bismilahirrahmanirrahim...
saya ingin kongsiakan satu kisah yang saya dengar dari 'roomate saya' dah lama sebenarnya saya simpan kisah ini untuk dikongsikan di sini...
kisah ini berlaku pada orang yang saya kenal, saya namakan A. tapi, kami tidaklah rapat.kenal nama,kenal orangnya...ada jugalah bercakap, cuma kami tidaklah rapat sangat sebabnya tak sama kos pengajian.dia, sama kos dengan 'roomate' saya, kejuruteraan awam.
dari cerita 'roomate saya', A telah berkahwin dengan rakan sekelas mereka U.Alhamdulillah, dah jodohkan tak kemana.majlis perkahwinan bagi pihak perempuan telah diadakan pada bulan 4, pihak lelaki pula pada bulan 6.mereka adalah pasangan yang bahagia, walaupun tinggal berjauhan sorang di Melaka, sorang lagi di Johor. setiap hujung minggu mereka akan berjumpa.
pada hari jumaat beberapa minggu yang lepas. U, iaitu si suami telah berasa tidak sihat sewaktu berkerja di 'site' dan telah diberi kebenaran oleh ketuanya untuk berehat. sewaktu berehat, U telah tertidur dan berdengkur dengan agak kuat. kawan U ingin mengejutkannya, namun Allah maha berkuasa. sewaktu kawan U ingin kejutkannya dari tidur. U sudah tidak bernafas lagi dan meninggal dalam tidur. saya dengar kisah ini,memang rasa sangat terkejut.memandangkan usia perkahwinan mereka yang baru sahaja berapa bulan. tambahan lagi, A baru sahaja mengandung 2 bulan. ya Allah, moga kau tabahkan hati A...hebat betul ujian Allah untuk A..disaat A mengandung dan memerlukan suamnyai, Allah ambilnya.
bila fikirkan balik apa yang terjadi pada A dan U.memang saya rasa simpati, tambahan pula ucapan takziah untuk keluarga U memenuhi 'wall' facebooknya.semua orang sayangkan dia.tapi, Allah lagi sayangkanya.
Allah dah berfirman dalam surah Al-Baqarah. apa yang kita suka, tak semestinya baik untuk kita, dan apa yang kita tak suka tak semestinya tidak baik untuk kita.hanya Allah yang megetahui..
bila fikirkan pasal PJJ, perkahwinan jarak jauh.bukan sekadar fikir, tetapi melaluinya. tawakkal dan redha Allah sahaja yang diharapkan.sepertimana yang saya sedang lalu sekarang..moga Allah pelihara dari kesedihan dan kegelisahan. moga jarak yang terbina ini,menguatkan lagi rasa kasih dan sayang antara kami..
PJJ di kalangan suami isteri bukan lagi perkara luar biasa pada hari ini.lebih-lebih lagi di kalangan guru, kerana bukan senang nak minta pindah dari satu sekolah ke satu sekolah.hal ini, sedang di lalui oleh 'housemate' saya nik zakiah. moga Allah terus tabahkan hati nik dan suami, semoga baby yang bakal lahir akan jadi setabah mama dan papanya...insyaAllah.
semoga kita sentiasa berlapang dada dengan apa yang Allah susunkan untuk kita..
insyaAllah, Allah takkan dan tidak pernah menzalimi hamba-hambanya selagi kita tidak melakukan apa yang Allah murka...
No comments:
Post a Comment