Saturday, August 20, 2011

palestine dan ramadhan

bismilahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah,segala puji hanya bagi Allah...


Apa khaba ye teman-teman yang dikasihi sekalian?
bagaimana dgn ramadhan kali ini?sudah pertengahan kita ni...20 yang pertama menuju ke pengakhiran..insyaAllah 10 terakhir akan datang juga..tapi, sebagai orang yang beriman dan bertauhidkan kepada Allah swt.bukan 10 terakhr yang kita nantikan, sepatutnya, awal ramadhan lagi kita cuba untuk memaksimakan amalan ibadah kita..teringat kat pck shaari ptg semalam, orang yang beriman menggunakan peluang ramadhan pada tahun ini, sejak awal ramadhan lagi..bukanya sampai 10 terakhir baru nak tingkatkan amalan...


alhamdulillah, pada hari selasa yng lepas, satu program ceramah telah diadakan di sekolah saya yang disampaikan oleh wakil aman palestine. ceramah disampaikan lebih kurang sejam lebih.walaupun ringkas, pada saya ianya cukup untuk mengingatkan pelajar tentang saudara seakidah yang berada disana, dan pastinya untuk peringatan diri saya juga...


tujuan ceramah ini diadakan adalah untuk mengutip derma kepada rakyat palestine, sepertimana yang kita sedia maklum, di bulan ramadhan kita digalakkan memberi sedekah dalam apa jua bentuk.memberi wang atau mungkin juga memberi makanan atau iftar untuk berbuka puasa.


alhamdulillah, walaupun dari pemerhatian saya pelajar asrama lelaki tidaklah semua yang hadir berbanding dengan pelajar perempuan.namun, saya harap sedikit sebanyak ianya dapat memberi kesan kepada yang hadir.semoga yang hadir dapat kongsikan apa yang mereka saksikan dalam paparan video kepada kawan mereka.



lagu palestine oleh gabungan kumpulan nasyeed malaysia....dengar dan lihat banyak kali, makin meninggi rasa benci kepada zionis



sama-samalah kita semua mendoakan saudara seagama, 
seakidah kita di sana..
masih ada lagi antara kita yang tak ambil tahu, 
dan tidak tahu apa yang terjadi di palestine...

teringat, pada satu hari, pelajar saya menegur tentang sticker yang saya tampal di kalkulator saya,sticker yang tertulis " palestine, we are with you" dan juga beberapa bendera palestine..

insyaAllah, itu sahaja untuk kali ini..terima kasih atas kunjungan teman-teman yang dikasihi...
ramadhan sudah menuju ke penghujungnya..
sama-sama kita tingkatkan semua amalan...
dan jgn lupa untuk menjadi pemburu lailatul qadar..

Sunday, August 7, 2011

tentang ramadhan....


tentang ramadhan....sumber, peribadi rasulullah

4 Kasih Sayang Allah SWT Zahirkan Pada Orang Mukmin 
Di Bulan Ramadhan

1-Allah SWT anugerahkan rasa rindu dan cinta pada bulan Ramadhan untuk orang mukmin yang terpilih.
2- Allah SWT mendekatkan orang mukmin yang berada jauh daripada Allah SWT diluar bulan Ramadhan.
3- Allah SWT  menunaikan permintaan orang yang melakukan perkara haram diluar bulan Ramadhan tetapi bertaubat di bulan Ramadhan.
4- Allah SWT menunjukkan jalan Taubat atau jalan kebaikkan kepada mereka yang melakukan kejahatan diluar bulan Ramadhan ( Dengan kehendak dan pilihan Allah SWT ).

5 Nikmat Khusus Untuk Umat Muhammad SAW Dalam Bulan Ramadhan
1- Pada malam pertama bulan Ramadhan Allah SWT akan menilik setiap wajah insan-insan yang berpuasa.
2- Mulut umat Nabi Muhammad SAW yang berpuasa akan berbau lebih wangi daripada Kasturi pada hari Kiamat nanti.
3- Umat Nabi Muhammad SAW yang berpuasa akan mendapat Doa Keampunan daripada Para mailaikat siang dan malam.
4- Allah SWT akan mengarah kepada Syurga agar bersiap dan berhias  dengan penuh keindahan  agar sedia menerima kedatangan umat Nabi Muhammad yang menunaikan puasa Ramadhan.
5- Pada malam terakhir Ramadhan Allah SWT bersedia mengampun segala dosa umat Nabi Muhammad yang berpuasa kecuali dosa-dosa yang berkaitan dengan manusia.
Suntingan daripada hadis dalam ceramah agama.
Hadis riwayat Abu Hurairah r.a. 
( Solusi . m/s : 27 ).


bekalan dari ramadhan

bismilahirrahanirrahim...


Alhamdulillah, Allah telah megizinkan kita bertemu lagi dengan bulan yang penuh barakah, bulan ramadhan...bulan yang dinantikan oleh setiap sahabat rasulullah, para ulama', setiap muslim dan pastinya kita juga menantikan kedatangan ramadhan tahun ini...bulan yang menjadi sumber bekalan bagi setiap muslim yang menyedari hakikat istimewanya ramadhan.


masa pantas berlalu,10 ramadhan hampir berlalu..saya mengajak diri saya dan teman-teman yang dikasihi, jangan kita bazirkan masa yang berlalu..mungkin, bg adik-adik yang sedang bercuti dapat manfaatkan ramadhan kali ini semaksima mungkin. namun, bagi yang berkerja dan baru berkerja sperti saya, buat yang terbaik untuk ramadhan bukanlah halangan..sama-sama kita rasai ramdhan bukan bulan yang meletihkan,tapi bulan yang menguatkan hati dan juga fizikal kita..insyaAllah...


hari ini, saya cuba mencari serba sedikit tentang ramadhan..menambahkan lagi ilmu yang kurang...
insyaAllah,
teman-teman yang dikasihi, dikesempatan ini ingin saya kongsikan satu post yang di ambil dari ukhti yang dikasihi amnani akhili...
semoga bermanfaat untuk kalian, sepertimana saya...


RAMADHAN; JOM JADI JUTAWAN PAHALA !

Beberapa hari yang lalu, saya berpeluang menemubual seorang pensyarah 
di Kolej Teknologi Darul Naim tentang Ramadhan untuk dimuatkan dalam 
majalah Haluan. Beliau adalah Al-Fadhil Ustaz Mohd Noor Bin Awang Kecik,
yang sebelum ini telah lama berkhidmat sebagai pensyarah di UiTM Machang. 
Berikut saya sertakan teks penuh temu ramah 
bersama beliau. Semoga bermanfaat buat kita semua, InsyaAllah.

Bagaimana seharusnya sikap seorang mukmin sebelum dan selepas 
Ramadhan?

Ramadhan begitu istimewa di hati setiap mukmin dengan segala fadilatnya.
 Bukan saja 
dalam Ramadhan tapi sebelum dan selepasnya. Umpamanya, di ambang 
Ramadhan lagi kita perlu rasa gembira dan dan positif terhadap 
kedatangannya. Apabila menemuinya kita perlu rasa berjaya. 
Tetapi siapa yang fikir negative akan rasa letih dari awal lagi.

Sebelum Ramadhan lagi kita perlu rancang bagaimana mengisinya 
dengan segala bentuk ketaatan kerana pada bulan ini amalan sunnah  
akan memperoleh pahala fardhu.

Jadi selepas Ramadhan sepatutnya kita menjadi hamba yang jujur, ikhlas, 
dan amanah.Ini kerana Ramadhan berbeza dengan ibadah lain yang kita 
boleh lihat secara zahir pelaksanaannya. Tetapi ibadah puasa, kita tidak 
boleh membezakan sama ada seseorang itu berpuasa atau tidak. 
Hanya dia dan Allah sahaja yang tahu.

Jadi hasil tarbiyyah Ramadhan melatih ikhlas, jujur dan amanah. Terutama 
dengan Allah, ibubapa, dan juga diri sendiri. Sepatutnya latihan intensif 30 
hari sepanjang Ramadhan memberi impak. Lahir remaja berwajah baru, 
bersikap baru kesan Madrasah Ramadhaniyyah yang sepatutnya memberi 
perubahan dalam hidup. Hala tuju, survival dan matlamat hidup semuanya 
menjadi jelas. Alangkah malangnya jika kita tergolong dalam 
yang disabdakan oleh Rasulullah SAW: “Betapa ramai orang yang 
berpuasatapi tidak mendapatkan apa-apa baginya kecuali rasa lapar.” 
(HR An-Nasaie dan Ibnu Majah)

Bagaimana pula ketika Ramadhan? Apakah bekalan yang boleh kita 
perolehi sepanjang Ramadhan?

Pelbagai bekalan yang boleh kita dapati daripada Ramadhan,antaranya 
bekalan Al-Quran.Di dalam Ramadhan remaja seharusnya semakin dekat 
dengan Al-Quran dan mereka perlu melazimi tabiat hebat ini di bulan-bulan 
lain. Mereka perlu benar-benar merasai hakikat Quran sebagai hudan 
linnas (petunjuk bagi manusia).

Bekalan kedua ialah Siyaam (Puasa). Puasa adalah bekal yang 
hebat. Rasulullah saw menggalakkan puasa 6 Syawal. Selain itu baginda 
menganjurkan puasa Isnin khamis dan puasa hari-hari cerah (Yaum bayadh) 
agar kita sentiasa cintakan amalan berpuasa dan bukan semata-mata di 
bulan Ramadhan.


Bekalan seterusnya ialah Qiyamullail. Remaja harus 
dilatih cintakan Qiyam.
Bukan apabila ada program qiyam jama’ie saja baru buat. Jika telah biasa 
dilatih, akan jadi darah daging yang sebati dalam hidup. Kita harus jaga 
qiyam ini kerana saat yang paling rapat antara kita dengan Allah  adalah 
ketika sujud.

Bekalan keempat adalah Infaq. Jangan menunggu masa tua atau beralasan 
tidak kaya untuk tidak berinfak. Ini kerana Rasulullah tidak mensyaratkan kaya 
itu sebagai syarat yang membolehkan berinfak. Rasulullah menggalakkan 
semua orang walaupun tidak kaya. Sebab itu baginda menganjurkan infaq juga 
walaupun dengan sebiji tamar, segelas air atau susu.

Di bulan Ramadhan, remaja harus berlumba-lumba menjadi jutawan 
pahala dengan melakukan amalan-amalan ini sebanyaknya
Jika dari segi infaq pula, tak semestinya infaq yang berbentuk material,
malah sepanjang Ramadhan juga kita telah dilatih gemar mendermakan 
masa dan tenaga. 

Tidak lokek membantu orang dan sebagainya. Selain itu remaja harus 
menjadikan dirinya seorang yang sentiasa bermanfaat kepada Islam dan 
ummah kerana Rasulullah bersabda Khayrunnaas anfa’ahunm linnaas. 
Sebaik-baik manusia adalah mereka yang paling bermanfaat 
kepada orang lain. Tidak guna jika seseorang itu menjadi seorang 
Perdana Menteri sekalipun, jika kita 
tidak dapat memberi manfaat kepada Islam.

Remaja perlu anggap pahala seperti duit. Dengan duit kita boleh mendapatkan 
apa saja yang kita kehendaki. Begitu juga fungsi pahala. Di Akhirat kita 
boleh dapat apa saja yang kita hajati. Justeru kita perlu transfer segala 
yang kita miliki agar menjadi pahala. Contohnya laptop, motor, telefon bimbit, 
semua itu boleh menjadi sumber pahala jika kita gunakan dengan sebaiknya.

Janganlah kita menggunakan segala yang dipunyai itu sebagai alat 
membantu kita memaksiati Allah kerana itu bermakna kita sedang transfer 
hal milik kita menjadi dosa.

Sebagaimana yang kita sering dengar, Ramadhan adalah bulan 
perubahan. Tapi perubahan yang bagaimana yang kita harapkan?

Perubahan yang paling besar dan utama ialah mengikis kerosakan. 
Sebagaimana kaedah yang digariskan para ulama’ Dar’ul Mafasid Awla 
Min Jalbil Masolih. Membuang kerosakan itu lebih baik daripada menjana 
kebaikan. Bererti kita wajar melakukan perubahan dengan mengikis buang 
segala yang tidak baik dalam diri kita dari segi aqidah, akhlaq dan pemikiran.

Malangnya masyarakat kita hari ini sibuk beramal tapi dalam masa yang 
sama tidak mahu menanggalkan maksiat daripada kehidupan mereka. 
Padahal target kita selepas Ramadhan semua dosa terampun dan kita dapat 
kembali kepada fitrah. Rugilah kita Allah beri kita sebulan jika kita tidak 
merebut betul-betul peluang itu.

Sepatutnya proses tarbiyyah dan tazkiyyah sepanjang Ramadhan dapat 
melahirkan kita semula sebagai seorang yang suci bersih sebagaimana 
baru dilahirkan dalam keadaan fitrahBeringatlah terhadap sabda Rasulullah 
SAW : Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan
tetapi dosanya 

tidak juga diampuni. (Diriwayatkan juga oleh Imam Bukhari)

Bagaimanakah kita ingin memastikan kesinambungan madrasah 
Ramadhan apabila Ramadhan telah meninggalkan kita nanti? 
Bagaimana untuk istiqomah kesungguhan beramal seperti 
di bulan Ramadhan?

