Saturday, September 12, 2009

pemburu Lailatul-Qadar



Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt


Apa khaba teman-teman semua,alhamdulillah Allah mengizinkan lagi kita berada di bulan yang mulia ini, bulan ramadhan. Marilah kita sama-sama rasa bertuahnya dan beruntungnya kerana dapat berada dalam bulan ini dan seterusnya berada di penhujung ramdhan iaitu 10 yang terakhir.


Saya teringt hari khamis lepas, imam di masjid negeri membuat pengumuman “kepada muslimin dan muslimat, TAHNIAH kerana dapat berada dalam 10 ramdhan yang terakhir…..” pengumuman ini dibuat untuk memaklumkan semua hadirin tentang aktiviti qiammulai yang akan di adakan di masjid bermula pada malam tersebut jam 4 pagi. Bila terdengar perkataan tahniah, tak dapat saya nak gambarkan perasaan di hati bercampur baur, gembira dan sedih. Gembira kerana dapat berada hingga ke penghujung ramadahan, tapi sedih kerana ramadhan dah menuju ke penghujungnya…


Awalnya rahmah,

pertengahannya pengampunan,

dan pengakhirannya di jauhkan api neraka…

awal dan pertengahan ramadhan sudah pun berlalu,tinggal sekarang pengakhiranya.


insyaAllah post kali ini, saya ingin berkongsi tentang satu malam yang sangat istimewa, lailatul- qadar. Menurut para ulama, lailatul qadar adalah kemuncak ramadhan kerana kemuliaannya yang telah diterangkan dalam surah al-Qadar.


“sesungguhnya kami menurunkan al-quran ini pada malam lailatul-qadar.

Dan tahukah engkau apakah dia kebesaran malam lailatul-qadar itu?

Lailatul-qadar lebih baik dari seribu bulan.

Pada malam itu turun para malaikat dan jin dengan izin Allah membawa segala perkara. Sejahteralah malam yang berkat itu sehingga terbit fajar”

( surah al-Qadar:1-5)


Abu Hurairah ra berkata:

Rasulullah saw bersabda:

“Siapa yang bangun pada malam lailatul qadar ( untuk solat atau berzikir) terdorong oleh iman dan mengharap pahala, maka akan diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu. (R.Bukhari, Muslim)


Pada penhujung ramadhan ini,sama-samalah kita menyibukkan diri dengan amal ibadat yang boleh mendatangkan pahala yang berlipat ganda. Ibadah yang saya maksudkan termasuklah membaca Al-Quran, beriktikaf di masjid, berzikir, beristighfar, bertaubat, solat –solat sunat dan berdoa. Tiada amal ibadah yang khusus untuk malam lailatul qadar.


Marilah kita sama-sama dapatkan bonus paling hebat untuk tahun ini, di bulan yang mulia ini.Janganlah kita lepaskan peluang. Dimana saidatina Aishah ra pernah berkata:


“Adalah Rasulullah saw sentiasa bersungguh-sungguh dalam beribadah pada Ramadhan, tidak seperti bulan lain. Dan pada malam terakhir Ramadhan, baginda semakin bersungguh-sungguh dalam beribadah tidak seperti pada malam lain” (Riwayat Muslim)


Mesti teman-teman tertanya, bonus apa yang saya maksudkan. Bonus bukan hanya untuk gaji sahaja, bonus pahala pun ada juga Allah sediakan untuk kita. Sesiapa yang beribadah di malam lailatul qadar, ianya lebih baik dari seribu bulan iaitu beribadah seperti puasa dan bangun malam.Satu tempoh masa yang panjang, seribu tahun bersamaan 83 tahun. Kehidupan kita sendiri belum pasti sampai berapa tahun…


Justeru marilah kita mencari lailatul-qadar. Malam ini harus dicari,bukan ditunggu.marilah kita jadi pemburu lailatul qadar.


Rasulullah saw bersabda:

“Tanda malam lailatul Qadar, suasana malam bersih hening terang seakan-akan ada bulan, tidak terasa dingin atau panas, dan tidak ada bintang yang dilemparkan kepada syaitan hingga fajar dan paginya matahari terbit tiada bercahaya panas tajam seakan-akan bagaikan bulan purnama.”


Aisyah ra bertanya kepada:

Ya Rasulullah jika aku mendapati lailatul qadar maka apakah yang sebaiknya aku berdoa?

Jawab Nabi saw:

“Bacalah Allhumma innaka afuwun tuhibbul afwa fa’fu anni ( Ya Allah Engkaulah Maha pengampun, maka maafkanlah aku) (R. Ahmad, Attirmidzi, Annasa’i, ibn Majah)


Saya ada satu persoalan yang ingin di lontarkan kepada teman-teman semua. Layakkah sebenarnya untuk kita mendapat kemuliaan malam lailatul qadar? Dengan kelemahan dri melawan nafsu dan sedikit amal? Sudikah Allah memberi kita peluang untuk kita bertemu malam ini?


Marilah kita sama-sama doakan,semoga Allah memberi peluang, menunjukkan jalan serta memberi hidayah buat kita semua pada tahun ini untuk bertemu dengan lailatul qadar…ameen


sumber rujukan:

tafsir Ibnu Katsier

No comments: