Sunday, April 10, 2011

amaran demi amaran

bismilahirrahmanirrahim...
berita hari ini benar-benar buat saya terkejut, amaran dari Allah sebenarnya sudah makin bertambah dari hari ke hari. memberi peringatan buat kita semua..supaya dapat buat persiapan untuk menuju hari pengakhiran, hari penentu, hari pembalasan byk nama untuk hari itu, tapi ramai yang mengenali hari itu sebagai HARI KIAMAT bagi umat islam..

perubahan cuaca di sini,limbang memang sangat ketara. tak dapat nak diramal. pd semalam, sebelum subuh hujan dengan lebat disertai dengan angin yang kuat. lepas subuh, hujan renyai-renyai, membantut semangat saya dan housemate untuk jogging.apabila terbit matahari, hujan berhenti sekejap. tp, hujan semula selepas ansar, perancangan nak ke pekan limbang terpaksalah di batalkan...begitulah kalau hari hujan, banyak perancangan terpaksa dibatalkan..

berbeza hari ini, sang mentari keluar menyinarkan cahayanya dengan terik...alhamdulillah, blhlah sambung blk perancgn semalam yang ditangguhkan seketika..

walau apapun, perubahan cuaca, semuanya arahan Allah kepadanya. sekarang kembali kepada diri kita sendiri, menggunakan akal yang ada untuk menilai kenapa Allah memberi arahan sebegitu kepada makhluk-makhluknya yang lain...akal yang waras dan sihat, akan cepat berfikir dan bertindak balas..semoga tindak balasnya adalah dalam peningkatan iman dan juga taqwa, sebaik-baik bekalan menuju Allah..

kalau lah bumi boleh tunjuk mukanya yang garang, 
marah kerana tindakan dan perlakuan manusi hari ini, beginilah rupanya agaknya, atau lebih buruk lagi...menakutkan..

insyaAllah,di sini saya sertakan keratan akhbar hari ini, 10/4/2011
semoga bermanfaat...


Malaysia mula berisiko kesan perubahan cuaca 

PUTRAJAYA: Malaysia perlu bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan berlakunya bencana alam lebih dahsyat seperti banjir besar, gempa bumi berskala kecil dan sederhana akibat perubahan tiupan angin serta iklim global sekarang.



Presiden Persatuan Kejuruteraan dan Teknologi Malaysia (mSET), Prof Datuk Abang Abdullah Abang Ali, berkata ramai berpendapat Malaysia selamat dan berisiko rendah untuk menghadapi bencana alam kerana kadar taburan hujan sekata sepanjang tahun dan hanya merasai gegaran akibat gempa bumi berskala kecil.
Bagaimanapun, beliau berkata, situasi sekarang berbeza kerana statistik dikeluarkan Jabatan Meteorologi mendapati Malaysia semakin berisiko menghadapi bencana alam berikutan perubahan cuaca yang mendadak seperti peningkatan kadar taburan hujan, ribut petir dan tanah runtuh. 

“Sama ada suka atau tidak, situasi di Malaysia sekarang semakin buruk. Malah, kita boleh lihat perubahan cuaca yang ketara apabila banjir, ribut petir dan tanah runtuh semakin kerap berlaku. 

“Walaupun Malaysia tidak pernah mengalami gempa bumi sehingga 9 magnitud seperti Jepun baru-baru ini, namun kita perlu bersiap sedia untuk menghadapi bencana alam lebih dahsyat,” katanya selepas Konvensyen Kejuruteraan dan Teknologi Kebangsaan 2011 dirasmikan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (Tenaga), Badaruddin Mahyuddin di sini, semalam. 

Mengulas lanjut, Abang Abdullah, berkata secara profesionalnya beliau berpendapat kebanyakan bangunan tinggi di Malaysia tidak mempunyai ketahanan atau mengalami kerosakan teruk dan runtuh sekiranya negara dilanda gempa bumi berskala sederhana. 
Katanya, kebanyakan bangunan di Malaysia tidak direka bentuk untuk menahan gegaran akibat gempa bumi, aliran air deras berikutan tsunami dan angin kencang. 

Abang Abdullah berkata, pihaknya akan memangggil pakar luar negara termasuk dari Jepun dan Filipina bagi berkongsi pengalaman dan kepakaran mengenai kaedah terbaik menghadapi bencana alam seperti gempa bumi, tsunami dan banjir besar menerusi Simposium Kejuruteraan dan Teknologi Serantau (RSET) yang bakal diadakan di Kuching, Sarawak, pada November depan. 

Dalam perkembangan lain, Abang Abdullah berkata simposium itu juga akan membincangkan mengenai pelbagai isu lain termasuk soal penyelidikan dan garis panduan pembangunan teknologi hijau, sumber tenaga alternatif serta teknologi nuklear. 


teringat kata ustaz najib, semasa program haluansiawa tahun lepas:
"qiamat dah nak dekat dah, sapa yang tak kawin lg, cepat-cepatlah kawin. nanti xsempat..."
boleh pula ustaz relate qiamat dengan kawin, semua peserta tersenyum shj...

No comments: