Thursday, January 14, 2010

mangsa suasana

gambar hiasan

insyaAllah perkongsian dari saya untuk teman-teman yang dikasihi Allah...
artikel ini antara koleksi yang terdapat dalam simpanan saya...
artikel ini di ambil dari blog abu umar..insyaAllah
semoga bermanfaat untuk kita semua...


Satu hakikat yang harus kita terima....



remaja hari ini adalah mangsa kepada suasana. Kerosakan yang menimpa remaja hari ini bukan berlaku kerana pilihan mereka sendiri tetapi suasana yang ada tidak pernah mengajar mereka untuk membuat pilihan yang betul.

Saya tidak maksudkan apa yang mereka buat itu tidak menambah dosa mereka tetapi perlunya kita melihat permasalahan ini secara positif dan terbangkitnya jiwa da'ie pada diri kita hingga timbulnya rasa kasihan kita kepada mereka.

Remaja hari ini tidak pernah terlatih untuk berfikir secara serius....

segalanya tersedia dengan mudah.



Mereka tidak dapat menentukan apa yang baik dan apa yang buruk bagi mereka......



segalanya telah ditentukan atau mereka diberikan kebebasan seluas-luasnya hingga mereka boleh memilih apa sahaja yang mereka suka. Suasana disekeliling dan media massa menuetralkan segala kemungkaran sehingga semua kemungkaran itu dilihat sebagai maaruf.....

pergaulan bebas, hiburan tanpa batasan, cinta dan sebagainya digambarkan sebagai 'uruf (sesuatu yang diterima atau kebiasaan) masyarakat.

Jika untuk berzina itu ada 10 steps/langkah-langkah maka persekitaran yang ada telah menyediakan 9 daripadanya....

1. pergaulan bebas dalam drama-drama,

2. hiburan tanpa kawalan,

3. Majalah-majalah kebaratan,

3. Kelab malam,

4. Taman-taman bunga yang tak terkawal........

10. Nak buat ke tak nak buat.

Sistem pendidikan hari ini juga menutup sebelah mata mereka iaitu aspek kerohanian, yang dibangunkan hanyalah aspek zahir sahaja hingga mereka hanya melihat nilai duniawi semata-mata..



(Akademik...kerjaya, belajar bersungguh-sungguh berjaya dalam pelajaran...dapat pekerjaan yang baik = berjaya dalam hidup....setelah mati macamana pula????).

Kita yang diberi kekuatan oleh Allah hingga dapat membezakan antara yang Haq dan Bathil,



kebenaran dan kepalsuan ini seharusnya merasa bertanggungjawab untuk membimbing mereka untuk mengenal Pencipta mereka dan menyedari hakikat pertemuan kita di padang Mahsyar nanti.



Lihatlah mereka seperti baju kita yang kotor...

yang kita sangat sayang, fikirkanlah bagaimana untuk kita menanggalkan kekotorannya tanpa merosakkan baju tersebut.



Mereka yang hidup dalam maksiat ada hak ke atas kita di Akhirat nanti sekiranya kita tidak pernah mengajak mereka kepada kebenaran.

#kadang-kadang kita sendiri pun mangsa keadaan..tanpa kita sedari...

No comments: