Saturday, August 4, 2012

hari ini 15 ramadhan

Bismilahirrahmanirrahim...
hari ini 15 ramadhan, ada satu tragedi telah berlaku pada tarikh ini satu ketika dahulu..
jom baca!

dipetik dari tragedi hitam 15 ramadhan


Mari bersama kita mengambil kesempatan untuk memperingati peristiwa  Tragedi Hitam 15 Ramadan yang berlaku 20 tahun (hijri) yang lalu di Masjid Ibrahimi, Khalil (Hebron), Palestin.
Penjenayah terkutuk yang bertanggung-jawab terhadap tragedi ini adalah seorang doktor Yahudi bernama Baruch Kopel Goldstein yang telah mendapat sokongan jitu daripada pihak tentera Zionis Israel.
Baruch Goldstein 2 Tragedi Hitam 15 Ramadhan....
Penjenayah Tragedi Hitam Masjid Ibrahimi (Hebron Massacre)
Goldstein telah dilahirkan oleh sebuah keluarga Yahudi Ortodox di Brooklyn, New York pada 9 Disember 1956. Beliau telah dibesarkan oleh ibu-bapanya dengan pendidikan agama Yahudi dengan memulakan pengajian sekolahnya di Sekolah Agama Yeshiva of Flatbush dan kemudiannya di Yeshiva University.
enstein college 300x199 Tragedi Hitam 15 Ramadhan....
Albert Enstein College of Medicine, New York City
Beliau menyambung pengajian perubatan di Albert Einstein College of Medicine, New York. Dia kemudiannya berkhidmat bersama Jewish Defence League (JDL), sebuah pertubuhan militan Yahudi yang diasaskan oleh kenalannya di zaman kanak-kanak iaitu Rabbi Meir Kahane.
Goldstein berhijrah ke Palestin yang dijajah(yang dikenali sebagi Israel) pada tahun 1983. Beliau berkhidmat sebagai seorang doktor dalam pasukan penjajah Israel Defence Force (IDF) sebagai anggota simpanan sebelum dinaikkan pangkat sebagai anggota tetap IDF.
IDF soldiers tallitot and weapons 300x225 Tragedi Hitam 15 Ramadhan....
Pasukan pengganas IDF
Goldstein bekerja sebagai doktor yang komited dengan agamanya dan tinggal di penempatan Israel yang bernama Kiryat Arba berhampiran dengan bandar al-Khalil (kini dipanggil Hebron) di mana beliau bekerja sebagai doktor di unit kecemasan. Beliau begitu komited dan telah terlibat dalam merawat mangsa keganasan Arab-Israel tetapi beliau menolak sebarang tugasan untuk merawat rakyat bangsa Arab (Palestin).
Tragedi Hitam 15 Ramadan 1414 H
hebron mosque 300x198 Tragedi Hitam 15 Ramadhan....
Masjid Ibrahimi dan Maqam Ibrahim. Lokasi istimewa untuk umat Islam, Yahudi dan Kristian..
Pada awal pagi Februari 25, 1994 (15 Ramadan 1414) bersempena dengan hari Purim (menurut agama Yahudi), Goldstein telah memasuki Masjid Ibrahimi di Bandar al-Khalil (Hebron) dengan memakai pakaian seragam tentera berserta pangkatnya. Beliau masuk ke dalam masjid Ibrahimi pada waktu subuh dengan gaya sebagai pegawai tentera yang sedang bertugas. Seramai kira-kira 500 orang jemaah sedang membuat persiapan subuh pada ketika itu.
masacre 254x300 Tragedi Hitam 15 Ramadhan....Bagai lakonan yang dirancang licik, beberapa orang tentera Israel yang tidak berpakaian seragam juga telah bersama beliau di dalam operasi ini dengan mengunci semua pintu-pintu masjid. Sepantas kilat, Goldstein kemudiannya melepaskan tembakan dengan membunuh seramai 29 orang jamaah yang sedang bersolat subuh dan telah mencederakan seramai 125 orang jamaah yang lain.
thumb 300x166 Tragedi Hitam 15 Ramadhan....
Darah yang bertompokan membasahi Masjid ibrahimi
Menurut pengawal masjid yang bernama Mohammad Suleiman Abu Saleh, dia bersama beberapa jamaah yang lain telah menangkap Goldstein yang kemudian bergelut untuk melepaskan diri tetapi telah dipukul sehingga mati oleh jamaah yang terselamat daripada tembakan awalnya.
Tragedi ini telah menyebabkan berlakunya beberapa rusuhan di beberapa tempat dan seramai 25 orang rakyat Palestin yang lain telah dibunuh oleh IDF pada minggu yang berikutnya dengan alasan untuk mengekalkan keamanan. Manakala seramai 5 orang Israel telah dibunuh oleh rakyat Palestin yang bangkit menentang kezaliman ini.
Kerajaan Israel kemudiannya telah mengenakan perintah berkurung selama dua minggu kepada 120,000 penduduk Palestin di Khalil (Hebron). Perdana Menteri Israel, Yitzhak Rabin telah menelefon pemimpin PLO, Yasser Arafat dan menyifatkan serangan itu sebagai jenayah dan perbuatan yang menjijikkan oleh seorang yang tidak siuman.
honor killer 300x286 Tragedi Hitam 15 Ramadhan....
Penghormatan terakhir kepada penjenayah
Namun tindakan tersebut hanyalah sebahagian daripada ribuan siri tipu muslihat mereka banyak. Malahan ramai di kalangan Yahudi Zionis yang beranggapan bahawa Goldstein adalah seorang wira mahu pun seorang ‘wali’ boleh kebanyakan mereka.
Baruch Goldstein tomb Tragedi Hitam 15 Ramadhan....
Dianggap sebagai Makam Pahlawan.
Di perkuburannya juga telah didirikan tanda peringatan yang menjadi tumpuan pelawat dari masa ke semasa sehingga ke hari ini.
Sejarah jenayah Zionis kepada umat islam terus berulang dari masa ke semasa. Adakah kita sekadar mahu menjadi pemerhati terhadap rentetan sejarah yang berliku ini?
Ramadan adalah bulan perjuangan.
Selamat berjuang….

*** yahudi sentiasa mempunyai agenda untuk menhancurkan umat islam, mereka tidak pernah berhenti untuk mengalahkan agama Allah..
bagaimana pula kita????

No comments: