Sunday, January 31, 2010

syahsiah yang baik

sambil-sambil menyiapkan slide untuk presentation esok hari.. saya sempat ziarah ke blog pck yang saya kasihi Dr Ariff... ada post yang baru dari pck dan saya ingin kongsi bersama kalian. semoga bermanfaat (",)

Da'wah Melalui Syahsiah yang baik
oleh :
Dr Ariff

Assalamualaikum sahabat yang dikasihi sekelian. Semoga kita terus istiqamah diatas jalanNya.Beberapa hari yang lalu saya ke KL ziarahi ibunda yang dikasihi.Disamping itu saya balik ke KB bersama puteri kedua saya yang bercuti selama 3 minggu.Dia belajar di Universitas Hasanuddin Makassar,Indonesia.Di sepanjang berada didalam kapalterbang, dia asyik bercerita mengenai pengalaman hidupnya semasa di Makassar. Sejuk hati saya kerana perbualan kami hanya berkisar diatas tajuk Islam.Dia bercerita mengenai betapa nikmatnya melaksanakan kerja dakwahnya bersama akhwat-akhwat seusrahnya.Ada satu kesah yang menyentuh perasaan saya mendengarnya. Boleh kita jadikan sebagai bahan tarbiyah.....

lebih kurang begini kesahnya..


Disatu hujung minggu, puteri saya bersama rakan seusrahnya merancang untuk berkelah di kawasan air terjun di Banti Murung, kira-kira 30 km dari Rusun Rusunawa (Rumah susun sederhana sewa) tempat tinggal pelajar Malaysia. Ia merupakan rehlah tarbawi yang dirancang untuk mengikat hati-hati rakan seusrahnya.Mereka pergi seramai 6 orang dengan menaiki sebuah kereta yang disewa, 120,000.00 Rupiah sehari. Pemandu kereta itu seorang Indonesia dalam empat puluhan. Dia hanya memakai seluar pendek sahaja.Pakaian seperti ini adalah perkara biasa saja disana Bila kereta mula bergerak, pemandu kereta itu terus membuka keset lagu rock. Maklumlah dia nak berhibur sambil memandu.Anak saya dan rakan-rakannya memulakan perjalanan dengan membaca doa perjalanan bersama-sama.


Seketika kemudian, seorang dari rakan anak saya, Nabila meminta secara hormat agar pemandu itu memperlahankan sedikit radio kerana mereka nak membaca ma'thurat. Lantas mereka membaca bersama-sama. Ma'thurat merupakan kumpulan doa-doa yang sering dibaca oleh Rasulullah saw. Pemandu itu kelihatan diam sahaja.Tak lama kemudian dia memadamkan radio kesetnya tanpa disuruh. Dia kelihatan memikirkan sesuatu.

Mungkin juga dia hairan melihat remaja Malaysia bertindak begitu. Setelah habis membaca ma'thurat.

Tetiba dia memecah kesunyian apabila dia berkata :


" Baguslah adik-adik ni...ambil bidang apa?

" Kami ambil bidang perubatan Pak" jawab anak saya.


" Saya cukup tertarik dengan kamu semua, sebenarnya saya sudah jarang lihat orang-oarang muda yang praktis dengan Islam..." Wajahnya nampak serius.

Kemudian dia menyambung dengan katanya.

" Ini yang sudah hilang dari remaja Indonesia, mereka hanyut dengan dunia hiburan, Islam sudah hilang dari hidup mereka..."

Walaupun dia sebahagian dari kelompok masyarakat Indonesia, namun dia dapat lihat perbezaan diatara yang Islamik dan tidak Islamik.


Setelah tengah hari seperti yang dijanjikan , pemandu taxi itu datang kembali. Yang menariknya dia telah menukarkan pakaiannya kepada pemakaian yang lebih sopan dan berseluar panjang.

Sebelum berpisah pemandu taxi sempat mempelawa anak saya dan rakan-rakannya
.

" Saya amat senang dengan kamu semua, lain kali kalau mau pergi mana-mana....bilang aja sama saya, tambang pun boleh saya kurangkan sedikit.Saya suka bawa orang-orang soleh seperti kamu..

"
Lalu dia memberikan no handphonenya kepada anak saya. Sebab itulah, dimana sahaja kita berada,

kita mesti membawa "syahsiah Islamiyah". Kita mesti ujudkan "tamayyuz" (perbezaan) dengan suasana yang tidak Islamik.


penerapan syahsiah islamiah dlm diri kita..
mampu mengajak orang sekeliling kearah memahami islam..

insyaAllah.
.
justeru,sama-samalah kita hidupkan islam dalam diri kita..

No comments: