Thursday, May 26, 2011

hari guru peringkat sarawak

sekadar selingan..
sambutan hari guru peringkat negeri sarawak 2011..telah di adakan dilimbang..sukalah pelajar sekolah,tak perlu g sekolah..

stage yang diusahakn oleh cikgu-cikgu smk kubong..

antara cikgu smk kubong yang terawal datang ke dewan tertutup,
seawal 7 pagi..tahniah2..


sempat lagi bergamba dengan student..

student 4C,muka hensem dah..
dalam kelas pun sangat 'rajin'
oliver,ray dan azwan kalau tak sebut nama setiap kali ngajar..
memang tak sah..

semasa program berjalan,pasukan koir dr smk limbang telah menyanyikan lagu pendidik bumi kenyalang..
saya suka liriknya...
penuh bermakna..
jom dengar



sekian sahaja coretan dari saya, 
terima kasih atas kunjungan...

Wednesday, May 25, 2011

interview SPP

bismilahirrahmanirrahim..


alhamdulillah,pada 24hb mei yang lepas saya dan tini selesai menjalani temuduga SPP untuk pengesahan lantikan.untuk makluman semua, apabila seorang guru di beri surat penempatan @ posting, gred untuk guru tersebut ialah DC41, bukan DG41..DC 41 adalah gred sementara guru sebelum sah lantikan. oleh kerana gred sementara,banyak keistimewaa yang guru baru tak dapat...kalau nak dapat keistimewaan yang disediakan oleh KPM, cikgu baru perlulah cepat-cepat daftar untuk temuduga SPP.


macam mana nak caranya?


insyaAllah,disini saya ingin kongsikan langkah2 yang perlu diambil bg cikgu2 baru..


1) apabila dah dapat surat penempatan sekolah atau sudah tahu nama sekolah serta alamat bg sekolah yang bakal kita berkhidmat.bolehlah cikgu-cikgu lawati web Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran,SPP. di web ini,cikgu baru boleh daftar sebagai pemohon dengan mengisi borang secara online.pastikan pilih ketegori yang betul,iaitu guru,bukan pensyarah..semasa mengisi borang,gunakan intertnet explorer supaya lebih jelas..dan ada pastikan borang maklumat di isi dengan lengkap..borang yang tidak lengkap,tidak akan diterima dan diproses oleh pihak spp..


2) dah isi, dan borang akan diproses..suka saya katakan disini,untuk perhatian cikgu-cikgu baru, apabila sudah isi.selalulah semak secara online di web spp untuk mengetahui panggilan temuduga.jangan jadi macam saya.last minute tahu..lima hari sebelum interview.silap saya juga,dah isi langsung tak semak di web spp.mcm mana saya tahu?pihak spp akan hantar surat kepada pihak sekolah.


3)panggilan temuduga, pada saya bergantung pada tempat juga. saya dan kawan-kawan dari limbang dan lawas,mula mengisi borang pada bulan 2.alhamdulillah dapat panggilan temuduga bulan 5.ada kawan-kawan di semenanjung isi bulan 11,tapi belum lagi di panggil temuduga.atas rezeki masing-masing jugalah kan..


4)persiapan  untuk temuduga:
pastikan cikgu baru betul-betul faham dan jelas tentang Falsafah Pendidikan Kebangsaan, atau nama singkatannya FPK.masa saya di temuduga tempoh hari, tuan pengerusi sentuh dan tanya pasal FPK sampai ke ke akar umbi..secara kasarnya FPK ialah


" Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangankan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.  Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. "


setakat ini, saya dan kawan-kawan di semenanjung menjalani temuduga secara kumpulan,kuranglah gementar.tapi, bila dengar pendapat dan jawapan orang lain terasa juga jawapan diri sendiri seperti kurang tepat..


bukan setakat FPK sahaja, pasal teori pengajaran juga cikgu baru perlu tahu.antaranya, behavior theory, constructivist theory, humanistics theory, cognitive theory dan banyak lagi...soalan pasal teori memang sangat famous..


ada lagi yang perlu cikgu baru tahu,antaranya NKRA, KPM, pasal sekolah sendiri, kokurikulum, isu-isu pendidikan yang terkini dan beberapa lagi perkara penting berkaitan pendidikan.jangan terkejut, sekiranya penemuduga menyuruh cikgu menyanyi lagu sekolah, lagu negeri atau bertanyakan tentang sejarah negeri kita mengajar.contohnya:bilakah sarawak masuk malaysia? atau kenapa limbang berada di tengah-tengah limbang?..