Allah jadikan manusia dengan matlamat ubudiyyah yakni perhambaan diri 
setiap ketika pada Allah. Itulah  yang dikatakan hamba rabbani. 
Jika kita hanya suka beribadah di bulan ramadhan saja, jadilah 
kita hamba ramadhan. Janganlah bersungguh di bulan ramadhan
saja kerana taklif ubudiah itu seharusnya berjalan setiap masa. 
Cuma dalam bulan Ramadhan  Allah tawarkan latihan yang lebih 
intensif yang disertai tawaran-tawaran hebat. 

Kita wajib beramal kerana Allah sahaja bukan kerana Ramadhan.Jadi 
momentum untuk beramal harus sentiasa meningkat dari semasa ke semasa 
tidak kira di bulan mana sekalipun.

Pesanan Ustaz kepada buat golongan remaja?

Golongan remaja sangat istimewa dan dapat perhatian serius Rasulullah. 
Dalam banyak hadith Rasulullah khususkan dengan panggilan Ya 
Ma’syaral Syabab. Ini merupakan satu panggilan penghormatan yang 
menggambarkan baginda mengambil berat terhadap golongan muda 
kerana mereka memiliki banyak potensi. 

Baginda pernah bersabda: “Aku didokong oleh pemuda sedangkan 
orang tua menolak dakwahku.” Begitu juga dalam Quran Allah 
memuji generasi muda“Sesungguhnya mereka adalah 
pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan kami 
tambahkan petunjuk kepada mereka. 
(Al-Kahfi :13)


Remaja dan Ramadhan-harus ada pertalian rapat bukan semasa tua baru 
ingin menghargai Ramadhan. Pada bulan Ramadhan seharusnya remaja 
dibimbing dan diberi persediaan secukupnya untuk menghadapi 
survival 11 bulan lagi dengan bekalan Ramadhan. Remaja cemerlang 
adalah remaja bertaqwa. 

Yakni mereka yang takut pada Allah sejak masih muda.

Dalam hal mengumpul bekalan akhirat tiada istilah tunggu masa tua. 
Tanggapan sebegitu harus dibuang jauh-jauh. Persoalan taqwa dan melakukan 
kerja-kerja Islam bukan untuk org tua, sebaliknya tugas org muda kerana 
tenaga dan idea mereka masih banyak. Malah sebenarnya persediaan 
awal itu mustahak. Persiapan di waktu muda itu penting untuk kegunaan 
sehingga ke hari tua. Sebaik-baik bekalan di masa muda ialah Al-Quran, 
bekalan iman dan bekalan Ramadhan kerana tujuan terakhir Ramadhan 
itu ialah taqwa (La’allakum Tattaqun- Mudah-mudahan kamu bertaqwa).

Perjalanan masih jauh, justeru kita perlu menyiapkan bekal sebanyaknya. 
Di pertengahan jalan terdapat banyak simpang siur. Sesiapa yang tidak 
mempunyai bekalan tarbiyah dan jihad yang secukupnya pasti akan gugur 
di tengah perjalanan. Menurut Syeikh Mustafa Masyhur- Al-Mutasaqitun 
‘Ala Toriq Ad-Dakwah (Golongan Yang Gugur Di Sepanjang Jalan Dakwah), 
antara bekal terbesar itu adalah Ramadhan.

Kedatangan Ramadhan seumpama pengembara yang musafir jauh di 
padang pasir, tiba-tiba terjumpa taman yang redup, indah dan terdapat 
bekalan air yang banyak. Jadi alangkah ruginya jika tidak ambil peluang 
masuk ke taman itu dan melengkapkan diri dengan pelbagai bekalan yang 
terbentang luas.



ayuh, teman-teman yang dikasihi...jgn berada dalam lamunan lagi...kita sekarang berada dalam bulan ramadhan..jgn biarkan ramadhan berlalu tanpa bekalan yang kita ambik darinya...ayuh tingkatkan amal,semoga diakhir nanti kita peroleh nilai taqwa di sisi Allah..inAllah..


***setiap tahun, apabila melalui dan mangakhiri ramadhan, saya sentiasa berfikir bertemu lagi kah saya dengan ramadhan, dengan siapa saya akan bersahur ,berbuka dan pergi terawikh nanti?..
tahun ni, walaupun dah bergelar isteri tapi masih belum berkesempatan bersahur dan berbuka dengan kekasih hati, hadiah dari Ilahi...
insyaAllah moga, Allah beri kesempatan nanti..