Friday, April 8, 2011

ajaibnya muslim...



bismilahirrahmanirrahim...
kata Pahrol Mohamad Juoi, dalam web nya genta rasa


"Orang mukmin itu memiliki keajiban dalam kehidupan. Apabila mendapat nikmat, dia akan bersyukur. Bila ditimpa musibah, dia mendapat hikmah. Semua yang dirasakan indah belaka kerana dia sudah mendapat ‘halawatul iman’ (kemanisan iman). Kemanisan iman itulah yang akan mencukupkan segala macam bentuk keperluan manusia  sama ada keperluan dalam bentuk kebendaan, pemikiran, perasaan dan kejiwaan."


seorang muslim,sentiasa redha dengan kehendak dan penyusunan Allah swt. rasa kebergantungan nya kepada Allah sngt hebat..tp, nak sampai ketahap tersebut, ujiannya juga pasti hebat kan?..tp yakin lah wahai diri yang sentiasa mendambakan cinta Allah..Allah takkan menzalimi hamba-hambanya..
saya benar-benar rasa terkesan dengan nukilan ukti yang dikasihi di blognya hatiku milikMu. punyai maksud yang tersirat..


Wahai diri, 
Allah tidak akan menguji,
Andai bahumu tidak mampu dibebani, 
Dia tidak akan memberi, 
Andai kau tidak mampu menjalani.

Wahai hati, 
Setiap dugaan adalah ujian, 
Hingga kau mampu melepasi, 
Ujian itu pasti datang lagi,
Hingga imanmu bertambah dan terbaiki.

Berulang-ulang seperti musim berganti, 
Menguji pohon hati, 
Adakah segar atau mati. 

Hatikan selalu teruji, 
Selagi kaki masih di bumi, 
Menjalani hari-hari iman diuji, 
Oleh indah mahupun sedih saat menghadiri, 
Hatikan terbuncah sepi sesejuk salji, 
Jua tika terlupa hakikat diri di musim semi, 
Dalam apapun jua detik-detik dan hari hari dilalui,
Ku mohon Tuhan, agar Kau sentiasa di sisi, 
Usah biar kelanaku sendiri


sentiasalah kita berdoa,semoga Allah sentiasa bersama-sama dengan kita.
disaat iman naik, dan juga di saat iman menurun..
semoga turunnya iman,membawa kepada kenaikan iman yang lebih dari sebelumnya...

No comments: