alhamdulillah,segala puji hanya bagi Allah.tuhan sekalian alam, yang maha pengasih,lagi maha mengasihani. selawat dan salam keatas rasulullah saw,saudara serta sahabat baginda..
Alhamdulillah, Allah masih lagi memberi kesempatan untuk saya singgah ke kolam ini, yang saya kira dah lama tak di update..mohon maaf yer, terutamanya yang menjadi "follower" blog ni.walaupun tak lah ramai, tp saya rasa ada satu amanah yang saya pikul. perlunya sesuatu di kolam ini. sesuatu yang dapat membangkitkan roh islam dalam diri kita, meningkatkan lagi potensi kita sebagai umat islam dan yg utamanya dalam rangka meningkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah swt..
insyaAllah, di kesempatan ini saya ingin kongsikan satu kisah yang mengambarkan betapa hebatnya Allah swt dalam menciptakan setiap sesuatu...semoga bermanfaat...
Alkisah pada suatu masa, di sebuah hospital bersalin di Amerika. Maka ada dua orang ibu yang melahirkan sorang anak lelaki dan sorang lagi anak pompuan. Masalahnya, kedua-dua ibu tadi, mengaku yang mereka melahirkan anak lelaki tersebut ! Ni kira kes berebut anak lelaki....
Oleh kerana mereka melahirkan pada waktu dan masa yang sama, maka timbul le sedikit masalah bagi menentukan ibu yang sebenar bagi anak lelaki tersebut. Pada waktu tersebut, tiada lagi ujian DNA. Maka doktor pakar dari Amerika bertanya kepada kawan dia, sorang doktor dari mesir, macam mana nak selesaikan masalah tersebut. Mereka sudah membuat ujian darah, malangnya, kedua-dua ibu tersebut mempunyai kumpulan darah yang sama. Allah nak izin...
Maka doktor Amerika tu tanya le doktor dari mesir, macam mana nak selesaikan masalah ni, sebab dia dengar orang kata Islam dan Al-Quran ni agama yang sempurna, dan setiap masalah ada penyelesaiannya di dalam Al-Quran. Maka terkedu doktor dari mesir tu! Nak tak nak, doktor dari mesir tu, ajak doktor Amerika tu berjumpa dengan sorang kawannya, iaitu seorang ulama terkenal dari mesir. Maka ulama dari mesir tu tanya apakah masalahnya?.
Setelah diceritakan segalanya, maka ulama mesir tersebut tersenyum. Ulama mesir tadi suruh diperah susu kedua-dua ibu yang melahirkan anak tadi! Dan dibuat ujian tentang kandungan kalsium, zat galian dan sebagainya! Setelah selesai ujian, mereka diminta membawa keputusan ujian dan berjumpa semula dengan ulama tersebut.
Setelah dapat keputusan ujian, maka mereka pun bertemu semula dengan ulama tersebut. Nak tau apa keputusannya? Salah satu dari susu ibu tersebut, mengandungi 2 kali ganda bahan-bahan seperti kalsium, zat galian dan apa-apa yang sepatutnya berada di dalam susu ibu.subhanallah..
Maka ulama mesir tersebut berkata, ibu yang mempunyai susu yang mempunyai bahan-bahan 2 kali ganda itulah ibu sebenar kepada anak lelaki tersebut! Maka doktor amerika tadi bertanya, apa buktinya di dalam Al-Quran, maka ulama mesir memberitahu bahawa, bahagian untuk anak lelaki itu adalah 2 kali ganda dari anak perempuan, begitu jugalah dalam soal pembahagian harta pusaka. Jadi, oleh kerana itu adalah hukum Allah, susu ibu juga merupakan 'harta', maka untuk anak lelaki, adalah 2 bahagian, berbanding untuk anak perempuan!
insyaAllah,itulah kisahnya. apa yang saya nak simpulkan di sini, buat ibu-ibu yang berkerjaya, janganlah ambik mudah berkaitan susu ibu. kalau kita lihat dikedai-kedai, susu bayi sangatlah mahal. apa salahnya, bagi bayi susu ibu, tak perlu keluar kos, malah ibu dan bayi insyaAllah sihat..kandungan susu bayi tak dapat nak lawan dengan susu formula.malahan, susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi sistem imunisasi badan..subhanallah hebatnya susu ibu, yang Allah jadikan..
yang utamanya, bahagilah masa untuk menyusu...teringat petua my beloved mother, kalau nak menyusu bayi perlu ada niat, ibu perlu rasa nak menyusu, rasa ikatan atau chemistry dengan bayi. insyaAllah susu takkan kering..bayi adalah amanah buat ibu dan bapa, memberi yang terbaik untuk bayi juga bagi saya adalah satu amanah..sama-samalah kita usahakan, terutamanya saya sendiri. walaupun belum kawin, belum mempunyai anak. kadang-kadang terfikir juga amanah Allah ni..
selingan
teringat pula, kat anak saudara baru. adik salman. sokmo menyusu..alhamdulillah..
semoga sihat besar nanti..
sabrieyna rumaisa
jauh termenung...kecik2 dah naik flight, nak buat mcm mana,
abi n ummi keje kat sabah
semalam YM dengan mawarku nik zakiah, alhamdulillah ade berita gembira..
moga nik dan kerol dapat zuriat yang soleh,insyaAllah..
No comments:
Post a Comment