Alhamdulillah, Allah telah megizinkan kita bertemu lagi dengan bulan yang penuh barakah, bulan ramadhan...bulan yang dinantikan oleh setiap sahabat rasulullah, para ulama', setiap muslim dan pastinya kita juga menantikan kedatangan ramadhan tahun ini...bulan yang menjadi sumber bekalan bagi setiap muslim yang menyedari hakikat istimewanya ramadhan.
masa pantas berlalu,10 ramadhan hampir berlalu..saya mengajak diri saya dan teman-teman yang dikasihi, jangan kita bazirkan masa yang berlalu..mungkin, bg adik-adik yang sedang bercuti dapat manfaatkan ramadhan kali ini semaksima mungkin. namun, bagi yang berkerja dan baru berkerja sperti saya, buat yang terbaik untuk ramadhan bukanlah halangan..sama-sama kita rasai ramdhan bukan bulan yang meletihkan,tapi bulan yang menguatkan hati dan juga fizikal kita..insyaAllah...
hari ini, saya cuba mencari serba sedikit tentang ramadhan..menambahkan lagi ilmu yang kurang...
insyaAllah,
teman-teman yang dikasihi, dikesempatan ini ingin saya kongsikan satu post yang di ambil dari ukhti yang dikasihi amnani akhili...
semoga bermanfaat untuk kalian, sepertimana saya...
RAMADHAN; JOM JADI JUTAWAN PAHALA !
Beberapa hari yang lalu, saya berpeluang menemubual seorang pensyarah
di Kolej Teknologi Darul Naim tentang Ramadhan untuk dimuatkan dalam
majalah Haluan. Beliau adalah Al-Fadhil Ustaz Mohd Noor Bin Awang Kecik,
yang sebelum ini telah lama berkhidmat sebagai pensyarah di UiTM Machang.
Berikut saya sertakan teks penuh temu ramah
bersama beliau. Semoga bermanfaat buat kita semua, InsyaAllah.
Bagaimana seharusnya sikap seorang mukmin sebelum dan selepas
Ramadhan?
Ramadhan?
Ramadhan begitu istimewa di hati setiap mukmin dengan segala fadilatnya.
Bukan saja
dalam Ramadhan tapi sebelum dan selepasnya. Umpamanya, di ambang
Ramadhan lagi kita perlu rasa gembira dan dan positif terhadap
kedatangannya. Apabila menemuinya kita perlu rasa berjaya.
Tetapi siapa yang fikir negative akan rasa letih dari awal lagi.
Sebelum Ramadhan lagi kita perlu rancang bagaimana mengisinya
dengan segala bentuk ketaatan kerana pada bulan ini amalan sunnah
akan memperoleh pahala fardhu.
Jadi selepas Ramadhan sepatutnya kita menjadi hamba yang jujur, ikhlas,
dan amanah.Ini kerana Ramadhan berbeza dengan ibadah lain yang kita
boleh lihat secara zahir pelaksanaannya. Tetapi ibadah puasa, kita tidak
boleh membezakan sama ada seseorang itu berpuasa atau tidak.
Hanya dia dan Allah sahaja yang tahu.

Jadi hasil tarbiyyah Ramadhan melatih ikhlas, jujur dan amanah. Terutama
dengan Allah, ibubapa, dan juga diri sendiri. Sepatutnya latihan intensif 30
hari sepanjang Ramadhan memberi impak. Lahir remaja berwajah baru,
bersikap baru kesan Madrasah Ramadhaniyyah yang sepatutnya memberi
perubahan dalam hidup. Hala tuju, survival dan matlamat hidup semuanya
menjadi jelas. Alangkah malangnya jika kita tergolong dalam
yang disabdakan oleh Rasulullah SAW: “Betapa ramai orang yang
berpuasatapi tidak mendapatkan apa-apa baginya kecuali rasa lapar.”
(HR An-Nasaie dan Ibnu Majah)
Bagaimana pula ketika Ramadhan? Apakah bekalan yang boleh kita
perolehi sepanjang Ramadhan?
perolehi sepanjang Ramadhan?
Pelbagai bekalan yang boleh kita dapati daripada Ramadhan,antaranya
bekalan Al-Quran.Di dalam Ramadhan remaja seharusnya semakin dekat
dengan Al-Quran dan mereka perlu melazimi tabiat hebat ini di bulan-bulan
lain. Mereka perlu benar-benar merasai hakikat Quran sebagai hudan
linnas (petunjuk bagi manusia).

