Bismilahirrahmanirrahim
Assalamualaykum wbt…
Alhamdulillah, segala puji hanya bg Allah tuhan sekalian alam. Zat yang selayaknya untuk dipuji. Selawat dan salam ke atas rasulullah saw, keluarga serta sahabat baginda.
Marilah kita sama-sama melafazkan kesyukuran atas segala nikmat yang Allah anugerahkan kepada kita. Nikmat yang tidak terkira banyaknya..subhanallah…
sayangnya Allah kepada hamba-hambanya…
bagaimana pula dengan sayang kita kepada Allah?hubungan kita dengan Allah?
Persoalan untuk saya, juga persoalan untuk kalian…
Apa khaba ya teman-teman yang dikasihi sekalin?
Semoga sentiasa di rahmati Allah dan dipermudahkan segala urusan..
insyaAllah..
sejak akhir-akhir ini, saya hanya mampu copy and paste setiap post..hanya itu yang saya mampu lakukan supaya kolam sentiasa di update…walaupun, kolam ini tidaklah sehebat blog2 yg lain..namun, saya harap ianya mampu memberi kita sedikit perkongsian buat teman-teman yang singgah dalam rangka menigkatkan lagi iman kita..insyaAllah..
bagaimana kehidupan kalian?terutamanya yg berada di IPT…
saya pasti semuanya berada dalam klimaks iaitu sibuk dengan assignment, test, quiz and etc..semoga Allah permudahkan urusan kalian dan saya juga..sama-sama kita lakukan yang terbaik untuk ISLAM!
Bagi saya sendiri, semester terakhir ini benar-benar padat, sibuk, berbanding semester yang lain. Semoga dengan kesibukkan ini, tidak melalaikan saya dan rakan-rakan dari matlamat yang sebenar..insyaAllah..
Ujian
Allah izin, 22hb march bersamaan hari isnin..rumah sewa saya, bait 303 kene pecah masuk..3 laptop dan 3 handphone hilang..ini merupakan kali kedua rumah kami berjaya dipecah masuk..apa yang mengejutkan, kerja berdosa ini dilakukan sewaktu kami semua ke kelas pada siang hari..
Disaat-saat kami sibuk menyiapkan kerja-kerja, ketika ini juga Allah uji..
Apa yang hilang, tak mungkin dapat di cari kembali..
Melainkan dipulangkan kepada kami..
Semoga kami berlapang dada dengan ujian yg Allah beri..
insyaAllah ada hikmah disebaliknya..
“Barangsiapa yang Allah mahukan dirinya beroleh kebaikan, nescaya diujinya dengan kesusahan” [Hadith riwayat al-Bukhari]
Kata wan, housemate kami “ tak tertingkat iman seseorang tanpa diuji…”
Kepada teman-teman, yang sedang menyiapkan project, tesis, dan juga assignment saya syorkan buatlah backup. Lebih dari satu pun tak apa..insyaAllah tak rugi..musibah boleh berlaku bila-bila masa sahaja..semuanya di luar kuasa kita..
Alhamdulillah,kami sempat buat backup. Tidaklah terasa bebannya..
insyaAllah, sama-samalah kita ambil pengajaran dan iktibar dari apa yang berlaku. Sentiasalah kita berlapang dada dengan ujian-ujian yang telah Allah takdirkan untuk kita..
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala dari kebajikan yang diusahakannya dan ia mendapat siksa dari kejahatan yang dikerjakannya….” Al-Baqarah: 286
No comments:
Post a Comment