebanyakkannya tentang fizik. Alhamdulillah, Allah permudahkan. pensyarah kami, Dr Beh banyak membantu.

maklumlah, dia sendiri major physic lg arif tentang apa yang kami cuba sampaikan. rasanya, setiap ahli kumpulan kami present, setiap kali itu jugalah dia mencelah. Dr Beh memang macam tu, kami satu kelas dah faham.


untuk subject ni, kami hanya ada meeting sekali seminggu selama 3 jam. setiap minggu, presentation dari kumpulan yang berbeza. untuk mengisi masa selama 3 jam, biasanya setiap kumpulan akan buat aktiviti dalam kelas selepas presentataion. kumpulan saya tidak terkecuali.

aktiviti kami mudah sahaja =). kelas dibahagi mengikut jenis gula-gula yang diberi. setiap kumpulan di beri "toy" yang ada konsep yang telah kami bentangkan, kemudian mereka kene buat "role play" dengan "toy" tu..berbakat juga class mate kami ni berlakon.


insyaAllah,gambar-gambar di bawah boleh menceritakan suasana sebenar.

semasa pembentangan



pendeta dan tasbih sakti



tun dan gasingnya.



ada juga yang tak kering kusi di buatnya.



yoyo dan doreamon


insyaAllah minggu depan ada 2 lagi presentation dan satu test..

doakan saya dan rakan-rakan yer..

moga Allah permudahkan..


Friday, February 5, 2010

kursus jati diri & kesukarelawan

kilk pada image untuk lebih jelas


Alhamdulillah,dengan izin Allah program kursus jati diri & kesukarelawan

hampir menuju ke penghujungnya. dijangka 7hb feb 2010,

iaitu hari ahad ni adalah hari penutup. hajat sangat untuk berbakti

bersama-sama, namun perancangan Allah lebih tersusun..





saya hanya sempat singgah sekejap-sekejap saja

sepanjang cuti sem tempoh hari...

dapat jugallah berkenalan dengan adik2 peserta...alhamdulillah...

banyak persoalan yang bermain difikiran mereka sebenarnya, terutamanya

tentang "campus life"...


nak sangat dengar pengalaman kakak-kakak di IPT (",)

insyaAllah kalian pasti akan merasainya juga...

insyaAllah..




kepada adik-adik peserta,semoga kalian mendapat menimba

ilmu sebanyak mungkin sepanjang program..

kalianlah harapan ummah...

generasi rabbani,generasi pewaris..


insyaAllah..




kepada fasilitator yang setia dari awal program,

tahniah dan syabas diucapkan..

semoga Allah menilai dengan nilaian yang terbaik

setiap usaha antum..

insyaAllah..