Saturday, July 23, 2011

jaulah dan ziarah ke brunei

Alhamdulillah, dengan izin Allah saya dan ahli-ahli usrah berkesempatan jaulah dan ziarah ke brunei. kami 7 orang semuanya, yang paling seronoknya cg Aini, tak sampai lagi sebulan sampai limbang dah g jalan brunei.


di sini saya sertakan gamba kami di sana...
brunei darul salam, sebuah negara islam..


sign board ke brunei dari imegresen kuala lurah


masjid di brunei, masjid umah ali namanya..kalau xsilap




gambar masjid dari bangunan yayasan Sultan Hassanal Bolkiah




di brunei bahasa melayu dan tulisan jawi  digunakan..




jame' asr..sangat cantik dan mewah..luar dan dalam..




sampai sahaja kami di jame' asr, kami disambut dengan hujan..




cikgu-cikgu semenanjung yang berkhidmat di limbang...

memang tak puas kami ambil gambar di sini..




air panjut yang menghias didepan masjid...




perhatikan bahasa yang digunakan..tuan patik..kalau di Malaysia tuanku..

alhamdulillah, jaulah kami kesana bukan sahaja mengisi masa malah lebih lagi..dapat ziarah pck syaari dan mck ni, hati juga terisi.pck dan mck memberi layanan yang istimewa untuk kami,moga Allah sahaja yang membalasnya...

teringat lagi kata pck, kita mesti rasa izzah dengan islam..rasa hebat dengan islam, walau kemana sahaja kita pergi..

bagi saya, rasa syukur yang amat sangat kerana Allah permudahkan jaulah kami.pada mulanya, nk bawa 2 orang sahaja. tapi, 'last minute' tambah lagi 5 orang..alhamdlh..moga Allah merahmati jaulah kami dan ukhwah kami.semoga jaulah ini bukan kali pertama dan terakhir..insyaAllah.

*teringt pula jaulah dengan bait 303...sentiasa merindui kalian,moga Allah lindungi kalian dengan rahmatNya..

Thursday, July 21, 2011

rasailah hikmah di sebalik susunan Allah...

bismilahirrahmanirrahim...

saya ingin kongsiakan satu kisah yang saya dengar dari 'roomate saya' dah lama sebenarnya saya simpan kisah ini untuk dikongsikan di sini...

kisah ini berlaku pada orang yang saya kenal, saya namakan A. tapi, kami tidaklah rapat.kenal nama,kenal orangnya...ada jugalah bercakap, cuma kami tidaklah rapat sangat sebabnya tak sama kos pengajian.dia, sama kos dengan 'roomate' saya, kejuruteraan awam.

dari cerita 'roomate saya', A telah berkahwin dengan rakan sekelas mereka U.Alhamdulillah, dah jodohkan tak kemana.majlis perkahwinan bagi pihak perempuan telah diadakan pada bulan 4, pihak lelaki pula pada bulan 6.mereka adalah pasangan yang bahagia, walaupun tinggal berjauhan sorang di Melaka, sorang lagi di Johor. setiap hujung minggu mereka akan berjumpa.

pada hari jumaat beberapa minggu yang lepas. U, iaitu si suami telah berasa tidak sihat sewaktu berkerja di 'site' dan telah diberi kebenaran oleh ketuanya untuk berehat. sewaktu berehat, U telah tertidur dan berdengkur dengan agak kuat. kawan U ingin mengejutkannya, namun Allah maha berkuasa. sewaktu kawan U ingin kejutkannya dari tidur. U sudah tidak bernafas lagi dan meninggal dalam tidur. saya dengar kisah ini,memang rasa sangat terkejut.memandangkan usia perkahwinan mereka yang baru sahaja berapa bulan. tambahan lagi, A baru sahaja mengandung 2 bulan. ya Allah, moga kau tabahkan hati A...hebat betul ujian Allah untuk A..disaat A mengandung dan memerlukan suamnyai, Allah ambilnya.



bila fikirkan balik apa yang terjadi pada A dan U.memang saya rasa simpati, tambahan pula ucapan takziah untuk keluarga U memenuhi 'wall' facebooknya.semua orang sayangkan dia.tapi, Allah lagi sayangkanya.

Allah dah berfirman dalam surah Al-Baqarah. apa yang kita suka, tak semestinya baik untuk kita, dan apa yang kita tak suka tak semestinya tidak baik untuk kita.hanya Allah yang megetahui..


bila fikirkan pasal PJJ, perkahwinan jarak jauh.bukan sekadar fikir, tetapi melaluinya. tawakkal dan redha Allah sahaja yang diharapkan.sepertimana yang saya sedang lalu sekarang..moga Allah pelihara dari kesedihan dan kegelisahan. moga jarak yang terbina ini,menguatkan lagi rasa kasih dan sayang antara kami..

PJJ di kalangan suami isteri bukan lagi perkara luar biasa pada hari ini.lebih-lebih lagi di kalangan guru, kerana bukan senang nak minta pindah dari satu sekolah ke satu sekolah.hal ini, sedang di lalui oleh 'housemate' saya nik zakiah. moga Allah terus tabahkan hati nik dan suami, semoga baby yang bakal  lahir akan jadi setabah mama dan papanya...insyaAllah.

semoga kita sentiasa berlapang dada dengan apa yang Allah susunkan untuk kita..
insyaAllah, Allah takkan dan tidak pernah menzalimi hamba-hambanya selagi kita tidak melakukan apa yang Allah murka...

Thursday, July 7, 2011

jom siapkan diri sambut ramadhan

insyaAllah, esok hari khamis. bolehlah kita sama-sama puasa sunat dan juga sebagai persiapan untuk menerima ramadhan yang hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi..


sejak akhir-akhir ini, ramai juga cikgu di sekolah sudah mula puasa sunat tak kurang juga yang puasa ganti.maklumlah ada yang bersalin di bulan ramdhan, dengan automatiknya perlulah ganti puasa selama sebulan.satu tempoh yang lama juga tu.mak saya juga pernah kena ganti puasa selama sebulan, kerana melahirkan saya. cabarn juga ye, puasa ganti disaat orang lain tidak berpuasa...


inyaAllah, di kesempatan yang ada ini saya ingin kongsikan satu post dari haluan kelantan oleh: Ustaz Ali Irfan Jamaluddin (Pengerusi HALUANSiswa Kelantan) . di kesempatan ini, saya ingin mengajak teman-teman yang di kasihi mempersiapkan diri untuk menyambut kedatangan ramadhan agar ramadhan kali    ini lebih bermakna dalam erti kata lain lebih baik daripada tahun lepas, insyaAllah..



“ Sedar atau tidak, beberapa minggu lagi kita akan memasuki bulan Ramadhan”
“ Jadi, kita perlu rancang dan bersiap sedia untuk memasuki bulan Ramadhan,”
“ Jadilah kita insan-insan yang ingin dan hajatkan amalan soleh yang terbaik di sepanjang bulan Ramadhan,”
 
Ramadhan, ia telah memberikan banyak kesan, pengaruh dan sentuhan kepada saya. Banyak peristiwa-peristiwa turning point yang terjadi kepada saya di bulan-bulan Ramadhan. Lantas itu, setiap kali bulan Ramadhan akan tiba – saya terasa akan sesuatu yang istimewa.
 
Kita bersiapkan diri untuk mengejar ganjaran atau trofi di dalam bulan Ramadhan itu, trofi taqwa. Ganjaran, hadiah dan pemberian Allah SWT kepada yang benar-benar fokus amalan di bulan ini.
 
“ Kita start dengan warming up menuju Ramadhan!,”
 
Saya kongsikan warming up menuju Ramadhan yang saya ambil berdasarkan panduan para ulama dan tips-tips oleh kitab-kitab tulisan para ilmuan Islam sebagai rujukan bersama.
 
• Lakukan pembacaan buku daripada kitab-kitab, buku-buku dan artikel-artikel berkaitan dengan Ramadhan. Salah satunya buku, yang ditulis oleh Prof Dr Yusof al-Qardawi – Ibadah dalam Islam. Sebenarnya terdapat banyak buku-buku yang menulis, membincangkan dan membahaskan berkaitan ibadah puasa dan Ramadhan. Saat ini, kedai-kedai buku banyak mempromosikan buku-buku yang berkualiti berkaitan perkara ini.
 
• Lakukan warming-up dengan berpuasa setiap Isnin dan Khamis. Ia adalah latihan yang akan memberikan kesan yang mendalam kepada jiwa dan hati kita. Bagi, mereka-mereka yang perlu menggantikan puasa yang perlu diganti – amat sesuailah menyelesaikannya dengan segera dan terancang. InsyaAllah.
 
• Latihan dan intensif tidur awal dan membiasakan diri untuk bangun awal. Anggap seperti seolah-olah kita sudah berada di bulan Ramadhan. Minda, hati dan fizikal disettkan kea rah itu. Biasakan diri di awal pagi dengan amalan seperti solat sunat, berzikir dan membaca Al-Quran.
 
• Mulakanlah membaca Al-Quran setiap hari dengan penuh tadabur, khusyuk dan terancang. Tambahkan jumlah ayat yang dibaca dari satu hari ke satu hari. Mudahan-mudahan kita menjadi insan yang menghidupkan Al-Quran dalam kehidupan sehingga menjadi kebiasaan.
 
• Luangkan masa mendengar lantunan bacaan Al-Quran daripada pasangan anda, qari-qari yang terkenal dan kaset-kaset radio. Boleh juga memasang MP3 Al-Quran di kereta atau laptop di celah-celah waktu yang terluang. InsyaAllah, rasailah perbezaan dalam kehidupan anda.
 
• Biasakan diri untuk sentiasa memelihara wudhuk. Berwudhuk menyebabkan kita sentiasa berada di dalam keadaan suci, bersih dan jernih. Bulan Ramadhan adalah bulan yang bersih dan ia sendiri membersihkan diri kita daripada dosa dan maksiat.
 
• Dekati, hampiri dan bergaul dengan orang-orang yang alim, warak dan soleh. Saat ini, kita perlu mengutip sebanyak mungkin mutiara, hikmah, ilmu dan pengetahuan yang berguna daripada mereka terutamanya berkaitan dengan ibadah puasa dan Ramadhan itu sendiri.
 
• Setiap malam sebelum tidur, bermuhasabahlah diri kita. Mohonlah keampunan, kerahmatan dan keredhaan daripada Allah SWT. Bersungguh-sungguh mengamati diri sendiri dan pintalah kekuatan agar dikekalkan dalam kebaikan sehingga dapat bertemu dengan Ramadhan yang penuh barakah.
 
• Perbanyakanlah mendirikan solat sunat setiap hari, terutamanya di saat sepertiga malam. Luangkanlah masa untuk solat sunat seperti solat sunat Rawatib, Dhuha, Taubat, Hajat dan Tahajud.
 
• Dalam sehari, berikanlah masa untuk bersendirian untuk berzikir kepada Allah SWT. Masa-masa sebegini sangat penting untuk mendekatkan jiwa dan menghampirkan diri kita kepada Allah SWT.
 
• Mulakanlah amalan bersedekah, sedikit demi sedikit. Kita rancang kewangan kita untuk bersedekah. Bahagi-bahagikan kewangan kita untuk fakir miskin, pembangunan institusi-institusi pendidikan, pembinaan masjid, belanja kawan berbuka puasa dan sebagainya. Ia adalah pelaburan yang sangat menguntungkan.
 
• Bantulah orang lain yang sangat-sangat memerlukan sama ada dalam bentuk keilmuan, bantuan kewangan, pertolongan kudrat dan kemahiran yang kita miliki. Ia akan melatih sifat pemurah dan jiwa yang luhur.
 
• Luangkan masa bersama ahli keluarga, rakan dan sesiapa sahaja disekitar anda dan berbincangkanlah tentang Ramadhan yang bakal tiba, persediaan, harapan, perlaksanaan dan sebagainya. Moga-moga ia akan memberikan tiupan semangat untuk meraih trofi Ramadhan yang sangat berharga.
 
• Bagi yang berkemampuan untuk mengerjakan umrah, maka rancanglah ia dengan sebaiknya. Tiada kenikmatan yang lebih indah daripada beribadah dengan penuh keikhlasan, kejujuran dan keasyikan di Tanah Suci Mekah.
 
• Hebah-hebahkan, war-warkan dan maklumkan tentang ketibaan Ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi kepada kenalan, sahabat handai dan sesiapa sahaja melalui SMS, emel, FB, twitter dan blog-blog anda. Sebagai peringatan untuk kita lakukan yang terbaik untuk Ramadhan.
 
Marilah sama-sama kita mengejar trofi Ramadhan dan juga medal atau piala taqwa. Natijah bagi orang-orang yang beriman, bersungguh-sungguh dan tekun dalam ibadah Ramadhan.
 
Harapan saya, persiapan Ramadhan kali ini akan memberikan lembaran baru dan sinar kejayaan kepada kita untuk merasai sesuatu yang luar biasa setelah berada di dalam Bulan Ramadhan. Itulah hajat, cita-cita dan keinginan saya.
 
Fokus saya ialah :
 
“Ingin menjadikan Ramadhan tahun ini lebih baik daripada tahun lepas.”
“ Ramadhan yang terbaik dalam hidup.”
 
InsyaAllah.
 
Jom, kita start warming-up sekarang.
 
Artikel penuh boleh layari website Langitilahi.Com. – Warming up mengejar piala taqwa!

sebelum mengakhiri post kali ini, 
sama-sama kita koreksi diri kita, renung kembali ramadhan yang lepas...
adakah semua amalan-amalan sunat sepanjang ramadhan dapat kita laksanakan?
dapat kah kita hidupkan 10 malam terakhir?

jika tidak,semoga Allah memberi kita peluang dan umur yang panjang,dapat berjumpa 
ramadhan pada tahun ini..insyaAllah..



Tuesday, July 5, 2011

kehidupan adalah sebuah perjalanan yang telah di susun

bismilahirrahmanirrahim...


Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah, tuhan sekalian alam..yang terus menerus mengurniakan nikmat kepada kita, semoga kita semua sentiasa menjadi hamba-hambaNya yang sentiasa bersyukur..bersyukur,walaupun apa yang Allah berikan adalah sesuatu yang kita tidak hajati..kerana Allah Maha Mengetahui setiap apa yang Dia berikan kepada hamba-hambaNya...


saya mohon maaf kepada semua, walaupun saya kira. kolam ini, tiadalah ramai pengunjungnya.namun, update post masih perlu dilakukan, rasa tiada isinya bila kolam ini sunyi tanya sebarang post terbaru..betul ker?..saya sendiri terasa bila tiaa post, seolah-olah tiada sesuatu yang dapat saya kongsikan untuk teman-teman yang saya kasihi..


ingin saya lontarkan satu soalan untuk teman-teman yang dikasihi.apa khabar iman kalian?naik kah, menurun kan?atau tiada perubahan..semoga apa jua keadaan iman kita, kita masih lagi berada dalam proses peningkatan iman..insyaAllah...semoga kita sentiasa istiqomah dengan segala amalan yang kita lakukan..amalan yang paling Allah suka ialah amalan yang sederhana,tetapi dilakukan secara istiqomah..


alhamdulillah, kita sudah pun melangkah masuk ke bulan julai, pertengahan tahun sudah berlalu,hujung tahun pula menghitung hari..cepat dan pantas masa berlalu.saya kira sekarang ni, jarang sekali kita dengar orang berkata, lambatnya masa berlalu..setuju?moga kehidupan kita di dunia ini, sentiasa kita manfaatkan untuk akhirat..insyaAllah..




pada saat dan ketika ini, saya merasakan kehidupan saya hari ini, banyak sangat Allah bantu,banyak sangat Allah permudahkan. saya dapat rasakan bhawa setiap kehidupan dalam kehidupan kita ada penyusunnya, siapa lagi kalau bukan Allah swt...walaupun ada ketikanya, terasa diri di uji, lemah dengan suasana, bila kita letak keyakinan kepada susunan Allah dalam erti kata lain redha dengan susunan Allah, insyaAllah Allah akan memberi jalan penyelesaiannya...itulah hebatnya muslim, hatinya sentiasa dengan redha Allah.sentiasa yakin dengan apa yang Allah susunkan untuk hamba-hambanya..salah satu tanda keikhlasan adalah apabila kita yakin dengan kehendak Allah swt..yakin apa yang Allah kehendaki.


banyak yang ingin saya kongsikan disini, namun ada sahaja halangannya..


insyaAllah, saya akan cuba atasi..


semoga kolam ini,dapat saya manfaatkan kearah kebaikan..untuk saya perbaiki diri saya, dan masa yang sama saya dapat ajak teman-teman semua untuk bersama saya..insyaAllah..


post yang ringkas,nota untuk diri sendiri..


terima kasih kerana sudi berkunjung dan membaca coretan saya..