Monday, April 25, 2011

manfaatkan diri kita kepada orang lain...

Alhamdulillah,segala puji hanya bg Allah tuhan sekalian alam. zat yang dibuntuhkan oleh sekian manusia..zat yang bila kita sandarkan semuanya padaNya, hati menjadi sangatlah tenang..setenang air di sungai, setenang angin di udara...tak hairanlah Allah dah berfirman,dengan mengingati Allah hati-hati akan menjadi tenang...

hari ini, Allah bagi cuti buat saya satu sekolah. cuti peristiwa kerana hari ester semalam.apa hari ester tu yer?yang saya tahu, hari tersebut adalah hari yang disambut oleh penganut agama kristian.bila tanya student, "kamu buat apa pada hari ester?"...mereka jawab,"kami pergi church cikgu,"...

apa aktivitinya?saya xdapat nk terangkan..hari jumaat lepas cuti juga kerana good friday..mungkin satu post,nanti saya blh ceritakan serba sedikit tentang good friday dan hari ester...teringat lg, masa dalam perjalanan dari limbang ke kk hari jumaat lepas.bas saya naik melepasi kwsn church,church mmg penuh..xseperti biasa..setiap church penuh.sampai ada yg duduk di luar....terdetik juga di hati..ramai juga ye depa ni?

insyaAllah post kali ini, saya bukanlah nk kongsikan tentang 2 hari ni,tp sesuatu yg lebih penting lg...

rasulullah saw, qudwah hasanah bg setiap umat manusia telah bersabda:
Barangsiapa di antara kamu yang mampu memberikan manfaat kepada saudaranya, maka hendaklah ia bersegera memberikan manfaat kepadanya.” (Diriwayatkan Muslim dari Jabir ra.)

itulah yang saya cuba sampaikan hari ini,nak ajak kawan-kawan,siapa sahaja yang datang ke kolam ini...marilah kita sama-sama memberi manfaat kepada orang lain...manfaatkan diri kita kepada orang lain...tahu tak?bermanfaat kepada orang lain ni,adalah salah satu sifat seorang muslim sepertimana yang tersenarai dalam 10 muasofat tarbiyah oleh IHAB..


jadi teman -teman,
nak jadi seorang muslim di sisi islam, di sisi Allah haruslah kita ni bermanfaat kepada orang lain...manfaat dalam kata lain, memberi kebaikan kepada orang lain..membantu mereka di saat mereka susah,di saat mereka memerlukan kita...kadang-kadang, menjadi pendengar yang baik juga boleh memberi manfaat kepada orang...

sepertimana yg kita tahu, apabila seseorang itu dilanda masalah..dia ingin berkongsi masalah kepada yang blh mendengar,boleh menasihati, boleh beri tunjuk ajar...memang boleh mengadu kepada Allah, itu tidak boleh dinafikan.ketenangan yang utama adalah bersama Allah. tetapi,jika pada manusia kita bukan mengadu tetapi kita berkongsi masalah..lain ye, berkongsi dengan mengadu..apabila kita berkongsi masalah dengan kawan yang terdekat,proses ta'ruf itu semakin meningkat..seperti kta org putih "sharing is caring"..betul ker? 


rasulullah telah menekankan bahawa memberikan kemanfaatan adalah ibadah yang patut diutamakan seperti yang  diterangkan dalam hadits :
Seandainya aku berjalan bersama saudaraku untuk memenuhi suatu kebutuhan, maka hal itu lebih aku cintai daripada i’tikaf sebulan di masjidku ini.” (Diriwayatkan Ath-Thabrani dari Ibnu Umar ra.)

bermanfaat,bukan hanya menjadi pendengar yang setia.ada banyak lagi yang kita boleh lakukan, antaranya...

Rasulullah saw. bersabda,
Orang yang paling dicintai Allah Ta’ala adalah orang yang paling bermanfaat bagi orang lain. Amal yang paling dicintai Allah ”Azza wa Jalla adalah memasukkan kegembiraan ke dalam hati seorang muslim, menghilangkan kesulitannya, melunasi hutangnya, atau mengusir rasa laparnya.” (HR. Thabrani)

apa lagi ditunggu teman-teman yang dirahmati Allah sekalian...banyak caranya untuk kita manfaatkan diri kita kepada orang lain...untuk lebih jelas lagi, hadis diatas menjelaskan bentuk-bentuk kemanfaatan yang boleh diberikan seorang muslim kepada orang lain yaitu :

  • Memberikan kegembiraan kepada orang yang kesusahan
Dengan senantiasa tersenyum dan bermanis muka di depannya, memberikan motivasi ketika sedang mengalami keputusasaan, berempati atas setiap suka dan duka yang dialaminya, dan mengajaknya bersyukur atas setiap nikmat yang diberikan kepadanya, dan bersabar atas setiap musibah yang menimpanya.


beri kegembiraan kepada orang yg terdekat dengan kita...bantu mereka ceriakan hidup mereka.dalam erti kata,bantu mereka untuk senyum....saya suka =)..tp,bukan mudah ye bina semangat dalam diri seseorang..prlu ada skill juga tuu..

  • Menghilangkan kesulitan yang sedang mendera hidupnya
Menghilangkan kesulitan yang sedang mendera hidupnya.
Sokongan secara moral hendaknya diiringi dengan bantuan material untuk mengeluarkannya dari berbagai kesulitan yang menghimpitnya, baik bantuan yang berupa harta, tenaga, pikiran, maupun fasilitas tertentu yang dibutuhkannya.


bantu kawan-kawan selesaikan masalah dalam sudut kewangan..tapi, jangan ada pula yang bantu kawan pinjam duit sebab nak beli rokok atau present untuk pak we, mak we dan seangkatanya....sayang dan bantulah kawan pada masa yang sama ajaklah dia kepada kebaikan..

  • Melunasi hutang orang yang sedang dililit hutang
Melunasi hutang orang yang sedang dililit hutang. Kadang kita tidak hanya berhenti sebatas memberi bantuan materi untuk mengeluarkan seseorang dari kesulitan hidup, tetapi juga harus membebaskannya dari hutang-hutang yang membelitnya. Karena seringkali penyebab kesulitan hidup dan kegelisahan jiwa adalah berhutang. Rasulullah saw. bersabda, ”Janganlah kamu menakut-nakuti jiwa kamu setelah merasakan keamanan.” Para sahabat bertanya, ”Apakah itu wahai Rasulullah?” Beliau menjawab, ”Berhutang.” (Matan Silsilah Ahadits Shahihah no. 1305)

  • Memberi makan orang yang sedang kelaparan
Memberi makan orang yang sedang kelaparan. Mungkin ada yang bertanya, Mengapa Rasul saw. menempatkan mengusir rasa lapar pada urutan terakhir? Apakah hal ini menunjukkan bahwa tindakan memberi makanan adalah yang paling berat? Padahal kita tahu sekadar mengusir rasa lapar jauh lebih ringan daripada memberikan bantuan materi kepada orang yang kesulitan dan melunasi hutang-hutang orang yang dililit hutang.

Memang, memberi makanan kepada orang yang kelaparan di saat kita kenyang adalah sesuatu yang biasa dan tidak istimewa. Akan tetapi, berbagi makanan dengan orang lain di saat kita kelaparan atau mengutamakan orang lain daripada diri sendiri yang sedang sangat membutuhkan makanan adalah sesuatu yang sangat berat. Lagipula tidak semua orang mampu melakukannya dengan mudah.
Karena memberikan makanan kepada orang lain pada waktu itu bisa menyebabkan kematian kita, atau menjerumuskan kita pada penderitaan panjang yang tidak berujung. Sehingga banyak orang merasa berat untuk berbagi makanan dengan orang lain. Yang terjadi adalah mereka lebih mementingkan dirinya dan tidak peduli dengan kesusahan orang lain.
Ketika kita bisa memberikan semua bentuk kemanfaatan di atas kepada orang lain, maka kita berarti menjadi seorang mukmin sejati. 


Rasulullah saw. mengumpamakannya dengan sebatang pohon kurma yang senantiasa memberikan manfaat kepada manusia dengan segala yang ia miliki sepertiditerangkan dalam hadits:
Perumpamaan seorang mukmin adalah seperti sebatang pohon kurma. Apa pun yang kamu ambil darinya akan memberikan manfaat kepadamu.” (Diriwayatkan Ath-Thabrani dari Ibnu Umar ra.)

ayuh teman2, marilah kita manfaatkan diri kita untuk orang lain...
manfaatkan diri kita,kekuatan yang kita ada untuk islam...
untuk menjadi muslim yang Allah kehendaki..
tapi,jangan pula kerana nak tolong,nak bantu kawan..
diri sendiri tergadai..
kata pepatah melayu:
"monyet dihutang disusukan, anak dirumah kelaparan.."


*** alhamdulillah,dah lama nak post tajuk ni..semoga bermanfaat buat semua..dan saya juga..sama2 kita hidupkan 10 sifat muslim dalam diri kita.semoga pulang kita berjumpa Allah,membawa sifat kita as a muslim in right manner,in the condition which Allah really want...

Thursday, April 21, 2011

zikrullah...

bismilahirrahmanirrahim...
hari-hari yang berlalu..
membuat kita sibuk dengan aktiviti harian,menyelesaikan kerja-kerja yang tertangguh..
alangkah indahnya,baiknya apabiladalam kesibukkan kita,
kita sentiasa ingat kepada Allah...

hati sentiasa zikrullah,
mulut lancar menyebut kalimah Allah...
bukan kah hati akan turut tenang?

oleh itu, ayuh teman-teman,
kawan-kawan...sesiapa sahaja yang datang dan bertandang ke kolam ini...
marilah kita hidup kan hati kita dengan zikrullah..
terutama yang menyeru ini...
kadang-kadang tertipu dengan kesibukkan dunia..
kesibukkan yang bersifat sementara

marilah kita sibukkan hati dengan zikrullah...

disini saya kongsikan zikir amalan untuk setiap hari..
saya yang perlu mulakan untuk diri saya sendiri ni...insyaAllah..




*alhamdulillah, toilet rumah sudah baik.2 hari sebelum ni, lubang tersumbat.puas saya usahakan dengan pelbagai cara supaya air dapat mengalir mcm biasa...
terfikir juga saya,ni lubang tersumbat sampai berpeluh2 kerjakan.
.kalau hati dah tersumbat mcm mana yer?mcm mana nk buang kotoran tu?nk jolok dgn apa?

Sunday, April 10, 2011

amaran demi amaran

bismilahirrahmanirrahim...
berita hari ini benar-benar buat saya terkejut, amaran dari Allah sebenarnya sudah makin bertambah dari hari ke hari. memberi peringatan buat kita semua..supaya dapat buat persiapan untuk menuju hari pengakhiran, hari penentu, hari pembalasan byk nama untuk hari itu, tapi ramai yang mengenali hari itu sebagai HARI KIAMAT bagi umat islam..

perubahan cuaca di sini,limbang memang sangat ketara. tak dapat nak diramal. pd semalam, sebelum subuh hujan dengan lebat disertai dengan angin yang kuat. lepas subuh, hujan renyai-renyai, membantut semangat saya dan housemate untuk jogging.apabila terbit matahari, hujan berhenti sekejap. tp, hujan semula selepas ansar, perancangan nak ke pekan limbang terpaksalah di batalkan...begitulah kalau hari hujan, banyak perancangan terpaksa dibatalkan..

berbeza hari ini, sang mentari keluar menyinarkan cahayanya dengan terik...alhamdulillah, blhlah sambung blk perancgn semalam yang ditangguhkan seketika..

walau apapun, perubahan cuaca, semuanya arahan Allah kepadanya. sekarang kembali kepada diri kita sendiri, menggunakan akal yang ada untuk menilai kenapa Allah memberi arahan sebegitu kepada makhluk-makhluknya yang lain...akal yang waras dan sihat, akan cepat berfikir dan bertindak balas..semoga tindak balasnya adalah dalam peningkatan iman dan juga taqwa, sebaik-baik bekalan menuju Allah..

kalau lah bumi boleh tunjuk mukanya yang garang, 
marah kerana tindakan dan perlakuan manusi hari ini, beginilah rupanya agaknya, atau lebih buruk lagi...menakutkan..

insyaAllah,di sini saya sertakan keratan akhbar hari ini, 10/4/2011
semoga bermanfaat...


Malaysia mula berisiko kesan perubahan cuaca 

PUTRAJAYA: Malaysia perlu bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan berlakunya bencana alam lebih dahsyat seperti banjir besar, gempa bumi berskala kecil dan sederhana akibat perubahan tiupan angin serta iklim global sekarang.



Presiden Persatuan Kejuruteraan dan Teknologi Malaysia (mSET), Prof Datuk Abang Abdullah Abang Ali, berkata ramai berpendapat Malaysia selamat dan berisiko rendah untuk menghadapi bencana alam kerana kadar taburan hujan sekata sepanjang tahun dan hanya merasai gegaran akibat gempa bumi berskala kecil.
Bagaimanapun, beliau berkata, situasi sekarang berbeza kerana statistik dikeluarkan Jabatan Meteorologi mendapati Malaysia semakin berisiko menghadapi bencana alam berikutan perubahan cuaca yang mendadak seperti peningkatan kadar taburan hujan, ribut petir dan tanah runtuh. 

“Sama ada suka atau tidak, situasi di Malaysia sekarang semakin buruk. Malah, kita boleh lihat perubahan cuaca yang ketara apabila banjir, ribut petir dan tanah runtuh semakin kerap berlaku. 

“Walaupun Malaysia tidak pernah mengalami gempa bumi sehingga 9 magnitud seperti Jepun baru-baru ini, namun kita perlu bersiap sedia untuk menghadapi bencana alam lebih dahsyat,” katanya selepas Konvensyen Kejuruteraan dan Teknologi Kebangsaan 2011 dirasmikan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (Tenaga), Badaruddin Mahyuddin di sini, semalam. 

Mengulas lanjut, Abang Abdullah, berkata secara profesionalnya beliau berpendapat kebanyakan bangunan tinggi di Malaysia tidak mempunyai ketahanan atau mengalami kerosakan teruk dan runtuh sekiranya negara dilanda gempa bumi berskala sederhana. 
Katanya, kebanyakan bangunan di Malaysia tidak direka bentuk untuk menahan gegaran akibat gempa bumi, aliran air deras berikutan tsunami dan angin kencang. 

Abang Abdullah berkata, pihaknya akan memangggil pakar luar negara termasuk dari Jepun dan Filipina bagi berkongsi pengalaman dan kepakaran mengenai kaedah terbaik menghadapi bencana alam seperti gempa bumi, tsunami dan banjir besar menerusi Simposium Kejuruteraan dan Teknologi Serantau (RSET) yang bakal diadakan di Kuching, Sarawak, pada November depan. 

Dalam perkembangan lain, Abang Abdullah berkata simposium itu juga akan membincangkan mengenai pelbagai isu lain termasuk soal penyelidikan dan garis panduan pembangunan teknologi hijau, sumber tenaga alternatif serta teknologi nuklear. 


teringat kata ustaz najib, semasa program haluansiawa tahun lepas:
"qiamat dah nak dekat dah, sapa yang tak kawin lg, cepat-cepatlah kawin. nanti xsempat..."
boleh pula ustaz relate qiamat dengan kawin, semua peserta tersenyum shj...

Friday, April 8, 2011

ajaibnya muslim...



bismilahirrahmanirrahim...
kata Pahrol Mohamad Juoi, dalam web nya genta rasa


"Orang mukmin itu memiliki keajiban dalam kehidupan. Apabila mendapat nikmat, dia akan bersyukur. Bila ditimpa musibah, dia mendapat hikmah. Semua yang dirasakan indah belaka kerana dia sudah mendapat ‘halawatul iman’ (kemanisan iman). Kemanisan iman itulah yang akan mencukupkan segala macam bentuk keperluan manusia  sama ada keperluan dalam bentuk kebendaan, pemikiran, perasaan dan kejiwaan."


seorang muslim,sentiasa redha dengan kehendak dan penyusunan Allah swt. rasa kebergantungan nya kepada Allah sngt hebat..tp, nak sampai ketahap tersebut, ujiannya juga pasti hebat kan?..tp yakin lah wahai diri yang sentiasa mendambakan cinta Allah..Allah takkan menzalimi hamba-hambanya..
saya benar-benar rasa terkesan dengan nukilan ukti yang dikasihi di blognya hatiku milikMu. punyai maksud yang tersirat..


Wahai diri, 
Allah tidak akan menguji,
Andai bahumu tidak mampu dibebani, 
Dia tidak akan memberi, 
Andai kau tidak mampu menjalani.

Wahai hati, 
Setiap dugaan adalah ujian, 
Hingga kau mampu melepasi, 
Ujian itu pasti datang lagi,
Hingga imanmu bertambah dan terbaiki.

Berulang-ulang seperti musim berganti, 
Menguji pohon hati, 
Adakah segar atau mati. 

Hatikan selalu teruji, 
Selagi kaki masih di bumi, 
Menjalani hari-hari iman diuji, 
Oleh indah mahupun sedih saat menghadiri, 
Hatikan terbuncah sepi sesejuk salji, 
Jua tika terlupa hakikat diri di musim semi, 
Dalam apapun jua detik-detik dan hari hari dilalui,
Ku mohon Tuhan, agar Kau sentiasa di sisi, 
Usah biar kelanaku sendiri


sentiasalah kita berdoa,semoga Allah sentiasa bersama-sama dengan kita.
disaat iman naik, dan juga di saat iman menurun..
semoga turunnya iman,membawa kepada kenaikan iman yang lebih dari sebelumnya...

Tuesday, April 5, 2011

janganlah bersedih wahai diri..



wahai diri janganlah kamu merasa lemah,
sedangkan kamulah orang yang kuat seandainya kamu beriman..
bangkitlah semangatmu...
jangan jadi muslim yang lemah,jadilah muslim yang kuat,muslim yang qowwi...


kata muhammad iqbal:

“Muslim yang lemah sentiasa mencari keuzuran (atau alasan) dengan qada’ dan qadar (iaitu dengan mengatakan sudah qada’ dan qadar Allah), tetapi mukmin yang qawwi (kuat), dia dengan dirinya itulah qada’ Allah yang ghalib (mengatasi segala qada’ yang lemah) dan qadar Allah yang tidak boleh ditolak”.

kebelakangan ini, hati ini terasa sesuatu yang kurang..
seolah-olah ada sesuatu yang tidak lengkap...
ya Allah,bantu lah aku mencari sesuatu itu...


[jzklh pd murobbi yang dikasihi,baru shj dpt email yg sekian lama tunggu..moga Allah merahmatinya dan keluarganya...]

Monday, April 4, 2011

video: maher zain-freedom

bismilahirrahmanirrahim...
feel freedom when first time heard this song..
credit to my beloved sister in UPM..





Gathered here with my family
... My neighbours and my friends
Standing firm together against oppression holding hands
It doesn't matter where you're from
Or if you're young, old, women or man
We're here for the same reason; we want to take back our land

Oh God thank you...
For giving us the strength to hold on
And now we're here together

Calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call, ooh oh
We're calling for freedom, fighting for freedom
We know you won't let us fall, ooh no
We know you're here with us

No more being prisoners in our homes
No more being afraid to talk
Our dream is just to be free, just to be free
Now when we've taking our first step
Towards a life of complete freedom
We can see our dream getting closer and closer, we're almost there

Oh God thank you...
For giving us the strength to hold on
And now we're here together

Calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call, ooh oh
We're calling for freedom, fighting for freedom
We know you won't let us fall, ooh no

I can feel the pride in the air
And it makes me strong to see everyone
Standing together holding hands in unity
Shouting out loud demanding their right for freedom

... This is it and we're not backing of
Oh God we know you hear our call

And we're calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call, ooh oh
We're calling for freedom, fighting for freedom
We know you won't let us fall, ooh no

We're calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call, ooh oh
We're calling for freedom, fighting for freedom
We know you won't let us fall, ooh no
We know you're here with us


lets feel freedom with Islam as the way of life..
Allah please help and guide us..