Tuesday, March 29, 2011

iman oh iman...

Bismilahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah,segala puji hanya bagi Allah tuhan sekalian alam.selawat dan salam ke atas baginda rasulullah saw, keluarga serta sahabat baginda.

teman-teman yang dikasihi sekalian,
sama-samalah kita merafatkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Allah swt dengan segala ni'mat yang kita perolehi setiap masa.ni'mat yang tidak terkira banyaknya.yang kita boleh lihat dah cukup bnyak,apatah lagi yang tidak dapat lihat contohnya sekarang ni'mat oxygen,yang terus menerus masuk ke hidung kita dan mengizinkan kita untuk terus bernafas..jom tarik nafas panjanggg...rasai ni'mat oygen yang masuk ke hidung...best lg,kalau tarik nafas panjang kat tepi pantai, bestnya..ni'mat udara yang bersih...byk sungguh ni'mat Allah kepada kita.

teman-teman yang dirahmati Allah sekalian,
tahukah kalian, ni'mat yang paling besar Allah berikan pada kita.keni'matan yang amat sangat berbanding ni'mat yang lain.dengan ni'mat ini kita boleh merasai manisnya hubungan kita dengan yang Maha Hebat, Allah swt dan juga qudwah hasanah,suri teladan sepanjang zaman Rasulullah saw..apa lagi kalau bukan ni'mat iman,alangkah bahagianya seorang muslim itu dapat merasai halawatuliman,kemanisan iman..manis yang tidak dapat dirasai dengan lidah, tp dengan hati yang hidup, yang sentiasa merasai ubudiah atau perhambaan kepada Allah swt..hebatnya iman,pemberian Allah kepada hamba-hambanya yang dikasihi


sedarkah kita semua,bahawa iman itu perlu diperbaharui setiap masa...

kenapa yer?
kerana...

Iman yang progresif membentuk hati dan jiwa yang sensitif dengan kebenaran sedangkan iman yang luntur tidak mampu menggerakkan hati dan lambat laun akan berpaling daripada kebenaran...

Iman yang progresif mendorong hati untuk mencintai Islam...

Iman yang progresif mendorong pemiliknya untuk meningkatkan keimanan sedangkan iman yang luntur tidak bermaya untuk meningkatkan keimanan..

Iman yang progresif sentiasa bertafakkur dengan petunjuk Allah sedangkan iman yang luntur tidak sensitif dengan kebesaran Allah...

Iman yang progresif sentiasa mengingati dan menyebut nama Allah tetapi iman yang luntur sering melupakan Allah..

Iman yang progresif memiliki keyakinan yang kuat kepada Allah




kain yang berwarna terang,setelah dibasuh sekian kalinya,pasti akan luntur.begitu jugalah iman,iman dihati boleh juga luntur, apakah tanda-tandanya?


1.Bermalas-malasan dalam amal kebajikan


2.Tinggalkan amalan sunat


3.Tinggalkan bacaan Al-Quran 


4.Jarang berzikir dan berdoa kepada Allah


5.Tidak melihat sesuatu yg berlaku pada sudut dosa dan pahala


6.Banyak melakukan perkara yang sia-sia


7.Lemah dalam memikul tanggungjawab/dakwah Islam


8.Meningkatnya cita-cita keduniaan


9.Lahirnya sifat ego


mungkin tanda-tanda ini ada terdapat pada diri kita sekarang,jangan biarkan ianya sebati dalam diri kita..ayuh teman-teman yang dirahmati Allah.marilah kita perbaharui iman kita..

janganlah kita termasuk dalam golongan orang yang merasakan imannya lemah,tetapi tiada tindakan di ambil untuk meningkatkan iman yang lemah itu...

untuk memperbaharui iman,marilah kita..


1.Sentiasa berdoa kepada Allah


2.Banyakkan ucapan ((Tiada tuhan melainkan Allah))


3.Banyakkan tilawah Al-Quran


4.Banyakkan berzikir (Sesungguhnya hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang)


5.Istiqamah dalam amal Islami
    -individu:tingkatkan ilmu,tarbiyyah Dzatiyah,dakwah Fardiyyah
    -jamaah:merancang,melaksanakan,menghadirkan diri dalam program


6.Sentiasa beristigfar dan bertaubat
    (orang yang bertaubat daripada 1 dosa seperti orang yang tidak pernah melakukan dosa)

sebelum mengakhiri post kali ini,saya ingin mengajak tetamu disini menghayati lirik nasyeed dari kumpulan raihan,iman adalah mutiara..






semoga kita semua dapat meningkatkan iman dengan sentiasa memperbaharui iman di hati..
tanpa iman, bekal apalah yang ingin kita bawa untuk berjumpa Allah di akhirat nanti..
kerana iman dan taqwa adalah sebaik-baik bekalan untuk kita bertemu Allah..

dengan imanlah kita dapat merasakan diri kita ini adalah selemah-lemah hamba kepada yang lebih berkuasa,Allah swt..

wallahua'lam


credit buat adik fatin, ats perkongsian tentang iman di FB nya..
yang di catat daripada program mingguan di kb,kelantan..
semoga kita sama-sama dapat meningkatkan iman,
 dalam rangka meningkatkan ubudian kita kepada Allah swt..insyaAllah

2 comments:

Qawiem Khairi said...

menarik,
srnk membacanya,
sehingga x sedar yg artikel sudah habih ditulis,

moga akan muncul lg artikel yg hebat spt ini. Amin. (",)

halawatul iman said...

terima kasih ats sokongan...
moga Allah permudahkan...