Saturday, March 6, 2010

pengalaman konvoi viva palestin

insyaAllah dalam masa yang singkat ini saya ingin kongsikan di kolam ini satu pengalaman konvoi salah seorang peserta konvoi viva palestin ke Gaza,beberapa bulan yang lepas...
di ambil dari damascene7...

semoga kita dapat mengambil sedikit iktibar dari pengalaman ini..
insyaAllah

Alhamdulillah, peluang untuk ke Gaza bukan satu yang mudah. Peluang ini datang apabila Konvoi Viva Palestina singgah di Damsyik dalam perjalanan mereka menghantar bantuan ke Gaza. Seramai kira-kira 450orang menyertai konvoi kemanusiaan ke Gaza di bawah pimpinan Ahli Parlimen Britain, George Galloway(beliau juga merupakan pengasas Viva Palestina).

Kebanyakan anggota konvoi datangnya dari puluhan negara, samada dari negara islam atau bukan islam. Sebanyak kira2 200buah kenderaaan seperti Ambulans,Trak,Pancuan 4roda serta Van pelbagai guna digunakan untuk menjayakan misi kemanusiaan ini dengan membawa bertan2 bekalan ubatan dan makanan.

Konvoi Viva Paletina ini sebenarnya bermula dari London dan berakhir di Gaza melalui pelbagai negara dan merentasi beribu2 km perjalanan. Seramai 11orang sukarelawan dari Malaysia iaitu dari Perdana Global Peace,Yayasan Bukhori,Haluan Palestin dan Bernama TV turut serta menyertai konvoi ini.


Bertolak ke Latakkia

Konvoi kami bermula dari Hotel Sahara,Damsyik ke Muhafazah Latakkia yang mengambil masa kira-kira 4jam perjalanan. Latakkia merupakan satu bandar pelabuhan yang letaknya bersebelahan dengan Laut Mediterranean. Kami sampai disana dan tinggal di Kem Pelarian Al-Tala’ik (satu2nya kem pelarian Palestin di Latakkia) selama 4hari memandangkan urusan untuk ke Al-Arish,Mesir agak sukar.

Rancangan pada awalnya ialah menaiki kapal kargo bersama barang2 bantuan ke Pelabuhan Al-Arish,Mesir iaitu perlabuhan yang berdekatan dengan Sempadan Rafah-Gaza. Akan tetapi rancangan tersebut terpaksa dibatalkan memandangkan cuaca tidak mengizinkan serta mengancam keselamatan. Laut Mediterranean pada ketika itu bergelora kerana musim hujan dan angin bertiup agak kencang. Akhirnya, pihak urusetia membuat keputusan untuk membawa kesemua bahan-bahan bantuan melalui kapal kargo yang disewa khas dari Istanbul,Turki ke Pelabuhan Al-Arish.


Para peserta pula diarahkan menaiki pesawat yang disewa khas dari Airport Basil Al-Assad, Syria ke Airport Al-Arish,Mesir. Peserta dibahagikan kepada 4 trip memandangkan peserta yang menyertai konvoi agak ramai. Saya berlepas dengan trip-1 bersama rombongan VIP iaitu ahli Parlimen Britain, George Galloway, serta beberapa orang kenamaan yang lain.


Tiba di Al-Arish,Mesir.

Alhamdulillah,kami tiba di Airport Al-Arish selepas mengambil masa kira-kira 2jam penerbangan dan bermalam di sana. Peserta trip ke-2 yang berlepas dr Latakkia terpaksa mendarat cemas di Damsyik kerana engine pesawat terbakar dan rosak teruk. Alhamdulillah, semua peserta selamat. Pada sebelah paginya selepas sarapan,kami dibawa ke Pelabuhan Al-Arish oleh pihak berkuasa Mesir untuk mengambil kenderaan kami yang baru tiba dari Lattakia. Sebenarnya kapal yang di sewa khas tersebut terpaksa mengambil jalan yang agak jauh memandangkan Tentera Laut Israel sedang memantau lebih dari 25km(had sempadan laut Israel) untuk menghalang kapal itu tiba di Pelabuhan Al-Arish. Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan…


Diserang oleh Pihak Berkuasa Mesir.

