Wednesday, November 25, 2009
sibukkan diri kalian...
Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt....
alhamdulillah,segala puji hanya bagi Allah tuhan sekalian alam,yang terus menerus mengurniakan nikmat buat hamba-hambanya.selawat dan salam ke atas rasul junjungan serta keluarga dan sahabat baginda.marilah kita sama-sama mengaturkan kesyukuran kerana telah di kurnikan satu nikmat yang sangat besar iaitu nikmat iman.tanpa iman,pantaskan kita merasakan nikmat islam pada hari ini.semoga Allah sentiasa pelihara iman kita..insyaAllah.
justeru,saya ingin tanyakan satu soalan buat teman-teman semua...
apa khabarkah iman kalian?
naik atau turunkah iman itu...
teman,
walau dimana sekalipun tahapnya,sama-samalah kita update iman kita...
tingkatkannya dengan sentiasa berubudiah kepada Allah..
dalam erti kata lain,sama-sama kita merasakan diri ini adalah hamba..
hamba kepada Allah swt...
di mana satu hari nanti kita akan kembali menghadapnya....
marilah kita sama-sama melengkapkan diri untuk bertemu Allah swt...
Alhamdulillah,cuti semester sudah pun bermula...apa lagi yang ditunggu oleh setiap pelajar kalau bukan cuti semester kan?cuti yang menjanjikan masa lapang yang penuh nikmat..kita bebas untuk melakukan apa sahaja tanpa batasan...tapi,
sedarkah kita...
saat paling bahaya bagi aqal adalah apabila diri kita menganggur dan tidak berbuat apa-apa. orang seperti itu,ibarat kereta yang berjalan dengan kecepatan tinggi tanpa pemandu yang akan memudahkan kereta itu membelok ke kanan dan ke kiri.
ada juga kajian yang mengatakan, apabila kita kurang berfikir...tahap IQ kita juga akan menurun...mungkin kerana kurangnya penggunaan otak..sepertimana yang kita tahu,otak dijadikan untuk sentiasa berfikir..sentiasa berkerja..
apabila kita merasakan diri kita lapang tanpa kegiatan, bersiaplah untuk bersedih,gundah, dan cemas. kenapa yer? ..
kerana dalam keadaan kosong itulah fikiran kita akan merawang entah kemana.mengingati kisah silam, menyesali masa kini hingga berasa cemas akan masa depan yang belum pernah dialami. dan itu, membuat aqal fikiran tidak terkawal dan mudah terlepas dari kawalan.
justeru,saya nasihatkan kepada teman-teman dan diri ini jua agar mengerjakan amalan-amalan yang bermanfaat, yang mana lebih baik daripada terlarut dalam kekosongan yang membinasakan.
kerana itu,teman-teman,
marilah kita sama- sama bangun...mengerjakan solat,baca buku ilmiah,bertasbih, mengkali, menulis, mengemas atau berbuatlah sesuatu yang bermanfaat bagi orang lain untuk mengusir kekosongan itu!...
ayuh teman...
bunuhlah setiap waktu kosong dengan "pisau" kesibukkan!...
dipetik dari buku la tahzan,
Dr Aidh Al-Qarni.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment