Sunday, May 31, 2009

istiqomah

Alhamdulillah,segala puji hanyalah kepada Allah,dan Dia lah yang selayak-layaknya menerima pujian dari hamba-hambaNya.

seminggu di sabah,terasa singkatnya masa.mana tidaknya,setiap hari masa kami dipenuhi dengan menikmati percutian yang istimewa di sabah, percutian yang disediakan oleh saya sendiri =)..saranan saya kepada kawan-kawan yang belum pernah ke sana,carilah masa dan peluang.di sana terdapat pelbagai keindahan alam yang Allah sediakan untuk hamba-hambanya.antara yang paling menarik ialah pulau manukan,antara pulau yang paling cantik pernah saya lawati.airnya yang jernih menampakkan ikan yang berenang riang di dalam air.perlbagai warna.yang lebih gembira pastinya satu-satunya anak saudara saya,salman.suka sangat dia dengan "fish".

tujuan utama saya kali ini bukanlah untuk berkongsi pengalaman di sabah,tetapi untuk berkongsi dengan kawan2,teman2, sesiapa sahaja yang datang ziarah ke sini tentang ilmu yang telah saya perolehi semasa program haluansiswa nasional.tentang satu perkara, yang sudah lama saya cari, walaupun sudah ada jawapannya tetapi terasa masih belum lagi lengkap.apa yang saya cuba perkatakan disini ialah tentang istiqomah.

Istiqomah pastinya satu perkara yang sangat penting melibatkan amalan-amalan kita,yang mana amalan-amalan yang cuba kita amalkan setiap hari dalam kehidupan kita.kehidupan yang mengikut acuan islam,islam sebagai cara hidup.

antara amalan yang paling disukai oleh Allah swt adalah amalan yang sedikit tetapi dilakukan secara istiqomah.hendak istiqomah ni,bukanlah satu perkara yang mudah,perlu kepada pengorbanan dan juga kesabaran.


kita lihat hari ini,tak ramai yang dapat iltizam dan juga istiqomah dalam kehidupan mereka.setiap perubahan yang menuju kepada kebaikan pastinya sentiasa di uji,jika tidak berbekalkan kepada istiqomah,pastinya perubahan yang cuba dilakukan hanya dapat dilakukan dalam detik masa yang singkat.


Allah telah berfirman dalam surah Hud ayat 112-115:
"Maka tetaplah engkau wahai Muhammad di jalan yang benar, sebagaimana telah diperintahkan kepadamu dan juga orang yang bertaubat bersamamu, dan janganlah melampaui batas. sungguh, Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan. "

"dan janganlah kamu cenderung kepada orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, sedangkan kamu tidak mempunyai seorang penolong pun selain Allah, sehingga kamu tidak akan diberi pertolongan."

"dan laksanakanlah solat pada kedua hujung siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan malam. perbuatan-perbuatan baik itu menghapus kesalahan-kesalahan. itulah peringatan bagi orang-orang yang selalu mengingati Allah."

"dan bersabarlah,kerana sesungguhnya Allah tidak menyia-nyiakan pahala orang yang berbuat kebaikan."

melalui ayat di atas,dapatlah disimpulkan bahawa langkah-langkah untuk istiqomah:

1) janganlah kita melampaui batas
sikap istiqomah boleh terjejas jika kita melampaui batas. dimana kita cuba melakukan sesuatu melebihi atau kurang daripada tuntutan.atau lebih jelas lagi melakukan sesuatu melebihi had kekuatan diri kita sendiri.terdapat satu kisah dimana seorang pemuda yang ingin sentiasa beribadah kepada Allah swt.beliau ingin berpuasa tanpa berbuka,solat tanpa henti,beribadah tanpa kahwin.

rasulullah telah menjawab dengan bersabda
"sesiapa yang tidak mengamalkan sunnahku,mereka bukanlah dikalangan umatku".

seperti yang kita sedia maklum,sunnah Rasulullah adalah apabila berpuasa, kita akan berbuka pada sekian waktunya. dan apabila hendak tahajjud perlu tidur terlebih dahulu untuk mengumpul kekuatan.

2) janganlah cenderung kepada kezaliman (keburukkan)
apabila hati cenderung kepada kezaliman,hati akan redha dan menerima kezaliman yang dilakukan.untuk istiqomah, perlu kepada hati yang bersih, yang mana benci kepada kezaliman dan juga benci kepada orang yang melakukan kezaliman.

apabila perubahan yang telah kita lakukan pada diri kita, kita seharusnya menjaga perubahan itu dalam erti kata lain,istiqomah dengan perubahan yang dilakukan.sekiranya hati cenderung kepada kezaliman, perubahan ini pastinya goyah, kerana hati kita sudah berbolak balik,antara kebaikan dan juga kezaliman.

mungkin kita boleh ambik contoh yang mudah,jika kita bencikan maksiat.kita juga seharusnya benci kepada orang yang melakukannya. sekiranya terlintas didalam hati suka kepada maksiat..nauzubillah...pastinya hati akan berbolak balik.antara suka dan benci kepada maksiat.

3) tunaikan solat
solat merupakan tiang agama.kita sebagai umat islam, sesekali tidak boleh meninggalkan solat.walaupun keadaan yang sangat tidak mengizinkan untuk solat.solat harus dan mesti didirikan.islam tidak pernah menyusahkan umatnya,sekiranya mampu dilakukan secara berdiri,jika tidak secara duduk,jika tidak secara baring,jika tidak mampu juga dengan menggunakan mata.namun,masih ada juga yang meninggalkan solat...

untuk istiqomah kita perlu bina hubungan yang kuat dengan Allah swt.seharusnya kita dapat melakukan solat fardhu dan juga solat sunnat.solat sunnat dapat kita rasakan seperti solat wajib,sepertimana sahabat rasulullah sentiasa melakukan tahajjud setiap malam.kerana inilah merupakan kekuatan umat islam yang sebenar..insyaAllah kita mampu melakukannya...

4) bersabar
dengan bersabar kita melatih diri supaya lebih konsisten.sifat sabar memang sukar untuk difahami,namun natijahnya sangat besar.jika kita teliti sirah-sirah Rasulullah dan para sahabat,mereka sentiasa sabar dalam memperjuangkan islam.berkat kesabaran mereka kita dapat menikmati islam hingga ke hari ini...semoga Allah pelihara nikmat yang paling besar ini.

begitu juga diri kita,kita perlu kepada kesabaran.
ingatlah, Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar...

seperti saya katakan pada awalnya,istiqomah bukanlah satu perkara yang mudah.
rasulullah sendiri, apabila ayatayat ini diturunkan,rambut baginda menjadi beruban kerana berfikir tentang maksud ayat-ayat ini.

namun,ada beberapa perkara yang perlu kita fahami dalam usaha untuk istiqomah,
1-ikhlas kerana Allah swt.
2-rasakan kebersamaan dengan Allah.
3-bawa matlamat menuju Allah,bukan kepada selainNya.

setakat ini dahulu untuk kali ini,
moga istiqomah menyertai dalam kehidupan kita..insyaAllah.

No comments: