alhamdulillah,pada 24hb mei yang lepas saya dan tini selesai menjalani temuduga SPP untuk pengesahan lantikan.untuk makluman semua, apabila seorang guru di beri surat penempatan @ posting, gred untuk guru tersebut ialah DC41, bukan DG41..DC 41 adalah gred sementara guru sebelum sah lantikan. oleh kerana gred sementara,banyak keistimewaa yang guru baru tak dapat...kalau nak dapat keistimewaan yang disediakan oleh KPM, cikgu baru perlulah cepat-cepat daftar untuk temuduga SPP.
macam mana nak caranya?
insyaAllah,disini saya ingin kongsikan langkah2 yang perlu diambil bg cikgu2 baru..
1) apabila dah dapat surat penempatan sekolah atau sudah tahu nama sekolah serta alamat bg sekolah yang bakal kita berkhidmat.bolehlah cikgu-cikgu lawati web Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran,SPP. di web ini,cikgu baru boleh daftar sebagai pemohon dengan mengisi borang secara online.pastikan pilih ketegori yang betul,iaitu guru,bukan pensyarah..semasa mengisi borang,gunakan intertnet explorer supaya lebih jelas..dan ada pastikan borang maklumat di isi dengan lengkap..borang yang tidak lengkap,tidak akan diterima dan diproses oleh pihak spp..
2) dah isi, dan borang akan diproses..suka saya katakan disini,untuk perhatian cikgu-cikgu baru, apabila sudah isi.selalulah semak secara online di web spp untuk mengetahui panggilan temuduga.jangan jadi macam saya.last minute tahu..lima hari sebelum interview.silap saya juga,dah isi langsung tak semak di web spp.mcm mana saya tahu?pihak spp akan hantar surat kepada pihak sekolah.
3)panggilan temuduga, pada saya bergantung pada tempat juga. saya dan kawan-kawan dari limbang dan lawas,mula mengisi borang pada bulan 2.alhamdulillah dapat panggilan temuduga bulan 5.ada kawan-kawan di semenanjung isi bulan 11,tapi belum lagi di panggil temuduga.atas rezeki masing-masing jugalah kan..
4)persiapan untuk temuduga:
pastikan cikgu baru betul-betul faham dan jelas tentang Falsafah Pendidikan Kebangsaan, atau nama singkatannya FPK.masa saya di temuduga tempoh hari, tuan pengerusi sentuh dan tanya pasal FPK sampai ke ke akar umbi..secara kasarnya FPK ialah
" Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangankan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. "
setakat ini, saya dan kawan-kawan di semenanjung menjalani temuduga secara kumpulan,kuranglah gementar.tapi, bila dengar pendapat dan jawapan orang lain terasa juga jawapan diri sendiri seperti kurang tepat..
bukan setakat FPK sahaja, pasal teori pengajaran juga cikgu baru perlu tahu.antaranya, behavior theory, constructivist theory, humanistics theory, cognitive theory dan banyak lagi...soalan pasal teori memang sangat famous..
ada lagi yang perlu cikgu baru tahu,antaranya NKRA, KPM, pasal sekolah sendiri, kokurikulum, isu-isu pendidikan yang terkini dan beberapa lagi perkara penting berkaitan pendidikan.jangan terkejut, sekiranya penemuduga menyuruh cikgu menyanyi lagu sekolah, lagu negeri atau bertanyakan tentang sejarah negeri kita mengajar.contohnya:bilakah sarawak masuk malaysia? atau kenapa limbang berada di tengah-tengah limbang?..
5)apabila selesai di temuduga,kita mesti nak tahu keputusannya.setuju?buat masa ini, saya belum dapat kepastian bila keputusan akan keluar.tp yang pasti, cikgu-cikgu yang telah di temuduga pada bulan april belum lagi mendapat jawapan..semoga Allah bagi keputusan yang terbaik..insyaAllah.
setakat ni saya dengar,jarang ada cikgu yang gagal temuduga spp..harap2 begitulah...
insyaAllah itu sahaja perkongsian saya untuk kali ini,
mungkin post kali ini lebih bermanfaat kepada cikgu-cikgu baru...junior-junior saya...
terima kasih kerana sudi membaca..
ED 227 (2006-2010)...
rindu masa belajar dulu..
No comments:
Post a Comment