alhamdulillah, hari ini satu ramadhan..semua umat islam memulakan ibadah puasa selama sebulan pada hari ini..mudah-mudahan ramdhan tahun ini yang terbaik, dapat kita semua memperbaiki diri seterusnya kembali kepada fitrah kita pada 1 syawal nanti, hari raya aidilfitri..insyaAllah
alhamdulillah sekali lagi, saya panjatkan ke hadrat Allah swt kerana dgn izinNya, pada tarikh yang telah di tetapkan Nya, 13.06.2013 saya telah selamat melahirkan seorang baby solehah insyaAllah, seberat 3.6kg, jam 4:30 pagi lebih berkurang, di Kota Bharu Medical Centre...alhamdulillah, pengalaman bersalin sememangnya akan segar di ingatan bagi siapa yang melaluinya,lebih2 lagi anak yang pertama...
lewat sehari
mengikut tarikh jangkaan estimate due date (EDD) saya sepatutnya bersalin pada 12.06.2013, Allah izin sakit sudah pg tu, hinggakan mak sendiri kalut, mcm mana sakit lagi? saya boleh lagi tersenyum sambil bgth sakit yang di rasa..mmg sakit pg tu biasa2 sahaja, cuma 15 minit sekali..akhirnya saya sendiri tertidur ats kerusi...menunggu sakit yg akhirnya berhenti sendiri..
saya mula risau pd tghnya, risau kalau baby lambat lahir, kebarangkalian untuk berat baby bertambah adalah besar. shbh yang dikasihi sinar islami, edd nya 13hb dah selamat delivered baby girl. saya ni?masih menunggu..sambil menunggu masa, saya cuba kongsi cerita dengan kwn2 yang sudah ada pengalaman bersalin.mcm2 cerita dan pengalaman mereka, mula lah rasa berdebar.
hati sentiasa berdoa, mohon Allah permudahkan semuanya...
aktifkan diri
kata adik, saya kene aktif barulah senang bersalin...
2-3 hari sebelum edd,saya cuba aktifkan diri..sebelum ni mmg dok rehat jer..nak aktif pun, sekadar yang mampu sahaja. naik turun tangga hampir 10x dalam 1 hari, walaupun tak berterusan tapi sampai jglah 10x..pg sekejap,sambg lg tgh..
bila ptg,zauj yang disayangi balik kerja,kami main badminton sama2..akhirnya bukan penat pukul shuttle,tp penat kutip shuttle...sebabnya xboleh nk sambut shuttle yang tinggi..
alhamdulillah, pd ptg 12.06.2013, saya berkesempatan meraikan kehadiran housemate yang dikasihi, aini di KB. pada awalnya, ingtkan tak sempat, tp Allah izin belum bersalin.agaknya Allah nak saya raikan aini walaupun secara sederhana.kami tak ke mana pun, beli tiket bas aini balik ke raub, singgah sekejap di balai islam.
di balai islam kami sekadar singgah ke gerai jualan, masuk melihat dewan pertandingan tilawah al-quran. melihat pelajar2 maahad tahfiz, yang berjubah putih memenuhi ruang penonton..sejuk melihat wajah penghafal al-quran ni.. lebh kurang dalam setengah jam kami di sana..semasa berjalan, berdiri di sana, saya mula terasa sakit belakang. tapi buat tak tahu je, mungkin penat kot..yelah dah lama tak keluar berjalan.
sakit itu mengingatkan kita kepada Allah
sampai dirumah, sakit belakang mula terasa. saya buat mcm biasa,sempat lg teman zauj mkn nasi lemak, walhal dah hampir 11mlm. saya sekadar mkn ringan, dah rasa xlalu nk mkn..
12:30 mlm,alhamdulillah saya dapat tidur setelah sakit beransur kurang.tapi, terjaga pada 1:30 pg kerana sakit yg tidak tertahan..hati mula berbisik,dah sakit nak bersalin ke ni?takkan nk kejut mak,ayah , zauj pagi2 ni..saya positifkan diri..saya bgn, keluar bilik berjalan-jalan dalam rumah.untuk hilangkan sakit.alhamdulh,5 min kemudian sakit hilang.hati rasa lega.hajat nk sambg balik tidur.tp baru nak baring, sakit datang lg.saya mula tgk jam, sakit tu 5 min sekali..tak boleh tahan dah ni..zauj saya kejutkan berulang kali, panahan nasi lemak mlm td, buat dia betul2 sedap tidur,maaf ye abg terpaksa juga kejut mlm tu.
bila zauj bgn,bermula lah suasana kalut dalam rumah.mak n ayh turun,cuba memahami kesakitan saya.mak lah yang byk beri kekuatan.semasa dalam perjalanan mak ingtkan doa-doa yang sebelum ni suruh saya hafal.sambil menahan sakit, saya kuat hati ingtkan doa-doa tu..
selesai pendftrn di KBMC, saya terus duduk ats kerusi roda dan di tolak oleh nurse ke labour room..saya sempat membaca label besar di pintu sebelum masuk..mcm xpercaya..Lalour room?nk bersalin dah ke?..hati berdebar2, sakit makin terasa,saya serahkan semuanya pada yang lebih berkuasa,mohon dipermudahkan semuanya.diri benar-benar berserah pada saat ini..
