Sunday, January 30, 2011

rumahtangga muslim @ baitul muslim

bismilahirrahmanirrahim..
alhamdulillah,segala puji hanya bg Allah tuhan sekalian alam.yang mengatur setiap perkara dengan penuh tersusun.yang menjadikan setiap sesuatu dan setiap bernyawa itu berpasang-pasangan...


berpasang-pasangan merupakan fitrah setiap yang bernyawa,
haiwan juga manusia...
namun,bagi kita manusia yang dianugerahkan akal janganlah menyalah gunakan fitrah yang Allah jadikan.kita tidak mahu fitrah menjadi fitnah...


jadi macam mana nak salurkan fitrah kepada yang Allah redha?
pastinya Allah dah bagi penyelesaiannya iaitu melalui perkahwinan...
perkahwinan islam pastinya atau lebih dikenali sebagai baitul muslim..


insyaAllah disini saya ingin kongsikan satu artikel..
lama sudah saya simpan,tunggu masa yang sesuai untuk dikongsikan (",)...
insyaAllah artikel ini saya tujukan khas buat mawar yang dikasihi,wan rohaiyusma...
yang akan melangsungkan walimatul urusnya 5hb feb...




nie gamba wan,masa nak ambik last test untuk plant physiology...

kepada yang belum nak kahwin pun,
tak semestinya tak perlu baca dan tak perlu ambik tahu pasal baitul muslim...
perlu ambik tahu!
persiapan dan juga usaha untuk menuju baitul muslim...
pesanan untuk diri sendiri juga =)


selamat membaca...
semoga bermanfaat..








KE ARAH MENDIRIKAN RUMAHTANGGA MUSLIM

Oleh: Ustaz Haji Omar Haji Salleh

Muqaddimah

Individu dan keluarga Islam adalah asas yang penting untuk mela­hirkan masyarakat Islam. Oleh itu amat perlu kita fahami secara umum berhubung rumahtangga muslim sepertimana yang diterangkan dalam Al-Qur’an dan As-Sunnah. Terdapat kewajipan-kewajipan yang penting dalam rangka mendirikan rumahtangga muslim.

Sepertimana wajib menyediakan individu muslim yang berakhlak dan memiliki contoh yang baik, maka membentuk rumahtangga muslim juga adalah wajib.

Rumahtangga muslim akan memberikan persediaan-persediaan awal (persediaan-persediaan Islam) kepada anak-anak. Pembentukan syakhsiyah yang baik bermula dalam rumahtangga. Anak-anak sentia­sa berkesan dalam lingkungan rumahtangga.

Hadits Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam yang bermaksud:

“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah, maka ibubapanyalah yang menjadikannya yahudi, nasrani atau majusi.”

InsyaAllah jika anak-anak dididik dengan didikan Islam maka lahirlah anak-anak yang soleh yang akan memberikan khidmat kepada Islam.

Rumahtangga Islam tegak di atas aqidah Islam dan taqwa.  Kesucian hukum-hukum mengenai rumahtangga Islam berdiri atas kesucian aqidah dan taqwa. Kehidupan rumahtangga Islam dikira sebagai ibadah dan ‘ubudiyah kepada Allah Subhanahuwata’ala. Semuanya terbit daripada ‘aqidah Islam. Hendaklah setiap saudara dan saudari muslim meman­dang perkahwinan itu sebagai ibadah untuk mendapat keredhaan Allah Subhanahuwata’ala. Perkahwinan adalah amanah Allah Subhanahuwata’ala yang mesti mengikut peraturan-peraturan-Nya. Kewajipan isteri, suami dan ibu bapa semuanya adalah amanah Allah Subhanahuwata’ala. Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam ada bersabda yang bermaksud:

“Setiap kamu adalah penjaga dan setiap penjaga bertanggungjawab terhadap jagaannya.”

Wajiblah kita putarkan haluan kerja-kerja di dunia ini untuk menghampirkan diri kepada Allah Subhanahuwata’ala. Makan, minum, riadhah, mencari nafkah, perkahwinan dan seumpamanya adalah untuk Allah Subhanahuwata’ala

Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam sangat mengambil berat tentang perkahwinan. Bagi pemuda atau pemudi yang ada keinginan dan kemampuan, maka hendaklah mereka berkahwin. Perkahwinan adalah sunnah Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam. Mereka yang sengaja tidak mahu mengambil sunnahnya maka Rasulullah bersabda yang bermasud:

“Demi Allah, sesungguhnya aku lebih takut kepada Allah dan ber­taqwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa dan berbuka, aku sembahyang dan tidur, dan aku berkahwin dengan perempuan. Sesiapa yang membelakangkan sunnahku, mereka bukan daripada umatku.”


Perkara-perkara penting

Perkara-perkara yang perlu diberikan perhatian ke arah mendirikan rumahtangga muslim yang mulia adalah:

1. Pemilihan (Al Ikhtiar)

Yakni memilih bakal isteri atau suami. Demi melahirkan rumahtang­ga Islam maka sejak hari pertama lagi saudara-saudara muslim perlu memilih Azzaujah Assolehah/ Azzauj Assoleh. Isteri/Suami yang mempunyai din dan memahami risalah Islam dalam kehidupan.

Isteri yang soleh adalah pembantu suami di jalan da’wah Islam. Isteri yang soleh dapat memperingatkan suami jika berlaku keal­paan (kelalaian). Isteri yang soleh memberikan peransang kepada suami untuk bermujahadah tanpa menghalangnya (begitu juga bagi suami yang soleh – pemimpin rumahtangga). Isteri yang soleh menjaga diri ketika ketiadaan suami di rumah walaupun lama pen­inggalannya. Isteri yang soleh membesarkan anak-anak dengan didikan Islam. Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam telah memberikan isyarat:

“Perempuan-perempuan itu dikahwini kerana empat perkara - kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana dinnya. Tetapi hendaklah kamu utamakan dinnya.”

Hendaklah saudara-saudara mengutamakan yang mempunyai din. Ulama’ telah menjelaskan bahawa sesiapa yang tidak mengambil berat tentang din maka akan rugilah di dunia dan akhirat. Dinlah yang akan menyelamatkan manusia. Bukanlah bermakna Islam mengenepikan langsung kecantikan, keturunan dan harta, tetapi semua ini jan­ganlah dijadikan matlamat utama dalam pemilihan. Din adalah matlamat dan pemilihan utama. Yang mempunyai din dan akhlak itu dikira cantik pada nilai Islam. Inilah jamal haqiqi, bukan jamal haiwani.

Al Imam Ahmad Ibn Hanbal r.a. semasa hendak berkahwin telah diberikan dua pilihan wanita. Seorang berwajah cantik tetapi ada kekurangan dari segi din dan akhlak. Yang seorang lagi mempunyai din dan akhlak tetapi cacat (kelabu) sebelah matanya. Maka Ahmad Ibn Hanbal memilih yang mempunyai din.

Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bersabda yang bermaksud:

“Dunia ini semuanya dikira sebagai hiburan dan sebaik-baik hiburan ialah wanita yang soleh.”

Ini kerana wanita yang soleh akan mendatangkan kebahgiaan di dunia dan akhirat.

Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bersabda yang bermaksud:

“Sebaik-baik wanita ialah yang mengembirakan kamu apabila kamu melihatnya dan mentaati kamu apabila kamu menyuruhnya, dan menja­ga kehormatan serta harta kamu (suami) apabila kamu tiada  bersa­manya.”

Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bersabda lagi yang bermaksud:

“Janganlah kamu mengahwini perempuan kerana kecantikannya semata-mata nescaya kemungkinan kecantikannya akan membinasakannya, dan jangan kamu mengahwini perempuan kerana hartanya nescaya kemung­kinan hartanya menyebabkannya melampaui batas, tetapi kahwinilah perempuan kerana dinnya. Adalah seorang ammah yang berkulit hitam itu, tetapi mempunyai din, lebih baik bagi kamu.”

Demikian juga bagi saudari-saudari muslim, sepatutnya mereka tidak menerima bakal suami mereka melainkan daripada sohibul ‘aqidah, yang bertaqwa kepada Allah Subhanahuwata’ala. Suami yang solehlah yang akan membantunya untuk sama-sama ta’at kepada Allah Subhanahuwata’ala. Islam turut memberikan peluang kepada saudari-saudari muslim untuk menerima suami yang soleh. Sayyidah Khadijah menerima Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam di atas asas akhlak Rasulullah yang mulia.

Tidak selayaknya dalam Islam seseorang mengahwinkan anak-anak perempuan atau saudari-saudari perempuan dengan orang yang sema­ta-mata sanggup membayar mas kahwin yang tinggi. Ataupun semata-mata kerana harta dan pangkat tanpa meletakkan keutamaan pada din dan akhlak yang mulia. Wanita itu bukanlah barang dagangan, tetapi wanita adalah amanah daripada Allah Subhanahuwata’ala. Apabila seseo­rang memilih suami yang soleh untuk anak-anak perempuan atau saudari-saudari muslim, maka itu dikira sebagai kebaikan yang sempurna untuk si perempuan itu. Beginilah amalan para salafusso­leh.

Sayyidina Umar Al Khattab R.A. pernah membayangkan untuk mengah­winkan anak perempuannya yang bernama Hafsah dengan Sayyidina Othman, tetapi Sayyidina Othman meminta uzur. Kemudian dibayang­kan pula kepada Sayyidina Abu Bakr, tetapi Sayyidina Abu Bakr berdiam diri sahaja. Selepas itu dia mengadu kepada Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam, maka baginda menjawab, “Boleh jadi Allah akan mengganti­kan untuk anakmu dengan orang yang lebih baik.” Akhirnya Rasulul­lah mengahwini Hafsah. Dan Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam mengahwinkan pula puteri baginda yang bernama Ummi Kalthom dengan Sayyidina Othman (selepas kematian Ruqaiyah binti Rasulullah).

Kemudian, pada satu hari Sayyidina Abu Bakr berjumpa dengan Sayyi­dina Umar. Berkata Sayyidina Abu Bakr, “Mungkin pada tempoh hari engkau terasa sesuatu kerana aku tidak berkata apa-apa semasa engkau membayangkan Hafsah kepadaku. Ini kerana aku mengetahui bahawa Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam pernah menyebut nama Hafsah dan aku tidak mahu menyebarkan rahsia Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam. Tetapi sekiranya Rasulullah menolak Hafsah, InsyaAllah aku akan mengahwini Hafsah.”

Oleh itu jelaslah para sahabat memilih suami yang soleh untuk anak-anak mereka.

2. Sekufu (Al Kafaa-ah)

Yakni sepadan atau sesuai. Al Kafaa-ah yang diredhai oleh Islam ialah sekufu dalam din dan akhlak. Sekufu perlu itu dilihat pada din dan bukan pada yang lain.

Firman Allah Subhanahuwata’ala:

“Sesungguhnya yang paling mulia di kalangan kamu ialah yang paling bertaqwa di kalangan kamu.”
                                                (Al Hujurat : 13)

Apabila sekufu dari segi din itu wujud, maka terbatallah segala nilai sekufu yang lain. Tidak disyaratkan dalam Islam persamaan dari segi kedudukan duniawi, harta, pangkat dan kedudukan dalam masyarakat.

Dalam sirah para sahabat Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam berlaku perkahwinan antara seorang keturunan hamba dengan seorang keturunan Arab Quraisy yang dianggap mulia. Sepetimana Bilal (hamba keturunan Habsyi) dengan adik Abdul Rahman bin Auf (yang mulia dikalangan keturunan bangsawan Quraisy). Begitu juga perkahwinan antara Zaid bin Haritsah dengan Zainab bin Jahs (anak bapa saudara Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam).

Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bersabda yang bermaksud:

“Apabila datang orang meminang anak kamu, orang yang meminang itu kamu puas hati tentang din dan akhlaknya, maka benarkanlah (anakmu berkahwin dengannya). Sekiranya kamu tidak melakukan demikian maka kemungkinan berlaku fitnah dan kerosakan yang besar.”

Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam sendiri mengahwinkan puterinya Fatimah dengan Sayyidina Ali, seorang yang miskin tetapi ada din dan akhlak. Inilah Kafaa-ah Addin. Kafaa-ah din tidak dapat ditebus oleh kafaa-ah yang lain. Jika hilang kafaa-ah din, maka ia tidak boleh ditebus oleh harta, keturunan, kecantikan dan sebagainya. Seba­liknya, jika hilang kafaa-ah yang lain, maka kehilangan itu dapat ditebus oleh kafaa-ah din. Dalam sirah Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam, keturu­nan kulit hitam dan miskin dapat ditebus oleh kafaa-ah din.

Said bin Musayyab, yang hidup di zaman salafussoleh (zaman tabi-in) telah juga menunjukkan contoh seperti apa yang dinyatakan di atas.

Pada satu ketika anak Said bin Musayyab dipinang oleh Abdul Malik Marwan (dari Bani Umaiyyah) untuk diberikan kepada anaknya yang bernama Al Walid bin Abdul Malik. Puteri Said bin Musaiyyab dikenali cantik dan kuat dinnya. Juga mendalam kefahamannya terhadap kitab Allah dan Assunnah Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam Oleh kerana Said mendapati ada perkara yang tidak syar’i pada keluarga Abdul Malik Marwan, maka Said menolak pinangan itu. Abdul Malik marah lalu memerintahkan agar Said disebat 100 kali.

Selepas beberapa ketika Said pulang ke Madinah. Dia diziarahi oleh seorang muridnya yang bernama Abdullah bin Abi Wada’ah. Bila Abdullah sampai, maka Said bertanyakan khabar. Said mengetahui bahawa isteri Abdullah baru meninggal dunia. Said berkata kepada Abdullah, “Apakah kamu tidak mahu berkahwin lagi?”. Abdullah menjawab, “Semuga Allah merahmati kamu, siapalah yang ingin berkahwin dengan saya. Saya tidak mempunyai wang, melainkan dua dirham sahaja (atau tiga dirham - dalam riwayat yang lain)”. Kata Said, “Kalau demikian, aku kahwinkan anakku dengan engkau dengan maskahwin dua dirham (atau tiga dirham).”

Keutamaan Said Musaiyyab bukanlah kedudukan dan harta tetapi taqwa. Perkahwinan sebenarnya bukanlah bertujuan menjual anak.

Umar Ibn Al Khattab pula, ketika hendak memilih isteri untuk puteranya yang bernama ‘Aasim, dilihat pada keimanan dan ketaq­waan yang terbukti pada seorang wanita anak seorang penjual susu.

Satu malam Sayyidina Umar keluar menyamar seperti orang biasa untuk melihat keadaan rakyatnya. Tiba-tiba dia terdengar satu suara dimana seorang ibu memaksa anak gadisnya supaya mencampur­kan susu dengan air. Maka berkata anak gadis itu, “Tidakkah ibu tahu bahawa Khalifah Umar telah melarang perbuatan ini. Yang mana utusannya telah menyeru: Jangan kamu campurkan susu dengan air.” Siibu terus memaksa anak gadisnya dengan berkata, “Umar tidak nampak apa yang kamu lakukan.” Maka dengan serta merta gadis itu menjawab, “Walaupun Umar tidak nampak tetapi Tuhan Umar (iaitu Allah) Maha Mengetahui. Demi Allah saya tetap patuh kepada perin­tahnya samada sewaktu terang atau sulit”.

Pada keesokan hari, Sayyidina Umar memanggil anaknya ‘Aasim dan memberitahunya bahawa di hujung kampung sana ada seorang gadis yang mukmin (bertaqwa). Kamu pergilah ke sana. Kalau dia tidak ada apa-apa kemasyghulan maka kamu kahwinilah dia. Mudah-mudahan Allah memberikan rezeki dan berkat kepada kamu.

Kebahagiaan Dalam Rumahtangga

Rumahtangga Islam telah banyak hilang kini. Banyak rumahtangga tidak mengecapi kebahagiaan hakiki (Assa’adah Al Haqiqiyyah). Kebahagian hakiki tidaklah akan tercapai dengan keindahan, ban­guan rumah dan perabut-perabut tetapi sebenarnya datang dari jiwa yang bertaqwa kepada Allah Subhanahuwata’ala Allah-lah yang akan memberikan kebahagiaan. Kebahagiaan itu dirasakan dari dalam, bukan dari luar. Firman Allah Subhanahuwata’ala:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untuk kamu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cende­rung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”.
                                                       (Ar-Rum : 21)

Allah Subhanahuwata’ala menciptakan manusia maka Allah-lah yang memberikan perasaan kepada manusia. Kasih sayang dan rahmah adalah anugerah Allah Subhanahuwata’ala Kasih sayang dan rahmah tercetus dari jiwa yang yakin dn beriman kepada Allah Subhanahuwata’ala

Mustafa Al Masyhur dalam Tariqudda’wah membawa rangkap pujangga Arab Islam yang bermaksud:

“Aku tidak nampak kebahagiaan itu terletak pada kerja-kerja meng­himpunkan harta tetapi orang yang bertaqwa itulah yang merasai kebahagiaan sebenar”.

Setiap sesuatu ada asasnya. Asas keluarga Islam ialah taqwa. Taqwa itulah yang menjinakkan hati-hati suami isteri. Melembutkan tingkah laku, membersihkan jiwa, menyedarkan tanggungjawab kepada Allah Subhanahuwata’ala, memudahkan pengurusan, mencegah kejahatan dan mendorong kepada kebaikan. Kata-kata seorang pujangga yang lahir dari ruh Al Qur’an dan AsSunnah:


Kata yang lain pula:

“Hendaklah kamu bekalkan diri kamu dengan taqwa. Sesungguhnya kamu tidak mengetahui, apabila datang waktu malam apakah kamu akan hidup sampai waktu fajar. Berapa banyak orang yang sihat tetapi menemui maut tanpa sebab. Berapa banyak orang yang sakit tetapi telah hidup dalam jangka waktu yang panjang. Berapa banyak pemuda, samada petang atau pagi, ketawa riang sedangkan kain kapannya sedang ditenun tanpa diketahuinya”.

Jika terdapat taqwa pada kedua-dua pasangan hidup lelaki dan perempuan, maka itu faktor terbesar untuk melahirkan suasana mesra, kasih dan kerukunan yang sebenarnya. Allah-lah yang mem­berikan kasih sayang dan menjinakkan hati-hati mereka. Firman Allah Subhanahuwata’ala:

“... dan Yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beri­man). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”.
                                                     (An Anfal : 63)

Kasih sayang dan rahmah bukan ciptaan manusia. Bukan juga perkara yang boleh dibuat-buat tetapi ia adalah anugerah Allah Subhanahuwata’ala Peristiwa Puak Aus dan Puak Khazraj yang pada asalnya bergaduh, tetapi bersaudara dan jinak setelah menerima Islam membuktikan kebenaran ayat-ayat Allah Subhanahuwata’ala Firman Allah Subhanahuwata’ala:

“Dan berpeganglah kamu semua kepada tali Allah, dan janganlah ka­mu bercerai-berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliyyah) bermusuh-musuhan, maka Allah menji­nakkan antara hatimu, lalu jadilah kamu kerana nikmat Allah orang-orang yang bersaudara, dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk”.
                                                       (Ali Imran : 103)

Jelaslah, Allah-lah yang berkuasa ke atas hati-hati manusia. Dengan ketaqwaan kepadanya, hati yang keras menjadi lembut dan hati yang menderita akan merasai bahagia.

Bagi wali-wali dan penjaga-penjaga anak perempuan, hendaklah mereka mengutamakan apa yang diutamakan oleh Allah Subhanahuwata’ala Jangan­lah nilai iman dan taqwa diketepikan. Orang-orang yang bertaqwa kepada Allah tidak pernah kekeringan kemuliaannya dalam din. Pangkat di sisi Allah semakin bertambah dengan bertambahnya taqwa dan ketaatan kepada-Nya. Allah menjanjikan kehidupan yang baik pula untuk mereka. Firman Allah Subhanahuwata’ala:

“Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahu pun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih  baik dari apa yang telah mereka kerjakan”.
                                            (An Nahl : 97)

Dalam menafsirkan ayat di atas, Sayyid Qutb menyatakan:

“Amalan soleh itu semestinya mempunyai asas yang asli untuk amalan yang soleh itu bertambah. Asas itu ialah iman kepada Allah Subhanahuwata’ala (Al ImanubiLlah)”.

Selain daripada asas iman, maka amalan tidak boleh berdiri dengan betul. Bahkan menjadi sia-sia seperti debu yang berterbangan di udara.

Kata Sayyid Qutb lagi:

“Amalan soleh yang tegak di atas dasar ini, balasannya ialah kehidupan yang toyyib”.

Kehidupan yang toyyib bukan semestinya menjadi jutawan.

Harta benda dalam rumahtangga bukanlah matlamat tetapi sekadar keperluan. Yang memberikan kebahagiaan kepada jiwa ialah perhu­bungan dengan Allah Subhanahuwata’ala Jiwa yang kaya, meski pun ketiadaan harta yang banyak. Redha dengan Allah dan berpuas hati dengan Allah Subhanahuwata’ala

Hayyatan Toyyibah

“Hayyatan Toyyibah” adalah kurniaan Allah Subhanahuwata’ala Taqwa  kepada Allah membuka jalan ke arahnya. Juga taqwa kepada Allah membuka jalan terhadap rezeki yang tidak disangka-sangka.

Abu Dzar meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam pernah bersabda:

“Sesungguhnya saya mengetahui satu ayat kalau sekiranya manusia sudah mengetahui, maka sudah memadai (mengambil dan menghayati­nya), iaitu ayat (Attholaq : 2,3):


Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disang­ka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah mecukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu).”

Harapan Yang Tinggi

Apakah yang kita inginkan atau harapkan daripada pembentukan baitul muslim?

Kita inginkan lahirnya zuriat yang soleh. Lahirnya generasi yang mewarisi pusaka Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam Firman Allah Subhanahuwata’ala yang ber­maksud:

“Dan orang-orang yang berkata: Ya Rabb kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai peny­nang hati (kami), dan jadikanlah kami Imam bagi orang-orang yang bertaqwa”.
                                          (Al Furqan : 74)

Kita ingin melihat rumahtangga muslim dimana berlaku di dalamnya perlaksanaan ajaran Islam dan hukum-hukum Allah. Suami muslim bertanggungjawab terhadap keluarga, membuat persediaan-persediaan, memelihara adab-adab Islam dan memberikan kefahaman Islam kepada orang-orang dibawah jagaannya.

Kita ingin melihat isteri yang soleh menjadikan rumahtangga seperti taman yang memberikan ketenangan kepada suami dan menjadi pembantu suami yang ta’at kepada Allah.

Kita ingin melihat ibu-ibu muslimah lagi solehah menjaga anak-anak atas landasan syara’ kerana ibulah sekolah yang pertama bagi anak-anak. Musuh-musuh Islam telah melakukan berbagai-bagai cara dan program untuk merosakkan wanita-wanita Islam. Bila wanita-wanita Islam rosak, tidak lahirkan ibu-ibu yang solehah dan seterusnya tidak lahirlah zuri’at yang soleh, dan seterusnya lagi tidak lahirlah generasi yang soleh. Hakikat ini telah pun berlaku dalam masyarakat kita.

Kita ingin melihat anak-anak muslim dan putera-puteri muslim yang sentiasa mengabdikan diri kepada Allah Subhanahuwata’ala Menjaga hak-ahak ibu bapa. Bergaul dengan rakan-rakan mereka dengan adab-adab Islam.

Kita ingin melihat rumahtangga muslim yang menjadi contoh yang baik dengan sifat-sifat Islam dan jauh daripada sifat-sifat jahiliyah.


wallahua'lam...

Sunday, January 23, 2011

asma' abu bakar dan anaknya

bismilahirrahmanirrahim... insyaAllah,disini saya kongsikan istimewa untuk teman-teman yang dikasihi, kisah asma' bin abu bakar dengan anaknya, abdullah bin zubair...kisah perjuangan seorang sahabat rasulullah sebelum syahid dimedan jihad..

semoga bermanfaat untuk kalian,
sepertimana saya..

Asma' bin Abu Bakar...Sebaik-baik Ummu wa Rabbatul Bait



Seorang muhajirah yang agung, antara wanita yang awal memeluk Islam, sangat memuliakan suaminya meskipun Zubair hanya seorang pemuda miskin yang tidak mampu menyediakan pembantu buatnya. Hatta tidak mempunyai harta yang dapat melapangkan kehidupan keluarganya, melainkan hanya seekor kuda yang dijaganya dengan baik. Beliaulah isteri yang sentiasa sabar dan setia berkhidmat untuk suaminya, sanggup bekerja keras merawat dan menumbuk sendiri biji kurma untuk makanan kuda suaminya di saat Zubair sibuk menjalankan tugas-tugas yang diperintah Rasulullah kepadanya.


Di dalam didikannya, keperibadian Abdullah bin Zubair dibentuk. Beliau adalah susuk seorang ibu yang sangat memahami peranannya dalam melahirkan generasi utama yang berkualiti, generasi yang menjadikan kecintaan kepada Allah dan RasulNya di atas segala-galanya, sama ada harta, isteri, keluarga mahupun segala jenis perbendaharaan dunia.

Beliau mencetak keperibadian generasi yang siap berjuang membela bendera Islam dan kalimah La ilaha illallah Muhammad Rasulullah. Keperibadian seperti ini terpancar jelas di dalam diri puteranya, Abdullah bin Zubair. Hal ini dapat kita teladani melalui kisah pertemuan terakhir di antara seorang ibu dan anak yang saling menyayangi dan mencintai satu sama lain, semata-mata kerana kecintaan keduanya kepada Allah Subhanahu wa Taala dan RasulNya.


Abdullah: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, wahai ibunda!

Asma': Wa'alaikum salam warahmatullahi wabarakatuh, ya Abdullah! Mengapa engkau datang ke sini di saat-saat seperti ini? Padahal batu-batu besar yang dilontarkan Hajjaj kepada tenteramu menggetarkan seluruh Kota Mekah?

Abdullah: Aku hendak bermusyawarah dengan ibu

Asma': Tentang masalah apa?

Abdullah: Tenteraku banyak meninggalkanku. Mereka membelot dariku ke pihak musuh. Mungkin kerana mereka takut terhadap Hajjaj atau mungkin juga kerana mereka menginginkan sesuatu yang dijanjikannya sehingga anak-anak dan isteriku sendiri berpaling daripadaku. Sedikit sekali jumlah tentera yang tinggal bersamaku.
Sementara utusan Bani Umayyah menawarkan kepadaku apa saja yang ku minta berupa kemewahan dunia asal saja aku bersedia meletakkan senjata dan bersumpah setia mengangkat Abdul Malik bin Marwan sebagai khalifah. Bagaimana pendapatmu wahai ibu?

Asma': Terserah kepadamu Abdullah! Bukankah engkau sendiri yang mengetahui tentang dirimu? Jika engkau yakin bahawa engkau mempertahankan yang haq dan mengajak kepada kebenaran, maka teguhkanlah pendirianmu sepertimana para perajuritmu yang telah gugur dalam mengibarkan bendera agama ini!
Akan tetapi, jika engkau menginginkan kemewahan dunia, sudah tentu engkau adalah seorang anak lelakiku yang pengecut! dan bererti engkau sedang mencelakakan dirimu sendiri dan menjual murah harga kepahlawananmu selama ini, anakku!

Abdullah: Akan tetapi, aku akan terbunuh hari ini ibu.

Asma' : Itu lebih baik bagimu daripada kepalamu akan dipijak-pijak juga oleh budak-budak Bani Umayyah dengan mempermainkan janji-janji mereka yang sangat sukar untuk dipercayai!

Abdullah: Aku tidak takut mati, Ibu. Tetapi aku khuatir mereka akan mencincang dan merobek-robek jenazahku dengan kejam!

Asma': Tidak ada yang perlu ditakuti perbuatan orang hidup terhadap kita sesudah kita mati. Kambing yang sudah disembelih tidak akan merasa sakit lagi ketika kulitnya dikupas orang!

Abdullah: Semoga Ibu diberkati Allah. Maksud kedatanganku hanya untuk mendengar apa yang telah ku dengar dari ibu sebentar tadi. Allah Maha Mengetahui, aku bukanlah orang yang lemah dan terlalu hina. Dia Maha Mengetahui bahawa aku tidak akan terpengaruh oleh dunia dan segala kemewahannya. Murka Allah bagi sesiapa yang meremehkan segala yang diharamkanNya.
Inilah aku, anak Ibu! Aku selalu patuh menjalani segala nasihat Ibu. Apabila tewas, janganlah ibu menangisiku. Segala urusan dari kehidupan Ibu, serahkanlah kepada Allah!

Asma': Yang ibu khuatirkan andainya engkau tewas di jalan yang sesat.

