Sunday, May 31, 2009

internet dengan kebersamaan Allah


bismillahirrahmanirrahim...

setiap kali melayari internet,kita pastinya ada niat yang tertentu.sama ada, mencari bahan-bahan assignment,membaca email dalam inbox dan sabagainya. namun,kadang-kadang niat ini tersasar dari matlamatnya yang sebenar.maklumlah semuanya di hujung cari, rasa semuanya nak klik...

cuti-cuti panjang ni,saya rasa mungkin ada dikalangan pelajar-pelajar IPT berada depan komputer jer atau lebih tepat lagi depan lap top, kerana melayari internet,cuti-cuti ni,takkan ada assignment pulak kan =)...atau mungkin juga layan game-game yang ada..bahaya tuu...

saya tertarik dengan post dari sahibah yang dikasihi,dunia hanya persinggahan.
ingin berkongsi bersama-sama di sini.

1. Seseorang yang ingin melayari internet wajar membersihkan niat dengan betul dengan menetapkan terlebih dahulu tujuan sebelum memasukinya.

2. Mereka yang melayari internet sebagai alat untuk berhibur akan lupa diri dan tanpa disedari terheret ke pada kamatianya dalam keadaan ia tidak menyedarinya.

3. Kemudian duduk dihadapan internet dalam tempoh yang lama akan mensia-siakan pusingan hidup seluruhnya. Mereka akan mengabaikan tugas dan tuntutan untuk mendapat kebahagiaan didunia dan akhirat.

Inilah kerugian yang nyata. Disamping ia juga akan menyebabkan kehilangan daya tumpuan dan menyebabkan akal bercelaru.Adapun apabila kita melayari gelombang internet yang ganas dalam laut yang gelap dan dalam keadaan ditemani Allah bererti kita hidup dengan kebersamaan ini dalam setiap suasana, urusan, kondisi dan setiap masa.


Rasa kebersamaan ini bukan suatu yang boleh dipinjam-pinjam atau direka-reka..
kerana itu, ia bukan datang dan pergi sebaliknya satu keadaan yang tetap terus berkembang tanpa kurang atau surut. Merialisasikan kebersamaan ini sesaorang perlu mengekang nafsunya daripada hawa dan penyesatannya.

Hawa harus ditolak dan nafsu sepatutnya dibimbing untuk menaiki tangga kesempurnaan, meninggalkan kealpaan, mengalahkan waswas dan mengatasi ajakan-ajakan syahwat. Kemudian dengan memelihara keberterusan "muraqabah" dan "muhasabah" serta mengekang nafsu dengan keazaman dan dipaksa dengan pekerti dan akhlak yang mulia, apa lagi dizaman yang penuh dengan fitnah dan keajaiban ini.

Seperti yang pernah diberi amaran dan ingatan oleh Rasulullah s.a.w secara khusus mengenai zaman tersebut dimana orang yang siuman menjadi bingun, perkara makruf menjadi mungkar dan mungkar menjadi makruf.

sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"apabila dunia hampir kiamat akan berlaku fitnah seperti potongan malam yang gelap, fitnah seperti kepulan asap, dalam situasi itu hati manusia akan mati seperti matinya tubuh badan mereka, mereka beriman pada pagi hari dan kufur pada waktu petang, beriman pada waktu petang dan kufur pada waktu pagi antara mereka ada puak yang menjual akhlak dan agama mereka dengan habuan dunia."
(hadis riwayat Ahmad)



Kita berdoa kepada Allah supaya memberikan kita kesihatan dan berterusan dalam keadaan afiat serta bersyukur dengan afiat tersebut. Kita mohon dari Allah kebaikan masa dan kebaikan mereka yang hidup pada zaman ini. Kita berlindung kepada Allah dari kejahatan zaman dan kejahatan mereka yang hidup pada zaman ini.

Allah maafkanlah kami, ampunkanlah kami, perelokkan kesudahan kami dan pastikan pada waktu kematian kami, kami sedang melakukan kebaikan dan amal soleh. Amin ya rabba al alamin.

oleh : Mujahid Syeikh Fathi Yakan


istiqomah

Alhamdulillah,segala puji hanyalah kepada Allah,dan Dia lah yang selayak-layaknya menerima pujian dari hamba-hambaNya.

seminggu di sabah,terasa singkatnya masa.mana tidaknya,setiap hari masa kami dipenuhi dengan menikmati percutian yang istimewa di sabah, percutian yang disediakan oleh saya sendiri =)..saranan saya kepada kawan-kawan yang belum pernah ke sana,carilah masa dan peluang.di sana terdapat pelbagai keindahan alam yang Allah sediakan untuk hamba-hambanya.antara yang paling menarik ialah pulau manukan,antara pulau yang paling cantik pernah saya lawati.airnya yang jernih menampakkan ikan yang berenang riang di dalam air.perlbagai warna.yang lebih gembira pastinya satu-satunya anak saudara saya,salman.suka sangat dia dengan "fish".

tujuan utama saya kali ini bukanlah untuk berkongsi pengalaman di sabah,tetapi untuk berkongsi dengan kawan2,teman2, sesiapa sahaja yang datang ziarah ke sini tentang ilmu yang telah saya perolehi semasa program haluansiswa nasional.tentang satu perkara, yang sudah lama saya cari, walaupun sudah ada jawapannya tetapi terasa masih belum lagi lengkap.apa yang saya cuba perkatakan disini ialah tentang istiqomah.

Istiqomah pastinya satu perkara yang sangat penting melibatkan amalan-amalan kita,yang mana amalan-amalan yang cuba kita amalkan setiap hari dalam kehidupan kita.kehidupan yang mengikut acuan islam,islam sebagai cara hidup.

antara amalan yang paling disukai oleh Allah swt adalah amalan yang sedikit tetapi dilakukan secara istiqomah.hendak istiqomah ni,bukanlah satu perkara yang mudah,perlu kepada pengorbanan dan juga kesabaran.


kita lihat hari ini,tak ramai yang dapat iltizam dan juga istiqomah dalam kehidupan mereka.setiap perubahan yang menuju kepada kebaikan pastinya sentiasa di uji,jika tidak berbekalkan kepada istiqomah,pastinya perubahan yang cuba dilakukan hanya dapat dilakukan dalam detik masa yang singkat.


Allah telah berfirman dalam surah Hud ayat 112-115:
"Maka tetaplah engkau wahai Muhammad di jalan yang benar, sebagaimana telah diperintahkan kepadamu dan juga orang yang bertaubat bersamamu, dan janganlah melampaui batas. sungguh, Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan. "

"dan janganlah kamu cenderung kepada orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, sedangkan kamu tidak mempunyai seorang penolong pun selain Allah, sehingga kamu tidak akan diberi pertolongan."

"dan laksanakanlah solat pada kedua hujung siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan malam. perbuatan-perbuatan baik itu menghapus kesalahan-kesalahan. itulah peringatan bagi orang-orang yang selalu mengingati Allah."

"dan bersabarlah,kerana sesungguhnya Allah tidak menyia-nyiakan pahala orang yang berbuat kebaikan."

melalui ayat di atas,dapatlah disimpulkan bahawa langkah-langkah untuk istiqomah:

1) janganlah kita melampaui batas
sikap istiqomah boleh terjejas jika kita melampaui batas. dimana kita cuba melakukan sesuatu melebihi atau kurang daripada tuntutan.atau lebih jelas lagi melakukan sesuatu melebihi had kekuatan diri kita sendiri.terdapat satu kisah dimana seorang pemuda yang ingin sentiasa beribadah kepada Allah swt.beliau ingin berpuasa tanpa berbuka,solat tanpa henti,beribadah tanpa kahwin.

rasulullah telah menjawab dengan bersabda
"sesiapa yang tidak mengamalkan sunnahku,mereka bukanlah dikalangan umatku".

seperti yang kita sedia maklum,sunnah Rasulullah adalah apabila berpuasa, kita akan berbuka pada sekian waktunya. dan apabila hendak tahajjud perlu tidur terlebih dahulu untuk mengumpul kekuatan.

2) janganlah cenderung kepada kezaliman (keburukkan)
apabila hati cenderung kepada kezaliman,hati akan redha dan menerima kezaliman yang dilakukan.untuk istiqomah, perlu kepada hati yang bersih, yang mana benci kepada kezaliman dan juga benci kepada orang yang melakukan kezaliman.

apabila perubahan yang telah kita lakukan pada diri kita, kita seharusnya menjaga perubahan itu dalam erti kata lain,istiqomah dengan perubahan yang dilakukan.sekiranya hati cenderung kepada kezaliman, perubahan ini pastinya goyah, kerana hati kita sudah berbolak balik,antara kebaikan dan juga kezaliman.

mungkin kita boleh ambik contoh yang mudah,jika kita bencikan maksiat.kita juga seharusnya benci kepada orang yang melakukannya. sekiranya terlintas didalam hati suka kepada maksiat..nauzubillah...pastinya hati akan berbolak balik.antara suka dan benci kepada maksiat.

3) tunaikan solat
solat merupakan tiang agama.kita sebagai umat islam, sesekali tidak boleh meninggalkan solat.walaupun keadaan yang sangat tidak mengizinkan untuk solat.solat harus dan mesti didirikan.islam tidak pernah menyusahkan umatnya,sekiranya mampu dilakukan secara berdiri,jika tidak secara duduk,jika tidak secara baring,jika tidak mampu juga dengan menggunakan mata.namun,masih ada juga yang meninggalkan solat...

untuk istiqomah kita perlu bina hubungan yang kuat dengan Allah swt.seharusnya kita dapat melakukan solat fardhu dan juga solat sunnat.solat sunnat dapat kita rasakan seperti solat wajib,sepertimana sahabat rasulullah sentiasa melakukan tahajjud setiap malam.kerana inilah merupakan kekuatan umat islam yang sebenar..insyaAllah kita mampu melakukannya...

4) bersabar
dengan bersabar kita melatih diri supaya lebih konsisten.sifat sabar memang sukar untuk difahami,namun natijahnya sangat besar.jika kita teliti sirah-sirah Rasulullah dan para sahabat,mereka sentiasa sabar dalam memperjuangkan islam.berkat kesabaran mereka kita dapat menikmati islam hingga ke hari ini...semoga Allah pelihara nikmat yang paling besar ini.

begitu juga diri kita,kita perlu kepada kesabaran.
ingatlah, Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar...

seperti saya katakan pada awalnya,istiqomah bukanlah satu perkara yang mudah.
rasulullah sendiri, apabila ayatayat ini diturunkan,rambut baginda menjadi beruban kerana berfikir tentang maksud ayat-ayat ini.

namun,ada beberapa perkara yang perlu kita fahami dalam usaha untuk istiqomah,
1-ikhlas kerana Allah swt.
2-rasakan kebersamaan dengan Allah.
3-bawa matlamat menuju Allah,bukan kepada selainNya.

setakat ini dahulu untuk kali ini,
moga istiqomah menyertai dalam kehidupan kita..insyaAllah.

Monday, May 18, 2009

ciptaan Allah

bismilahirrahmanirrahim....

ingin kongsi bersama teman-teman,sahabat serta sesiapa yang menjenguk ke blog ini...
comel kan kucing kat atas ni,
gambar ni merupakan image bagi desktop yang adik saya gunakan dirumah sekarang.
sekali tengok macam kucing,tapi kenapa pelik sangat telinganya?
tapi,matanya?sangat bulat...
apa yang nak saya katakan,hebat ciptaan Allah swt...
pelbagai ciptaan makhluk yang Allah boleh ciptakan...
maha berkuasanya Allah...

semester ini,saya ada belajar satu subject yang sangat menarik,subject genetic..inilah keistimewaan pelajar biologi,belajar tentang ciptaan Allah swt...sayang jika kita tidak menyedarinya..

dalam subcject genetic kami banyak belajar tentang ciri-ciri yang ada pada manusia.yang mana setiap ciri ini pastinya diwarisi dari ibu dan juga ayah kita...ada sifat yang dominant,ada juga sifat yang recessive...

pernah nampak kucing tompok-tompok tak?warna hitam,oren dan juga putih..kucing ini,di beri nama colico cat...istimewanya kucing ini,kucing ini adalah kucing betina...sama-sama kita perhatikan yer ciptaan Allah ini..sepanjang pemerhatian saya,kucing warna seperti ini,pastinya kucing betina...jika teman-teman ada ternampak kucing warna seperti ini adalah kucing jantan,bolehlah kita kongsi sama-sama =)...

"setiap kejadian Allah,adalah menunjukkan betapa hebatnya ciptaan nya...rugilah kita,jika tidak berfikir tentangnya.."

sekarang mari kita sama-sama perhatikan dalam diri kita,anugerah yang Allah berikan...adakah kita:
-dapat mengulung lidah
-bercuping telinga
-berbulu mata lentik
-ada lesung pipit
-berhidung bulat
-berbibir tebal
-bermata bulat
-berambut lurus

jika ada di antara sifat di atas ada pada diri kita, kita telah mewarisi sifat dominant dari ibu atau ayah kita...istimewanya sifat diatas,menunjukkan keturunan yang turun temurun dari nenek moyang kita...pastinya adam dan hawa...mungkin boleh dibuat kajian,bagaimana rupa adam dan hawa kan?

sebenarnya ada banyak lagi sifat-sifat selain diatas,antaranya penyakit....mungkin kita boleh berkongsi di lain hari insyaAllah....

mengikut kajian,perangai seseorang bukanlah 100% diwarisi melalui ibu dan juga bapa...kerana anak kembar jika dipisahkan oleh dua keluarga yang berbeza,pasti melahirkan perangai yang berbeza kerana semuanya bermula dengan didikan keluarga tersebut...betapa pentingnya didikan ibu dan bapa...

sakit
sejak akhir-akhir ini,sentiasa kedengaran siren polis mengiringi tetamu dari luar yang datang ke kelantan,mungkin untuk menziarah sultan kelantan yang sekarang sakit dan berada di HUSM..mengikut kata ayah,sultan telah diserang stroke atau lebih dikenali angin ahmar...

mungkin ini sahaja buat kali ini,maaf...sejak kebelakangan ini,saya dapat merasakan kurangnya post-post ilmiah...mungkin semuanya berpunca dari kelemahan saya sendiri..
insyaAllah pulang dari sabah nanti..saya cuba untuk kongsi bersama sesuatu yang amat istimewa yang saya perolehi 2,3 hari lepas semasa program haluansiswa nasional...
insyaAllah,doakan yer =)

berita

Pada hari khamis 14 mei 2009 yang lepas,saya dan keluarga berada di setiu Agro resort. beradanya kami disana kerana menemani kak long yang mempunyai urusan kerja selama seminggu.disana saya dan adik menjaga anak buah kami yang comel lagi nakal muhammad salman al-farisi..penat juga jaga budak kecik nie =)...

di waktu petang,sedang menikmati suasana di sana kami di kejutkan dengan satu berita dari utara malaysia...berita kematian isteri UDMZ,ummi halimaton..innalillah...
Allah izin,saya tidak pernah berkesempatan melihat,berjumpa atau beramah mesra dengan arwah...
namun,kesedihan dapat saya rasakan..semoga Allah tempatkan arwah bersama-sama orang yang soleh...banyak pergorbanan yang telah arwah lakukan dalam kehidupannnya,lahirnya adik-adik yang soleh dan juga solehah hasil dari didikan beliau di matri..

tetapi,kesedihan ini pasti lebih dirasai buat adik-adik,shbt dan juga shbh yang pernah bersama-sama arwah...
boleh dikatakan setiap blog ex-matri menceritakan tentang ummi..special sekali ummi dihati mereka...

siapakah ummi sebenarnya?
pastinya saya tidak mampu menjawab soalan ini,hanya mereka yang mengenali ummi dapat menjawab soalan ini...


peribahasa melayu ada mengatakan
"harimau mati meninggalkan nama,manusia mati meninggalkan nama..."

saya doakan,perginya ummi akan melahirkan lebih ramai wanita dan juga isteri yang mempunyai peribadi sepertimana ummi..insyaAllah

segala puji hanya bagi Allah...

Bismillahirahmanirahim...

Alhamdulillah,segala puji hanya bagi Allah tuhan sekalian alam. mari kita sama-sama panjatkan kesyukuran dengan semua nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita hamba-hambanya. Tanpa nikmat-nikmat ini,bolehkah kita hidup sepertimana hari ini. betapa pengasihnya Allah kepada hamba-hambanya.itulah sifat Allah,maha pengasih,maha penyayang...

bagaimana dengan exam yang telah berlalu?..
disaat ini,saya rasa sangat bersyukur...alhamdulillah,Allah telah permudahkan urusan akademik saya untuk semester ini.pada awalnya,terasa diri ini tidak mampu,namun hanya berharap kepada pertolongan daripada Allah swt...kita hanya mampu berusaha,natijahnya biarlah Allah yang tentukan...sama-sama kita doakan semoga kejayaan buat kita semua...insyaAllah..

firman Allah dalam surah Al-Insyirah:5-6
"maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.
sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan"

award...
semasa demam exam melanda,saya sempat juga singgah ke blog sendiri di samping blog-blog sahibah-sahibah yang dikasihi..namun,tak disangka blog ini telah mendapat award dari house mate dan juga room mate yang amat saya kasihi,yang sentiasa bersama-sama dalam meniti liku-liku kehidupan sebagai pelajar dan juga sabagai seorang muslim,mungkin sekarang dia sedang sibuk dengan persiapan hari bahagia 23 mei yang juga hari lahir saya..tarikh yang tak di duga ada persamaannya..xsabar rasanya melihat dia dihari bahagia,semoga Allah permudahkan perjalanan saya dan kawan2 yang lain ke borneo bagi meraikan hari bahagiannya...


syarat...
untuk memenuhi "award" ini..
saya perlu menjawab soalan ini..
" apa manfaat yang saya dapat dengan blog??"


alhamdulillah banyak manfaat yg saya dapat..
untuk diri saya sendiri dalam rangka membaiki diri dan juga mengajak orang lain.
blog adalah satu medan yang sangat baik untuk kita melaksanakan apa yang telah
Allah firman dalam surah Al-Ansr


"berpesan-pesan kepada kebenaran,berpesan-pesan kepada kesabaran"


pada hakikatnya,blog ini tidak layak untuk menerima sebarang penghargaan.terasa blog ini byk kekurangannya dan masih lagi baru berbanding blog-blog lain dan diri ini juga masih byk kekurangannya...kekurangan yang perlu diperbaiki dan ditambah sebaiknya,insyaAllah.

justeru saya ingin juga kongsikan 'award' ini bersama sahabat-sahabat blogger yang lain..
'Award' ini saya tujukan khas buat blog yang sentiasa saya ziarah, yang saya lihat perkembangan nya di alam maya ini,yang saya kenali bloggernya dan saya yakin kami mempunyai matlamat yang sama dengan blog ini..

inilah blog yang saya maksudkan:
Dunia hanya persinggahan
langit ilahi
sinar_islami
new step
si merah padi

teruskan perjuangan kalian,
ana doakan semoga Allah nilai dengan nilaian yang terbaik..


semoga dengan 'Award' ini,kita dapat refresh kembali matlamat utama kita dengan blog..insyaAllah