5)apabila selesai di temuduga,kita mesti nak tahu keputusannya.setuju?buat masa ini, saya belum dapat kepastian bila keputusan akan keluar.tp yang pasti, cikgu-cikgu yang telah di temuduga pada bulan april belum lagi mendapat jawapan..semoga Allah bagi keputusan yang terbaik..insyaAllah.


setakat ni saya dengar,jarang ada cikgu yang gagal temuduga spp..harap2 begitulah...


insyaAllah itu sahaja perkongsian saya untuk kali ini,
mungkin post kali ini lebih bermanfaat kepada cikgu-cikgu baru...junior-junior saya...


terima kasih kerana sudi membaca..


ED 227 (2006-2010)...
rindu masa belajar dulu..


Tuesday, May 17, 2011

selingan:wesak day

bismilahirrahmanirrahim...


alhamdulillah, hari ini cuti umum..ingt lagi kalau cuti-cuti saya dan family akan spend masa bersama pergi jogging pagi2.riadhah bersama keluarga.sihatkan jasmani.Allah kan suka mukmin yang kuat dari mukmin yang lemah..


semasa kami tinggal di seremban kami jogging di taman tasik, boleh tahan juga besarnya.sekali pusing sudah cukup penat. jika di kuantan?kat mana ye..lupa sudah..biasanya kami pergi kat bukit pelindung, dan juga taman rekreasi, lupa pula namanya..dan sekarang, di kota bharu kami akan jogging di taman tengku anis.orng2 kelantan siapa xpernah pergi taman tengku anis, memang rugi.taman rekreasi yang besar penuh dengan kalimah-kalimah zikrullah.sambil-sambil jogging,sambil-sambil zikir..ingat Allah.seronok kan?kat kelantan sahaja yang ada..


dan hari ini,saya dan rmate,tini dapat juga menjejak kaki ke taman rekreasi bukit emas, limbang.setelah berapa kali merancang.jangan ingat limbang ni bandar kecil,tiada taman rekreasi..insyaAllah di sini saya kongsikan gamba..tapi sayang taman ini sedikit kurang terjaga...

 signboard sebelum naik ke bukit mas

namapun bukit, jadi kene lah mendaki sikit untuk sampai ke taman bukit mas

 atas bukit ada jambatan gantung..
tini xsabar nak naik jambatan gantung..


 laluan berkayu..jalan atas kayu yang berlumut..licin..
sebab baru lepas hujan..memang licin


 jauh juga kami berjalan,dalam 5km..ada naik dan turun..


nak balik dah,kami naik moto je...

semoga riadhah kami Allah berkati..sepatutnya kami dan ahli usrah yang lain sama-sama beriadhah di sini.tp, Allah izin, yang lain tak dapat bersama kerana masalah pengankutan..kat limbang ni,kalau tiada pengankutan memang sukar untuk bergerak.tambahan lagi,kat sini mana ada public transport..

esok,pergi sekolah macam biasa...



kertas peperiksaan perlu disemak,dan di analisis satu persatu.bila semak kertas pelajar, dan bagi markah buat cikgu-cikgu tertanya diri sendiri sekiranya ada pelajar yang gagal..silap di mana yer?cikgu ke pelajar itu sendiri?...kalau yang tingkatan empat,fenomena pelajar dalam status honeymoon,nampak sngat malas belajar, nak rehat selepas PMR dan sebelum mula SPM..pelajar sekarang,memang nak rehat je..


insyaAlah,itu sahaja coretan saya hari ini,terima kasih kerana sudi ziarah ke sini...
apa yang cuba sampaikan disini..
amalkan hidup yang sihat,kerana Allah suka hambanya yang sihat.ingat ye teman-teman, kesihatan tubuh badan kita adalah amanah untuk kita,juga nikmat yang Allah berikan..
samalah kita jaga nikmat sihat,sebelum datangnya sakit...


wallahua'lam..

*kepada semua kawan-kawan yang bergelar guru,selamat haru guru saya ucapkan..teruskan usaha mengajar dan mendidik,semoga Allah nilai semua usaha kita..insyaAllah.

Sunday, May 15, 2011

akidah yang sejahtera

Bismilahirrahmanirrahim..
alhamduillah,segala puji hanya bagi Allah, tuhan sekalian alam yang mengizinkan kita hidup dengan nikmat islam. nikmat yag tiada tolak bandingnya, merasai kemanisan iman setiap hari..semoga Allah terus pelihara nikmat ini dan sentiasalah kita perbaharui iman kita dengan harapan iman sentiasa dalam proses meningkat bukannya menurun,nauzubillah...

selawat dan salam ke atas rasulullah saw, keluarga dan sahabat baginda yang telah memperjuangkan islam sehingga kita dapat merasakan nikmat islam pada hari ini.tanpa pengorbanan mereka,tanpa titisan darah mereka, mampukah kita merasai nikmat islam pada hari ini?mungkin tidak kan?....

teman-teman yang dikasihi sekalian..
untuk merasai nikmat islam,nikmat iman kita perlu ada satu ikatan dan hubungan yang kukuh lagi mantap dalam hati kita terhadap Allah dan sifat kesempurnaannya. ikatan inilah yang disebut sebagai akidah.akidah adalah berasal dari perkataan akad, rasanya semua tahukan apa maksud akad.akad ialah ikatan yang tak boleh diuraikan lagi..begitulah istimewanya akad dan juga akidah,apabila muslim itu mempunyai akidah yang sejahtera,inAllah dia akan merasai nikmatnya hubungan dengan Allah swt..oleh itu kawan -kawan,marilah kita bina akidah yang sejahtera dalam diri kita, dengan harapan kita dapat merasai hubungan hati yang kukuh lagi mantap terhadap Allah dan sifat-sifat kesempuranaanya.

insyaAllah, dikesempatan ini saya ingin kongsikan satu artikel berkaitan muslim di sudut akidah,semoga isi-isinya dapat memberi kita manfaat dalam memperbaiki diri kita seterusnya membina akidah yang sejahtera, salah satu sifat dari sepuluh sifat seorang muslim.

sumber:hasizu
Perlulah sentiasa kita ingat, apa saja yang dilakukan sama ada pemikiran, perkataan, perbuatan atau tindakan kita mestilah mengikut ketentuan Islam. Hakikatnya, Islam adalah deen yang lengkap dan menyeluruh. Kita mestilah menyesuaikan diri dengan kehendak Islam dalam semua urusan hidup. Bukanlah menyesuaikan pelaksanaan Islam mengikut keselesaan kita. Di sudut praktik Islam, ia perlu dilaksanakan dalam keadaan sedar dan rela. Bukan melakukannya secara terpaksa dan separuh hati. Mari kita semak dengan teliti dan laksanakan bersungguh-sungguh keseluruhan langkah membina iman dan takwa seperti berikut;

Saya mesti muslim di sudut akidah – saya mesti beriman bahawa:
  • Pencipta alam ini adalah Rabb yang Maha Bijaksana lagi Maha Berkuasa, Maha Mengetahui dan tidak memerlukan sesiapa pun dalam segala urusan-Nya.
  • Rabb Yang Maha Mulia tidaklah menciptakan sesuatu secara sia-sia tanpa apa-apa tujuan.
  • Allah telah mengutuskan para rasul dan kitab-kitab yang menjelaskan peranan manusia diciptakan. Nabi Muhammad pula merupakan penutup para nabi dan rasul dan dianugerahkan Al-Quran sebagai mukjizat yang berkekalan.
  • Allah menciptakan manusia supaya menjadi hamba Allah yang beribadah sepanjang hayat.
  • Mesti kita yakini, Allah menyediakan ganjaran syurga bagi mukmin yang taat dan balasan neraka ke atas orang-orang yang engkar dan tidak mengakui Allah sebagai tuhan yang berhak disembah.
  • Manusia diberi pilihan sama ada melakukan kebaikan atau kejahatan. Namun berlakunya sesuatu itu tetap di dalam batas keizinan Allah.
  • Mengetahui dan memahami asma’ Allah supaya jelas tentang kemuliaan dan keagungan-Nya.
  • Mesti takut hanya kepada Allah, tidak kepada selain-Nya. Perasaan itu semestinya dapat menjauhkan kita daripada kemurkaan dan larangan-Nya.
  • Sentiasa ingat Allah dan berzikir. Diam dalam keadaan berfikir, bercakap dalam keadaan berzikir. Keadaan demikian akan membuat hati sentiasa tenteram.
  • Wajib utamakan mencintai Allah. Cinta yang menyebabkan hati sentiasa rindu untuk melakukan amal soleh, berkorban dan berjuang di jalan-Nya setiap masa.
  • Bertawakkal dan menyandarkan setiap urusan kepada izin dan kekuasaan Allah. Dengan itu setiap keadaan mampu dihadapi dengan tenang.
  • Sentiasa bersyukur di atas segala nikmat-Nya dan juga sentiasa beristighfar memohon keampunan di atas apa jua kesilapan dan dosa.
  • Sentiasa dalam keadaan muraqabah (merasai sentiasa diawasi) Allah dalam apa jua keadaan, terang-terangan maupun tersembunyi.
Apabila langkah-langkah tersebut mampu kita laksanakan sepenuhnya, kemudian secara beransur-ansur akan kita rasai kesan yang sungguh mendalam di hati. Akan juga jelas tercerna dalam watak dan tingkah laku kita. Merangsang tindakan dan amal perbuatan sehinggalah kita mampu berkorban dan berjuang semata-mata untuk beroleh kereda Ilahi.

Iman yang mendalam dan takwa tidak sekali-kali mengizinkan syaitan dan hawa nafsu untuk berjalan seiring. Setiap kali syaitan dan nafsu cuba menggoda dan mendesak, iman dan takwa saling mendorong kita kepada kepatuhan terhadap perintah Allah. Begitulah hubungan iman dan fitrah insan, kedua-duanya sentiasa saling memerlukan.

Justru itu sewajarnyalah kita sematkan baik-baik dalam hati dan sejajarkan dalam tindakan menepati maksud firman Allah dalam surah Az-Zumar, ayat 10-11;

“Katakanlah: Hai hamba-hamba-Ku yang beriman, bertakwalah kepada Tuhanmu. Orang-orang yang berbuat baik di dunia beroleh kebaikan. Dan bumi Allah itu adalah luas. Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas. Katakanlah: Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam menjalankan agama.”

sama-sama kita perbaiki diri,tingkatkan iman. cuba kenal Allah.macam mana nak kenal Allah?sebab kita tak nampak Allah kan?..kita memang tak mampu untuk melihat Allah,tapi Allah kita boleh kenal melalui kuasanya, melalui ciptaannya, melalui apa yang Allah kurniakan kepada kita dan juga setiap apa susunan dan takdir yang berlaku dalam diri kita,itu semua Allah yang berikan.semua yang Allah berikan adalah kebaikan untuk hamba-hambaNya bukan untuk keburukkan hamba-hambaNya dan ingatlah teman-teman yang dikasihi Allah sekalian.kita tak nampak Allah,tapi yakinlah Allah nampak kita...


wallahua'lam..

Thursday, May 5, 2011

suara wanita..




Bismilahirrahmanirrahim...


subhanallah,maaf ye teman-teman yang dikasihi kerana Allah,
sudah lama rasanya saya tak update kolam saya  ni..risau pula bila tgk makin ramai follower,terima kasih atas sokongan kalian..mudah-mudahan kalian memperolehi sesuatu di kolam ini,dalam rangka meningkatkan lagi ubudiah kita kepada Allah swt..


di kesempatan ini,saya ingin kongsikan satu artikel dari email yang saya terima dari seorang sahabat yang amat saya kasihi..


semoga artikel ini memberi manfaat kepada kita semua,terutamanya kepada kaum muslimah dalam menjaga suara kita..insyaAllah


Teman- teman yang ku sayangi kerana Allah..


Semoga Allah menjadikan keimanan itu indah dalam hati- hati kita, sehingga kita cenderung ke arah kebaikan dan semoga Allah merahmati kita dengan sentiasa meletakkan diri kita bersama orang- orang yang soleh..i'allah..rasa ingin berkongsi sesuatu dan semoga ianya memberi manfaat..


Syara' mengharamkan wanita bersuara manja, merayu, mendesah, dan semisalnya, yang dapat menimbulkan hasrat yang tidak-tidak dari kaum lelaki, misalnya keinginan berbuat zina, berbuat serong, dan sebagainya. Firman Allah SWT (ertinya) : "…maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik." (QS Al-Ahzab [33] : 32)

Petikan ini dipetik dari diedit. http://annashr.wordpress.com




Membicarakan mengenai aurat suara perempuan di STESEN RADIO dan aurat sebelum dan selepas PERTUNANGAN

Adapun mendengar suara wanita melalui telepon maka hal tersebut tidaklah mengapa dan tidak dilarang untuk berbicara dengan wanita melalui telepon. Yang tidak dibolehkan adalah (menikmati) suara tersebut atau terus-menerus berbincang- bincang dengan wanita karena ingin menikmati suaranya.
Seperti inilah yang diharamkan. Namun bila hanya sekedar memberi kabar atau meminta fatwa mengenai suatu permasalahan tertentu, atau tujuan lain yang semisalnya, maka hal ini DIBOLEHKAN. 

TETAPI apabila timbul sikap- sikap lunak dan lemah-lembut, maka bergeser menjadi haram. Walaupun seandainya tidak terjadi yang demikian ini, namun tanpa sepengetahuan si wanita, laki-laki yang mengajaknya bicara ternyata menikmati kelunakkan suaranya, maka haram bagi laki-laki tersebut dan wanita itu tidak boleh melanjutkan pembicaraannya seketika ia menyadarinya. Sedangkan mengajak bicarawanita secara langsung maka tidak menjadi masalah, dengan syarat wanita tersebut berhijab dan aman dari fitnah. Misalnya wanita yang diajak bicara itu adalah orang yang telah dikenalnya, seperti istri saudara laki-lakinya (kakak/adik ipar), atau anak perempuan pamannya dan yang semisal mereka." (Fatawa Al Mar`ah Al Muslimah, 1/433-434).




Syaikh `Abdullah bin `Abdirrahman Al Jibrin menambahkan dalam fatwanya tentang permasalahan ini:
"Wajib bagi wanita untuk bicara seperlunya melalui telepon, sama saja apakah dia yang memulai menelepon atau ia hanya menjawab orang yang menghubunginya lewat telepon, karena ia dalam keadaan terpaksa dan ada faidah yang didapatkan bagi kedua belah pihak di mana keperluan bias tersampaikan padahal tempat saling berjauhan dan terjaga dari pembicaraan yang mendalam di luar keperluan dan terjaga dari perkara yang menyebabkan bergeloranya syahwat salah satu dari kedua belah pihak. Namun yang lebih utama adalah meninggalkan hal tersebut kecuali pada keadaan yang sangat mendesak." (Fatawa Al Mar`ah,1/435)

Laki-laki berbicara lewat telepon dengan wanita yang telah dipinangnya Kenyataan yang ada di sekitar kita, bila seorang laki-laki telah meminang seorang wanita, keduanya menilai hubungan mereka telah teranggap setengah resmi sehingga apa yang sebelumnya tidak diperkenankan sekarang dibolehkan. Contoh yang paling mudah adalah masalah pembicaraan antara keduanya secara langsung ataupun melalui telepon. Si wanita memperdengarkan suaranya dengan mendayu-dayu karena menganggap sedang berbincang dengan calon suaminya, orang yang bakal menjadi kekasih hatinya. Pihak laki-laki juga demikian, menyapa dengan penuh kelembutan untuk menunjukkan dia adalah seorang laki-laki yang penuh kasih sayang. Tapi sebenarnya bagaimana timbangan syariat dalam permasalahan ini?

Asy Syaikh Shalih bin Fauzan Al Fauzan menjawab:" Tidak apa- apa seorang laki-laki berbicara lewat telepon dengan wanita yang telah dipinangnya (di-khitbah-nya), apabila memang pinangannya (khitbah) telah diterima. Dan pembicaraan itu dilakukan untuk saling memberikan pengertian, sebatas keperluan dan tidak ada fitnah di dalamnya. Namun bila keperluan yang ada disampaikan melaui wali si wanita maka itu lebih baik dan lebih jauh dari fitnah. Adapun pembicaraan antara laki-laki dan wanita, antara pemuda dan pemudi, sekedar perkenalan (ta`aruf) –kata mereka- sementara belum ada khithbah di antara mereka, maka ini perbuatan yang mungkar dan haram, mengajak kepada fitnah dan menjerumuskan kepada perbuatan keji. 

(Fatawa Al Mar`ah, 2/605) 

(Disusun dan dikumpulkan dari fatwa Asy Syaikh Muhammad bin Shalih Al `Utsaimin, Asy Syaikh Shalih bin Fauzan bin Abdillah Al Fauzan dan Asy Syaikh Abdullah bin Abdurrahman Al Jibrin oleh Ummu Ishaq Al Atsariyah dan Ummu `Affan Nafisah bintu Abi Salim).


*peperiksaan pertengahan tahun sudah bermula...bila jaga exam, tgk pelajar jawab soalan dgn pelbagai gaya..pelbagai analogi saya dapat buat, antara ujian di  atas kertas dan juga ujian kehidupan yang Allah sediakan untuk kita..