Tuesday, September 28, 2010

bangkitlah umat islam!

Bismilahirahmanirrhim...
alhamdulillah, segala puji hanya bg Allah tuhan sekalian alam...
selawat dan salam ke atas rasulullah saw, sahabat serta saudara baginda..

apa khabar teman-teman sekalian?semoga sihat hendaknya..
buat adik-adik di IPT, pastinya sekarang ini sedang bertungkus lumus merpersiapkan diri untuk final exam. moga Allah permudahkan urusan kalian...update dan refresh niat selalu,semoga ianya membantu adik-adik semua membina keyakinan diri insyaAllah..

alhamdulillah, di kesempatan ini saya ingin kongsikan satu kisah yang saya dapat dari email...kisahnya simple sahaja..boleh dijadikan tazkirah..boleh juga kita aplikasikan kisah ini apabila bersama adik-adik, kawan-kawan dan ahli-ahli halaqat atau usrah, insyaAllah..

semoga bermanfaat untuk kalian..
dalam menghidupkan lagi roh islam dalam diri kita,insyaAllah..

 ayah saya semasa satu program Haluan di kelantan (",)


kisah ini sangat menarik utk diceritakan, terutamanya ketika dalam tazkirah2 ringkas...

perumpamaan yg baik dan dapat diterima akal akan lebih diingati dan dimanfaatkan oleh para pembaca...

...Seorang guru sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. ..

Ia duduk menghadap murid-muridnya Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam.Si guru berkata,

"Saya punya permainan... Caranya begini, di tangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka berserulah "Pemadam!"Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti..

Si guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat.Beberapa saat kemudian sang guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka berserulah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!".

Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok...

Selang beberapa saat, permainan berhenti. Si guru tersenyum kepada murid-muridnya.

"Anak-anak, begitulah kita ummat Islam. Mulanya yang haq itu haq,yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. ..

Namun kemudian,musuh musuh kita memaksakan kepada kita dgn berbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya.. .

" Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut,tapi karena terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka,akhirnya lambat laun kalian terbiasa dengan hal itu..

Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kalian tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan etika.""Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, sex sebelum nikah menjadi suatu hiburan dan trend,materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain.""Semuanya sudah terbalik....

Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya. Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Paham cikgu..."

"Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan. "Cikgu ada Qur'an, cikgu akan letakkannya di tengah karpet.

Sekarang anda berdiri di luar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada di tengah tanpa memijak karpet?"Murid- muridnya berpikir..

Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat, dan lain-lain.

Akhirnya si Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet.

"Murid- murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya.

..Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang. .

Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah.

Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka...Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sedar."

"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat."

" Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan. ..

""Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda."

"Mulai dari perangai anda,cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim,

tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka...

Dan itulah yang mereka inginkan.""Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (perang pemikiran).. .

Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita.."Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?"tanya mereka..

"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi..

apa lagi yg tercengang2 tu?? ayuh kita kejutkan umat Islam lain yg masih tertidur!!!

Wallahu'alam. .=) 

*Alhamdulillah, Allah memberi peluang buat saya berkhidmat untuk SERU Al-hilal buat kali kedua, bermula pada hari ini..mungkin blh share tazkirah ni dengan murid-murid...insyaAllah

Monday, September 27, 2010

dalam kenangan


bismilahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah..tuhan sekalian alam...yang sentiasa melimpahkan rahmat dan kasih sayangNya kepada kita semua..

sudah banyak kali saya ingin update post, tapi setiap kali pasang niat. Allah izin singgah pula ke tempat lain. terharu, terpaku, juga tersentuh dengan post shbt dan shbh yang menceritakan kenangan masing-masing bersama almarhum ustaz dahlan..sayang sekali..tiada kisah yang dapat saya coretkan di sini..kerana saya bukanlah pelajar matri, saya tidak pernah berpeluang bertemu dengan almarhum. namun syahsiahnya, kata-katanya saya sentiasa dengar dari penyampaian anak-anak didik ustaz dahlan. termasuklah dari ayah saya sendiri..

alhamdulillah, coretan daripada shbh2 dan juga shbt2 banyak mengambarkan lagi syahsiah ustaz yang mencerminkan qudwah hasanah serta semangat kentalnya dalam menyebarkan da'wah dan tarbiah..antaranya dari blog ukhti yang di kasihi, anis. ada dua post, iaitu perginya seorang murobbi (1)  dan perginya seorang murobbi (2).brohamzah juga ada sertakan beberapa link dalam postnya.

saya juga terkejut apabila melihat statistic untuk post perginya udmz sangat tinggi berbanding yang lain. jzkillahukhoir buat ukti nawal kerana mengizinkan saya copy dan paste kan ke kolam ini..kerana malam tersebut, saya ingin tahu kisah yang berlaku. alhamdulillah saya jumpanya di blog nawal.

semoga Allah menempatkan rohnya bersama para solihin, siddiqin dan syuhada..

semoga usaha yang telah dilakukan oleh almarhum dapat diteruskan oleh anak didiknya dan kita juga dalam menegakkan deen yang mulia ini ke tempat yang paling tinggi, paling mulia..insyaAllah..

semoga kita istiqomah dan dipermudahkan Allah swt..ameen



Sunday, September 19, 2010

perkongsian:perginya UDMZ


insyaAllah di sini saya ingin kongsikan
dengan teman-teman rentetan kisah pada hari ini...

Ustaz Dahlan telah tiada...



Oleh : Nawal Abd Kadir


Bismillahirrahmanirrahim...


terasa ingin berkongsi rentetan kisah yang terjadi hari ini. Kisah sedih yang mengundang air mata di setiap wajah yang melihat keadaan Ustaz, juga pada raut mereka yang menatap wajah suci ustaz yang telah pergi menyahut seruan Ilahi..tiada dapat ditahan sebak itu, tiada dapat disekat air mata itu... Begitulah impak pemergian seorang GURU juga MUROBBI kepada semua anak-anak muridnya, semua pengikut dan setiap insan yang mengenalinya...


Ustaz ini ialah al-Fadhil Dato' Kaya Bakti Ustaz Dahlan Mohd Zain.





Beliau ibarat seorang bapa kepada semua.


Beliau adalah Mudir pelajar-pelajar MATRI.


Beliau adalah Ustaz yang tidak jemu mencurahkan Ilmu.


Beliau adalah seorang da'ie yang tiada penat menyebarkan dakwah dan tarbiyyah.


Ustaz Dahlan adalah segalanya bagi kita semua yang mengasihiNya kerana Allah swt.



Hari ini, hari Sabtu : 18 September 2010, jam 9.55am Ustaz Dahlan telah pergi meninggalkan kita semua. Cuba saya kongsikan rentetan peristiwa pagi tadi...



" Lebih kurang jam 5.00 am terdengar bunyi kereta,pintu pagar dan motosikal...tidurku sedari malam tadi kurang nyenyak, asyik terjaga dan berubah tempat. Justeru mendengar bunyi-bunyian di luar mengundang tanya dalam benakku. Namun, tidak pula aku keluar daripada bilik. Jam 5.30am, aku terdengar bunyi motor pulak..ingat abah ke masjid.. Tiba-tiba terdengar suara Ummi memanggilku dari luar bilik..aku menerpa keluar..


Kata Ummi " Ustaz Dahlan nazak...". Jantungku tersentak. Ya Allah...



" Abah p tengok ustaz ka?" Aku menyoal tapi tiada jawapan.


Cerita Ummi begini; Setelah menerima berita Ustaz Dahlan sedang nazak, Abah bergegas menuju ke Wad CCU di HTTF..namun abah mendapati tiada sesiapa di situ, rupanya ustaz sudah dipindahkan ke Wad First Class. Abah pulang ke rumah dan bertanya Ummi. Mu'az pula keluar dengan Nabil pergi menziarahi Ustaz pada jam 5.30 am. Kemudian, abah pergi menziarahi Ustaz bersama dengan Ummi jam 6am lebih..


Aku tinggal bersama adik-adik. Setelah Ummi pulang aku bersiap untuk pergi menziarahi Ustaz, namun tiada peneman. Lalu aku menunggu Abah untuk pulang kerana ingin menggunakan motosikal. Dalam pada itu aku menghantar sms kepada Yusra dan Ana Razak. Mana tahu aku boleh menumpang mereka untuk menziarahi ustaz. Namun, Yusra baru sahaja kembali daripada hospital manakala Ana tidak membalas sms ku.. Aku duduk menunggu sambil menyediakan sarapan pagi. Dalam hati berdoa agar aku sempat menziarahi ustaz..aku turut berdoa agar Ustaz boleh bertahan untuk beberapa hari kerana Matri akan dibuka semula selepas cuti pada hari Ahad ini. Justeru ramai pelajar Matri yg berhajat untuk menziarahi ustaz...Terus kuberdoa..


Hatiku sudah tidak sedap. Berdebar-debar. Aku melihat jam..ketika itu 9.35am..Abah masih tidak pulang..sementara menunggu aku membuka labtopku dan melihat status di fb..Hilal menyatakan kondisi ustaz..dalam pada itu ummi memberitahu Ustaz akan dibawa pulang ke rumah. Cepatnya nak bawa ust balik. Desisku sendiri.


" Ummi, ustaz tak dak harapan dah ka?" soalku pada Ummi.


Ummi mengiakan kataku. Hati rasa bagai digerit-gerit. Hajat nak keluar menziarahi ustaz terbantut pula kerana ustaz sudah dipindahkan ke rumah. Lalu aku mengajak Ummi menemaniku ke rumah Ustaz. Aku bersetuju untuk memandu kereta. Sementara Ummi bersiap, aku kembali ke labtopku.. aku menulis di status hilal tentang kepulangan ustaz ke rumahnya di Mata Ayer..


Ketika itu jam 9.50am... Aku berkira-kira untuk menulis di ruang fb ku untuk meminta sahabat-sahabat mendoakan Ustaz...tiba-tiba terdengar suara Ummi sebak..


" Nawal..!! Nawal..!! Ustaz tak dak dah...".

 
Aku terdiam. Terpaku depan labtopku. Jantungku berdegup pantas. Hatiku sakit tetapi tiada air mata yang mengalir. Terasa sedikit terkilan tidak dapat menziarahi dan menatap wajah ustaz tatkala nyawa masih dikandung jasadnya yang kurus... Aku pantas menghantar sms kepada sahabat-sahabatku yang dekat dan yang jauh terutamanya...mereka-mereka yg sempat terlintas di fikiranku..


Aku bergegas bersiap. Ummi menelefon Mak Cik Masturah. Mak Cik Mas baru tiba daripada Sg.Petani. Aku keluar bersama Ummi dan menjemput Mak Cik Mas di rumahnya. Setelah itu kami menjemput Mak Cik Na. Kami berempat bergerak menuju Mata Ayer. Dalam perjalanan yang sunyi itu sesekali terdengar suara mereka bertiga menyatakan rasa sedih dan terkejut kerana masing-masing meletakkan dalam hati secebis harapan agar ustaz sedar dan dapat bersama keluarga serta isteri. Namun, tentu perancangan dan penyusunan Allah lebih baik.


Kami tiba di rumah Ustaz lebih kurang jam 10.30am. Keadaan di rumah itu senyap sahaja. Kelihatan para sahabat duduk di luar rumah dan sahibah berada di dalam rumah. Ketika itu kelihatan sahabat dan sahibah daripada Perlis dan negeri-negeri utara yang ada di situ. Kami bersalam-salam dengan mereka dan tentunya dengan Aunty Nali. Setelah duduk seketika dan sahabat2 keluar daripada bilik Ustaz, antara yang sempat ku lihat ialah Ust.Hadi,Ust.Omar, Ust.Zainuddin,Cg.Nordin dsb. Kemudian, kami masuk ke bilik ustaz.


Subhanallah... tiada kata dapat diungkapkan melainkan air mata yang mengalir. Sedih melihat ustaz yang kurus begitu. Sudah lama aku tidak menatap wajah ustaz. Paling akhir aku melihat ustaz adalah ketika Hari Kece di Matri pada bulan lima. Kemudian, kelihatan Abg Zaini membawa 3 anak daranya melihat ustaz. Mereka bergilir mencium dahi ustaz dan kemudian masing-masing menangis. Mereka memeluk Abg Zaini dan esakan mereka semakin kuat. Aku bertambah menangis melihat mereka yang kehilangan 'tok bah' kesayangan mereka. Kemudian mereka bergerak memeluk Aunty Nali yang berada di sebelah kanan katil Ustaz.



Sungguh. Sesiapa sahaja yang melihat wajah ustaz kala itu pasti akan menangis. Ustaz sangat kurus dan cengkung. Aku meredhakan pemergian ustaz yang dikasihi.. Allah telah merehatkan ustaz dalam kerehatan yang panjang setelah ustaz berjuang sepenuh hati dan jiwanya sepanjang kehidupanya di atas muka bumi Allah ini.


Seusai keluar daripada bilik ustaz, kami pun beransur pulang. Kami pulang ke rumah dan memasak nasi untuk ahli keluarga ustaz. Kemudian, aku bersama Yusra membawa nasi putih ke rumah ustaz pada jam 12.30pm. Lauk pula dibeli oleh Cikgu Nordin. Kak Ayan memintaku menghantar nasi itu ke rumah tok / rumah Pak Usu.


( Pak Usu sekeluarga tiada di rumah kerana mereka berada di Kelantan. Orang terdekat dengan Ustaz tiada di sisi saat pemergianya.Ini juga penyusunan Allah.).


Kemudian, aku menemani Yusra,Amni dan Nuha ke bilik ustaz sekali lagi. Yusra juga menitiskan air matanya saat melihat wajah ustaz... Kelihatan Afdholul Rahman dan seorang sahabat membaca ayat suci al-Quran di sisi ustaz.. Sekejap sahaja disitu dan kami beransur ke rumah Tok.( ibu kepada Ummi Halimaton ).


Kami keluar mengikut pintu belakang rumah ustaz. Aku terpandang stor arwah Ummi Halimaton. Tergambar di fikiranku susuk tubuh Ummi di situ mencari barang-barang. Aku berasa sangat sebak dan menangis. Aku sangat rindukan Ummi Halimaton. Kini, ustaz pula menyusul pemergian isteri tercinta. Tahun lepas 14 Mei 2009, pemergian Ummi telah menyentap tangkai jantungku. Kesedihan menyelubungi semua yang mengasihinya. Kini, kisah berulang lagi apabila ustaz Dahlan pula pergi menghadap Ilahi...


Kami berempat duduk di rumah tok dan membaca surah Yaasin bagi mengisi ruang masa yang ada. Sir Abduh ada menghantar sms supaya tidak berbual kosong dan mengisi masa dengan berzikir, membaca al-Quran ataupun diam sahaja. Kemudian, para sahabat menunaikan solah zuhur di Rumah Pak usu/Tok itu. dan kira-kira jam 2.30pm kami pulang ke rumah.


Jam 4pm. Aku, Ummi, Muaz,Nuha dan Yaasir bergerak ke Matri untuk solah Asar dan solah jenazah. Jalan untuk masuk ke Matri sesak. Tempat parking juga penuh. Kami meletakkan kereta di dewan makan dan berjalan menuju musolla. Ketika kami sampai jenazah sudah sampai dan dibawa ke atas musollah. Begitu ramai sahabat dan sahibah yang dapat kulihat namun tidak semua dapat kusapa. Ramai anak-anak murid ustaz berada di bumi Matri daripada batch pertama sehingga lah batch sekarang...subhanallah...


Selesai solah jenazah, aku gegas turun ke bawah untuk melihat jenazah di bawa ke van jenazah. Kemudian, kami berempat berserta MakCik Sarah (pakcik Nasa,Jalan Kebun) menaiki kereta ke tanah perkuburan Kg.Tunjong.. Sebenarnya solah jenazah turut dilakukan di rumah Ustaz sepertimana Ummi Halimaton dulu sebelum dibawa ke Matri.


Sewaktu Ummi Halimaton dahulu, tazkirah di kubur diberikan oleh Ust.Omar, namun tazkirah setelah pengkebumian Ustaz Dahlan diberikan oleh Abu Ammar. Tazkirah diberi dalam Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris. Sungguh sayu suasana ketika itu. Aku tidak dapat mendengar dengan jelas kerana ramainya orang membanjiri kawasan perkuburan. Kulihat air mata kak Amani, dan sahibah-sahibah lain mengalir saat tazkirah disampaikan. Aku kesana kemari melayan kerenah Abdullah Yaasir yang mula merengek.


Dalam pada itu, sempat juga aku menziarahi pusara Ummi Halimaton yang sangat kukasihi. Ramai juga yang ikut menziarahi pusara Ummi kesayangan ramai itu. Setelah selesai tazkirah, masing-masing bersalaman dan beransur pulang. Sempat ku dengar cerita Kak Amani yang berkisah dengan sahibah saat abahnya dijemput Allah. Menurut Kak Amani, Ustaz melepas dua kali nafas secara perlahan sahaja. Ketika itu, di sisi Ustaz ada Ust.Hadi,sahabat-sahabat dan anak-anak Ustaz. Tiada yang terkilan,kata Kak Amani. Alhamdulillah.


Kak Amani juga menyebut bahawa selepas jenazah Ustaz dimandikan dan dikucup oleh ahli keluarga dan cucu-cucu, anak murid ustaz turut diberi peluang untuk mengucup dahi ustaz. Ramai yang berkesempatan berbuat demikian dan semuanya menangis. " Masing-masing menangis macam abah mereka sendiri yang tiada" begitulah kata Kak Amani yang bercerita dalam sebak. Sungguh tabah anak perempuan tunggal Ust.Dahlan dan Ummi Halimaton itu..Keadaan Aunty Nali juga sungguh tabah dan kuat. Aunty sempat berbakti kepada Ustaz dengan menjaganya sepenuh jiwa dan raga. Itu dapat kulihat dari raut wajah bersih Aunty Nali yang kukasihi...


Begitulah serba sedikit kisah hari ini. Kisah aku menghadapi pemergian seorang Murabbi Hakiki.


Kata Ummiku..Allah mengambil Ustaz sedikit demi sedikit daripada kita supaya kita tidak terkejut. Ya lah, ustaz sudah koma hampir 44 hari semenjak 8/8/10 lagi.. Semakin lama kita mendapat berita tentang prestasi kesihatan Ustaz, walaupun jauh di sudut hati kita berat nak melepaskan ustaz, namun sedikit sebanyak hati sudah bersedia untuk menerima keadaan yang tidak dijangkakan...Ya. Janji Allah itu benar. Mati itu pasti. Bersediakah kita yang masih hidup ini?


Dalam kisahku ini dapatlah digambarkan betapa sedih dan pilunya semua apabila mendengar berita tentang Ustaz. Dari jauh bergegas bertolak datang ke Perlis tanpa mengira penat dan lelah. Ustaz Dahlan abah kita semua yang sangat sabar,tegas,menunjukkan qudwah hasanah,dan dirinya disimbahi hikmah dan akhlak yang menyentuh hati. Tidak hairanlah mengapa kita sangat kasih kepadanya dan sangat tersentuh dengan pemergianya. Dapat juga kita lihat ukhuwwah islamiyyah yang terjalin antara sahabat sahibah seluruh Malaysia,juga pelajar Matri, juga anak-anak murid Ustaz Dahlan.


Moga keutuhan jalinan hati ini sentiasa terikat atas keimanan dan ketaqwaan kepada Allah swt walaupun setelah pemergian Ustaz Dahlan. Mari sama-sama kita buktikan kecintaan kita kepada Ustaz Dahlan keranaNYa dengan berkerja keras di atas medan dakwah dan tarbiyyah demi memastikan kelangsungan tarbiyyah imaniyyah ini sampai ke dalam hati masyarakat kita.



Aku memohon maaf andai ada salah dan silap dalam setiap kata saatku berkisah ini. Moga Allah redha kita semua."




Wallahualam.

Saturday, September 18, 2010

Al-fatihah


Al-Fatihah buat Al-fadhil Ustaz Dahlan 
yang telah pulang ke rahmatullah pagi tadi..
semoga Allah merahmati arwah 
dan dihimpunkan bersama-sama orang yang soleh..
ameen..

Monday, September 13, 2010

salam aidilfitri

insyaAllah dikesempatan ini saya ingin mengucapkan salam aidilfitri buat semua teman-teman di sini..

"kullu 'aam wa antom bikhoir, wataqabbalallaahu minna waminkum"

semoga dengan kembalinya kita kepada fitrah kita yang asal..

kita tetap dapat laksanakan amalan-amalan yang kita lakukan sepanjang madrasah ramadhan..insyaAllah..


semoga ramadhan yang berlalu membawa bersama amalan-amalan yang telah kita lakukan ikhlas kerana Allah swt, dan kita termasuk di kalangan mereka yang bertaqawa..insyaAllah..ameen..

semoga kita di jauhkan dari golongan orang yang malang. 

sepertimana sabda rasulullah saw sewaktu menaiki mimba di Madinah:
" sangat malang orang yang berkesempatan melalui ramadhan tetapi tidak diampunkan dosanya". (HR: ibnu khuzaimah, al-naihaqi)

semoga Allah pertemukan lagi kita dengan ramadhan pada tahun depan..ameen



Tuesday, September 7, 2010

makanan di bulan puasa

Bismilahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah tuhan sekalian alam. yang mengizinkan kita semua berada dalam madrasah ramadhan, bulan yang mulia. bulan yang Allah telah jadikan untuk hamba-hambanya beribadah. saya teringat satu hadis yang tv3 selalu tayang sebelum berbuka puasa yang lebih kurang maksudnya (kalau salah minta baiki yer (",) ):


"setiap sesuatu ada kemuncaknya, dan kemuncak bagi ibadah adalah di bulan ramadhan"

saya kira sekarang ni kebanyakkan masyarakat sibuk dengan persiapan hari raya. kalau pergi ke bandar kota bharu dua tiga hari sebelum raya, pasti terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.mana tidaknya semua anak kelantan dari seluruh malaysia balik ke kampung. termasuklah kak long saya yang tinggal disabah. mengikut kajian yang di buat, anak kelantan adalah yang terbanyak di setiap. betul ker?

di dalam kesibukkan membuat persiapan untuk hari raya, janganlah kita leka yer. kita sekarang berada 10 terakahir ramadhan. dimana Rasulullah apabila berada di 10 terakhir ramadhan, baginda akan meningkatkan lg ibadahnya. 


seperti mana Aisyah ra meriwayatkan Rasulullah bersungguh-sungguh pada 10 terakhir melebihi kesungguhannya pada masa-masa lain. Aishah ra juga meriwayatkan, maksudnya:


" adalah Rasulullah saw pada 20 terawal mencampurkan antara solat dan tidur. apabila tiba 10 terakhir, baginda bersungguh-sungguh, dan mengetatkan kainnya". (HR: Ahmad)


qiam di masjid
Alhamdulillah, boleh dikatakan setiap masjid di kota bharu ni mengadakan program qiamullai pada 10 terakhir ramadhan, tinggal umat islam datang dengan niat untuk i'tikaf di masjid. ada juga masjid yang menyediakan sahur. alhamdulillah, kaum ibu boleh fokus qiam dari sibuk menyiapkan sahur. moga amalan ini dapat diteruskan lagi di kota baharu bandaraya islam. 


walaupun sahur di sediakan, kadang-kadang makanan tidak mencukupi untuk setiap jemaah. alhamdulillah, walaupun kami tidaklah saling kenal mengenali, tapi kami dapat berkongsi makanan sama-sama. sama banyak dan sama sikit, kata imam masjid kita makan bukan untuk kenyang tapi nak ambik berkat makan sahur, insyaAllah.


tiada makanan
insyaAllah saya sebenarnya hajat nak kongsi satu artikel dari berita harian berkaitan mangsa banjir di pakistan juga saudara kita seislam. moga kita sama-sama mendapat manfaat, dan sama-sama mensyukuri nikmat makanan yang Allah berikan untuk kita di Malaysia, alhamdulillah..



KANAK-KANAK mangsa banjir dihurungi lalat di kem pelarian di Pakistan.

PESHAWAR: Ia adalah sekeping gambar yang menceritakan penderitaan mangsa bencana banjir Pakistan: Empat kanak-kanak kecil terbaring di atas tikar dihurungi lalat, dengan seorang daripadanya menghisap botol susu kosong.


Gambar oleh jurugambar Associated Press, Mohammad Sajjad itu dirakamkan di sebuah kem mangsa banjir di Azakhel, kira-kira 30 kilometer dari Peshawar.



Kanak-kanak yang menghisap botol susu itu dikenal pasti oleh the Guardian sebagai Reza Khan, dua tahun. Akhbar Britain itu yang terharu dengan gambar berkenaan berusaha mencari Reza dan menemuinya di kem pelarian terbabit.



Sebanyak 19 keluarga berada di kem itu semuanya pelarian warga Afghanistan yang sebelum ini lari ke Pakistan akibat perang di negara sendiri dan kini terpaksa pula melarikan diri dari banjir yang melanda sejak lebih sebulan lalu.


Reza ditemui di dalam khemah bersama ibunya, Fatima, serta enam daripada tujuh adik beradiknya yang berhimpit di dalam khemah berlantaikan lumpur itu.
Reza masih lagi memegang botol susunya yang kosong.


Fatima cuba menenangkan anaknya itu yang kerap menangis kerana dahagakan susu. Kembarnya Mahmoud juga menangis tidak berhenti-henti.
"Mereka belum makan apa-apa lagi hari ini. Saya tidak ada makanan untuk diberi kepada mereka, kata Fatima.


"Anak ini menangis kerana kelaparan, kata Fatima menunjuk kepada Reza dan kembarnya.


Sudah sebulan mereka ini tidak dapat minum susu.


Bapa Reza, Aslam, berada di sebuah hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan bagi anak perempuannya berusia tujuh tahun yang menghidap penyakit kulit berikutan persekitaran yang amat kotor.


"Kami sudah berada di sini sebulan, sebulan lamanya! Kami sudah penat dihurungi lalat dan tanpa bekalan makanan.


Sebelum bencana banjir ini suami saya mempunyai pekerjaan. Kami miskin tetapi perut kami tetap dapat diisi, kata Fatima.


Fatima berkata keluarganya bernasib baik sempena Ramadan kerana ramai yang mengadakan majlis berbuka puasa untuk orang miskin.


Anak saya pergi ke majlis itu untuk mendapatkan makanan tetapi saya risau apabila Ramadan berakhir minggu ini di manakah mereka akan dapat makanan, kata Fatima. AFP 

Monday, September 6, 2010

dah lepas ke belum?


ramadhan masih lagi berbaki beberapa hari...
jom kita tingkatkan amal kita...
jangan sia-siakan peluang yang ada...
moga ramadhan kali ini...
ramadhan yang terbaik buat kita semua
ameen...