Friday, March 4, 2011

jangan tinggal solat!

bismilahirrahmanirrahim..
assalamualaikum wbt...


alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah,tuhan sekalian alam yang terus menerus mengurniakan ni'matNya untuk kita hamba-hambaNya..ni'mat yang terhitung bnyaknya,subhanallah..


semoga kita semua tergolong dalam golongan orang-orang yang sentiasa  bersyukur..insyaAllah.


alhamdulillah,pg td berkesempatan bercakap dengan pelajar muslim kelas sendiri.bercakap perkara yang tidak berkaitan akademik, iaitu tentang solat.Allah izin, waktu itu saya menghampiri pelajar perempuan yang khusyuk membaca buku saya. buku tulisan ummu annas yang bertajuk anak-anakku bangunlah...


dengan spontan, saya menceritakan tentang buku tersebut.pelajar-pelajar perempuan muslim lain datang menghampiri,ingin mendengar apa yang saya perbualkan..bila saya lihat ramai yang datang,terlintas untuk bertanya.kamu semua ni solat cukup tak?mereka menjawab,susah cikgu mau cukup.subuh selalu tertinggal.bangun lambat bah...sedih saya dengar...terus saya bangkitkan semangat untuk mereka,sebelum tidur perlu niat.niat untuk bangun pagi,niat untuk bangun subuh, itu yang utama...
semua mengangguk,tanda setuju..semoga mereka dapat memulakan pagi esok dengan subuh pada waktunya dan dapat solat untuk semua waktu..insyaAllah.kene tanya perkembangan hari isnin ni..


insyaAllah dikesempatan ini,saya ingin kongsikan satu kisah yang berlaku apabila seseorang telah meninggalkan solat sepanjang hidupnya..
nauzubillah..


semoga bermanfaat..




Seorang anak mendatangi Rasulullah sambil menangis. Peristiwa itu sangat mengharukan Rasulullah S.A.W yang sedang duduk bersama-sama sahabat yang lain.

"Mengapa engkau menangis wahai anakku?" tanya Rasulullah. "Ayahku telah meninggal tetapi tiada seorang pun yang datang melawat. Aku tidak mempunyai kain kafan, siapa yang akan memakamkan ayahku dan siapa pula yang akan memandikannya?" Tanya anak itu. Segeralah Rasulullah memerintahkan Abu Bakar dan Umar untuk menjenguk jenazah itu. Betapa terperanjatnya Abu Bakar dan Umar, mayat itu berubah menjadi seekor babi hutan. Kedua sahabat itu lalu segera kembali melapor kepada Rasulullah S.A.W.

Maka datanglah sendiri Rasulullah S.A.W ke rumah anak itu. Didoakan kepada Allah sehingga babi hutan itu kembali berubah menjadi jenazah manusia. Kemudian Nabi menyembahyangkannya dan meminta sahabat untuk memakamkannya. Betapa hairannya para sahabat, ketika jenazah itu akan dimakamkan berubah kembali menjadi babi hutan.

Melihat kejadian itu, Rasulullah menanyakan anak itu apa yang dikerjakan oleh ayahnya selama hidupnya. "Ayahku tidak pernah mengerjakan solat selama hidupnya," jawab anak itu. Kemudian Rasulullah bersabda kepada para sahabatnya, "Para sahabat, lihatlah sendiri. Begitulah akibatnya bila orang meninggalkan solat selama hidupnya. Ia akan menjadi babi hutan di hari kiamat."




wallahua'lam

No comments: