Sunday, January 31, 2010
syahsiah yang baik
Da'wah Melalui Syahsiah yang baik
oleh : Dr Ariff
Assalamualaikum sahabat yang dikasihi sekelian. Semoga kita terus istiqamah diatas jalanNya.Beberapa hari yang lalu saya ke KL ziarahi ibunda yang dikasihi.Disamping itu saya balik ke KB bersama puteri kedua saya yang bercuti selama 3 minggu.Dia belajar di Universitas Hasanuddin Makassar,Indonesia.Di sepanjang berada didalam kapalterbang, dia asyik bercerita mengenai pengalaman hidupnya semasa di Makassar. Sejuk hati saya kerana perbualan kami hanya berkisar diatas tajuk Islam.Dia bercerita mengenai betapa nikmatnya melaksanakan kerja dakwahnya bersama akhwat-akhwat seusrahnya.Ada satu kesah yang menyentuh perasaan saya mendengarnya. Boleh kita jadikan sebagai bahan tarbiyah.....
lebih kurang begini kesahnya..
Disatu hujung minggu, puteri saya bersama rakan seusrahnya merancang untuk berkelah di kawasan air terjun di Banti Murung, kira-kira 30 km dari Rusun Rusunawa (Rumah susun sederhana sewa) tempat tinggal pelajar Malaysia. Ia merupakan rehlah tarbawi yang dirancang untuk mengikat hati-hati rakan seusrahnya.Mereka pergi seramai 6 orang dengan menaiki sebuah kereta yang disewa, 120,000.00 Rupiah sehari. Pemandu kereta itu seorang Indonesia dalam empat puluhan. Dia hanya memakai seluar pendek sahaja.Pakaian seperti ini adalah perkara biasa saja disana Bila kereta mula bergerak, pemandu kereta itu terus membuka keset lagu rock. Maklumlah dia nak berhibur sambil memandu.Anak saya dan rakan-rakannya memulakan perjalanan dengan membaca doa perjalanan bersama-sama.
Seketika kemudian, seorang dari rakan anak saya, Nabila meminta secara hormat agar pemandu itu memperlahankan sedikit radio kerana mereka nak membaca ma'thurat. Lantas mereka membaca bersama-sama. Ma'thurat merupakan kumpulan doa-doa yang sering dibaca oleh Rasulullah saw. Pemandu itu kelihatan diam sahaja.Tak lama kemudian dia memadamkan radio kesetnya tanpa disuruh. Dia kelihatan memikirkan sesuatu.
Mungkin juga dia hairan melihat remaja Malaysia bertindak begitu. Setelah habis membaca ma'thurat.
Tetiba dia memecah kesunyian apabila dia berkata :
" Baguslah adik-adik ni...ambil bidang apa?
" Kami ambil bidang perubatan Pak" jawab anak saya.
" Saya cukup tertarik dengan kamu semua, sebenarnya saya sudah jarang lihat orang-oarang muda yang praktis dengan Islam..." Wajahnya nampak serius.
Kemudian dia menyambung dengan katanya.
" Ini yang sudah hilang dari remaja Indonesia, mereka hanyut dengan dunia hiburan, Islam sudah hilang dari hidup mereka..."
Walaupun dia sebahagian dari kelompok masyarakat Indonesia, namun dia dapat lihat perbezaan diatara yang Islamik dan tidak Islamik.
Setelah tengah hari seperti yang dijanjikan , pemandu taxi itu datang kembali. Yang menariknya dia telah menukarkan pakaiannya kepada pemakaian yang lebih sopan dan berseluar panjang.
Sebelum berpisah pemandu taxi sempat mempelawa anak saya dan rakan-rakannya.
" Saya amat senang dengan kamu semua, lain kali kalau mau pergi mana-mana....bilang aja sama saya, tambang pun boleh saya kurangkan sedikit.Saya suka bawa orang-orang soleh seperti kamu..
" Lalu dia memberikan no handphonenya kepada anak saya. Sebab itulah, dimana sahaja kita berada,
kita mesti membawa "syahsiah Islamiyah". Kita mesti ujudkan "tamayyuz" (perbezaan) dengan suasana yang tidak Islamik.
penerapan syahsiah islamiah dlm diri kita..
mampu mengajak orang sekeliling kearah memahami islam..
insyaAllah..
justeru,sama-samalah kita hidupkan islam dalam diri kita..
Thursday, January 28, 2010
tarbiyyah
Tuesday, January 26, 2010
Islam akan tetap terbela (2)
Bermulalah soalan,
cendekiawan menunjukkan satu jari kepada hadirin.
Gembala kambing pula menunjukkan dua jarinya pada hadirin.
Dan jawapannya betul.
Cendekiawan pula menunjukkan dua jari pula dan gembala
kambing menunjukkan lima jari, jawapannya juga betul.
Kemudian,cendekiawan menunjukkan lima jari, gembala kambing menunjukkan enam jari. Betul juga!
Raja mula berfikir,hebat juga gembala kambing ini.
Cendekiawan yang tidak berpuas hati, membuat bulatan pada hadirin dengan tangannya, kemudian gembala kambing menunjukkan penumbuk tangannya.Betul lagi...
Lalu cendekiawan tersenyum puas hati. Cendekiawan mengeluarkan
pedang dan halakan ke langit.
Gembala kambing pula mengeluarkan pisau kontotnya, lalu dijunamkan ke bumi. Betul!
Lalu cendekiawan menepuk tangan.
Cendekiawan kemudiannya menunjukkan seekor ayam ditangan dan gembala kambing menunjukkan telur ayam ditangan. Betul...
Maka tamatlah sesi perdebatan.Raja amat berpuas hati dengan kepandaian gembala kambing.Cendekiawan itu mengadap raja, untuk menunaikan janjinya.
BERSAMBUNG....
Monday, January 25, 2010
The Chosen One-Maher zain
In a time of darkness and greed
It is your light that we need
You came to teach us how to live
محمد يا رسول الله
You were so caring and kind
your soul was full of light
You are the best of mankind
محمد خير خلق الله
صلّوا على رسول الله
الحبيب المصطفى
Peace be upon The Messenger
The Chosen One
From luxury you turned away
And all night you would pray
Truthful in every word you say
محمد يا رسول الله
Your face was brighter than the sun
Your beauty equaled by non
You are Allah Chosen One
محمد خير خلق الله
صلّوا على رسول الله
الحبيب المصطفى
Peace be upon The Messenger
The Chosen One
I'll try to follow your way
And do my best to live my life
as you taught me
I pray to be close to you
On that day and see you smile
When you see me
صلّوا على رسول الله
الحبيب المصطفى
Peace be upon The Messenger
The Chosen One
صلّوا على رسول الله
Oh
Peace be upon.. Oh
The Chosen One
lyric by sakinah omar
namun,layakkan diri ini?
Islam akan tetap terbela (1)
Kejadian telah berlaku di sebuah negara yang tidak dapat dipastikan
namanya.Masyarakat dalam negara itu hidup dalam keadaan yang aman dan damai.Rata-rata penduduknya adalah yang menganut agama Islam.
Suatu hari datang seorang cendekiawan kristian, yang ingin menguji keagungan dan kebenaran Tuhan yang disembah. Cendekiawan itu berjumpa dengan raja negara tersebut dan meminta kebenaran untuk berdebat dengan|penduduk-penduduk di negara itu.
Pertaruhan yang telah ditetapkan oleh cendekiawan itu adalah,jika diadikalahkan, dia beserta seluruh ahli keluarganya akan memeluk Islam.
Sebaliknya jika dia menang, raja hendaklah memberi dia kekayaan dan kebenaran menyebarkan agamanya di situ. Dan syarat terpenting perbahasan ialah menggunakan bahasa isyarat. Kemudian raja pun bertitah mengumumkan pertandingan tersebut kepada rakyat dan barangsiapa yangkalah, dia akan dikenakan hukuman yang berat.
Setelah hampir waktunya,muncullah seorang pengembala kambing Islam yang ingin membela agamanya.Dengan berat hati,raja membenarkan kerana tiada siapa lagi yang berani menyahut cabaran itu. Pada hari pertandingan, rakyat berkumpul di padang yang luas dan gembala kambing didudukkan bertentangan dengan cendekiawan kristian.
BERSAMBUNG....
Sunday, January 24, 2010
adakah kita sentiasa bersyukur?
