Tuesday, May 17, 2011

selingan:wesak day

bismilahirrahmanirrahim...


alhamdulillah, hari ini cuti umum..ingt lagi kalau cuti-cuti saya dan family akan spend masa bersama pergi jogging pagi2.riadhah bersama keluarga.sihatkan jasmani.Allah kan suka mukmin yang kuat dari mukmin yang lemah..


semasa kami tinggal di seremban kami jogging di taman tasik, boleh tahan juga besarnya.sekali pusing sudah cukup penat. jika di kuantan?kat mana ye..lupa sudah..biasanya kami pergi kat bukit pelindung, dan juga taman rekreasi, lupa pula namanya..dan sekarang, di kota bharu kami akan jogging di taman tengku anis.orng2 kelantan siapa xpernah pergi taman tengku anis, memang rugi.taman rekreasi yang besar penuh dengan kalimah-kalimah zikrullah.sambil-sambil jogging,sambil-sambil zikir..ingat Allah.seronok kan?kat kelantan sahaja yang ada..


dan hari ini,saya dan rmate,tini dapat juga menjejak kaki ke taman rekreasi bukit emas, limbang.setelah berapa kali merancang.jangan ingat limbang ni bandar kecil,tiada taman rekreasi..insyaAllah di sini saya kongsikan gamba..tapi sayang taman ini sedikit kurang terjaga...

 signboard sebelum naik ke bukit mas

namapun bukit, jadi kene lah mendaki sikit untuk sampai ke taman bukit mas

 atas bukit ada jambatan gantung..
tini xsabar nak naik jambatan gantung..


 laluan berkayu..jalan atas kayu yang berlumut..licin..
sebab baru lepas hujan..memang licin


 jauh juga kami berjalan,dalam 5km..ada naik dan turun..


nak balik dah,kami naik moto je...

semoga riadhah kami Allah berkati..sepatutnya kami dan ahli usrah yang lain sama-sama beriadhah di sini.tp, Allah izin, yang lain tak dapat bersama kerana masalah pengankutan..kat limbang ni,kalau tiada pengankutan memang sukar untuk bergerak.tambahan lagi,kat sini mana ada public transport..

esok,pergi sekolah macam biasa...



kertas peperiksaan perlu disemak,dan di analisis satu persatu.bila semak kertas pelajar, dan bagi markah buat cikgu-cikgu tertanya diri sendiri sekiranya ada pelajar yang gagal..silap di mana yer?cikgu ke pelajar itu sendiri?...kalau yang tingkatan empat,fenomena pelajar dalam status honeymoon,nampak sngat malas belajar, nak rehat selepas PMR dan sebelum mula SPM..pelajar sekarang,memang nak rehat je..


insyaAlah,itu sahaja coretan saya hari ini,terima kasih kerana sudi ziarah ke sini...
apa yang cuba sampaikan disini..
amalkan hidup yang sihat,kerana Allah suka hambanya yang sihat.ingat ye teman-teman, kesihatan tubuh badan kita adalah amanah untuk kita,juga nikmat yang Allah berikan..
samalah kita jaga nikmat sihat,sebelum datangnya sakit...


wallahua'lam..

*kepada semua kawan-kawan yang bergelar guru,selamat haru guru saya ucapkan..teruskan usaha mengajar dan mendidik,semoga Allah nilai semua usaha kita..insyaAllah.

1 comment:

syaheed said...

salam,k.shah...selamat hari guru buat k.shah yang disayangi...moga sentiasa tabah dan sabar dlm mendidik anak2 remaja, saham amanah di dunia ini dan tak lupa tahniah, sue baru je dpt k.shah punya invitation 4 ur wedding day...masyaAllah, akhirnya Allah temukan k.shah dengan bakal suami yang akan memimpin k.shah dalam melayari baitul muslim...tp sue akn ke perlis time tu,maybe adik sue je yg akan attend...maaf banyak2...kalau boleh hari bahagia k.shah, juga hari bahagia buat sue...dan teringin nak menyakat k.shah..hehe...