Sunday, August 22, 2010

iftar di masjid shah alam


Bismilahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah segala puji hanya bagi Allah, tuhan sekalian alam. kita sudah pun melangkah ke pertengahan ramadhan yang mana Allah telah menjanjikan keampunan kepada hamba-hambaNya insyaAllah..

bagaimana dengan amalan teman-teman sekalian di bulan ramadhan yang mulia ini?
mudah-mudahan ramadhan kali ini lebih baik dari sebelum ni..insyaAllah..agar kita tidak termasuk di kalangan mereka yang rugi, yang mana tidak mengunakan madrasah ramadhan ini semaksima mungkin..nauzubillah..

mudah-mudahan Allah mempermudahkan kita serta menguatkan kita semua untuk meningkatkan amalan kita di bulan yang mulia ini seterusnya menjadi hamba Allah bertaqwa..insyaAllah..





iftar
alhamdulillah, Allah memberi kesempatan buat saya dan juga adik-adik yang dikasihi berbuka di masjid shah alam atau kebanyakkan student uitm panggil masjid biru =)...alhamdulillah perancgan yang singkat minggu lepas, dapat juga dilaksanakan.walaupun awal minggu ini, Allah izin saya tidak berapa sihat. tapi bila hampir kepada hari jumaat. hati ini berasa sangat seronok, ingin jumpa adik-adik yang jauh di mata tp sangat dekat di hati..betapa hebatnya ukhwah ini..subhanallah.

ukhuwah
sampai disana, jam hampir 7 petang. melihat dan bersalam dengan adik-adik terasa sebak di dada..rindu yang tertahan =)..inilah kesan dan natijah atas jalinan seakidah insyaAllah juga kesan dari hati-hati yang cinta dan sayangkan islam..lama rasanya tak jumpa terutamanya aizie..

walaupun xsemua dapat hadir, namun yang hadir sudah cukup untuk kami bersama-sama..alhamdulillah..
jzkilhukhoir buat adik-adik yang hadir naina, yusro, saadah, aizie dan qema, pengatur rancangan kami...semoga perjumpaan seperti ini dapat diadakan lg pada masa akan datang..insyaAllah..











semoga adik-adik semua terus istiqomah di jalan ini insyaAllah....
sayang adik-adik kerana Allah...
semoga Allah terus memelihara ukhuwah yang terbina..
ameen...

seronok dengan cerita qema melayan keranah student sebagai cikgu praktikal dan cerita kawan naina, non muslim yang curious dengan umat islam yang berpuasa....

semoga pertemuan kita dapat menguatkan kita apabila berada di tempat masing-masing..insyaAllah..teringat kata yusro, perjumpaan sebegini mampu menguatkan kita. walaupun perjumpaan itu adalah singkat tiada pengisian, namun ianya lebih baik dari berhubung melalui alam maya yang ada hari ini..
wallahua'lam..

3 comments:

Anonymous said...

kak aisyah..rindu sgt dgn pjumpaan2 yg dtgnya krn Allah..kak aisyah, aizie pun xsangka dpt jumpa yusro, rupa2nya sama skolah dulu..allahuakbar..mgkn dkt skolah dulu, xperasan..rupa2nya Allah takdirkan utk jumpa kat sini.. =)

sucimurni said...

bestnyer kalau dapat join. Bilalah daku dapat kalian semua lagi..hehe..Sayang semua..

halawatul iman said...

kak pun xsangka aizie satu sekolah dgn yusro..
niza, insyaAllah kita berjumpa di syurga nanti..pengakhiran yg abadi..
sama-sama kita usahakan..