bagaimana yer kesudahan kisah perdebatan antara gembala kambing dan cendekiawan?
pasti teman2 tertanya..apakah maksud disebalik perbuatan cendekiawan dan gembala kambing..
insyaAllah ini kisah yang seterusnya...
Raja bertanyakan soalan dan jawapan perdebatan antara cendekiawan dan gembala kambing.
Cendekiawan pun mula bercerita...
"Sungguh hamba akui kebesaran Tuhan, sehingga rakyat tuanku dapat menjawab dengan baik sekali.
Sebenarnya soalan hamba, tunjuk satu jari bermakna adakah kalimah syahadah cuma yang pertama sahaja?
(Asyhaduallah ilaha illallah...)
Jawapan yang diberikan gembala kambing, dua jari.
(wa asyhaduan namuhammadarrasullullah)"
"Hamba tunjukkan dua jari, bermakna adakah rukun islam ada dua?
Gembala kambing memberi jawapan, lima.
Betullah...
Bila hamba tunjukkan lima jari,maksudnya adakah islam setakat itu sahaja?
Jawapan yang diberikan enam jari, sebab rukun iman ada enam"
"Bulatan pula bermakna siapa yang jadikan bumi?
Gembala kambing menjawab penumbuk, betullah sebab Allah yang Maha Berkuasa.
Bila hamba mengeluarkan pedang dan menunjuk ke langit, gembala kambing mengeluarkan pisau kontotnya dan menjunamkan ke bumi.
Betullah... kerana Allah yang jadikan langit dan bumi."
"Ayam tu sebenarnya soalan bonus... apakah asal usul kejadian ayam itu Jawapannya telur...
betullah...
Sesungguhnya hamba amat berbesar hati dan akan mendalami islam sepenuhnya, serta menyebarkannya"
Raja tersenyum gembira mendengar soalan dan jawapan tersebut.
Kemudiannya gembala kambing dipanggil untuk mengadap Raja, maka diberikan ganjaran yang telah dijanjikan.
Dan bertanyalah Raja akan rahsia gembala kambing tersebut, adakah soalan itu dah bocor?
Gembala kambing pun bercerita...
BERSAMBUNG....
No comments:
Post a Comment