Allah telah berfirman dalam surah Ibrahim ayat 7:
"sesungguhnya jika kamu bersyukur
pasti kami akan menambah nikmat kepadamu,
dan jika kamu mengingkari nikmatKu,
maka sesungguhnya azabku sangat pedih."
muhammad salman al-farisi
Assalamualaikum wbt....
alhamdulillah,segala puji hanya bg Allah,tuhan sekalian alam. yang mengizinkan lagi kita untuk terus hidup hingga ke hari ini juga dapat menikmati nikmat-nikmat yang terkira banyaknya..alhamdulillah...selawat dan salam ke atas rasulullah saw, keluarga baginda dan para sahabat.
apa khaba yer teman-teman sekalian...semoga kalian sentiasa di rahmati Allah serta dipermudahkan segala urusan..insyaAllah.
kepada yang final year,sama-sama lah kita usaha yang terbaik yer...semoga kejayaan milik kita bersama..mcm tak percaya kan?pantas sekali masa berlalu..untuk semester terakhir ini,bagi saya yang berada di fakulti pendidikan terasa bebanan kerja lebih berat berbanding semester-semester yang lain..pastinya perasaan yang sama juga bg teman-teman yang lain....sama-sama kita doa,supaya Allah memberi kekuatan dan bantuanNya kepada kita..
imbas kembali cuti semester yang lepas..cuti semester yang paling lama bagi saya dan juga kawan-kawan,seusai kami dari sesi praktikal...tak hairanlah ramai kawan-kawan sekelas mengambil kesempatan untuk mendirikan masjid =)...semoga kebahagian sentiasa bersama mereka...insyaAllah...
insyaAllah,post kali ni saya nak kongsi dengan teman-teman tentang seseorang..
sape yer?...
namanya Muhammad Salman Al-Farisi...
siapa salman ni?
dialah satu-satunya anak saudara saya...buat masa ini....
bilalah agaknya salman nak dapat adik?insyaAllah dalam masa terdekat barangkali..ameen =)
untuk melihat salman dengan lebih dekat lg,jom kita lihat gamba-gamba salman...
semoga salman jadi anak yang soleh..
mewarisi sifat-sifat soleh abi dan ummi...
juga to'ki dan mok ummi...
insyaAllah...
#post kali ni khas buat kak long tersayang...
moga Allah bantu kak long dan abg long dalam mendidik salman
mengikut acuan islam...
insyaAllah..
bertuah salman dapat kak long dan abg long sbg ummi dan abi...
sayang kak long kerana Allah (",)....
Thursday, January 14, 2010
mangsa suasana
insyaAllah perkongsian dari saya untuk teman-teman yang dikasihi Allah...
artikel ini antara koleksi yang terdapat dalam simpanan saya...
artikel ini di ambil dari blog abu umar..insyaAllah
semoga bermanfaat untuk kita semua...
Satu hakikat yang harus kita terima....
remaja hari ini adalah mangsa kepada suasana. Kerosakan yang menimpa remaja hari ini bukan berlaku kerana pilihan mereka sendiri tetapi suasana yang ada tidak pernah mengajar mereka untuk membuat pilihan yang betul.
Saya tidak maksudkan apa yang mereka buat itu tidak menambah dosa mereka tetapi perlunya kita melihat permasalahan ini secara positif dan terbangkitnya jiwa da'ie pada diri kita hingga timbulnya rasa kasihan kita kepada mereka.
Remaja hari ini tidak pernah terlatih untuk berfikir secara serius....
segalanya tersedia dengan mudah.
Mereka tidak dapat menentukan apa yang baik dan apa yang buruk bagi mereka......
segalanya telah ditentukan atau mereka diberikan kebebasan seluas-luasnya hingga mereka boleh memilih apa sahaja yang mereka suka. Suasana disekeliling dan media
Jika untuk berzina itu ada 10 steps/langkah-langkah maka persekitaran yang ada telah menyediakan 9 daripadanya....
1. pergaulan bebas dalam drama-drama,
2. hiburan tanpa kawalan,
3. Majalah-majalah kebaratan,
3. Kelab malam,
4. Taman-taman bunga yang tak terkawal........
10. Nak buat ke tak nak buat.
(Akademik...kerjaya, belajar bersungguh-sungguh berjaya dalam pelajaran...dapat pekerjaan yang baik = berjaya dalam hidup....setelah mati macamana pula????).
Kita yang diberi kekuatan oleh Allah hingga dapat membezakan antara yang Haq dan Bathil,
kebenaran dan kepalsuan ini seharusnya merasa bertanggungjawab untuk membimbing mereka untuk mengenal Pencipta mereka dan menyedari hakikat pertemuan kita di
yang kita sangat sayang, fikirkanlah bagaimana untuk kita menanggalkan kekotorannya tanpa merosakkan baju tersebut.
Mereka yang hidup dalam maksiat ada hak ke atas kita di Akhirat nanti sekiranya kita tidak pernah mengajak mereka kepada kebenaran.
#kadang-kadang kita sendiri pun mangsa keadaan..tanpa kita sedari...