setelah diperiksa, jalan sudah terbuka 5cm.nurse minta saya baring, kurangkan bergerak..alhamdlh, zauj dan mak dibenarkan masuk.alhamdulh, mak byk bg semangat..ingt lg kata-kata mak, jgn berhenti berdoa, baca ayat kursi sebut nama Allah..mak pun turut baca doa sambil urut di belakang.saat ni rasa sngt terharu dengan pengorbanan mak..dalam menahan kesakitan, saya dngr zauj baca yasin, saya cuba ikut sama.
alhamdlh, dengan pertolongan nurse yang bertugas dan Dr suzi, setelah jalan terbuka kepada 7cm, air ketuban dipecahkan hinggalah baby keluar. saya dapat rasakan semuanya Allah permudahkan..
alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah..
setelah selesai semua proses, dalam jam 5:30 pg, mak,ayah dan adik lelaki bersiap untuk balik solat subuh dirumah..alhamdulillah, semuanya berjalan dgn tersusun.penuh syarak..alhamdulillah..Allah izin keluarga ada bersama saya walaupun tdk semua, namun ia cukup memberi kekuatan utk saya.
apbl semua beredar...
saya bisikkan pada hati...hebatnya wanita, yang telah melalui proses bersalin..telah melahirkan anak2 yg ramai..air mata tak semena-mena mengalir bila mengenangkan pengorbanan dan sakitnya seorang ibu melahirkan seorang anak..membuatkan saya bertambah sayangkan mak saya..
saya bisik pada hati..kuatkah isteri tanpa suami disisi?alhmdlh, Allah izin zauj sentiasa di sisi, memberi kekuatan setakat yg mampu. saya tahu hati dia sangat gembira pada pg tu bercamput dengan keprihatinannya pada sakit yang saya rasakan..Allah maha pengasih dan penyayang, sepanjang awal dan pertghn kehamilan saya berjauhan dgn suami,tp di penghujung dan sepanjang berpantang, dia sentiasa di sisi..terima kasih abg =)..
ajaibnya ketentuan Allah, sakit bersalin itu tidak terasa,seolah-olah hilang sekejap apabila melihat bayi yang dikandung didepan mata..Allah izin, sempurna sifatnya..alhamdulillah..
perjalanan masih jauh
perjalanan saya sebagai ibu masih jauh,masih byk perkara yg perlu dipelajari,saban hari pelbagai perkara baru saya pelajari.
doa dari teman2,shbh2 yang di kasihi sentiasa saya harapkan..
doakan semoga Allah permudahkn urusan kami..
alhamdulillah, Allah beri kesempatan untuk saya tinggal bersama suami selama 5 bulan, tempoh yang paling lama sepanjang kami berkahwin..alhamdlh, mudah2an proses ta'ruf antara kami sentiasa berterusan..
namanya khawlah auliya'
mencari nama bukanlah semudah kita menyebutnya..
sepanjang tempoh hamil,saya cuba kuatkan semangat..
tidak mahu ada rasa sedih, moody..tidak mahu perasaan negatif dan tidak sihat menggangu fikiran dan hati..
pada masa yg sama, saya cuba mencari nama srikandi islam yang berani, ada sifat kepahlawanan..alhamdlh, nama khaulah al-azwar terpilih,apabl membaca sirahnya benar2 tersentuh dengan ketinggian peribadinya...sedikit sbyk memberi kekuatan pada saya sendiri..
alhamdlh, setelah disepakati dgn zauj.nama anak sulung kami khawlah auliya'
insyaAllah,disini saya titipkan beberapa gambar utk tatapan semua...
khawlah dicukur sendiri oleh tok abah,di bantu oleh tok ma...
sebelum ni tok abah cukur rambut cucu orang lain,kali ni tok abah cukur rambut cucu sendiri...alhmdlh..
bertuah khawlah jadi cucu sulung tok abah n tok ma..
mck aji, walaupun berusia hampir 90 thn,tapi tangan masih kuat mengurut..
dapat je batu tungku..
terus memulakan kerjanya..kata mck aji, dengan mengurut dan bertungku dia rasa sihat..
boleh bantu orang lain sihat..moga Allah merahmati mck aji,tok bidan yang sngt berpengalaman.
pesanan mck aji,kita perempuan kene jg kesihatan, lepas bersalin kene jg betul2..jgn sampai tumpah darah,jatuh peranakkan..nauzubillah..
itulah keistimewaan mck aji, sentiasa bercakap.ada je ceritanya =)..
pesanan mck aji,kita perempuan kene jg kesihatan, lepas bersalin kene jg betul2..jgn sampai tumpah darah,jatuh peranakkan..nauzubillah..
itulah keistimewaan mck aji, sentiasa bercakap.ada je ceritanya =)..
khawlah auliya' binti muhd khalil...
semoga membesar menjadi anak yang solehah dan muslehah...
mengambil islam sebagai cara hidup...
akhirul kalam, saya menyeru teman-teman semua..
hormatilah ibu kita..
sayangi mereka seadanya...
tanpa ibu kita, tidak mungkin dapat kita menikmati segala nikmat yang Allah berikan pada kita hingga ke saat ini..
***sakitnya bersalin kita boleh baca dari pengalaman orang lain,
boleh rasa sendiri...
tp bagaimana agaknya sakitnya mati?
1 comment:
Seronok baca kisah bersalin. :)
Post a Comment