Saturday, August 4, 2012

hari ini 15 ramadhan

Bismilahirrahmanirrahim...
hari ini 15 ramadhan, ada satu tragedi telah berlaku pada tarikh ini satu ketika dahulu..
jom baca!

dipetik dari tragedi hitam 15 ramadhan


Mari bersama kita mengambil kesempatan untuk memperingati peristiwa  Tragedi Hitam 15 Ramadan yang berlaku 20 tahun (hijri) yang lalu di Masjid Ibrahimi, Khalil (Hebron), Palestin.
Penjenayah terkutuk yang bertanggung-jawab terhadap tragedi ini adalah seorang doktor Yahudi bernama Baruch Kopel Goldstein yang telah mendapat sokongan jitu daripada pihak tentera Zionis Israel.
Baruch Goldstein 2 Tragedi Hitam 15 Ramadhan....
Penjenayah Tragedi Hitam Masjid Ibrahimi (Hebron Massacre)
Goldstein telah dilahirkan oleh sebuah keluarga Yahudi Ortodox di Brooklyn, New York pada 9 Disember 1956. Beliau telah dibesarkan oleh ibu-bapanya dengan pendidikan agama Yahudi dengan memulakan pengajian sekolahnya di Sekolah Agama Yeshiva of Flatbush dan kemudiannya di Yeshiva University.
enstein college 300x199 Tragedi Hitam 15 Ramadhan....
Albert Enstein College of Medicine, New York City
Beliau menyambung pengajian perubatan di Albert Einstein College of Medicine, New York. Dia kemudiannya berkhidmat bersama Jewish Defence League (JDL), sebuah pertubuhan militan Yahudi yang diasaskan oleh kenalannya di zaman kanak-kanak iaitu Rabbi Meir Kahane.
Goldstein berhijrah ke Palestin yang dijajah(yang dikenali sebagi Israel) pada tahun 1983. Beliau berkhidmat sebagai seorang doktor dalam pasukan penjajah Israel Defence Force (IDF) sebagai anggota simpanan sebelum dinaikkan pangkat sebagai anggota tetap IDF.
IDF soldiers tallitot and weapons 300x225 Tragedi Hitam 15 Ramadhan....
Pasukan pengganas IDF
Goldstein bekerja sebagai doktor yang komited dengan agamanya dan tinggal di penempatan Israel yang bernama Kiryat Arba berhampiran dengan bandar al-Khalil (kini dipanggil Hebron) di mana beliau bekerja sebagai doktor di unit kecemasan. Beliau begitu komited dan telah terlibat dalam merawat mangsa keganasan Arab-Israel tetapi beliau menolak sebarang tugasan untuk merawat rakyat bangsa Arab (Palestin).
Tragedi Hitam 15 Ramadan 1414 H
hebron mosque 300x198 Tragedi Hitam 15 Ramadhan....
Masjid Ibrahimi dan Maqam Ibrahim. Lokasi istimewa untuk umat Islam, Yahudi dan Kristian..
Pada awal pagi Februari 25, 1994 (15 Ramadan 1414) bersempena dengan hari Purim (menurut agama Yahudi), Goldstein telah memasuki Masjid Ibrahimi di Bandar al-Khalil (Hebron) dengan memakai pakaian seragam tentera berserta pangkatnya. Beliau masuk ke dalam masjid Ibrahimi pada waktu subuh dengan gaya sebagai pegawai tentera yang sedang bertugas. Seramai kira-kira 500 orang jemaah sedang membuat persiapan subuh pada ketika itu.
masacre 254x300 Tragedi Hitam 15 Ramadhan....Bagai lakonan yang dirancang licik, beberapa orang tentera Israel yang tidak berpakaian seragam juga telah bersama beliau di dalam operasi ini dengan mengunci semua pintu-pintu masjid. Sepantas kilat, Goldstein kemudiannya melepaskan tembakan dengan membunuh seramai 29 orang jamaah yang sedang bersolat subuh dan telah mencederakan seramai 125 orang jamaah yang lain.
thumb 300x166 Tragedi Hitam 15 Ramadhan....
Darah yang bertompokan membasahi Masjid ibrahimi
Menurut pengawal masjid yang bernama Mohammad Suleiman Abu Saleh, dia bersama beberapa jamaah yang lain telah menangkap Goldstein yang kemudian bergelut untuk melepaskan diri tetapi telah dipukul sehingga mati oleh jamaah yang terselamat daripada tembakan awalnya.
Tragedi ini telah menyebabkan berlakunya beberapa rusuhan di beberapa tempat dan seramai 25 orang rakyat Palestin yang lain telah dibunuh oleh IDF pada minggu yang berikutnya dengan alasan untuk mengekalkan keamanan. Manakala seramai 5 orang Israel telah dibunuh oleh rakyat Palestin yang bangkit menentang kezaliman ini.
Kerajaan Israel kemudiannya telah mengenakan perintah berkurung selama dua minggu kepada 120,000 penduduk Palestin di Khalil (Hebron). Perdana Menteri Israel, Yitzhak Rabin telah menelefon pemimpin PLO, Yasser Arafat dan menyifatkan serangan itu sebagai jenayah dan perbuatan yang menjijikkan oleh seorang yang tidak siuman.
honor killer 300x286 Tragedi Hitam 15 Ramadhan....
Penghormatan terakhir kepada penjenayah
Namun tindakan tersebut hanyalah sebahagian daripada ribuan siri tipu muslihat mereka banyak. Malahan ramai di kalangan Yahudi Zionis yang beranggapan bahawa Goldstein adalah seorang wira mahu pun seorang ‘wali’ boleh kebanyakan mereka.
Baruch Goldstein tomb Tragedi Hitam 15 Ramadhan....
Dianggap sebagai Makam Pahlawan.
Di perkuburannya juga telah didirikan tanda peringatan yang menjadi tumpuan pelawat dari masa ke semasa sehingga ke hari ini.
Sejarah jenayah Zionis kepada umat islam terus berulang dari masa ke semasa. Adakah kita sekadar mahu menjadi pemerhati terhadap rentetan sejarah yang berliku ini?
Ramadan adalah bulan perjuangan.
Selamat berjuang….

*** yahudi sentiasa mempunyai agenda untuk menhancurkan umat islam, mereka tidak pernah berhenti untuk mengalahkan agama Allah..
bagaimana pula kita????

Friday, August 3, 2012

ramadhan dan rohingya...

bismilahirrahmanirrahim....

alhamdulillah,segala puji hanya bagi Allah tuhan sekalian, selawat dan salam keatas rasulullah saw serta sahabat dan keluarga baginda...
marilah kita sentiasa menjadi hamba Allah yang sentiasa bersyukur dengan atas nikmat yang Allah kurniakan, janganlah kita menjadi golongan yang suka meminta-minta, mudah berkeluh resah dan tidak rasa cukup dengan apa yang ada..
nikmat Allah, kurniaan Allah tak pernah kurang..
sepertimana firman Allah:
"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya" (An-Nahl: 18)
masyaAllah banyaknya nikmat Allah...

salam ramadhan kareem buat teman-teman yang dikasihi sekalian,
alhmdulillah kita sudah menjangkau ke pertengahan ramadhan..setiap kali terawikh saya suka mendongak ke langit, meninggikan 'angle of elevation' saya dari permukaan bumi =)...melihat bulan yang beransur berubah ke bulat, menuju bulan pernama.lantas hati berkata, masyaAllah cantiknya Allah buat bulan..

terawikh saya tahun ni berubah tempat dari tahun lepas, masih lagi di bumi Allah limbang.cuma, tahun ini saya dan 'housemate' lebih suka untuk meimarahkan surau sekolah kami.pada masa yang sama dapat bersama pelajar-pelajar dan mendekati mereka,insyaAllah..mudah2an Allah beri kekuatan buat kami.

seusai terawikh beberapa hari yang lepas, saya sempat berbual ringkas dengan seorang ustzh sekolah.perbualan kami berkisar tentang apa yang berlaku dengan saudara kita yang ditindas tidak dibela, mereka ditindas oleh kuasa yang menganggap diri mereka hebat dan berkuasa,sedarlah.. tiada yang hebat dan berkuasa melainkan Allah swt. betapa kejamnya sikap manusia pada hari ini, ingatlah Allah pasti memberi balasan ke atas mereka yang berbuat jahat terhadap umat islam di atas bumi Allah ini..Allah tidak pernah memungkiri janji..

insyaAllah dikesempatan ini saya ingin kongsikan berita tentang saudara kita iaitu saudara muslim rohingya yang berhadapan dengan maut dalam ramadhan ini. artikel ini dipetik dari web haluan.

ARAKAN, MYANMAR, 14 Julai 2012 -- Rusuhan dan pembunuhan susulan di wilayah Arakan di Myanmar yang meletus sejak 3 Jun lalu masih berterusan. Agensi-agensi bantuan kemanusiaan memberi amaran akan berlakunya tragedi kemanusiaan sekiranya masyarakat dunia tidak menyekat tindakan pihak berkuasa Myanmar meminggir puluhan ribu mangsa keganasan iaitu etnik Rohingya daripada dunia luar.
Keadaan masyarakat Rohingya yang terperangkap di barat Myanmar itu dikelaskan oleh petugas-petugas kemanusiaan sebagai sebuah penjara terbuka. Semalam, Jumaat 13 Julai, seramai 10 petugas bantuan kemanusiaan termasuk lima orang petugas PBB ditangkap oleh pihak berkuasa Myanmar. Tindakan ini menyebabkan usaha bantuan kemanusiaan tidak dapat digerakkan walaupun mangsa-mangsa sedang berhadapan dengan krisis makanan dan kesihatan yang meruncing.
rohingya-02Masyarakat Rohingya berhadapan dengan kelaparan akibat sekatan darurat yang dikenakan ekoran rusuhan tersebut. Menurut wakil NGO Action Against Hunger, Tarik Kadir, mangsa-mangsa kini sedang berhadapan dengan masalah kesihatan dan malnutrisi. "Masalah malnutrisi sudahpun melanda. Kami jangka ia akan meningkat secara mendadak jika bantuan kemanusiaan tidak diberikan secara terus kepada mereka dengan bebas tanpa bertangguh lagi. Petugas-petugas kemanusiaan perlukan jaminan keselamatan," kata beliau. NGO tersebut terpaksa meninggalkan wilayah utara Arakan itu, di mana terdapat 800,000 Rohingya sedang berhadapan dengan masalah malnutrisi. Dengan kekurangan akses kepada rawatan perubatan, keadaan mereka akan bertambah buruk.
"Dengan musim hujan yang bakal tiba, dalam berhadapan dengan semua masalah ini (keadaan masyarakat Rohingya dan kekangan yang dihadapi oleh NGO), kita tidak perlu sebarang perkiraan, tunggulah ketibaan krisis kemanusiaan", sambung Tarik Kadir.
Timbalan Pengarah Human Rights Watch (HRW) bagi Asia, Elaine Pearson yang baharu pulang dari lawatan ke Arakan turut mendakwa berlakunya tangkapan beramai-ramai oleh pihak berkuasa Myanmar ke atas masyarakat Rohingya. "Polis, askar dan polis sempadan menembak dan membunuh Rohingya, manakala mereka yang ditangkap dipisahkan dari dunia luar," kata beliau sebagaimana dipetik oleh akhbar The Guardian UK.
Akhbar The Guardian UK turut melaporkan bahawa seorang penduduk di Maungdaw di utara Arakan melihat sekumpulan lelaki Rohinhya, termasuk kanak-kanak berumur 12 tahun didera di sebuah stesen polis. Setelah menjalani interogasi berkaitan serangan dan rusuhan di bandar tersebut, pihak polis menyerahkan mereka kepada pemuda-pemuda Arakan yang berada di stesen berkenaan. "Saya lihat pemuda-pemuda Arakan membakar kemaluan seorang tua menggunakan cerut (rokok) dan memukul pemuda Islam yang ditangkap itu dengan batang besi dan menjolok dubur mereka menggunakan batang kayu".
Sebuah lagi NGO, Arakan Project, mendakwa sekumpulan sami bertindak menyekat bantuan makanan daripada dibawa masuk ke kota Sittwe. Wakilnya, Chris Lewa berkata laporan kejadian serupa turut berlaku di tempat-tempat lain.  
Statistik sebenar tentang kemalangan manusia akibat tragedi ini sukar untuk dikumpul kerana pihak berkuasa Myanmar menghalang pemerhati luar daripada memasuki wilayan utara Arakan, tempat masyarakat Rohingya berteduh. "Kita bimbang tidakan ini adalah usaha untuk menyekat Rohingya daripada makanan dan menyebabkan kebuluran, seterusnya menyebabkan mereka berhijrah lari keluar," kata Lewa.
Bayangkanlah bagaimana masyarakat Rohingya berhadapan dengan tindakan zalim pihak pemerintah sejak tahun 1942 lagi. Ramadhan yang bakal menjelang disambut gembira oleh kita di Malaysia, namun mereka mungkin tidak sempat untuk memikirkan perkara lain selain menjaga survival akidah dan keluarga mereka. Yang pasti, kita sebagai seorang yang beriman tidak boleh berdiam diri. Sekurang-kurangnya hulurkanlah munajat dan doa ikhlas sepanjang Ramadhan, semoga Allah mengampunkan kealpaan kita dan memberi kedamaian kepada masyarakat Rohingya, saudara seakidah kita.
Sebarang derma dan sumbangan untuk membantu masyarakat Rohingya ini bolehlah disalurkan melalui:
"Tabung Kebajikan dan Kemanusiaan HALUAN" di Maybank bernombor 5622 6350 2611.
rohingya-03Walaupun ada pelarian Rohingya yang berjaya menyelamatkan keluarga ke negara jiran, mereka dihalang mendarat dan dipaksa beredar pulang.
rohingya-05Rumah-rumah masyarakat Rohingya dibakar dalam rusuhan.
rohingya-06Foto terbitan AFP ini menunjukkan kampung-kampung Rohingya yang dibakar oleh pelampau Arakan. Ramai Rohingya yang dibunuh, ditangkap, diperkosa dan tidak kurang yang melarikan diri ke sempadan Bangladesh.
rohingya-07Keadaan khemah pelarian Rohingya yang sangat dhoif dan tidak mempunyai infrastruktur asas mahupun saliran air. Penempatan ini tidak akan dapat bertahan apablia musim hujan tiba nanti.

--------------
Sumber disusun oleh Nizam Awang daripada Majlis Ulama Rohingya dan The Guardian UK.
mungkin ada yang tertanya siapakah muslim rohingya...insyaAllah, klik di link di bawah untuk maklumat lanjut
  1. siapa rohingya-ini langkahku
  2. pembunuhan etnik rohingya-mindaahad
  3. khutbah sentuh isu rohingya-malaysia harmoni
kita sentiasa ingt kan, setiap muslim itu bersaudara..
Dari Nu’man bin Basyir r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda:
Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal saling mencinta, saling mengasihi dan saling menyayang, bagaikan sebuah tubuh. Apabila salah satu anggota tubuh merasa sakit, maka seluruh tubuh merasa sakit, tidak dapat tidur dan terasa demam.”
Hadith riwayat Muslim.
sama-sama kita doa sepanjang ramadhan ini..moga nasib muslim rohingya di bela, dan ditingkatkan kesabaran dalam hati mereka menempuh ujian dariNya..
ujian Allah itu sentiasa ada, jangan sangka diri kita sendiri tidak di uji....
insyaAllah itu sahaja untuk kali ini,semoga bermanfaat..
terima kasih atas kunjungan kalian..semoga ramadhan tahun ini yang terbaik..sentiasa kita semak mutaba'ah amalan kita sepanjang ramadhan ini...moga2 semua amalan dapat laksanakan,insyaAllah...