Friday, August 6, 2010

Universiti Terbuka Ramadhan

bismilahirrahmanirrahim.
insyaAllah di kesempatan yang singkat ini, saya ingin berkongsi di kolam ini satu post yang sangat menarik..


post ini di ambil dari mohd halim kadri


semoga bermanfaat buat kalian..

seperti mana saya..

insyaAllah..



 Universiti Terbuka Ramadhan untuk kesekian kalinya membuat

pengambilan terbuka. Syarat kemasukannya tidak ketat

sebagaimana universiti-universiti lain. Tidak perlu 5A dan

ke atas dalam SPM atau lulusan diploma dengan cgpa 2.75

ke atas dari universiti-universiti yang diiktiraf.

Syarat kemasukannya hanyalah Muslim, baligh dan berakal.




Tempoh pengajiannya tidak lama. Hanya sebulan. Silibusnya

 pula telah disusun oleh Allah SWT sendiri. Subjek terasnya

ialah Puasa, subjek yang digalakkan diambil ialah

Terawih dan Tadarus, manakala subjek pilihan adalah

Qiamullail, sedekah dan lain-lain.



 Pada penghujung pengajian, segulung ijazah Taqwa akan

diberikan kepada pelajar-pelajar yang berjaya menamatkan

pengajian dengan jayanya.



 Kepada semua yang layak, marilah kita sama-sama

memasuki universiti Ramadhan dengan penuh rasa

keimanan dan mengharapkan balasan dari Allah SWT.



Maksud hadis:

barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan

dengan penuh keimanan dan mengharapkan balasan dari

Allah, akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.




sama-sama kita gunakan peluang yang bakal tiba

beberapa hari sahaja lagi semaksima mungkin..

agat kita semua memperoleh ijazah Taqwa di sisi Allah..

insyaAllah..






No comments: