Tuesday, March 2, 2010

Belajar Berkata Cinta

Bismilahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

insyaAllah dengan kesempatan masa yang ada,
saya ingin berkongsi dengan teman-teman yang di kasihi, satu bingkisan yang menarik dari seorang teman raudhatulnadwah.

semoga bermanfaat untuk kalian seperti mana saya (",)

~Teman-teman akhirat diikat hati-hati dengan

iman dan cinta kepada-Nya~


"Apabila salah seorang di antara kamu mencintai saudaranya, maka hendaklah ia memberitahukannya."

(HR Abu Daud dan Tarmidzi).


Hari ini saya nak bercerita tentang belajar mengungkapkan rasa cinta. Mengungkapkan rasa cinta kepada saudara-saudara kita yang telah diikat hati-hati kita oleh-Nya. Sebagaimana cintanya sahabat-sahabat Nabi kepada baginda Rasulullah s.a.w, seperti itu jugalah cinta yang ingin diungkapkan di sini.

Peringatan ringkas ini juga ditujukan kepada diri sendiri sebagai medan muhasabah. Kerana saya terlalu malu untuk mengungkap rasa cinta kepada sahibah-sahibah yang amat saya kasihi dan cintai dengan ikatan iman di hati. Mengapa ya? Adakah malu atau ego sebenarnya?


Dari Anas r.a, ia berkata:
Ada seorang lelaki duduk di hadapan Nabi s.a.w, kemudian ada seorang sahabat lain berlalu. Laki-laki tersebut lalu berkata;
"Ya Rasulullah, sungguh saya mencintai orang itu (kerana Allah).


Maka Nabi s.a.w bersabda: "Apakah engkau telah memberitahukan kepadanya?
"Belum" jawab laki-laki itu.

Nabi bersabda: "Maka bangkit dan beritahukanlah kepadanya, niscaya akan mengukuhkan kasih sayang antara kalian."

Lalu ia bangkit dan memberitahukan: "Sungguh saya mencintai anda kerana Allah."

Maka orang ini berkata: "Semoga Allah mencintaimu, yang engkau mencintaiku kerana-Nya."

(HR Ahmad)



Cintailah mereka kerana Allah, maka Allah juga akan mencintai kita.
Jujurnya, ada golongan manusia yang sukar mengungkap rasa tapi belajarlah. Mungkin kita lebih suka menunjukkkan dengan perbuatan bahawa kita mencintai teman-teman kita kerana Allah.

Hakikatnya, apa yang dianjurkan oleh Nabi s.a.w itu tentu ada keberkatannya. Baginda menganjurkannya kerana baginda cinta akan perbuatan itu, lalu contohilah baginda, nescaya Allah juga pasti akan mencintai kita.

Dari Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda:
Sesungguhnya ada seseorang akan berkunjung ke tempat saudaranya yang berada di desa lain. Kemudian Allah taala mengutus malaikat untuk mengujinya. Setelah malaikat itu berjumpa dengannya, ia bertanya:
"Hendak ke manakah kamu?"

Ia menjawab:
"Saya akan berkunjung ke tempat saudaraku yang berada di desa itu."

Malaikat bertanya lagi:
"Apakah kamu merasa berhutang budi padanya sehingga merasa perlu mengunjunginya?"

Laki-laki itu menjawab:
"Tidak. Aku mengunjunginya semata kerana Allah ta'ala.

Malaikat kemudian berkata:
"Sesungguhnya saya adalah utusan Allah untuk menjumpaimu, dan Allah mencintaimu sebagaimana kamu mencintai saudaramu kerana Allah."

(HR Muslim)



kepada sahabat-sahabatku yang dikasihi,


ketahuilah kalianlah permata hatiku,

ketahuilah juga saya sayang dan cinta kalian kerana Allah..

moga Allah sayang kita semua..

insyaAllah..


Alhamdulillah, hari ini saya telah mendapat jawapan dari ukti yang saya kasihi,

jawapan yang lama saya tunggu.

jawapan yang saya inginkan tanpa perlu soalan diajukan...


walaupun dengan msg ringkas, ianya amat bermakna.

kpd ukti yang dikasihi, semoga kita terus istiqomah dalam mencapai maradhotillah..

walaupun kita berada di dalam "keretapi" yang berlainan..

semoga Allah terus pelihara ukhuwah yang terbina...

ana uhibbuki fillah...


2 comments:

sinar_islami said...

Sha sayang akak =)
Harap dapat bertentang mata lagi

halawatul iman said...

kak sayang sya juga...
sayang kerana Allah..
moga Allah perlihara ukhuwah yang terbina..