Wednesday, October 27, 2010

jagalah Allah, Allah akan jaga kita..

Assalamualaikum wbt buat teman yang singgah kesini, semoga dirahmati Allah sentiasa...


alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah.satu zat yang Maha Hebat, sekiranya kita benar-benar mengetahui..insyaAllah


alhamdulillah,Allah memberi lagi ruang buat saya untuk berkongsi sesuatu di kolam ini...maaf kiranya kolam ini tidak dapat memberi sedikit manfaat buat kalian yang singgah..mungkin itulah kelemahan saya yang perlu saya perbaiki insyaAllah..bila muhasabah diri, banyak nya kelemahan,tapi apa tindakan yang telah saya lakukan untuk ubah kelemahan kepada kekuatan...moga Allah sentiasa memberi petunjuk buat saya dan kalian semua.


dari hari ke hari, kesibukkan rutin harian kadang-kadang boleh melalaikan kita dari tersasar menuju matlamat utama, maradhatillah, redha Allah. ingatan kita mungkin lebih kepada perkerjaan yang dilakukan. hinggakan, hati fikiran melayang-layang. solat pun tak khusyuk..nauzubillah.moga Allah jauhkan..


teman-teman yang dikasihi. Allah telah berfirman dalam surah al-baqarah ayat 152.




yang bermaksud: 
Karana itu, ingatlah kamu kepada Ku niscaya Aku akan ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada Ku, dan janganlah kamu mengingkari nikmat Ku."


kalau kita ingat Allah, Allah juga akan ingat kita..subhanallah..hebatnya..ayuh kawan-kawan,marilah kita sentiasa ingat Allah,sentiasa zikrullah.mudah-mudahan Allah juga ingatkan kita..insyaAllah.


dalam erti kata lain.sama-samalah kita menjaga Allah,insyaAllah Allah juga akan menjaga kita.jaga Allah macam mana yer?pastinya menjaga batas, hak, perintah dan larangan Allah.samalah juga kalau saya katakan jaga Allah ialah buat apa yang Allah suka, tinggallah apa yang Allah benci.hak Allah yang paling besar pada kita, pastinya beribadah kepadaNya dan tidak menyekutukanNya dengan yang lain...jadi, sebagai seorang muslim.wajiblah kita menunaikan hak Allah terhadap kita..


apabila kita menjaga hak Allah,insyaAllah Allah akan menjaga kita dalam masalah  dan juga urusan duniawi. Sepertimana penjagaan Allah atas badan, harta, anak, dan keluarga para hamba Nya.


Allah telah berfirman dalm surah Ar-Ra'd ayat 11:
"Bagi manusia ada Malaikat Malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah." 



subhanallah...betapa Allah menjaga kita,apabila kita menjaganya...


insyaAllah, disini saya ingin kongsikan satu kisah benar.sudah lama saya ingin kongsikan di kolam ini...semoga kita memperoleh sesuatu yang berharga darinya..




sumber: secangkir metafora



Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang
bagus.Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.


Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan berseorangan.


Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong
itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar
Allah membantu dia disaat itu.


Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.


Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.


Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek
melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.


Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut
walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak
tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).


Dia pun tanya perogol itu..


“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)


Perogol tu jawab:


“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan
awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)


Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadratAllah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursiyang dia baca malam itu.


p/s : MORAL CERITA INI???


Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam.


Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga
hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.


"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]


Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku...
semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat...
sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….


semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari
kejahatan syaitan yang di rejam…….


SHARE FROM MD REDZUAN


petang tadi saya kongsikan kisah ini didalam kelas, mula-mula kelas bising bila dah sampai ke pertengahab cerita.alhamdulillah hanya suara saya yang kedengaran..excited juga nak dengar =)

Thursday, October 21, 2010

selingan...

bismilahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

sebelum saya memulakan bicara, izinkan saya mengajak rakan-rakan dan juga teman-teman, ayuhlah kita ucapkan alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah. dengan rahmat dan kasih sayangNya kita dapat lagi hidup di dunia ini seterusnya menikmati nikmat yang Allah berikan kepada kita terus menerus tanpa henti. betapa kasih dan sayangnya Allah kepada kita.sentiasalah kita syukuri nikmat Allah yang paling besar dalam diri kita, nikmat islam dan juga iman. sama-samalah kita pelihara nikmat ini. janganlah kita mengikut sesetengah golongan yang tidak menhargai nikmat yang paling berharga ini, kerana mereka telah leka dengan nikmat Allah yang lain...semoga Allah mengampuni dosa mereka.

apa khaba yer teman-teman yang dirahmati Allah?maaf dipinta jika air di kolam ini sudah lama tidak berkocak..walaupun pada pandanagn saya, kolam ini tidaklah sedalam mana pengisiannya..namun saya hajat sangat kepada sesiapa yang hadir dapatlah mengutip mutiara,walaupun sebiji (",)...insyaAllah

alhamdulillah, Allah izinkan saya menjadi guru ganti di seru al-hilal walaupun sek ren, sek swasta namun amanah yang diberikan bukanlah ringan.tambahan kanak-kanak di zaman yang serba moden ni. jangan tak percaya yer, ada murid yang tanya "cikgu ada facebook?" tergamam juga bila pertama kali ditanya. sek ren dah pandai main fb? hebat kanak-kanak sekarang...bila saya tanya, "siapa yang ajar guna?" dengan bersahaja dia jawab, kakak saya...

suka main
pada peringkat awal saya di sekolah. saya menghadapi sedikit kesukaran dalam menangani masalah disiplin pelajar. terutamanya bab denda dalam kelas. kalau zaman saya sekolah dulu, kita sangat hormat cikgu. nak borak-borak kosong dengan cikgu pun takut. tapi sekarang tidak lagi. dulu, kalau cikgu masuk kelas terus senyap. tapi, sekarang ni, nak suruh duduk, keluarkan buku dah ambik masa 5-7 minit.ada je kerja nak buat, tepuk kawan, tukar tempat, asal pensel dan macam-macam lagilah..mungkin inilah yang dialami oleh cikgu yang kurang pengalaman seperti saya..kene perbaiki ni,insyaAllah..

denda
berpeluang mengenali cikgu-cikgu yang berpengalaman, saya rasa sangt bertuah. saya suka cara kak chik denda pelajar. antaranya, kena tulis astaghfirullah banyak-banyak. terpulanglah pada kesalahan. bawah tulisan kene tandatangan ibubapa. ada juga yang kene denda solat. solat sunat dhuha =)...pada pandangan saya inilah perbezaannya. cara cikgu mendidik murid-murid, melalui denda, ada juga unsur-unsur tarbawi..jangan tak percaya ye teman-teman, kalau saya bagitahu disini, denda bukanlah benda yang ringan. denda boleh menyebabkam pelajar takut dengan cikgu, dia takut bukan hormat. dia buat kerja rumah bukan untuk belajar, tapi takut cikgu marah...buat semua cikgu dan juga bakal cikgu. fikirlah inisiatif, cara dan juga kaedah denda yang berkesan kepada murid-murid. bukan sekadar untuk menyedarkan kesalahan mereka, tapi untuk mendidik mereka.nama pun mendidik kan?...

jawi
di seru, pemahaman saya tentang tulisan jawi sedikit teruji. ada satu kelas, murid tanya "cikgu, ja ke ca?"..kadang-kadang kita sendiri boleh keliru..untuk kurangkan keliru, biasanya saya akan tanya balik
" awak rasa?ca ke ja?"
"ca cikgu."
kemudian saya akan tanya satu kelas, jika semua kata ca. saya akan jawab " ca lah,insyaAllah"....
itulah strateginya...
sekarang ni saya sedang siapkan kertas peperiksaan, kene guna tulisan jawi..alhamdulillah. saya refer di web ini ejawi online. buat teman-teman yang nak belajar, silakan..

kalau dicerita pasal seru, memang banyak perkongsiannya.doakanlah saya supaya dapat mendidik murid-murid dalam suasana yang tarbawi..insyaAllah..bila fikirkan cabaran mereka bila dewasa kelak, saya nak kongsi macam-macam dalam kelas..betapa perlunya kita kepada islam dan hubungan yang kuat dengan Allah swt..


terima kasih kerana kujungan kalian ke kolam ini..
semoga Allah berkati dan rahmati kita semua..
insyaAllah



semoga Allah pandu kita semua menuju jalan lurus. 
jalan yang Dia berikan nikmat. 
bukan jalan mereka yang sesat..insyaAllah..



Sunday, October 3, 2010

di penjara saat peperiksaan hampir

bismilahirrahmanirrahim....
Assalamualaikum wbt...


alhamdulillah...segala puji hanya bagi Allah...


apa khaba ye teman-teman?
terutamanya kepada adik-adik yang bakal menghadapi peperiksaan..kalau tak silap saya, peperiksaan percubaan sedang atau bakal berlangsung. semoga Allah permudahkan urusan kalian..yakinlah dengan pertolongan dari Allah..setelah usaha, tawakal lah kepada Allah..perlu ada usaha, barulah boleh tawakal. betul tak?


alhamdulillah, setiap kali musim peperiksaan. semua pelajar dapat menggunakan masa yang ada untuk membuat persiapan akhir.semua pihak akan memberi semangat. termasuklah guru, kawan-kawan dan pastinya ibu bapa. tapi, tahukah kita, saudara kita di palestine lain pula nasibnya...


jauh sekali berbeza dengan kita, betapa Allah uji mereka setiap waktu..di saat hendak peperiksaan, tentera israel cuba untuk menyekat pelajar atau remaja palestine dari mengambil peperiksaan...pihak israel tidak mahu remaja palestine mempunyai pendidikan..mereka cuba sedaya mungkin mencari muslihat untuk menangkap remaja yang bakal menghadapi peperiksaan akhir.


untuk keterangan lanjut..saya ingin kongsikan artikel yang bertajuk "remaja palestin di penjara saat peperiksaan sekolah semakin hampir. sumber dari haluankelantan


tentera israel menghalang pelajar palestin ke sekolah

Terletak di utara Hebron di Tebing Barat yang diduduki Israel, pintu masuk ke kampung Beit Ommar, Palestin juga merupakan tapak bagi sebuah pos tentera Israel. Sebuah gerbang kuning besar dibuka dan ditutup atas pemantauan tentera Israel, yang boleh menyekat secara langusung pergerakan  penduduk bandar dari seluruh Tebing Barat pada setiap masa. Beit Ommar telah dijajah sejak tahun 1948, dan hari ini bandar ini terus menderita kesan pendudukan penempatan haram Israel di sekitarnya yang semakin melebar. Jody McIntyre wartawan dari Electronic Intifada telah mewawancara seorang penduduk Beit Ommar, Puan Amal al-Montallab.
Jody McIntyre (JM): Sila memperkenalkan diri.
Abed Amal al-Montallab (AM): Nama saya Amal Abed al-Montallab, 45 tahun, dan saya mempunyai enam anak, tiga puteri dan tiga putera. Kami hidup di daerah Thahr al-Burrahesh Beit Ommar. Anakku tertua, Ammar, adalah 17thn dan saat ini dia di penjara. Anak-anak saya yang lain masih kecil dan masih di sekolah, jadi hanya suami saya sahaja yang bekerja, tetapi dia tidak boleh bekerja di kawasan Israel kerana dia telah dipenjara dua kali sebelum ini, kesannya, suami dibayar upah yang rendah. Tapi kami sedar bahawa cerita kami tidak unik, ada keluarga yang lebih ramai di sini memiliki kisah yang sama.
JM: Bolehkah anda ceritakan tentang saat tentera Israel datang untuk menangkap Ammar?
AM: Kejadian itu berlaku pada dua bulan yang lalu (Julai 2010). Tentera Israel menyerbu dan menduduki persekitaran, dan mula bertanya di mana mereka boleh mencari rumah Mohammed Abdul Hameed Abu Maria, suami saya, tetapi tetangga mengatakan kepada mereka bahawa mereka tidak pernah mengetahui rumah orang tersebut. Ada seseorang telah memberikan maklumat tidak tepat kepada tentera, kerana mereka sedang mencari seseorang bernama Omar, bukan Ammar.
Seminggu kemudian mereka datang kembali, tapi kali ini mereka yakin tentang nama dan lokasi rumah kami. Saat itu jam 2.00 pagi. Sepuluh orang tentera menyerang rumah kami dan betindak sangat keras terhadap anak-anak kami. Mereka bertanya kepada suami saya di mana anak saya Ammar, dan suami saya mengatakan kepada mereka bahawa Ammar sedang bekerja di Jericho. Kemudian, mereka memaksa suami saya ke ruangan berasingan, dan bertanyakan kepada anak-anak saya yang lain soalan yang sama, satu-per-satu, tetapi mereka semua memberikan jawapan yang sama: “Abang kami bekerja di Jericho.” Mereka cuba untuk menghelah suami saya dengan mengatakan kepadanya bahawa salah seorang anak-anak kami telah memberitahu mereka bahawa Ammar berada di desa, tetapi suami saya menjawab, “Aku tahu bahawa tidak seorang pun dari anak-anak aku mengatakan sedemikian kepada kamu, dan itu hanyalah dari fikiran kamu semata.” Akhirnya, tentera Israel beredar.
Kami menutup pintu dan tidur kembali, tetapi lima minit kemudian askar-askar yang sama menyerbu rumah kami lagi, kali ini dari pintu belakang, dan berada di rumah kami selama dua jam. Komander tentera datang dan mengambil nombor telefon kami, Dia berkata kepada kami bahawa dia tahu Ammar sedang tidur di rumah pakciknya, tetapi mereka tidak mahu pergi ke sana kerana akan terjadi masalah. Mereka memberi kami kertas memerintahkan kami untuk membawa Ammar ke sebuah pangkalan tentera yang berhampiran untuk disoalsiasat, pengkalan tentera itu terletak di pemukiman Gush Etzion, tapi saya menolak kerana saya tahu bahawa Ammar masih ada ujian akhir untuk belajar. Komander itu berkata, “Jika anda tidak membawa dia, esok kami akan menembak dia sampai mati!”
Keesokan harinya, mereka menelefon kami dan mengatakan bahawa kami punya waktu sepuluh minit untuk membawa Ammar kepada mereka, jika tidak, mereka sendiri yang akan menangkap Ammar, dan menembak dia di depan mata kami.
Kami bimbang kerana kami tahu bahawa seseorang di persekitaran kami dengan mudah bekerja untuk tentera Israel dan membuat masalah kepada Ammar. Kami juga bimbang bahawa mereka mungkin menangkap Ammar di sekolah, di hadapan semua pelajar, yang pasti akan mengakibatkan pertengkaran dan penangkapan yang lebih ramai.
Suami saya memberitahu kepada komander bahawa kami akan membawa Ammar kepada mereka setelah dia selesai ujian, dan menawarkan membayar wang untuk penangguhan tersebut atau rela dirinya ditangkap sahaja sementara menanti Ammar menyelesaikan peperiksaannya, tapi mereka menolak.
Ammar masih dalam penjara sekarang, sudah dua bulan berlalu, dan peguam berfikir dia akan berada dipenjara selama antara 5-7 bulan secara keseluruhan. Pihak tentera mengatakan bahawa anak kami melemparkan batu, dan tindakan Ammar itu boleh mengakibatkan seseorang terbunuh, tetapi mereka belum ada satu bukti pun.
JM: Mengapa anda fikir mereka ditangkap Ammar?
AM: Mereka mahukan Ammar kerana dia belajar untuk ujian akhir. Tentera Israel bertindak sedemikian saban tahin, mereka menangkap anak lelaki ketika mereka mempersiapkan diri untuk peperiksaan akhir agar anak-anak remaja kami tidak berpendidikan. Apabila mereka menangkapnya pada saat hari peperiksaan hendak bermula, dan secara automatik apabila anak-anak ini tidak dapat hadir peperiksaan, mereka akan kehilangan satu tahun pendidikan.
Ada seorang remaja kami di persekitaran ini yang ditahan tiga tahun berturut-turut. Setiap tahun, mereka menangkapnya tepat sebelum peperiksaan akhir, dan kemudian dua bulan kemudian melepaskannya.
Jika tentera Israel takut anak-anak kami membaling batu, mereka harus tahu bahawa kami menderita yang amat sangat. Tapi kami sabar, dan saya yakin, tatkala anak saya dibebaskan kembali, dia akan kembali ke sekolah. (EI)