Semasa kami sedang bersiap-siap untuk ke Gaza melalui Rafah(hanya 40km sahaja dari Al-Arish),pihak berkuasa Mesir mengeluarkan kenyataan bahawa semua kenderaan boleh masuk Gaza kecuali 65buah kenderaan seperti Pancuan 4roda,lori serta beberapa kenderaan lain.


Hal ini dinyatakan tanpa sebab2 yang munasabah dan menyebabkan kesemua peserta konvoi tidak berpuas hati. Maka pihak penganjur membuat keputusan untuk membuat demontrasi secara aman mendesak kerajaan Mesir membenarkan kesemua kenderaan masuk ke Gaza. Kira-kira beberapa jam kami melakukan demontrasi secara aman,tiba-tiba kami diserang oleh 2000orang anggota polis FRU Mesir dengan balingan beribu-ribu batu-batan,gas pemedih mata serta pukulan bertalu-talu kearah rombongan konvoi. Kejadian itu berlaku begitu cepat sekali.

Kira-kira 7orang ditangkap semasa serangan polis tersebut (3orang dari Amerika dan beberapa orang lagi dr Malaysia,Kuwait,Turki dan Britain) serta lebih 30orang cedera di kepala,badan dan sebagainya. Lebih mendukacitakan lagi, selepas 1jam lebih waktu serangan tersebut, pihak berkuasa Mesir tidak menghantar bantuan perubatan atau Ambulans kepada magsa-mangsa yang cedera parah.

Hal ini amat mengaibkankan memandangkan rombongan konvoi hanya datang untuk memberikan bantuan kepada mangsa perang di Gaza dan bukannya untuk ‘berperang’ dengan pihak berkuasa Mesir. Mereka menganggap kami(Konvoi Viva Palestina) sebagai penjenayah hanya semata-mata kami menolong saudara kami di Gaza.


Bagi saya, sebenarnya serangan mereka ini lebih banyak mendatangkan fitnah kepada islam memandangkan anggota konvoi bukan semuanya orang islam. Ada diantara mereka Kristian, Buddha, Hindu, Aties dan sebagainya dan hal ini akan memburukan lagi imej Islam itu sendiri. Cuba kita fikirkan, Adakah peristiwa ini ada kaitan dengan Israel?..wallahua’lam.

Bertolak ke Sempadan Rafah-Gaza.

Pada keesokan harinya, pihak berkuasa Mesir mengeluarkan kenyataan muktamat, hanya 42buah kenderaaan sahaja tidak dibenarkan masuk ke Gaza. Kesemua kenderaan lain dibenarkan masuk Gaza.

Selebihnya baki kira2 42 buah kenderaan lagi akan dihantar pulang ke Syria untuk diagihkan ke kem Pelarian Palestin di Lubnan,Syria dan Jordan. Kira-kira jam 10mlm kami bertolak ke Gaza melalui pintu Rafah serta dikawal dan diperiksa dengan ketat oleh pihak polis Mesir. Kami hanya dibenarkan masuk selama 48jam sahaja ke Gaza.

Sebenarya perasaan saya agak sayu,memandangkan ada dikalangan ahli rombongan merupakan orang Gaza dan sudah lama tidak pulang ke tanahair. Ada diantara mereka yang sudah 15tahun tidak pulang ke kampung,menziarahi ibubapa,keluarga serta sanak saudara. Bayangkan hanya 2hari sahaja mereka dapat melepaskan kerinduan yang bertahun2 lamanya dipendamkan. Selepas melalui pemeriksaan yang agak ketat,akhirnya kami tiba di pintu masuk Gaza yang temboknya agak tinggi. Jarak diantara kedua-dua pintu sempadan hanya beberapa meter sahaja.


Tiba di Bumi Syuhada’,Gaza’.

Setibanya saya di pintu masuk Gaza,tiba-tiba terdengar laungan ditepi telinga saya, “ahlan wasahlan…Akhi, antum al-an fil filistine!! (Selamat datang…Sahabatku, kamu sekarang berada di Palestin!!)” ucapan dari saudara seaqidah dari Palestin.


Tiba-tiba mata dan pipi saya basah mengalirkan air mata menandakan kepuasan, kegembira serta kesyukuran kepada Allah kerana masih sayang dan berikan peluang kepada saya untuk memijak bumi syuhada’,Gaza. Bumi yang penuh dengan keberkatan, yang mengalir di setiap penjurunya wangian darah para syuhada’, sehingga ke hari ini masih berjuang melawan yahudi laknatullah dan mempertahankan Masjidil Aqsa.

Kami disambut oleh pihak berkuasa dan rakyat Gaza disepanjang jalan dengan lambaian serta laungan takbir dan tahmid memuji Allah swt. Perjalanan mengambil masa kira-kira 30minit untuk sampai ke Gaza City iaitu pusat Bandar Gaza.


Di kawasan ini seramai 1.5juta orang penduduk Gaza tinggal dalam keadaan yang cukup memeritkan. Majoriti mereka disini berada dalam keadaan fakir dan miskin. Akan tetapi,apa yang menarik perhatian saya ialah, pada wajah mereka menampakkan ketenangan. Tidak sedikit pun menampakkkan kegelisahan serta kekecewaan. Jiwa mereka sentiasa melonjak2 untuk syahid di jalan Allah. Syurga Allah merupakan matlamat mereka yang utama. Subhanallah…


Ziarah beberapa tempat di Gaza.

Alhamdulillah, saya sempat menziarah beberapa tempat di Gaza . Antaranya


ialah Jamiah Islamiah(Univ Islamiah) iaitu salah satu pusat pendidikan yang utama di Gaza untuk melahirkan mahasiswa yang hebat bukan hanya pada akademik tetapi juga pada syakhsiah islamiah dalam perjuangan menentang yahudi laknatullah. Saya juga menziarahi kawasan-kawasan yang hancur dibom oleh Israel seperti bangunan Pejabat Kerajaan Palestin,masjid-masjid,rumah-rumah dan sebagainya. Alhamdulillah, satu tempat yang saya tak dapat lupakan ialah saya berpeluang untuk menziarah masjid tempat terjadinya pembunuhan As-Syahid Sheikh Ahmad Yassin(Masjid Al-Mujamma’ Al-Islami) serta rumah keluarga beliau.


Sempat juga saya ziarah beberapa keluarga Palestin yang anggota keluarganya syahid dan syahidah semasa “perang furqan”(Gaza-Israel) baru-baru ini. Subhanallah, ternyata mereka cukup bangga dengan pengorbanan anggota keluarga mereka yang syahid. Mereka menjual diri mereka dengan harga yang mahal untuk membeli syurga Allah swt.

Antara menarik perhatian saya ialah, disepanjang jalan di Gaza tertampal banyak poster-poster Syuhada’ dan tujuannya ialah untuk menarik minat masyarakat berjihad dijalan Allah swt. Subhanallah.


Keluar dari Jalur Gaza ke Sempadan Rafah.

Selepas 2hari menjadi tetamu di Gaza,kami bersiap2 utk pulang ke negara masing2. Kami perlu keluar dari Gaza ke pintu masuk Rafah selewat-lewatnya petang sebelum pintu Rafah tutup.


Perjalanan dari Rafah ke Cairo mengambil masa kira2 8jam dan diiringi oleh pihak polis Mesir. Sebenarnya, perasaan sedih menghantui kami sebelum pulang memandangkan keadaan di Gaza agak sukar digambarkan dengan kata2, mereka dipenjarakan dari dunia luar, kebebasan mereka dihalang dan kehidupan mereka semakin hari,semakin teruk. Bagi saya,sebenarnya Allah ingin menguji keimanan, kesabaran serta pengorbanan mereka bagi melahirkan pemuda-pemudi yang hebat untuk masa hadapan dalam membebaskan Al-Aqsa dari cengkaman yahudi laknatullah.

Dari Cairo terbang ke Damsyik.

Sampai di Airport Cairo, saya terus beli tiket flight ke Damsyik.

Alhamdulillah saya selamat tiba di Damsyik kira2 jam 3pm. Setelah dihitung, rupa2nya saya mengambil masa kira2 10hari berkonvoi bersama Viva Palestina dari Damsyik ke Gaza. Mudah-mudahan pengalaman yang saya lalui dapat memberikan kekuatan iman,menambahkan syu’ur bekerja dan terus yakin dengan janji Allah. InsyaAllah..

Wallahua’lam.


membaca pengalaman orang,
seolah2 kita juga turut berada disana..

No comments: