Wednesday, January 11, 2012

hadirnya 2012 setelah perginya 2011

Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah tuhan sekalian alam yang sentiasa melimpahkan rahmat dan kasih sayangNya kepada kita hamba-hambaNya...selawat dan salam ke atas baginda rasulullah saw, saudara serta sahabat baginda...


apa khaba ye teman-teman yang dikasihi sekalian?
semoga semuanya dirahmati Allah dan ceria di awal tahun masihi ini....2012


bukan niat saya untuk menceritakan tentang apa yang telah berlaku pada tahun 2011 dan apa yang bakal saya tempuhi pada tahun ini..cuma sekadar perkongsian dengan teman-teman yang di kasihi sekalian, sama2lah kita tempuhi tahun ini dengan penuh keikhlasan, walau apa jua keadaan yang kita akan lalui..sama2lah kita tempuhi bersama keikhlasan di hati...

Rasulullah SAW menjelaskan dalam sabdanya,
“Sesungguhnya Allah Azzawajalla tidak akan menerima sesuatu amalan melainkan ikhlas kerana-Nya dan ditujukan untuk-Nya.” (HR Abu Dawud dan An-Nasai)


teman-teman yang di kasihi sekalian,
Hanya keikhlasan yang dapat mengawal diri dari desakan nafsu dan bisikan syaitan yang bersembunyi di dalam hati. Keadaan ini sangat berbahaya kerana akan menjerumuskan manusia ke dalam syirik sama ada yang kecil maupun besar. Sentiasalah kita sedari, Allah hanya menerima amal yang ikhlas. Dia menolak pelaku yang tertipu dengan amal yang tidak ikhlas. Ikhlas semata-mata kerana Allah sangat penting bagi setiap amalan kerana,
  • merupakan asas utama iman dan Islam
  • menentukan sama ada setiap amalan diterima atau ditolak berdasarkan syarak
  • menentukan nilai dan kualiti amalan di sisi Allah
  • meraih barakah dan pahala dari Allah
ayuh, sama- sama kita ikhlas kan diri kita dalam medan amal yang cuba kita laksanakan..
buat teman-teman yang bergelar guru sama seperti saya,sama-sama kita ikhlaskan hati kita dalam mencurahkan ilmu semata-mata untuk mencari redha Allah...


sebelum saya berundur,
ingin saya kongsikan satu doa di sini..
semoga ianya menjadi doa kita dalam solat sunat dhuha setiap pagi..insyaAllah





 Semoga Allah mengurniakan rezekiNya buat kita semua...
 sepertimana Dia mengurniakan rezekiNya buat hamba-hambaNya yang soleh...
insyaAllah..

terima kasih atas kunjungan kalian...
semoga Allah sayang kita semua..

Wednesday, December 14, 2011

setelah lama tidak menulis...

bismilahirrahmanirrahim...
alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah tuhan sekalian alam...
selawat dan salam keatas rasul junjungan, sahabat serta saudara baginda...

terasa lama sungguh saya tidak update kolam saya ini..berlumut mungkin..tapi, jangan pula hati kita turut berlumut ye teman-teman yang dikasihi...

insyaAllah, kali ini saya hanya ingin berkongsi rasa dengan teman-teman...
setelah sekian lama kolam ini menyepi...bukan tiada berita, tapi kekangan masa saya sendiri..
semoga saya tidak leka dengan urusan dunia dan mengabaikan urusan akhirat...nauzubillah..

alhamdulillah, masuk minggu ni dah hampir 4 minggu saya berada di semenanjung malaysia..seronok sangat dapat balik...berada pula di negeri kelantan...semoga saya dapat manfaatkan masa cuti ini sebaik mungkin..doakan ye.

teratak rasaisa, kg baung pengkalan chepa..

permulaan cuti
alhamdulillah, segala puji hanya bagu Allah yang mengizinkan saya sampai ke kelantan, di jemput pula, kekasih hati hadiah dari ilahi...rasa ketenangan hati bila masuk ke rumah, tempat asal kita..terasa banyak nya ni'mat yang Allah anugerahkan...

saya mula mengira dan menghitung apa yang perlu di lakukan untuk cuti yang panjang ini...

alhamdulilllah, saya menyusun..Allah juga menyusun...susunan Allah itu adalah yang terbaik.

Allah maha mengetahui, hati-hati hambanya yang kekeringan, perlu kepada peringatan.alhamdulillah rasa syukur saya kerana dapat hadir di tamrin bersama shbt n shbh ktd..terasa hati ini di isi walaupun di penghujung program...

itulah hati, perlu di isi dengan perkara2 yang mngingatkan kita kepada masuliah kita yang sebenar, matlamat asal kita yang sebenar di susuli pula dengan biah solehah@ suasana solehah yang boleh mentarbiahkan hati kita...insyaAllah...sama-samalah kita menjaga dan menjernihkan hati kita dengan proses tarbiah..proses yang tiada akhirnya..

tidak lengkap rasanya cuti sekolah tanpa saya menghadiri program anjuran kearah kelantan, yang diterajui oleh cg mud, mc nah n mck2 yang lain..rasa kagum saya dengan mck2 n pck2 tak pernah kurang..terasa banyak perkara yang nk di kutip dari mck2...


teringat masa malam terakhir procast..sempat saya berborak-borak santai dengan mck2 sambil mengupas bawang, kalau diikutkan mata rasa juga mengatuk..tp, bila difikirkan bila lagi dapat bersama mck-mck..saya bulatkan mata, tahan pedih mata kopek bawang...rasa syuur bila bersama mck2..kat limbang tak dapat rasa suasana mcm ni, cetus hati saya sendiri...

antara topik yang kami bincangkan, baitul muslim di kalangan anak-anak...mck2 begitu mengambil berat isu ini, bukan apa, pasangan yang faham tentang islam, faham tentang gerak kerja islam pastinya dapat membantu kita dalam memahami islam dan yang utama mengizinkan kita untuk menyertai mana-mana program.buat adik-adik kearah serahkan jodoh kalian kepada Allah swt, tapi jgn serah sahaja.perlu ada usaha yer =)...disamping doa yang berterusan..Allah pasti makbulkan.insyaAllah..



rasa seronok juga bersama adik-adik....
alhamdulillah, sudah ada pelapis untuk barisan urusetia dan fasilitator..semoga antum terus istiqomah yer...
biasalah dalam setiap program adanya perkara yang timbul semua itu dalam rangka untuk kita saling memahami antara satu sama lain..bukan ke proses ta'ruf sentiasa berjalan..betul tak?..
mereka yang berkerja untuk islam tak pernah rasa sedih atau kecewa dengan sikap dan nilaian dari manusia, kerana bagi mereka nilai yang utama dari Allah swt...setuju?
sama-sama kita cari nilai Allah, inginkan nilai dari Allah..
bukan nilaian dari manusia...insyaAllah

itu sahaja coretan saya untuk kali ini...
semoga Allah sayang kita semua..

sama-sama kita manfaatkan masa sebaik mungkin...pesanan buat diri saya sendiri sebenarnya...

terima kasih atas kunjungan kalian....

Sunday, October 16, 2011

Kemantapan iman mendewasakan usia

dah besar adik-adiku, semoga iman menjadi hiasan ye...

insyaAllah hajat nya nak share satu post,
ditujukan khas buat adik-adikku yang dikasihi, nur atiyah dan nur syofiyah..semoga meningkat dewasa dengan iman dan taqwa,insyaAllah..sama-sama kita jadi anak solehah..

semoga bermanfaat juga buat teman-teman yang sentiasa singgah ke kolam ini =)...


oleh: ummu anas
Salam sejahtera serta keberkatan berterusan untuk puteri-puteri Islam sejati,
Yang dikasihi dengan kasih sayang Islam!Maha Suci Allah yang menjuruskan hati kita pada landasan iman dan Islam.

Puteri-puteri harapan...

Mari kita mulai dengan doa: 

“Ya Allah! Kami terjaga di pagi hari dalam fitrah Islam dan kalimat ikhlas juga dalam agama nabi kami Muhammad SAW. Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami di atas agamaMu yang benar. Maha Suci Engkau ya Allah dan segala puji bagiMu. kami bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, kami mohon ampun dan bertaubat kepadaMu.”








