Assalamualaikum wbrt...
Alhmadulillah,marilah kita sama-sama mengucapkan kalimah syukur kepada ilahi di atas nikmat yang diberikanNya.nikmat yang terhitung banyaknya.nikmat-nikmat yang memgizinkan kita untuk hidup hingga ke hari ini...tanpa nikmat-nikmat ini mana mungkin kita dapat hidup seperti sekarang...
masih ingat lagi kejadian gempa bumi di Padang?
kejadian yang meragut ratusan nyawa...
dikesempatan ini,saya ingin berkongsi dengan teman-teman catatan yang telah ditulis oleh salah seorang sukarelawan misi-2 haluan ke Padang.saya sangat mengenali beliau..seorang pakcik yang sangat saya kagumi dengan semangatnya..punyai syahsiah dan akhlak yang tinggi...semoga sifat-sifatnya akan diwarisi oleh cucunya yang baru lahir...umar al-fateh...insyaAllah..
misi ini bukan sekadar untuk memberi bantuan kepada mangsa..tapi yang paling utama untuk membawa sekali akhlak dan syahsiah seorang islam..inilah yang dikatakan medan amal yang sebenarnya...teringin juga rasanya untuk sama-sama merasai suasana sebenar disana...
Catatan Pengalaman di Padang
Hari pertama 14/10/09, kami pasukan kedua Team Misi Kemanusiaan Padang terus dibawa ke sebuah desa di kawasan pendalaman iaitu Desa Batu Mengaum. Kehadiran kami seakan-akan memang dinanti-nantikan oleh penduduk disitu. Wajah mereka kelihatan sugul dan muram terutama dikalangan org dewasa. Rumah mereka rosak atau roboh. Tiada yang selamat. Mereka hanya tinggal di dalam khemah-khemah, ada juga yang terpaksa berteduh dibawah runtuhan atap zink. Keadaan yang menjadi bertambah sulit buat mereka apabila hujan turun. Mereka hanya mengisi perut dengan mee segera, kerana ketiadaan wang untuk membeli beras. Melihatkan kanak-kanak disana, apalah yang mereka tahu tentang sebuah kesengsaraan dari tragedi itu, mereka tetap ceria dan gembira.
Klinik bergerak Haluan dibuka dari jam 3.00 ptg dan berakhir pada jam 10.00 malam. Jumlah pesakit yang dirawati adalah 150 orang. Sememangnya team kami berazam untuk memberi yang terbaik kepada penduduk kampung. Walaupun agak keletihan dengan jumlah pesakit yang ramai, kami sentiasa ceria melayan kerenah mereka dan kanak-kanak.
Situasi disana benar-benar mentarbiyah kami tentang hakikat sabar dalam menghadapi karenah mereka. Mana tidaknya, selepas ubat diberi, mereka meminta pula ubat untuk ibu dirumah, selesai itu, mereka minta pula ubat cacing untuk anak. Pelbagai permintaan dan ragam. Terasa memang geram…tetapi bila diingatkan kembali kita membawa risalah dakwah, ana tukarkan mind-setting dari perasaan geram kepada perasaan kasih sayang dan simpati. Bila ana berikan semua ubat yang diminta ana pun tanya dia “ Macam mana ibu..sudah puas hati? “ Dia pun menjawab “Sangat puas hati pak..terima kasih pak…” dia terus berlalu dari situ sambil tersenyum puas.
Kami memang keletihan, keringat pun masih belum kering, perut pun dah terasa lapar. Dalam hati kami ada kepuasan, nikmatnya berada dijalan Allah. Perjalanan yang penuh dengan tarbiyah, makna sebuah kasih sayang, pengorbanan dan kesabaran dalam menempuh ujian.Teringatakan maksud firman Allah "Berangkatlah kamu sama ada didalam keadaan senang atau susah dan berjihadlah dengan harta dan jiwa kamu dijalan Allah.." Ana terlalu bersyukur kerana terpilih mengikuti misi kali ini.Sebelum datang ke Pariaman ana selalu berdoa kepada Allah agar dipilih mengikuti misi ini. Syukur kepada Allah hajat ana termakbul.Ameen.
Catatan Perjalanan,
Dr. Mohd Ariff Bin Abdul Rasyid
Misi-2 Haluan Ke Padang, Indonesia
No comments:
Post a Comment