Bekalan kedua ialah Siyaam (Puasa). Puasa adalah bekal yang
hebat. Rasulullah saw menggalakkan puasa 6 Syawal. Selain itu baginda
menganjurkan puasa Isnin khamis dan puasa hari-hari cerah (Yaum bayadh)
agar kita sentiasa cintakan amalan berpuasa dan bukan semata-mata di
bulan Ramadhan.
Bekalan seterusnya ialah Qiyamullail. Remaja harus
dilatih cintakan Qiyam.
Bukan apabila ada program qiyam jama’ie saja baru buat. Jika telah biasa
dilatih, akan jadi darah daging yang sebati dalam hidup. Kita harus jaga
qiyam ini kerana saat yang paling rapat antara kita dengan Allah adalah
ketika sujud.
Bekalan keempat adalah Infaq. Jangan menunggu masa tua atau beralasan
tidak kaya untuk tidak berinfak. Ini kerana Rasulullah tidak mensyaratkan kaya
itu sebagai syarat yang membolehkan berinfak. Rasulullah menggalakkan
semua orang walaupun tidak kaya. Sebab itu baginda menganjurkan infaq juga
walaupun dengan sebiji tamar, segelas air atau susu.

Di bulan Ramadhan, remaja harus berlumba-lumba menjadi jutawan
pahala dengan melakukan amalan-amalan ini sebanyaknya.
Jika dari segi infaq pula, tak semestinya infaq yang berbentuk material,
malah sepanjang Ramadhan juga kita telah dilatih gemar mendermakan
masa dan tenaga.
Jika dari segi infaq pula, tak semestinya infaq yang berbentuk material,
malah sepanjang Ramadhan juga kita telah dilatih gemar mendermakan
masa dan tenaga.
Tidak lokek membantu orang dan sebagainya. Selain itu remaja harus
menjadikan dirinya seorang yang sentiasa bermanfaat kepada Islam dan
ummah kerana Rasulullah bersabda Khayrunnaas anfa’ahunm linnaas.
Sebaik-baik manusia adalah mereka yang paling bermanfaat
kepada orang lain. Tidak guna jika seseorang itu menjadi seorang
Perdana Menteri sekalipun, jika kita

tidak dapat memberi manfaat kepada Islam.
Remaja perlu anggap pahala seperti duit. Dengan duit kita boleh mendapatkan
apa saja yang kita kehendaki. Begitu juga fungsi pahala. Di Akhirat kita
boleh dapat apa saja yang kita hajati. Justeru kita perlu transfer segala
yang kita miliki agar menjadi pahala. Contohnya laptop, motor, telefon bimbit,
semua itu boleh menjadi sumber pahala jika kita gunakan dengan sebaiknya.

Janganlah kita menggunakan segala yang dipunyai itu sebagai alat
membantu kita memaksiati Allah kerana itu bermakna kita sedang transfer
hal milik kita menjadi dosa.
membantu kita memaksiati Allah kerana itu bermakna kita sedang transfer
hal milik kita menjadi dosa.
Sebagaimana yang kita sering dengar, Ramadhan adalah bulan
perubahan. Tapi perubahan yang bagaimana yang kita harapkan?
perubahan. Tapi perubahan yang bagaimana yang kita harapkan?
Perubahan yang paling besar dan utama ialah mengikis kerosakan.
Sebagaimana kaedah yang digariskan para ulama’ ; Dar’ul Mafasid Awla
Min Jalbil Masolih. Membuang kerosakan itu lebih baik daripada menjana
kebaikan. Bererti kita wajar melakukan perubahan dengan mengikis buang
segala yang tidak baik dalam diri kita dari segi aqidah, akhlaq dan pemikiran.

Malangnya masyarakat kita hari ini sibuk beramal tapi dalam masa yang
sama tidak mahu menanggalkan maksiat daripada kehidupan mereka.
Padahal target kita selepas Ramadhan semua dosa terampun dan kita dapat
kembali kepada fitrah. Rugilah kita Allah beri kita sebulan jika kita tidak
merebut betul-betul peluang itu.
Sepatutnya proses tarbiyyah dan tazkiyyah sepanjang Ramadhan dapat
melahirkan kita semula sebagai seorang yang suci bersih sebagaimana
baru dilahirkan dalam keadaan fitrah. Beringatlah terhadap sabda Rasulullah
SAW : Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan
tetapi dosanya
tidak juga diampuni. (Diriwayatkan juga oleh Imam Bukhari)

Bagaimanakah kita ingin memastikan kesinambungan madrasah
Ramadhan apabila Ramadhan telah meninggalkan kita nanti?
Bagaimana untuk istiqomah kesungguhan beramal seperti
di bulan Ramadhan?
Allah jadikan manusia dengan matlamat ubudiyyah yakni perhambaan diri
setiap ketika pada Allah. Itulah yang dikatakan hamba rabbani.
Jika kita hanya suka beribadah di bulan ramadhan saja, jadilah
kita hamba ramadhan. Janganlah bersungguh di bulan ramadhan
saja kerana taklif ubudiah itu seharusnya berjalan setiap masa.
Cuma dalam bulan Ramadhan Allah tawarkan latihan yang lebih
intensif yang disertai tawaran-tawaran hebat.
Kita wajib beramal kerana Allah sahaja bukan kerana Ramadhan.Jadi
momentum untuk beramal harus sentiasa meningkat dari semasa ke semasa
tidak kira di bulan mana sekalipun.
Pesanan Ustaz kepada buat golongan remaja?
Golongan remaja sangat istimewa dan dapat perhatian serius Rasulullah.
Dalam banyak hadith Rasulullah khususkan dengan panggilan Ya
Ma’syaral Syabab. Ini merupakan satu panggilan penghormatan yang
menggambarkan baginda mengambil berat terhadap golongan muda
kerana mereka memiliki banyak potensi.
Baginda pernah bersabda: “Aku didokong oleh pemuda sedangkan
orang tua menolak dakwahku.” Begitu juga dalam Quran Allah
memuji generasi muda. “Sesungguhnya mereka adalah
pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan kami
tambahkan petunjuk kepada mereka.
(Al-Kahfi :13)
Remaja dan Ramadhan-harus ada pertalian rapat bukan semasa tua baru
ingin menghargai Ramadhan. Pada bulan Ramadhan seharusnya remaja
dibimbing dan diberi persediaan secukupnya untuk menghadapi
survival 11 bulan lagi dengan bekalan Ramadhan. Remaja cemerlang
adalah remaja bertaqwa.
Yakni mereka yang takut pada Allah sejak masih muda.
Dalam hal mengumpul bekalan akhirat tiada istilah tunggu masa tua.
Tanggapan sebegitu harus dibuang jauh-jauh. Persoalan taqwa dan melakukan
kerja-kerja Islam bukan untuk org tua, sebaliknya tugas org muda kerana
tenaga dan idea mereka masih banyak. Malah sebenarnya persediaan
awal itu mustahak. Persiapan di waktu muda itu penting untuk kegunaan
sehingga ke hari tua. Sebaik-baik bekalan di masa muda ialah Al-Quran,
bekalan iman dan bekalan Ramadhan kerana tujuan terakhir Ramadhan
itu ialah taqwa (La’allakum Tattaqun- Mudah-mudahan kamu bertaqwa).

Perjalanan masih jauh, justeru kita perlu menyiapkan bekal sebanyaknya.
Di pertengahan jalan terdapat banyak simpang siur. Sesiapa yang tidak
mempunyai bekalan tarbiyah dan jihad yang secukupnya pasti akan gugur
di tengah perjalanan. Menurut Syeikh Mustafa Masyhur- Al-Mutasaqitun
‘Ala Toriq Ad-Dakwah (Golongan Yang Gugur Di Sepanjang Jalan Dakwah),
antara bekal terbesar itu adalah Ramadhan.

Kedatangan Ramadhan seumpama pengembara yang musafir jauh di
padang pasir, tiba-tiba terjumpa taman yang redup, indah dan terdapat
bekalan air yang banyak. Jadi alangkah ruginya jika tidak ambil peluang
masuk ke taman itu dan melengkapkan diri dengan pelbagai bekalan yang
terbentang luas.

ayuh, teman-teman yang dikasihi...jgn berada dalam lamunan lagi...kita sekarang berada dalam bulan ramadhan..jgn biarkan ramadhan berlalu tanpa bekalan yang kita ambik darinya...ayuh tingkatkan amal,semoga diakhir nanti kita peroleh nilai taqwa di sisi Allah..inAllah..
***setiap tahun, apabila melalui dan mangakhiri ramadhan, saya sentiasa berfikir bertemu lagi kah saya dengan ramadhan, dengan siapa saya akan bersahur ,berbuka dan pergi terawikh nanti?..
tahun ni, walaupun dah bergelar isteri tapi masih belum berkesempatan bersahur dan berbuka dengan kekasih hati, hadiah dari Ilahi...
insyaAllah moga, Allah beri kesempatan nanti..
No comments:
Post a Comment