Puteri-puteri Islam Sejati!
Halus jiwamu dan lembut hatimu Allah ciptakan bersesuaian untuk melakar corak-corak indah pada layar kehidupan. Indah lakaranmu akan terbinalah kebahagiaan hakiki. Sekiranya buruk corak yang engkau lakarkan, maka akan buruk jugalah warna kehidupan generasi mendatang.

Kalianlah harapan dan pewaris yang akan meneruskan segala kekuatan. Kelemahan akan membawa kepincangan yang merugikan. Justru itu sedarilah…seiring dengan usaha kalian membina kekuatan iman bersulamkan ketaqwaan, wujud pula penghasut paling bahaya! Iaitu syaitan yang tidak pernah berputus asa membisikkan keraguan ke dalam setiap hati. 
Ingatlah firman Allah dalam surah An-Nur ayat 30-31;
Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. Yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Katakanlah kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang nampak daripadanya.”
Puteri-puteri Srikandi Iman,
Sedarilah Allah menjadikan mata sebagai cermin hati. Jika seseorang menahan matanya bererti dia menahan dan mengawal keinginan hatinya menurut kehendak Allah. Pandangan mata yang tidak terkawal kelak membuahkan perlakuan yang tidak menentu. Menahan pandangan mata itu bertujuan menjaga kehormatan diri. Bukan bermakna Allah melarang pandangan mata secara keseluruhan, tetapi kita diperintahkan untuk menahan sebahagian pandangan mata.
Pengaruh penglihatan sememangnya sangat kuat. Ia dikaitkan dengan desakan nafsu. Lantaran itu, Rasulullah mengumpamakan pandangan mata seperti anak panah beracun iblis untuk menggoda manusia. Setiap masa pandangan mata mesti dijaga terhadap mereka yang menutup aurat, apatah lagi yang mendedahkan aurat.
Telah berlaku di zaman RasulullahSAW, ketika Al-Fadhl bin Abas r.a menunggang unta Rasulullah daalm perjalanan dari Muzdalifah ke Mina. Di pertengahan jalan mereka bertembung dengan beberapa wanita yang menaiki unta. Al-Fadhl memandang ke arah wanita-wanita itu. Lalu Rasulullah memegang kepala Al-Fadl dan memalingkannya ke a rah lain.
Begitu sekali larangan yang Rasulullah maksudkan. Jika pandanagn itu dibolehkan tanpa batasan, sudah tentu Rasulullah biarkan saja perlakuan Al-Fadl. 

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud; 
Sesungguhnya Allah telah menetapkan atas diri anak Adam bahagiannya dari zina. Dia tahu ayng demikian itu tanpa dimungkiri. Mata itu berupaya berzina dan zinanya adalah pandangan. Lidah itu berupaya berzina, dan zinanya adalah perkataan. Kaki itu berupaya berzina dan zinanya adalah ayunan langkah. Tangan itu berupaya berzina, dan zinanya adalah tangkapan keras. Hati itu berupaya berkeinginan dan berangan-angan. Sedangkan kemaluan membenarkan atau mendustakan yang demikian itu.” (HR Al-Bukhari, Muslim ,An-Nasa’I dan Abu Daud)
Rasulullah juga pernah bersabda kepada Saydina Ali;
Wahai Ali janganlah engkau susuli satu pandangan dengan satu pandangan lagi, Kerana yang pertama menjadi bahagian mu. Dan yang kedua bukan lagi bukan lagi menjadi bahagianmu.(dosa atasmu)” (HR Ahmad, At-Tirmidzi dan Abu Daud)
Puteri-puteriku yang sentiasa menjaga keteguhan iman,
Fahamilah tatacara serta batas pergaulan yang telah Allah syariatkan. Di satu segi umat Islam disuruh membina kemesraan, murah dengan senyuman, saling bersalaman dan bermaafkan. Serta lembut dalam tuturkata. Di satu sudut lain, syariat meletakkan batas pergaulan yang ketat antara lelaki  dan wanita bukan mukhrim. Misalnya senyum dan bertegur sapa tidak boleh berlebihan. Mestilah memakai pakaian yang sempurna dan menutup aurat. 
Demi memelihara maruah dan kehormatan wanita. Ini bertepatan dengan maksud firman Allah dalam surah Al-Ahzab;
“Yang demikian supaya mereka lebih mudah dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha penyayang.”

Puteri-puteri Islam Harapan!,
Dengan iman yang mantap akan mudah kalian mengawal diri dalam batas yang Allah perintahkan. Yakinlah, jika mata sentiasa dikawal, sudah tentu  hati akan jadi tenang. Akan mudahlah melaksanakan ketaatan kepada Allah. Sebaliknya mata yang di biarkan itu akan mengotori jiwa dan merosak hati dan mendorong berlakunya perbuatan sumbang dan tercela. Serentak dengan itu juga akan terlihat kesan kepada kematangan usia. Tidaklah bertindak melulu mengikut desakan nafsu. Yang juga menjejaskan hubungan harmoni dan sejahtera dalam kehidupan bermasyarakat.
Juga berhati-hatilah ketika melemparkan senyuman. Senyuman wanita kepada lelaki bukan muhrim…dikhuatiri menjadi pendorong kepada perlakuan sumbang. Jelingan dan kenyitan mata mungkin saja akan membawa kepada tindakan berani berdua-duaan samaada di khalayak ramai juga tersembunyi.
Dengan iman yang mantap juga, akan terhindarlah perlakuan yang mendorong dan menjerumuskan orang lain berbuat dosa. 
Tepati maksud firman Allah dalam surah Al-Maidah, ayat 2; 
“Dan tolong-menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan dan taqwa dan janganlah tolong-menolong  dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah sangat berat siksaNya.”

Puteri-puteri Islam Sejati!
Waspadalah... tiada istilah ‘ringan-ringan’ dalam soal dosa. Setiap perbuatan dosa adalah berat di sisi Allah. Dosa kecil yang diulang-ulang akan bertompok menjadi besar.
Akhirnya renungi syair Arab ini;
Betapa buruk pemuda yang memiliki pekerti mengorbankan adab kerana nafsu sendiri.
 Kehinaan dituruti padahal diri mengetahui.
 Kehormatan tercemar dan kehinaan disenangi. 
 Wahai kedua mata, kau nikmati pandangan lalu kau susupkan kepahitan ke dalam hati. 
 Hatilah yang memaksakan kehendaknya kerana hati dan mata tidak tunduk kepada Pencipta!”
Wassalam.
Ummu Anas.
Ibu yang mendoakan ketaqwaan kalian.

***bertambah usia, bertambah juga ujian yang bakal Allah uji...pelbagai cabaran yang kita tak sangka boleh melemahkan iman kita..sentiasa berada dalam biah solehah,insyaAllah boleh menguatkan hati dengan melihat qudwah yang solehah disekeliling kita..tapi,kalau xde qudwah mcm mana ye?diri sendirilah perlu bina, mohon pertolongan dari Allah...

Sunday, October 9, 2011

love Allah

Bismilahirrahmanirrahim....
segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam...semoga kita semua di rahmati Allah sentiasa...

lama rasanya,kolam ini sepi dan sunyi...maaf jika kunjungan kalian, tidak menemui apa yang diingini...

teman-teman yang dikasihi,
pantas sekali masa berlalu kan?
tambahan saya yang setiap hari mengajar di sekolah, satu masa ke satu masa dirasakan begitu singkat...sekarang dah sampai hujung tahun, PMR sedang berlangsung, SPM dan STPM bangkal tiba...

teman-teman sekali,
masa akan sentiasa bergerak, hati kita juga perlu sentiasa bergerak..
sepertimana bergeraknya masa..
hati juga perlu bergerak dan digerakkan untuk mengigati Allah..
digerakkan dengan zikrullah dalam rangka meletakkan hati kita sentiasa ingt kepada Allah, 

seterusnya menanam rasa cinta yang mendalam kepada yang satu, al-Khaliq
cinta yang pasti terbalas...

semua umat islam mahu cinta  kepada Allah....



tapi?
tahukah kita, siapakah dia/mereka yang dicintai Allah?