Abdullah: Percayalah Ibu! Anakmu ini tidak pernah memiliki fikiran sesat untuk berbuat keji. Anakmu ini tidak akan menyelamatkan dirinya sendiri dan tidak memperdulikan orang-orang Muslim yang berbuat kebaikan. Anakmu ini mengutamakan keredhaan ibunya. Aku mengatakan semua ini di hadapan ibu dari hatiku yang putih bersih. Semoga Allah menanamkan kesabaran di dalam sanubari Ibu.

Asma': Alhamdulillah! segala puji bagi Allah yang telah meneguhkan hatimu dengan apa yang disukaiNya dan yang Ibu sukai pula. Rapatlah kepada Ibu wahai anakku, Ibu ingin mencium baumu dan menyentuhmu. Agaknya inilah saat terakhir untuk ibu memelukmu..."

Abdullah:Jangan bosan mendoakan aku Ibu!

Sebelum matahari terbenam di petang itu, Abdullah bin Zubair syahid menemui Rabbnya. Dia kembali kerana mengutamakan redha Allah dan redha ibunya yang beriman.

Diriwayatkan, bahawa Al-Hajjaj berkata kepada Asma' setelah Abdullah terbunuh :
"Bagaimanakah engkau lihat perbuatanku terhadap puteramu ?"

Asma' menjawab :"Engkau telah merosak dunianya, namun dia telah merosak akhiratmu."

Asma' wafat di Mekkah dalam usia 100 tahun, sedang giginya tetap utuh, tidak ada yang tanggal dan akalnya masih sempurna.

[Mashaadirut Tarjamah : Thabaqaat Ibnu Saad, Taarikh Thabari, Al-Ishaabah dan Siirah Ibnu Hisyam]. Semoga Allah meredhai kedua hambaNya, Asma' dan puteranya.


Khatimah

Inilah sebuah teladan yang sangat berharga buat kita semua. Asma' Radiallahu anha bukan sahaja menunjukkan keberaniannya, kepatuhannya kepada Allah, suami dan ayahnya, juga pengorbanannya yang besar, sikap dermawannya dan kecemerlangan berfikir yang menjadi cermin keperibadiannya.

Bersama suaminya, Zubair bin Awwam, terbentuklah keluarga sakinah, mawaddah wa rahmah, bukan kerana harta yang melimpah ruah, tetapi limpahan barakah dan rahmat dari Allah Subhanahu wa Taala kerana ahli keluarganya yang menjadikan kecintaan mereka hanya kepada Allah dan Rasul di atas kecintaan-kecintaan lainnya.

Dari keluarga ini, lahirlah seorang syuhada yang gagah berani, tidak takut terhadap apapun kecuali Allah Subhanahu wa Taala Semoga kisah Asma’ Abu Bakar ini akan sentiasa mekar di jiwa kita sebagai motivasi diri dalam menyemai kecintaan serta menjalankan kewajipan terhadap Rabbul Izzati.



ayuh kaum hawa,
mari kita bina peribadi sehebat srikandi asma' bin abu bakar!!!

Sunday, January 16, 2011

posting

bismilahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah, sekadar post yang ringkas..
ingin kongsikan disini..


penantian yang penuh kesabaran, menuggu jawapan yang pasti..
pastinya tempat yang terbaik yang diinginkan oleh saya sendiri dan setiap bakal guru...


insyaAllah, semuanya Allah yang susun..
Allah yang beri mengikut kemampuan diri hamba-hambanya..
Allah takkan bebankan hamba-hambanya dengan bebanan yang berat..
Allah tak zalim nak aniaya hamba-hambanya..
macam pujuk diri sendiri pula (",)...


buat teman-teman dan rakan-rakan yang dikasihi,
ingin saya khabarkan..
insyaAllah saya akan berkhidmat sebagai guru di sarawak..
insyaAllah..doakan saya!
moga Allah bagi kekuatan serta permudahkan urusan disana..



kata-kata shbt banyak menguatkan saya..
moga saya dapat simpan, sebagai sumber kekuatan..insyaAllah:

"best dapat pengalaman baru kat sana nanti..
berlapang dada dengan ni'mat Allah berikan, mana tau peluang untuk berdakwah ke..."

"ada hikmah tu. kot Allah nak bg ramai mad'u kat sana."

"jauh akak merantau kali ni, Allah bagi medan da'wah yang lebih luas.insyaAllah pasti penuh hikmah..."

rasa terharu dengan kata-kata ni...
moga ianya menjadi sumber kekuatan hati untuk berada disana..
kata-kata bagi diri saya sendiri..

semuanya Allah dah tentukan,pasti ada hikmah yang tersembunyi..
yang pasti sebagai seorang hamba, kita perlu redha kan...
bila redha,insyaAllah hati pun rasa tenang..

perlu g dgn hati yang ikhlas,
optimumkan niat!!

apepun, need to put high trust in Allah..
Allah Almighty, he knows everything...
that we doesn't knows

Friday, January 14, 2011

perkongsian:JDK 2010

Bismilahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah,marilah kita merafatkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Allah swt dengan segala ni'mat yang kita kecapi pada hari. ni'mat kesihatan, ni'mat makanan,ni'mat waktu lapang dan yang utama, semestinya ni'mat iman.tanpa ni'mat iman,mana mungkin kita dapat merasai manisnya iman..halawatuliman...manisnya iman, manis dari gula..moga Allag bagi peluang pada kita nak rasa ni'mat semanis-manis iman...insyaAllah..

alhamdulillah, hujung minggu yang lepas saya berpeluang bersama dan mendekati peserta Jati Diri dan Kesukarelawan (JDK) bertempat di ILIM Besut..seronok adik-adik dapat meluangkan masa selepas SPM dengan program yang dianjurkan oleh Haluan.semoga JDK dapat melahirkan adik-adik peserta yang mempunyai nilai jatidiri yang tinggi..insyaAllah..kalau dilihat modul-modul sepanjang JDK, tidak kurang hebatnya, ada modul kemasyarakatan, modul haluanita, modul riadhah dan lain-lain..tahniah buat adik-adik peserta yang telah memilih untuk menjadi peserta JDK, selama 3 minggu di Besut...pastinya xrugi kan?

berukhwah
alhamdulillah, sepanjang saya disana saya dapat mengenali makcik-makcik haluanita dari kelantan,pahang dan juga terengganu.makcik-makcik datang untuk menjayakan beberapa slot untuk modul haluanita..jangan tak percaya, makcik-makcik datang, ada yang drive sendiri. hebat sungguh semangat makcik-makcik ni.tambah lagi, ada yang datang kemudian terus balik, sebabnya tak dapat cuti.apa yang buat saya kagum, semangat makcik-makcik nak hidupkan suasana modul dan memikul amanah sebagai fasi untuk modul haluanita, kalau nak ikutkan JDK sendiri ada fc, tapi makcik-makcik datang juga...tahniah makcik-makcik!!

selain dari semangat, makcik-makcik haluanita ni ada banyak pengalaman. pengalaman dari pelbagai sudut.makcik-makcik yang datang, bukan sekadar makcik tapi telah melahirkan ramai dai-dai muda insyaAllah. bila dengar mck bercerita bagaimana mendidik anak-anak sehingga ke tahap sekarang.saya betul-betul kagum..sentuhan tarbiah @ didikan mck kepada anak-anak jauh berbeza dengan masyarakat biasa..dari kecil lagi mck tarbiah anak-anak kenal Allah, kenal rasulullah. 

paling senang saya buat beri contoh. kalau nak menulis atau buat ayat, seorang ibu biasannya akan tulis "saya sayang ibu saya",  tapi berlainan dengan mck, dalam tarbiah anak-anak, mck tulis "saya sayang Allah"....nampak tak?bezakan...sejak kecil lagi kenal terap rasa sayang dan cinta kepada Allah...dan ada lagi contoh-contoh lain, kene cedok ilmu dengan mck nie...persiapan =)..lahir dr sudut hati saya, besar sungguh peranan ummi wa abi dalam mentarbiah anak-anak mengenal rabbnya...

tak kurang juga dapat berta'ruf dan berkenalan dengan shbh2 dari maktab terengganu dan juga UNISZA..tak sangka dapat jumpa su kat kg lay out =)...sesungguhnya, banyak kali jumpa rasa macam pertama kali jumpa, ada sahaja perkara nak di perkatakan..hebat betul ukhwah fillah nie..

alhamdulillah, saya juga sempat mendengar ceramah dari bro Azman yang merupakan wakil haluan palestine ke gaza melalui  misi LL4G..
ceramah adalah berkaitan pengalaman beliau disana..
insyaAllah saya akan kongsikan pada  post yang akan datang,
moga Allah beri kelapangan pada saya,insyaAllah..

insyaAllah esok adalah hari terakhir JDK..JDK 2010 akan melabuhkan tirainya...semoga usaha para urusetia,fasilitator di semua zon JDK 2010 akan mendapat nilai yang tinggi di sisi Allah swt...insyaAllah

Tuesday, January 4, 2011

asma' abu bakar

Bismilahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt...

apa khaba yer teman-teman sekalian?semoga dirahmati Allah hendaknya.masih ingat lagi?kmk 2010?..insyaAllah, post kali ini saya ingin kongsikan kisah seorang srikandi yang sangat hebat. biodata srikandi ini telah digunakan dalam slot kembara minda kreatif, salah satu program kmk 2010...sebelum biodata ini diringkaskan, saya cuba fahami kisah kehidupan beliau..subhanallah,sangatlah hebat...

insyaAllah dikesempatan ini, saya ingin kongsikan di sini...

beliau yang saya maksudkan ialah asma' binti abu bakar, atau dikenali dzatun nithaqain

nama lengkapnya adalah Asma’ binti Abdullah bin Utsman Abi Bakar As-Sidik. Lahir pada tahun 27 sebelum Hijriyah, dan termasuk orang-orang pertama yang masuk Islam (Assabiqun Awwalum). Menikah dengan Zubair bin Awwab yang dikenal sebagai salah satu dari orang-orang yang telah dijanjikan masuk surga. Bahkan ia merupakan ibu kepada Abdullah bin Zubair yang dikenal sebagai salah satu dari ke empat orang-orang terkemuka dalam bidang Hadits (al Ibadalah al Arbaah).


Maka tidaklah mengherankan, jika kelahirannya pula merupakan kelahiran pertama yang dirayakan di Madinah. Dan tak hanya itu saja, ayah, ibu, suami, anak, dan saudara perempuan Asma’ bin abu Bakar, merupakan sahabat-sahabat Nabi yang setia. Asma' binti Abu Bakar As-siddiq, saudara kepada Aisyah Ummul Mukminin (isteri Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam), puteri kepada sahabat Rasulullah yang mulia, Saidina Abu Bakar As-siddiq, isteri Zubair bin Awwam, pejuang dan tokoh Islam.


Kedermawanan beliau dapat dilihat jelas melalui ucapan anaknya," Aku belum pernah melihat wanita yang sangat pemurah melebihi ibuku termasuk Aisyah Radhiallahu anha. Beliau (Aisyah) mengumpulkan apa yang diperolehinya sedikit demi sedikit, lantas setelah itu barulah dinafkahkannya kepada mereka yang memerlukannya. Sedangkan ibuku, dia tidak pernah menyimpan sedikit pun sehingga hari esok"


Kebijaksanaan Dzatun Nithaqain


Kecemerlangan berfikir Asma Radhiallahu anha terpancar dari sikapnya yang penuh prihatin dan perhitungan yang bijaksana. Peristiwa Hijrah Abu Bakar menyaksikan pengorbanan seorang sahabat demi Islam, tidak meninggalkan sesen pun harta untuk keluarganya melainkan dibelanjakan keseluruhannya untuk Allah dan rasulNya.

Ketika Abu Quhafah (ayah kepada Abu Bakar radhiallahu anhu) yang masih musyrik menemui keluarganya, beliau berkata kepada Asma',
"Demi Allah! Tentu ayahmu telah mengecewakanmu dengan hartanya, di samping akan menyusahkanmu dengan pemergiannya!".
Jawab wanita yang mulia ini, "Tidak wahai datuk! sekali-kali tidak! Beliau banyak meninggalkan wang buat kami" ujarnya sambil menghibur dan menenangkan datuknya.


Dikumpulkannya batu-batu kerikil yang kemudiannya dimasukkan ke dalam lubang tempat kebiasaannya menyimpan wang. Kemudian dibawakan datuknya yang buta itu ke tempat simpanan tersebut, lantas berkata, "Lihatlah datukku! Beliau banyak meninggalkan wang buat kami!".

Perkataan tersebut ternyata berjaya meyakinkan Abu Quhafah. Maksud perbuatan tersebut adalah untuk menyenangkan hati datuknya, agar tidak bersusah hati memikirkan hal tersebut. Malah, Asma' juga tidak menginginkan bantuan dari orang musyrik meskipun datuknya sendiri. Inilah bukti yang menunjukkan besarnya perhatian beliau terhadap dakwah dan kepentingan kaum Muslimin.


Diberi julukan sebagai 'dzatun nithaqain' oleh Rasulullah yang membawa erti "wanita yang mempunyai dua tali pinggang", sebagai peringatan terhadap peristiwa Hijrah yang menyaksikan pengorbanan dan keberanian Asma' yang tiada tolok bandingannya.

 Beliau bersusah payah menyediakan bekalan makanan dan minuman buat Rasulullah dan Abu Bakar Radhiallahu anhu di saat genting seperti itu. Beliau mengoyakkan ikat pinggangnya kepada dua untuk dijadikan tali pengikat untuk mengikat bekalan makanan dan minuman tersebut, sehingga kerana peristiwa itu Rasulullah mendoakan beliau agar digantikan tali pinggang tersebut dengan yang lebih baik dan lebih indah di syurga kelak.


Tidak hanya itu pengorbanan Asma Radhiallahu anha. Peristiwa hijrah ini turut menyaksikan kekuatan berfikir dan perancangan strategi yang dimiliki oleh seorang Muslimah hasil dari aktiviti politik dan kecemerlangan berfikir yang diadun dengan ketaqwaan dan keimanan yang teguh. Asma' Radhiallahu anha bukan sekadar menjadi penghantar makanan kepada dua orang sahabat yang berperanan penting bagi umat Islam, malah beliau juga menyampaikan berita-berita penting tentang rencana-rencana pihak musuh terhadap kaum Muslimin.

Dengan kehamilannya ketika itu, Asma' mengambil peranan yang menjanjikan risiko tinggi, di mana bukan saja nyawanya menjadi taruhan, malah lebih dari itu, nyawa Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam dan ayahnya turut sama terancam. Memikirkan kemarahan musuh Islam lantaran lolosnya Rasulullah dari kepungan, kafir Quraisy pastinya akan berusaha bersungguh-sungguh mencari-cari Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam untuk dibunuh kerana bencinya mereka terhadap dakwah Islam dan pejuang-pejuangnya.


Di saat-saat genting seperti itu, Asma' mampu meramal segala kemungkinan yang bakal berlaku, dan dengan kecerdikan dan penuh perhitungan, beliau berjalan menuju Gua Tsur sambil menggembala kambing-kambingnya berjalan di belakangnya. Taktik ini dilakukan untuk mengaburi mata pihak musuh kerana jejaknya terhapus oleh jejak-jejak kambing gembalaannya itu. Tindakan ini belum tentu mampu dilakukan oleh seorang lelaki yang berani sekalipun, lantaran hal tersebut bakal mengundang bahaya, kezaliman, dan kekejaman orang-orang kafir Quraisy.


Permasalahan ini tidak cukup sampai di situ. Setelah kejayaan Rasulullah dan Abu Bakar keluar dari tempat persembunyian dan berhasil berhijrah ke Madinah, Asma' Radhiallahu anha dan keluarganya didatangi beberapa orang Quraisy, di antaranya Abu Jahal yang telah bertindak kasar menampar pipi Asma’ Radhiallahu anha dengan sekali tamparan yang mengakibatkan subangnya terlepas!. Asma' menjawab dengan penuh diplomasi saat beliau ditanya tempat persembunyian Rasulullah dan ayahnya dengan berkata," Demi Allah, aku tidak tahu di mana ayahku berada sekarang!"


Hijrah Asma' Radhiallahu anha dan suaminya ke Madinah berlaku selang beberapa lama dari hijrah sebelumnya, di mana pada ketika itu Asma' sedang sarat mengandungkan Abdullah bin Zubair dan hanya menanti detik-detik kelahirannya. Perjalanan yang jauh dan berbahaya ditempuhi jua sehinggalah angkatan para sahabat tiba di Quba'. Kelahiran anak pasangan sahabat ini disambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. Dialah bayi pertama yang dilahirkan di Madinah.


hebatkan asma'?srikandi ni sangat kreatif bila menghantar makanan kepada ayahnya dan rasulullah, beliau membawa kambing bersama untuk mengelakkan kesan tapak kaki nya dapat di kesan oleh kafir Quraisy..kita pun kene contohi asma',nak bawa islam perlu kreatif. bukan mengajar jer cikgu perlu kreatif =)

insyaAllah post akan datang, saya akan kongsikan kisah asma' dan anaknya,abdullah bin zubair...

masa remaja dulu,mck zan ada share riwayat hidup dzatun nithaqain =). pengisian dalam hq remaja, tak dapat dinafikan asma' mmg conth terbaik untk remaja islam,apabila remaja islam dapat hayati kisahnya..insyaAllah