Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
dalam kehidupan kita seharian,betapa banyaknya nikmat yang Allah berikan kepada kita..nikmat-nikmat yang diberikan secara percuma..tanpa bayaran yang dikenakan..istimewanya kita hamba-hambanya..tetapi sejauh mana kita bersyukur?
seusai praktikal bulan september yang lepas..saya dan kawan-kawan boleh dikatakan dalam tempoh cuti yang sangat panjang.manakan tidak semester baru kami akan bermula pada hujung december..insyaAllah semester terakhir buat kami semua..sebelum benar-benar bergelar seorang guru..doakan yer =)
saya rasakan masa lapang ini satu nikmat yang sangat ternilai banyaknya..sayang sekiranya tidak manfaatkan sebaiknya..bak kata pepatah "masa itu emas"..."time is golden"...
kerana inilah,saya mengambil keputusan untukmenjadikan masa sebagai satu tajuk untuk research saya...melihat sejauh mana pelajar-pelajar cemerlang di fakulti mengurus masa...
kata pepatah arab
"masa itu ibarat pedang,jika kamu salah menggunakannya...pasti ia akan membunuh kamu"...
kadang-kadang,bila masa lapang datang..kita menyalah gunakannya...dalam kata lain mensia-siakan masa..adakah kita lupa,setiap apa yang kita lakukan akan dipersoalkan di akhirat nanti?..peringatan untuk diri saya juga,yang sentiasa lalai dengan nikmat masa...
kerana itulah kita perlu kepada suasana yang soleh.yang mengingatkan kita kepada tanggungjawab kita yang sebenar.tanggungjawab yang perlu dipikul walau dimana kita berada,walau sesibuk mana keadaan kita...lalainya diri ini...
tuntutan sistem pada hari ini..bebenar menguji kita..
seharusnya kita bijak dalam melaksanakannya tanpa meletakkan ke tepi tanggujawab yang perlu kita galas....tanggujawab sebagai seorang dai'...
untuk post kali ini..saya tak berniat untuk bercerita panjang.sekadar untuk mengingatkan diri saya yang sentiasa lalai..lalai dengan nikmat-nikmat yang Allah berikan...
astaghfirullah hala'zim..
selingan
beberapa minggu lepas,seorang sahibah telah berkunjung kerumah..saya sempat copy beberapa lagu nasyeed dr laptopnya..
seperti mana yang teman-teman sedang dengar sekarang...
lagu versi arab dr muhammad al-husayn...
kali pertama mendengarnya,sayu saja rasa..walaupun tak sepenuhnya makna saya tahu...
alhamdulillah...
saya cuba search lagu ni dalam youtube...
melihat maknanya sangat menyentuh hati ini..
dan saya ingin berkongsi dengan teman...
itu sahaja buat kali ini...sama-sama kita doakan,moga kita tidak lalai dengan nikmat-nikmat yang Allah berikan..sama-sama kita gunakannya untuk mencapai redhaNya...
No comments:
Post a Comment