Monday, September 21, 2009

salam aidilfitri

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah. tuhan sekalian alam.marilah kita sama-sama bersyukur kerana telah berjaya menempuh bulan tarbiah atau bulan latihan iaitu bulan ramadhan dengan sebaiknya..mungkin ada antara kita yang tidak sempat khatam al-quran atau mungkin juga tidak sempat menunaikan solat sunat terawih setiap malam. namun,sama-samalah kita ikhlaskan diri dalam setiap amalan yang telah kita usahakan, walaupun sedikit.semoga dengan keiklasan yang kita lahirkan, Allah akan menerima amalan-amalan yang telah kita lakukan sepanjang ramadhan kali ini.insyaAllah..

solat sunat aidilfitri
alhamdulillah,solat sunat hari raya keluarga saya kali ini sedikit berbeza daripada sebelum ini.berbeza tempat dan juga suasana.tahun lepas kami solat di masjid berdekatan dengan rumah.tapi,tahun ini kami telah menunaikan solat sunat aidilfitri di dewan KTD. seronok rasanya dapat berjumpa sahibah-sahibah yang jauh dimata tapi dekat di hati dan dapat mengeratkan lagi ukhuwah dengan pelajar-pelajar KTD yang tidak balik ke kampung,terutamanya pelajar dari sabah.

khutbah telah disampaikan oleh ketua eksekutifnya sendiri,seorang insan yang amat saya kagumi syahsiahnya..antara isi utama khutbah, menekankan tentang aspek penghambaan.jika sepanjang ramadhan,kita sentiasa solat sunat,sentiasa membaca al-quran,sentiasa solat berjemaah dan melipat gandakan lagi amalan-amalan yang lain.namun,apabila syawal menjelma,semua amalan-amalan ini kita hentikan.ini menunjukkan kita seolah-olah menjadi hamba ramadhan,bukan hamba kepada Allah. sedangkan ramadhan merupakan satu bulan tarbiah yang perlu kita gunakan untuk melatih diri kita dalam melakukan amal-amal ibadah dan istiqomah dalam bulan yang seterusnya. saya memperingatkan diri saya dan juga teman-teman,sama-sama kita ikhlaskan segala amalan kita sepanjang ramadhan hanyalah kerana Allah swt.mudahan-mudahan Allah menerimanya.

dalam kita meraikan kemeriahan hari raya tahun ini,janganlah kita lupakan saudara kita yang berada di palestin.bagaimanakah agaknya mereka disana?bagaimana sambutan aidilfitri disana?







sejak dua,tiga hari kebelakangan ini, sentiasa kedengaran bunyi
mercun dan bunga api.berdetum-detum bunyinya.boleh membuatkan
kita terkejut.bayangkan suasana ini setiap hari berlaku di
palestin...menakutkan bukan?


untuk pengetahuan teman-teman,baru-baru ini, beberapa ulama' dari palestin telah datang ke malaysia.adik bujang saya sempat bersama roadtour yang dianjurkan oleh haluan palestin.seronok juga dengar pengalamanya.

untuk mengetahui lebih lanjut,klik di bawah yer...
perkongsian daripada ukhti yang dikasihi, yang sempat bersama ulama' palestin.
dunia hanya persinggahan

ini,berita pelajar palestin dari UIA..
asy-syaheed ubaidah







No comments: