Assalamualaikum wbrt...
kaifa hal yer adik-adik dan teman-teman seperjuangan...pastinya kalian sekarang ini sibuk dengan musim peperiksaan..terasa rindu pula dengan suasana exam..dimana kita benar-benar bergantung harap dengan pertolongan Allah swt...pertolongan yang mengizinkan kita untuk menjawab soalan sebaik mungkin....
kata-kata hikmah
ingat lagi perjumpaan terakhir kita di rumah makcik?perjumpaan yang diadakan sebelum minggu exam bermula..sebelum semester berakhir...tak ramai antara kita yang dapat hadir..jadi dikesempatan ini,kak ingin coretkan kata-kata makcik..kata-kata nasihat sebagai peringatan buat kita semua...
makcik faridah
makcik mengingatkan kita agar menjaga hubungan dengan Allah sepanjang musim exam ini..jagalah solat malam...hidupkan malam dengan bertahajud kepada Allah swt...
harapkan pertolongan dariNya...hanya Dialah yang mampu untuk menolong hamba-hambanya...bergantung haraplah kita kepada Allah...sesungguhnya kita hamba yang lemah,hanya mampu berusaha..natijahnya Allah yang tentukan...
makcik ubaidah
makcik berpesan supaya kita mempunyai matlamat yang jelas..matlamat belajar bukan untuk mendapat A atau medapat gelaran "pelajar cemerlang"...tetapi,matlamat utama adalah untuk mencapai keredhaan Allah swt...dimana apa yang kita lakukan,kita cuba untuk mencapai redha Allah..sekiranya kita bersungguh-sungguh membuat ulangkaji,membuat diskusi bersama kawan-kawan,tetapi solat entah kemana,solat lewat waktu..adakah Allah redha dengan kita?
mungkin juga kita study sampai lewat malam,pastinya kita lewat tidur kan?..apa akan jadi dengan subuh kita?awal ker atau lambat?..nauzubillah...sama2 kita muhasabah balik...
makcik juga mengingatkan kita semua terhadap ujian-ujian Allah..exam hanyalah satu daripada ujian Allah..sebenarnya banyak lagi ujian yang Allah sediakan untuk hamba-hambanya...ujian yang pastinya menguji keimanan dan juga kesabaran seorang manusia..kepada Allah jua kita memohon pertolongan...
makcik huda
secara ringkasnya makcik mengingatkan kita agar bertawakkal kepada Allah..usaha semaksima mungkin,kemudian berserahlah kepada Allah..Allah lah sebaik-baik tempat untuk berserah...makcik juga menyelitsatu sirah ringkas antara rasulullah dan sahabat.
dimana sahabat ingin meninggalkan untanya seketika dan bertanya kepada rasulullah "bolehkah aku bertawakkal kepada Allah?"...
jawab rasulullah "ikatlah unta kamu di pokok, sebelum kamu bertawakkal"...
ini menunjukan,kita harus berusaha terlebih dahulu..barulah kita bertawakkal kepada Allah..
secara logik akal,kalau kita tak usaha..apa yang kita nak serahkan kepada Allah kan?takkan sekadar doa sahaja?....
insyaAllah itu sahaja yang kak ingin coretkan...
semoga pesanan ini bermanfaat untuk kita semua,insyaAllah...
akhirul kalam,kak ingin berkonsi satu sms dari seorang teman...
"selangkah ke alam perjuangan bererti selamanya dalam kepahitan.
biarlah menangis,terluka,kecewa kerana ditinggalkan kerana Allah
drpd mati
terkambus tanpa mujahadah.
kita tak sanggup selamanya terluka terluka,tp ingatlah setiap titisan
darah luka
dan airmata. itulah mahar kita ke syurga.bila ditanya kenapa
berjuang
itu pahit?
jawabnya kerana syurga itu manis.
moga hati kita sentiasa tabah dalam perjuangan di jalanNya."
biarlah menangis,terluka,kecewa kerana ditinggalkan kerana Allah
drpd mati
terkambus tanpa mujahadah.
kita tak sanggup selamanya terluka terluka,tp ingatlah setiap titisan
darah luka
dan airmata. itulah mahar kita ke syurga.bila ditanya kenapa
berjuang
itu pahit?
jawabnya kerana syurga itu manis.
moga hati kita sentiasa tabah dalam perjuangan di jalanNya."
terima kasih atas kunjungan kalian...
No comments:
Post a Comment