beberapa hari yang lepas, telah berlalu satu hari kebesaran islam...
hari yang diberi nama israk mikraj,di mana kejadian rasulullah di bawa dari masjidil haram ke masjidil aqsa dan dari masjidil aqsa ke sidratul muntaha.
melalui perjalanan ini, rasulllah telah telah diperlihatkan dengan pelbagai suasana dan keadaan manusia dengan izin Allah ditemani dengan malaikat jibril..
banyak perubahan yang berlaku pada umat islam selepas kejadian israk mikraj,yang paling utama ialah kewajipan umat islam dalam melaksanakan solat, 5 waktu setiap hari. rasanya peristiwa israk mikraj ni dah ramai yang tahu kan?mcmmana rentetan rasulullah merayu waktu solat itu dikurangkan daripada 50 ke 5 waktu seperti mana skrg..
namun saya teringt petikan khutbah jumaat pada 7hb, dari siaran IKIM. imam berkata, sebelum rasulullah di memulakan perjalanannya, dadanya telah dibedah oleh malaikat Jibrail dan Malaikat Mika’il. Hati Baginda SAW disuci dengan air zamzam dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan was-wasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu dan iman ke dalam dada Rasulullah SAW. Ini mengambarkan bahawa hati tersebut perlulah suci dan bersih sebelum bertemu dengan Zat yang Maha Agung, Allah swt. dalam kehidupan kita juga septutnya begitu, seharusnya kita sentiasa dalam keadaan hati supaya tidak mudah hanyut dan tertipu dengan bisikan syaitan...
peristiwa ini juga telah berlaku setelah kematian kekasih rasulullah iaitu siti khadijah,..ada pendapat ulama yang mengatakan peristiwa ini telah disusun oleh Allah swt untuk memujuk kekasihNya setelah kematian isteri yang tercinta..wallahua'lam...
bila teringatkan rasulullah, pergorbanannya dan ketabahan nya..
menyampaikan apa yang telah dilaluinya sepanjang kejadian israk mikraj..
memberikan keyakinan kepada semua umat islam pada ketika itu..
menyampaikan apa yang telah dilaluinya sepanjang kejadian israk mikraj..
memberikan keyakinan kepada semua umat islam pada ketika itu..
membuatkan diri rasa ingin menitis air mata...
hati terdetik, hebatnya rasulullah...
dalam memberi keyakinan kepada umat islam pada ketika itu..
dalam memberi keyakinan kepada umat islam pada ketika itu..
nak kongsi satu lagu dengan teman sekalian...
selalu berkumandang dari corong IKIM.FM
2 comments:
Assalamualaikum..Alhmdlh smpt jgk singgah kt blog ni..tjuk yg bgitu mnrik..subhaAllah begitu hebtnya rasulullah saw dlm mympaikn dakwah islam wlaupn nyawa-Nya yg terkrban..lagu nasyid dr hafiz hamidun kasih padamu yg menyentuh hati sy mdgr lgu ni..Allahuakhbar..
alhamdulillah...moga rasul mjadi qudwah buat kita semua..
Post a Comment