alhamdulillah,segala puji hanya bagi Allah tuhan sekalian, selawat dan salam keatas rasulullah saw serta sahabat dan keluarga baginda...
marilah kita sentiasa menjadi hamba Allah yang sentiasa bersyukur dengan atas nikmat yang Allah kurniakan, janganlah kita menjadi golongan yang suka meminta-minta, mudah berkeluh resah dan tidak rasa cukup dengan apa yang ada..
nikmat Allah, kurniaan Allah tak pernah kurang..
sepertimana firman Allah:
"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya" (An-Nahl: 18)masyaAllah banyaknya nikmat Allah...
salam ramadhan kareem buat teman-teman yang dikasihi sekalian,
alhmdulillah kita sudah menjangkau ke pertengahan ramadhan..setiap kali terawikh saya suka mendongak ke langit, meninggikan 'angle of elevation' saya dari permukaan bumi =)...melihat bulan yang beransur berubah ke bulat, menuju bulan pernama.lantas hati berkata, masyaAllah cantiknya Allah buat bulan..
terawikh saya tahun ni berubah tempat dari tahun lepas, masih lagi di bumi Allah limbang.cuma, tahun ini saya dan 'housemate' lebih suka untuk meimarahkan surau sekolah kami.pada masa yang sama dapat bersama pelajar-pelajar dan mendekati mereka,insyaAllah..mudah2an Allah beri kekuatan buat kami.
seusai terawikh beberapa hari yang lepas, saya sempat berbual ringkas dengan seorang ustzh sekolah.perbualan kami berkisar tentang apa yang berlaku dengan saudara kita yang ditindas tidak dibela, mereka ditindas oleh kuasa yang menganggap diri mereka hebat dan berkuasa,sedarlah.. tiada yang hebat dan berkuasa melainkan Allah swt. betapa kejamnya sikap manusia pada hari ini, ingatlah Allah pasti memberi balasan ke atas mereka yang berbuat jahat terhadap umat islam di atas bumi Allah ini..Allah tidak pernah memungkiri janji..
insyaAllah dikesempatan ini saya ingin kongsikan berita tentang saudara kita iaitu saudara muslim rohingya yang berhadapan dengan maut dalam ramadhan ini. artikel ini dipetik dari web haluan.
ARAKAN, MYANMAR, 14 Julai 2012 -- Rusuhan dan pembunuhan susulan di wilayah Arakan di Myanmar yang meletus sejak 3 Jun lalu masih berterusan. Agensi-agensi bantuan kemanusiaan memberi amaran akan berlakunya tragedi kemanusiaan sekiranya masyarakat dunia tidak menyekat tindakan pihak berkuasa Myanmar meminggir puluhan ribu mangsa keganasan iaitu etnik Rohingya daripada dunia luar.
Keadaan masyarakat Rohingya yang terperangkap di barat Myanmar itu dikelaskan oleh petugas-petugas kemanusiaan sebagai sebuah penjara terbuka. Semalam, Jumaat 13 Julai, seramai 10 petugas bantuan kemanusiaan termasuk lima orang petugas PBB ditangkap oleh pihak berkuasa Myanmar. Tindakan ini menyebabkan usaha bantuan kemanusiaan tidak dapat digerakkan walaupun mangsa-mangsa sedang berhadapan dengan krisis makanan dan kesihatan yang meruncing.
Masyarakat Rohingya berhadapan dengan kelaparan akibat sekatan darurat yang dikenakan ekoran rusuhan tersebut. Menurut wakil NGO Action Against Hunger, Tarik Kadir, mangsa-mangsa kini sedang berhadapan dengan masalah kesihatan dan malnutrisi. "Masalah malnutrisi sudahpun melanda. Kami jangka ia akan meningkat secara mendadak jika bantuan kemanusiaan tidak diberikan secara terus kepada mereka dengan bebas tanpa bertangguh lagi. Petugas-petugas kemanusiaan perlukan jaminan keselamatan," kata beliau. NGO tersebut terpaksa meninggalkan wilayah utara Arakan itu, di mana terdapat 800,000 Rohingya sedang berhadapan dengan masalah malnutrisi. Dengan kekurangan akses kepada rawatan perubatan, keadaan mereka akan bertambah buruk.
"Dengan musim hujan yang bakal tiba, dalam berhadapan dengan semua masalah ini (keadaan masyarakat Rohingya dan kekangan yang dihadapi oleh NGO), kita tidak perlu sebarang perkiraan, tunggulah ketibaan krisis kemanusiaan", sambung Tarik Kadir.
Timbalan Pengarah Human Rights Watch (HRW) bagi Asia, Elaine Pearson yang baharu pulang dari lawatan ke Arakan turut mendakwa berlakunya tangkapan beramai-ramai oleh pihak berkuasa Myanmar ke atas masyarakat Rohingya. "Polis, askar dan polis sempadan menembak dan membunuh Rohingya, manakala mereka yang ditangkap dipisahkan dari dunia luar," kata beliau sebagaimana dipetik oleh akhbar The Guardian UK.
Akhbar The Guardian UK turut melaporkan bahawa seorang penduduk di Maungdaw di utara Arakan melihat sekumpulan lelaki Rohinhya, termasuk kanak-kanak berumur 12 tahun didera di sebuah stesen polis. Setelah menjalani interogasi berkaitan serangan dan rusuhan di bandar tersebut, pihak polis menyerahkan mereka kepada pemuda-pemuda Arakan yang berada di stesen berkenaan. "Saya lihat pemuda-pemuda Arakan membakar kemaluan seorang tua menggunakan cerut (rokok) dan memukul pemuda Islam yang ditangkap itu dengan batang besi dan menjolok dubur mereka menggunakan batang kayu".
Sebuah lagi NGO, Arakan Project, mendakwa sekumpulan sami bertindak menyekat bantuan makanan daripada dibawa masuk ke kota Sittwe. Wakilnya, Chris Lewa berkata laporan kejadian serupa turut berlaku di tempat-tempat lain.
Statistik sebenar tentang kemalangan manusia akibat tragedi ini sukar untuk dikumpul kerana pihak berkuasa Myanmar menghalang pemerhati luar daripada memasuki wilayan utara Arakan, tempat masyarakat Rohingya berteduh. "Kita bimbang tidakan ini adalah usaha untuk menyekat Rohingya daripada makanan dan menyebabkan kebuluran, seterusnya menyebabkan mereka berhijrah lari keluar," kata Lewa.
Bayangkanlah bagaimana masyarakat Rohingya berhadapan dengan tindakan zalim pihak pemerintah sejak tahun 1942 lagi. Ramadhan yang bakal menjelang disambut gembira oleh kita di Malaysia, namun mereka mungkin tidak sempat untuk memikirkan perkara lain selain menjaga survival akidah dan keluarga mereka. Yang pasti, kita sebagai seorang yang beriman tidak boleh berdiam diri. Sekurang-kurangnya hulurkanlah munajat dan doa ikhlas sepanjang Ramadhan, semoga Allah mengampunkan kealpaan kita dan memberi kedamaian kepada masyarakat Rohingya, saudara seakidah kita.
Sebarang derma dan sumbangan untuk membantu masyarakat Rohingya ini bolehlah disalurkan melalui:
"Tabung Kebajikan dan Kemanusiaan HALUAN" di Maybank bernombor 5622 6350 2611.
--------------
Sumber disusun oleh Nizam Awang daripada Majlis Ulama Rohingya dan The Guardian UK.
mungkin ada yang tertanya siapakah muslim rohingya...insyaAllah, klik di link di bawah untuk maklumat lanjut
- siapa rohingya-ini langkahku
- pembunuhan etnik rohingya-mindaahad
- khutbah sentuh isu rohingya-malaysia harmoni
kita sentiasa ingt kan, setiap muslim itu bersaudara..
Dari Nu’man bin Basyir r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda:
“Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal saling mencinta, saling mengasihi dan saling menyayang, bagaikan sebuah tubuh. Apabila salah satu anggota tubuh merasa sakit, maka seluruh tubuh merasa sakit, tidak dapat tidur dan terasa demam.”
Hadith riwayat Muslim.
sama-sama kita doa sepanjang ramadhan ini..moga nasib muslim rohingya di bela, dan ditingkatkan kesabaran dalam hati mereka menempuh ujian dariNya..
ujian Allah itu sentiasa ada, jangan sangka diri kita sendiri tidak di uji....
insyaAllah itu sahaja untuk kali ini,semoga bermanfaat..
terima kasih atas kunjungan kalian..semoga ramadhan tahun ini yang terbaik..sentiasa kita semak mutaba'ah amalan kita sepanjang ramadhan ini...moga2 semua amalan dapat laksanakan,insyaAllah...
No comments:
Post a Comment