Saturday, July 6, 2013

khaulah al azwar

Khaulah Al-Azwar 


Khaulah Al-Azwar merupakan seorang wanita yang hidup di zaman Rasulullah S.A.W. Beliau adik kepada Dhirar yang juga mempunyai kehandalan di medan perang yang sememangnya tidak asing lagi bagi pencinta sirah Islam. Skil dan teknik bertempur di medan perang turut diwariskan kepada Khaulah oleh ayahnya Al-Azwar. Khaulah akhirnya menjadi seorang wanita yang mahir bermain pedang dan berkuda.Khaulah memiliki kekuatan jiwa dan fizikal yang kuat. 

Susuk tubuhnya tinggi lampai dan tegap. Sejak kecil beliau sudah pandai bermain pedang dan tombak.Jika diteliti sirah bidadari besi ini, boleh dikatakan beliau ialah pahlawan wanita yang paling handal dalam sejarah Islam.






Engkaulah serikandi islam

Pahlawan di zaman silam
Pedang Allah menjadi gelaranmu
Terkenal berani serta tangkas

Cintamu pada Rasul terserlah
Mengorbankan diri ketengah musuh
Tangkasmu menjadi persoalan
Siapakah dirimu sebenarnya

Berbekalkan cinta takutkan Tuhan
Segala-galanya sanggup dikorbankan
Agar islam terus dipertahankan
Hebatnya engkau Khaulah Al-Azwar

Demi Tuhan Yang Maha Pemurah dan Pengasih
Khaulah memacu kudanya ke medan pertempuran
Berbangkitkankan semangat juang seluruh pasukan
Memburu syuhada yang Tuhan janjikan

Perjuangan kebenaran mahal nilainya
Emas bahkan darah pun takkan terbayar
Yang dipandang hati seorang hamba
Yang cinta dan takutkan Tuhan
Khaulah Al-Azwar

Engkaulah serikandi terpilih
Menjadi idola remaja
Peribadimu menjadi contoh ikutan
Agar islam kembali cemerlang terbilang

Khawla Bint Al Azwar


3 comments:

nadhirah nashit said...

hee..comel je nama anak kak aisyah

halawatul iman said...

nadhirah ye...xcam dah td...
bila nk dtg blaja math nyer..
boleh lah kak asah2 sikit apa yg tumpul,setelah sekian lama xmngajar

eima fatima said...

Assalammualaikum. Salam perkenalan. seronok rasanya baca entri2 kt sini. sgt mengusik jiwa. teruskan sharing ye.