Sunday, February 13, 2011

musafir ke sarawak

Assalamualaikum wbt..
bismilahirrahmanirrahim..


Alhamdulillah,segala puji hanya bagi Allah tuhan sekalian alam.Yang Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani..Bertuahnya kita menjadi hamba yang Allah pilih untuk merasai ni'mat iman dan juga ni'mat islam.tiada lagi ni'mat yang boleh menandingi dua ni'mat besar ni.sama-samalah kita pelihara ni'mat ini, supaya tidak tergolong dalam golongan yang Allah murkai di akhirat nanti.pengakhiran yang abadi.


alhamdulillah,Allah banyak permudahkan urusan posting saya ke sarawak.baiknya Allah kepada hamba yang hina ini.terasa kerdilnya diri dengan pertolongan yang Allah beri. bermula dengan pendaftaran di hotel goldcourse,klang sehinggalah pg tadi tiba di rumah sewa bersama-sama cikgu bujang =)...alhamdulillah,Allah permudahkan semuanya..semoga hari-hari yang akan mendatang,bantuan Allah sentiasa bersama kita semua,insyaAllah...


insyaAllah,post kali ini saya ingin kongsikan beberapa gambar sepanjang musafir saya dari klang ke tanah limbang sarawak.insyaAllah,kalian blh dapat gambaran yg jelas lg.ada pepatah english berbunyi " A picture have a thousand word."


7 februari 2011


 sampai di klang,selepas daftar terus dengar taklimat. tp ramai yang xdpt nak bg tumpuan, 
sebabnya rata2 datang dari timur,
terpaksa meredah jem selama 12 jam nak sampai klang.termasuklah saya.
tak tahan mengatuk..

 taklimat sampai tgh sahaja..

8 februari 2011
 pagi-pagi lagi bergerak ke KLIA, saya group 4 alhamdulillah. group yang pertama sebelum subuh dah bertolak dari klang,subuh kat mana yer?sampai KLIA dah 7:30pg..
insyaAllah,kat mana lg kalau bukan dalam bas..harap xdelah yang tinggal subuh pg tu..

 tunggu nak check in

group check in..semua risau kalau beg terlebih berat.alhamdulillah MAS bg 25kg seorang.
Allah izin lbh juga barang saya.rasa mcm dah ngam2..
kenelah bayar asing,blh tahan juga mahalnya rm15 sekilo..
sampai di limbang, cikgu2 usik ni xnak balik semenanjung dah ni,
brng banyak =)

 dapat jmpa kwn2 baru..semoga Allah pelihara ukhuwah kita..
cikgu ida, ckgu siti,cikgu ana =)

 doakan saya dan kawan saya dapat "mendidik" anak-anak bumi sarawak..

 alhamdulillah,sampai di merdeka palace hotel and suite 
hotel 5 bintang,byk jg KPM belanja untuk kami..
ada cikgu yang kata,dapat layanan first class lepas ni masuk pendalaman..
tanda kerisauan sebenarnya..

mula-mula sampai xperasan,ada banner rupanya..

 ambik gamba sekejap,sementara tunggu lif kosong.

 teman sebilik,di klang dan juga kuching..
nur dan siti....aishah =)

 ada juga taklimat yang lebih kurang sama dengan yang 
kami dengar di klang..yang paling seronok sharing moment dr cikgu smk sebuyau dan pengetua cemerlang smk siburan..

10 februari 2011

singgah @ transit sekejap di airport Miri

berta'ruf dengan ustzh fatanah,
orang limbang.banyak share maklumat dgnnya
dah bergelar isteri dan ibu sudah ni..
hand bag hadiah dari kearah,jzklh yer membantu sangat =)

 alhamdulilla, akhirnya menjejak kaki di tanah limbang,sarawak..
nak sampai ke limbang perl naik MAS WING..kecik sikit daripada kapal terbang


smk kubong, limbang, sarawak
pemandangan dari kuarters guru..sejuk mata memandang..
 yang tgh itu adalah surau

rumah kakitangan sekolah

alhamdulillah, cikgu-cikgu semua dah dapat tempat posting masing2.ada yang dapat bandar, ada juga dapat p1,p2....p ialah pendalaman..apepun,semoga kita semua dapat bekhidmat dengan iklas.janganlah ada unsur-unsur lain mengamburi mata sepanjng perkhidmatan..sama-sama kita setkan noktah permulaan,noktah bidayah yang terbaik..semoga ianya mendapat nilaian yg tinggi di sisi Allah swt..

terngat kata En Razali B Hj Idris, selaku pen pengarah unit men bhgn pengurusan sek harian,bersyukurlah cikgu-cikgu dapat posting walaupun sarawak..selari dengan firman Allah dalam surah Al-Mulk ayat 23..

akhir kalam,
doakan kami cikgu-cikgu semenanjung di bumi kenyalang..
semoga niat dan hajat kami ke bumi Allah sarawak ini,Allah tunaikan...
insyaAllah..

insyaAllah ini sahaja buat kali ni..
terima kasih kerana sudi membaca dan ziarah ke kolam ini..



2 comments:

Anonymous said...

selamat berkhidmat cikgu2 semua.

halawatul iman said...

terima kasih...
doakan kami =)