Allah Subhannahu wa Ta'ala bersifat mencintai dan dicintai. Allah berfirman dalam surat Al-Ma'idah: 54, yang bermaksud: "Maka Allah akan mendatangkan satu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai Allah." 



Mereka yang dicintai Allah ialah:

  1. Attawabun (orang-orang yang bertaubat), Al-Mutathohhirun (suka bersuci), Al-Muttaqun (bertaqwa), Al-Muhsinun (suka berbuat baik) Shobirun (bersa-bar), Al-Mutawakkilun (bertawakal ke-pada Allah) Al-Muqsithun (berbuat adil). 
  2. Orang-orang yang berperang di jalan Allah dalam satu barisan seakan-akan mereka satu bangunan yang kukuh. 
  3. Orang yang berkasih-sayang, lembut terhadap orang mukmin. 
  4. Orang yang menampakkan izzah/kehormatan diri kaum muslimin di hadapan orang-orang kafir. 
  5. Orang yang berjihad (bersungguh-sungguh) di jalan Allah. 
  6. Orang yang tidak takut dicela manusia karena beramal dengan sunnah. 
  7. Orang yang berusaha mendekatkan diri kepada Allah dengan ibadah sunnah setelah menyelesaikan ibadah wajib.
sama-sama kita tarbiah dan proses diri kita dan hati kita agar berada dalam golongan mereka yang Allah cintai...
insyaAllah...


Friday, September 16, 2011

arwah ayah long yang di kasihi..

bismilahirrahmanirrahim...
tanggal 13 september bersamaan hari selasa merupakan hari jadi housemate saya dan juga merupakan teman rapat saya sepanjang berada di Limbang. kami posting sama-sama di sini, alhmdlh byk pengalaman kami kongsikan bersama...

 dan tanggal 13 september juga menjadi tarikh buat saya sekeluarga redha dengan pemergian bapa saudara yang dikasihi, ayah long..pagi, sampai di sekolah saya dapat msg dr adik yang berada dikuantan mengatakan ayah long dah tenat.entah mengapa hati dah berdebar, saya cuba tenangkan hati dan panjangkan doa moga Allah susun yang terbaik.

arwah ditahan di HKB pada 23 ramadhan lagi, di tahan kerana mengalami internal bleeding..saya berasa sedikit kecewa, kesempatan balik beraya selama 5 hari di kelantan tak dapat saya gunakan untuk ziarah arwah di hospital. asyik tangguh je. amalan menangguh memang tak bagus, akhirnya pasti menyesal. 

pemergian arwah memang tak disangka. arwah sangat aktif, selepas pencen arwah sentiasa menjaga kesihatan, katanya badan ini amanah dari Allah.kita kene jaga.selalu pesan pada anak saudaranya, supaya exercise, jaga kesihatan. arwah suka swimming, cycling and surfing internet.gaya hidup arwah, adalah gaya hidup orang yang sihat.tp, ajal maut di tangan Allah, semua manusia pasti akan menemui ajalnya..banyak kenangan kami adik-beradik dengan arwah.setiap kali jumpa dgn arwah pasti kami teringat dengan datuk kami.muka mereka memang seiras..perangai pun lebih kurang.

pepun, semoga roh ayah long disusuri rahmat, mendapat keampunan dari Allah serta di tempatkan bersama dengan orang yang beriman dan beramal soleh...Al-Fatihah...ameen.


last moment with arwah ayh long, pada 3jun 2011...

Saturday, August 20, 2011

palestine dan ramadhan

bismilahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah,segala puji hanya bagi Allah...


Apa khaba ye teman-teman yang dikasihi sekalian?
bagaimana dgn ramadhan kali ini?sudah pertengahan kita ni...20 yang pertama menuju ke pengakhiran..insyaAllah 10 terakhir akan datang juga..tapi, sebagai orang yang beriman dan bertauhidkan kepada Allah swt.bukan 10 terakhr yang kita nantikan, sepatutnya, awal ramadhan lagi kita cuba untuk memaksimakan amalan ibadah kita..teringat kat pck shaari ptg semalam, orang yang beriman menggunakan peluang ramadhan pada tahun ini, sejak awal ramadhan lagi..bukanya sampai 10 terakhir baru nak tingkatkan amalan...


alhamdulillah, pada hari selasa yng lepas, satu program ceramah telah diadakan di sekolah saya yang disampaikan oleh wakil aman palestine. ceramah disampaikan lebih kurang sejam lebih.walaupun ringkas, pada saya ianya cukup untuk mengingatkan pelajar tentang saudara seakidah yang berada disana, dan pastinya untuk peringatan diri saya juga...


tujuan ceramah ini diadakan adalah untuk mengutip derma kepada rakyat palestine, sepertimana yang kita sedia maklum, di bulan ramadhan kita digalakkan memberi sedekah dalam apa jua bentuk.memberi wang atau mungkin juga memberi makanan atau iftar untuk berbuka puasa.


alhamdulillah, walaupun dari pemerhatian saya pelajar asrama lelaki tidaklah semua yang hadir berbanding dengan pelajar perempuan.namun, saya harap sedikit sebanyak ianya dapat memberi kesan kepada yang hadir.semoga yang hadir dapat kongsikan apa yang mereka saksikan dalam paparan video kepada kawan mereka.



lagu palestine oleh gabungan kumpulan nasyeed malaysia....dengar dan lihat banyak kali, makin meninggi rasa benci kepada zionis



sama-samalah kita semua mendoakan saudara seagama, 
seakidah kita di sana..
masih ada lagi antara kita yang tak ambil tahu, 
dan tidak tahu apa yang terjadi di palestine...

teringat, pada satu hari, pelajar saya menegur tentang sticker yang saya tampal di kalkulator saya,sticker yang tertulis " palestine, we are with you" dan juga beberapa bendera palestine..

insyaAllah, itu sahaja untuk kali ini..terima kasih atas kunjungan teman-teman yang dikasihi...
ramadhan sudah menuju ke penghujungnya..
sama-sama kita tingkatkan semua amalan...
dan jgn lupa untuk menjadi pemburu lailatul qadar..

Sunday, August 7, 2011

tentang ramadhan....


tentang ramadhan....sumber, peribadi rasulullah

4 Kasih Sayang Allah SWT Zahirkan Pada Orang Mukmin 
Di Bulan Ramadhan

1-Allah SWT anugerahkan rasa rindu dan cinta pada bulan Ramadhan untuk orang mukmin yang terpilih.
2- Allah SWT mendekatkan orang mukmin yang berada jauh daripada Allah SWT diluar bulan Ramadhan.
3- Allah SWT  menunaikan permintaan orang yang melakukan perkara haram diluar bulan Ramadhan tetapi bertaubat di bulan Ramadhan.
4- Allah SWT menunjukkan jalan Taubat atau jalan kebaikkan kepada mereka yang melakukan kejahatan diluar bulan Ramadhan ( Dengan kehendak dan pilihan Allah SWT ).

5 Nikmat Khusus Untuk Umat Muhammad SAW Dalam Bulan Ramadhan
1- Pada malam pertama bulan Ramadhan Allah SWT akan menilik setiap wajah insan-insan yang berpuasa.
2- Mulut umat Nabi Muhammad SAW yang berpuasa akan berbau lebih wangi daripada Kasturi pada hari Kiamat nanti.
3- Umat Nabi Muhammad SAW yang berpuasa akan mendapat Doa Keampunan daripada Para mailaikat siang dan malam.
4- Allah SWT akan mengarah kepada Syurga agar bersiap dan berhias  dengan penuh keindahan  agar sedia menerima kedatangan umat Nabi Muhammad yang menunaikan puasa Ramadhan.
5- Pada malam terakhir Ramadhan Allah SWT bersedia mengampun segala dosa umat Nabi Muhammad yang berpuasa kecuali dosa-dosa yang berkaitan dengan manusia.
Suntingan daripada hadis dalam ceramah agama.
Hadis riwayat Abu Hurairah r.a. 
( Solusi . m/s : 27 ).