Thursday, July 7, 2011

jom siapkan diri sambut ramadhan

insyaAllah, esok hari khamis. bolehlah kita sama-sama puasa sunat dan juga sebagai persiapan untuk menerima ramadhan yang hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi..


sejak akhir-akhir ini, ramai juga cikgu di sekolah sudah mula puasa sunat tak kurang juga yang puasa ganti.maklumlah ada yang bersalin di bulan ramdhan, dengan automatiknya perlulah ganti puasa selama sebulan.satu tempoh yang lama juga tu.mak saya juga pernah kena ganti puasa selama sebulan, kerana melahirkan saya. cabarn juga ye, puasa ganti disaat orang lain tidak berpuasa...


inyaAllah, di kesempatan yang ada ini saya ingin kongsikan satu post dari haluan kelantan oleh: Ustaz Ali Irfan Jamaluddin (Pengerusi HALUANSiswa Kelantan) . di kesempatan ini, saya ingin mengajak teman-teman yang di kasihi mempersiapkan diri untuk menyambut kedatangan ramadhan agar ramadhan kali    ini lebih bermakna dalam erti kata lain lebih baik daripada tahun lepas, insyaAllah..



“ Sedar atau tidak, beberapa minggu lagi kita akan memasuki bulan Ramadhan”
“ Jadi, kita perlu rancang dan bersiap sedia untuk memasuki bulan Ramadhan,”
“ Jadilah kita insan-insan yang ingin dan hajatkan amalan soleh yang terbaik di sepanjang bulan Ramadhan,”
 
Ramadhan, ia telah memberikan banyak kesan, pengaruh dan sentuhan kepada saya. Banyak peristiwa-peristiwa turning point yang terjadi kepada saya di bulan-bulan Ramadhan. Lantas itu, setiap kali bulan Ramadhan akan tiba – saya terasa akan sesuatu yang istimewa.
 
Kita bersiapkan diri untuk mengejar ganjaran atau trofi di dalam bulan Ramadhan itu, trofi taqwa. Ganjaran, hadiah dan pemberian Allah SWT kepada yang benar-benar fokus amalan di bulan ini.
 
“ Kita start dengan warming up menuju Ramadhan!,”
 
Saya kongsikan warming up menuju Ramadhan yang saya ambil berdasarkan panduan para ulama dan tips-tips oleh kitab-kitab tulisan para ilmuan Islam sebagai rujukan bersama.
 
• Lakukan pembacaan buku daripada kitab-kitab, buku-buku dan artikel-artikel berkaitan dengan Ramadhan. Salah satunya buku, yang ditulis oleh Prof Dr Yusof al-Qardawi – Ibadah dalam Islam. Sebenarnya terdapat banyak buku-buku yang menulis, membincangkan dan membahaskan berkaitan ibadah puasa dan Ramadhan. Saat ini, kedai-kedai buku banyak mempromosikan buku-buku yang berkualiti berkaitan perkara ini.
 
• Lakukan warming-up dengan berpuasa setiap Isnin dan Khamis. Ia adalah latihan yang akan memberikan kesan yang mendalam kepada jiwa dan hati kita. Bagi, mereka-mereka yang perlu menggantikan puasa yang perlu diganti – amat sesuailah menyelesaikannya dengan segera dan terancang. InsyaAllah.
 
• Latihan dan intensif tidur awal dan membiasakan diri untuk bangun awal. Anggap seperti seolah-olah kita sudah berada di bulan Ramadhan. Minda, hati dan fizikal disettkan kea rah itu. Biasakan diri di awal pagi dengan amalan seperti solat sunat, berzikir dan membaca Al-Quran.
 
• Mulakanlah membaca Al-Quran setiap hari dengan penuh tadabur, khusyuk dan terancang. Tambahkan jumlah ayat yang dibaca dari satu hari ke satu hari. Mudahan-mudahan kita menjadi insan yang menghidupkan Al-Quran dalam kehidupan sehingga menjadi kebiasaan.
 
• Luangkan masa mendengar lantunan bacaan Al-Quran daripada pasangan anda, qari-qari yang terkenal dan kaset-kaset radio. Boleh juga memasang MP3 Al-Quran di kereta atau laptop di celah-celah waktu yang terluang. InsyaAllah, rasailah perbezaan dalam kehidupan anda.
 
• Biasakan diri untuk sentiasa memelihara wudhuk. Berwudhuk menyebabkan kita sentiasa berada di dalam keadaan suci, bersih dan jernih. Bulan Ramadhan adalah bulan yang bersih dan ia sendiri membersihkan diri kita daripada dosa dan maksiat.
 
• Dekati, hampiri dan bergaul dengan orang-orang yang alim, warak dan soleh. Saat ini, kita perlu mengutip sebanyak mungkin mutiara, hikmah, ilmu dan pengetahuan yang berguna daripada mereka terutamanya berkaitan dengan ibadah puasa dan Ramadhan itu sendiri.
 
• Setiap malam sebelum tidur, bermuhasabahlah diri kita. Mohonlah keampunan, kerahmatan dan keredhaan daripada Allah SWT. Bersungguh-sungguh mengamati diri sendiri dan pintalah kekuatan agar dikekalkan dalam kebaikan sehingga dapat bertemu dengan Ramadhan yang penuh barakah.
 
• Perbanyakanlah mendirikan solat sunat setiap hari, terutamanya di saat sepertiga malam. Luangkanlah masa untuk solat sunat seperti solat sunat Rawatib, Dhuha, Taubat, Hajat dan Tahajud.
 
• Dalam sehari, berikanlah masa untuk bersendirian untuk berzikir kepada Allah SWT. Masa-masa sebegini sangat penting untuk mendekatkan jiwa dan menghampirkan diri kita kepada Allah SWT.
 
• Mulakanlah amalan bersedekah, sedikit demi sedikit. Kita rancang kewangan kita untuk bersedekah. Bahagi-bahagikan kewangan kita untuk fakir miskin, pembangunan institusi-institusi pendidikan, pembinaan masjid, belanja kawan berbuka puasa dan sebagainya. Ia adalah pelaburan yang sangat menguntungkan.
 
• Bantulah orang lain yang sangat-sangat memerlukan sama ada dalam bentuk keilmuan, bantuan kewangan, pertolongan kudrat dan kemahiran yang kita miliki. Ia akan melatih sifat pemurah dan jiwa yang luhur.
 
• Luangkan masa bersama ahli keluarga, rakan dan sesiapa sahaja disekitar anda dan berbincangkanlah tentang Ramadhan yang bakal tiba, persediaan, harapan, perlaksanaan dan sebagainya. Moga-moga ia akan memberikan tiupan semangat untuk meraih trofi Ramadhan yang sangat berharga.
 
• Bagi yang berkemampuan untuk mengerjakan umrah, maka rancanglah ia dengan sebaiknya. Tiada kenikmatan yang lebih indah daripada beribadah dengan penuh keikhlasan, kejujuran dan keasyikan di Tanah Suci Mekah.
 
• Hebah-hebahkan, war-warkan dan maklumkan tentang ketibaan Ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi kepada kenalan, sahabat handai dan sesiapa sahaja melalui SMS, emel, FB, twitter dan blog-blog anda. Sebagai peringatan untuk kita lakukan yang terbaik untuk Ramadhan.
 
Marilah sama-sama kita mengejar trofi Ramadhan dan juga medal atau piala taqwa. Natijah bagi orang-orang yang beriman, bersungguh-sungguh dan tekun dalam ibadah Ramadhan.
 
Harapan saya, persiapan Ramadhan kali ini akan memberikan lembaran baru dan sinar kejayaan kepada kita untuk merasai sesuatu yang luar biasa setelah berada di dalam Bulan Ramadhan. Itulah hajat, cita-cita dan keinginan saya.
 
Fokus saya ialah :
 
“Ingin menjadikan Ramadhan tahun ini lebih baik daripada tahun lepas.”
“ Ramadhan yang terbaik dalam hidup.”
 
InsyaAllah.
 
Jom, kita start warming-up sekarang.
 
Artikel penuh boleh layari website Langitilahi.Com. – Warming up mengejar piala taqwa!

sebelum mengakhiri post kali ini, 
sama-sama kita koreksi diri kita, renung kembali ramadhan yang lepas...
adakah semua amalan-amalan sunat sepanjang ramadhan dapat kita laksanakan?
dapat kah kita hidupkan 10 malam terakhir?

jika tidak,semoga Allah memberi kita peluang dan umur yang panjang,dapat berjumpa 
ramadhan pada tahun ini..insyaAllah..



1 comment:

sucimurni said...

terima kasih tentang peringatan ini..sangat berguna :)