Saturday, January 2, 2010

hidup sederhana tanpa hutang

Hidup Sederhana, Tanpa Hutan
oleh:Abu umar

Ketika menghadiri majlis penganugerahan tokoh guru beberapa tahun lepas, saya begitu tersentuh apabila pengacara memperkenalkan diri dan sejarah tokoh guru pada tahun tersebut. Ketika menceritakan prinsip hidup tokoh iaitu Yang Berbahagia Dato' Kaya Bakti Ustaz Dahlan Mohd Zain saya merasakan takjub. "Hidup Sederhana, Tidak Berhutang", begitulah prinsip hidup tokoh guru tersebut yang juga merupakan Murabbi yang telah banyak mengajar saya menjadi manusia.

Rasa takjub saya tadi bukan didorong oleh bahasanya yang indah atau cara prinsip hidup itu diumumkan tetapi kerana kejanggalannya dalam masyarakat hari ini hingga seolah-olahnya prinsip begitu tak pernah didengari atau menjadi pegangan manusia. Sedangkan itulah yang diajari Islam; kita berhutang apabila tidak ada pilihan lain dan hutang itu ada kaitannya dengan maruah mukmin, kita hanya berhutang bila perlu dan sekadar perlu.

Berbeza dengan masyarakat hari ini yang menjadikan berhutang itu sebagai cara hidup. Ternyata faham materialis atau materialisme telah berjaya menakluki jiwa manusia melalui sistem kapitalisnya. Antara dasar-dasar asas kapitalisme ialah "Loan is a fashion". Manusia berhutang kerana fashion bukan kerana perlu. Manusia terikat dengan hutang kerana banyaknya skim pinjaman yang ditawarkan dengan berbagai kaedah dan cara. Sistem kapitalis ini benar-benar berjaya mengelabui mata manusia sehingga 'usahawan' melihat "riba' itu sebagai barang dagangan yang menguntungkan manakala masyarakat melihatnya sebagai barang keperluan 'biasa'. Lalu 'usahawan riba' ini memasarkan riba dalam pelbagai bentuk pembungkusan (packaging) yang menarik dan mempesona serta menggunakan pelbagai brand Islam dan cop halal.

Saya pernah bertanya pada seorang yang arif tentang syarak; "Yang menjadi khilaf ulamak berkaitan BBA (Bait Bithaman Ajil) ini sebenarnya skim itu sendiri atau pelaksanaannya dalam dunia perniagaan hari ini?" lalu jawab ustaz tersebut "Skimnya yang ada khilaf, perlaksanaannya perlu diteliti samada menepati kehendak syarak atau tidak."


Kenapa saya bertanya begitu? Hari ini, sudah menjadi keghairahan bank-bank untuk memperkenalkan skim-skim baru yang menggunakan nama Islam walaupun sebenarnya pelaksanaan masih seperti biasa. Ketika menghadiri satu seminar perbankan Islam saya bertanya pada seorang ustaz yang baru balik Madinah "Skim yang penceramah sebut itu ada ke dalam Islam?" "Memang ada dalam kitab feqah" Jawabnya dengan penuh keyakinan. Saya lalu menceritakan bagaimana skim itu berjalan (Saya pernah mempelajari sistem perbankan secara formal)lalu ustaz tadi istighfar panjang. Ternyata pelaksanaannya tak menepati syarak. Sebenarnya kunci mengenal riba antaranya ialah "pertambahan dari pokok yang terikat dengan jangka masa". Kalau kita pinjam RM 100 ringgit lalu bayar semula kena lebih tetapi lebihnya itu terikat dengan masa; lagi lama lagi banyak pertambahannya. Jadi kalau 5% setahun maknanya kalau 5 tahun ia akan jadi 25%, Kalau 10 tahun maknanya 50%

Ada kisah lain, sahabat serumah saya semasa bujang dulu pernah telefon sebuah bank yang menawarkan skim pembiayaan Islam. setelah beberapa kali diberi penjelasan tetapi sahabat saya masih tak faham, akhirnya pegawai bank tadi terus memberi kata akhir, "Senang je encik, macam bank biasa tetapi nama je lain". Sahabat sayapun dapat faham dengan mudah.

Saya tak ingin membincang panjang lebar berkaitan riba biarlah orang yang lebih berkelayakan mempanjang lebarkannya (boleh rujuk Zaharuddin.net dan sebagainya) cuma apa yang saya ingin tekankan ialah berhutang itu telah bertukar wajah menjadi budaya bukan lagi keperluan. Kalaupun perlaksanaan pinjaman itu menepati syarak, persoalannya adakah kita benar-benar memerlukannya.



selingan:
hati akan tenang bila kita tidak berhutang..
insyaAllah
itulah yang saya rasakan sekarang...
memandangkan perbelanjaan sepanjang saya belaja,
mak n ayh yg tanggung..
dapat duit belanja sikit jer..
cukup2 makan..
kene ada sifat jimat cermat yang tinggi =)

No comments: