Monday, February 15, 2010

muhasabah diri...

dari : ummu anas


Anak-anakku,

Sedarilah satu hakikat yang berlangsung setiap saat...
iman itu kekuatannya sering berubah-ubah dan mudah pudar.
Sepertimana pakaian, segera lusuh dan buruk.

Justru itu kekuatan iman perlukan perhatian serius. Perlu sentiasa dinilai dan dibaiki. Dengan lain perkataan, perlu sentiasa berlangsung muhasabah atau koreksi diri...

Ulamak Fathi Yakan dalam menghuraikan tatacara muhasabah(koreksi diri), telah menggariskan 10 dasar yang praktikal;

1. Qiyamulail
merupakan pendidikan rohani yang tidak patut diabaikan. Ia boleh melahirkan kekuatan iman yang tidak dapat dihasilkan oleh ibadat-ibadat lain.

2. Solat subuh berjamaah
akan mendapat jaminan perlindungan dari Allah seperti maksud hadis:"Siapa yang sembahyang subuh berjamaah, maka dia berada daalm jaminan Allah. allah sekali-kali tidak meminta sesuatu dari kamu kerana jaminanNya."(HR Muslim)

3. Sentiasa mendampingi Al-Quran
Ia
penawar dan kita sangat berhajatkan rawatan hati dari ayat-ayatnya. Dengannya hati tenang dan dapat merasai suasana hening bening. Menghayati ayat-ayatnya sambil berlinangan airmata.

4. Makanan dari sumber halal
pastikan makanan dan rezeki datang dari sumber yang halal dan tidak dicampuri yang haram. Mesti juga diingat, kita makan untuk tujuan beroleh tenaga bagi memudahkan beribadah, bukanya melakukan keburukan.

5. Hindari malas
Islam tidak menyukai pengangguran. Sepatutnya setiap muslim bersungguh-sungguh dalam melakukan sebarang pekerjaan. Di samping sentiasa membersihkan rezeki dengan sedekah dan zakat.

6. Mengawal pandangan dan perasaan
sewaktu berada di khalayak, sentiasalah berwaspada mengawal pandangan dan berhati-hati daripada tergoda dan digoda.

7. Sentiasa memelihara akhlak
laraskan setiap tingkah laku bertepatan akhlak Islam. Sedapatnya menjadi contoh kebaikan kepada orang lain. Sekiranya orang lain beroleh hidayah dari mencontohi pribadi mulia kita, maka kita juga beroleh ganjaran seperti mana orang itu.

8. Sentiasa menuntut ilmu
pastikan setiap detik sepanjang hayatmu di isi dengan kegiatan menambahkan ilmu. Perhatikan maksud hadis: "Pelajarilah ilmu!. Dalam mempelajarinya kerana Allah akan menambah taqwa. Menuntutnya ibadah, muzakarah menjadi tasbih, membahas menjadi jihad dan mengajarkannya jadi sedekah.

Mewariskanya kepada ahli keluarga menjadi ibadah kurban. Ilmu itu menunjukkan perbezaan yang halal dan haram. Juga menjadi lampu isyarat di jalanan ahli syurga. Ilmu menjadi teman keseorangan, menjadi sahabat kepada perantau dan menjadi penghibur dalam suka dan duka. Juga menjadi senjata berhadapan dengan musuh dan perhiasan dalam persahabatan. Dengan ilmu juga Allah mengangkat darjat Muslim untuk memimpin setiap insan."(Riwayat Ibnu Adil Barri)

9. Melaksanakan tuntutan syarak
sentiasa bertekad dan benar-benar mengutamakan cara hidup Islam.

10. Menunaikan hak jasad
memelihara kesihatan dan kekuatan fizikal. Hindari diri dari aktiviti yang sangat mengganggu ketangkasan badan dan berpada-pada dalam beriadhah secara lasak. Juga bersederhana dalam urusan makan minum.

Begitulah wahai setiap remaja yang dikasihi kerana Allah!

Pada hakikatnya muhasabah diri mesti berlangsung setiap saat dalam denyutan nadi kalian. Ia tidak hanya pada waktu tertentu sahaja. Dengannya iman yang bertapak di hati dapat dikawal keteguhannya. Juga hati yang sifatnya mudah berbolak balik dapat dilaraskan kestabilannya.









2 comments:

Anonymous said...

Terima kasih untuk nasihat ini.

halawatul iman said...

semoga kita sama-sama mendapat manfaat darinya..
insyaAllah