Wednesday, July 28, 2010

rezeki itu dari Allah





Bismilahirrahmanirrahim..



Assalamualaikum wbt....




Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah tuhan sekalian alam.

selawat dan salam ke atas nabi Muhammad saw serta keluarga dan sahabat

baginda...



apa khaba yer teman-teman sekalian?akhir-akhir ini,saya dapat

rasakan saya kurang update kolam ni..setiap kali melayari internet

ada sahaja tempat yang hendak di tuju.tambahan lagi, dah tamat belajar.

 banyak perkara yang perlu di ambil kira. nak sambung belajar

atau nak kerja. kalau sambung kat mana?kalau nak kerja kat mana?

banyak persoalan yang perlu di jawab.kepada adik-adik yang masih

belajar rancanglah sebaik mungkin yer, supaya jelas masa depan






Bagi saya yang merupakan lepasan ijazah pendidikan, terus

menjadi cikgu bukanlah jawapannya. kata orang dah ambil

 ijazah pendidikan, senanglah dapat kerja.betul ker? tidak

semudah yang di sangka... zaman sekarang ni, boleh dikatakan

penuh dengan birokrasi. insyaAllah ada baik dan ada buruknya.

kadang-kadang kita menjadi mangsa kepada arus kemodenan pada hari ni.






nak jadi cikgu pun ada birokrasinya. perlu isi borang. kemudian

tunggu untuk panggilan interview, kemudian tunggu lagi untuk

posting ke tempat yang kita inginkan, jika kita bernasib baik

dapatlah tempatnya. tapi, sekiranya tiada, kita akan di hantar

ke tempat yang ada kekosongan..begitulah ceritanya...

nampak macam mudah, tapi tempoh untuk panggilan interview

dan juga posting ambil masa lebih dari sebulan..saya rasa bukan

bakal cikgu sahaja yang mengalami situasi ini. malah bakal

ahli farmasi juga. itulah yang telah diceritakan oleh kawan saya

di johor, yang sedang menunggu posting untuk ahli farmasi...






mungkin semasa menuggu panggilan untuk interview, nama kita

tidak tersenarai..apa perasaan yer?sedih, marah, kecewa...

tambah lagi bila kita menghubungi pihak berkenaan, alasan yang

 tidak munasabah telah diberikan..tetapi, apabila kita letak semuanya

pada kuasa Allah..insyaAllah hati akan redha dan pasrah menerimanya..

setiap orang ada rezeki masing-masing yang Allah dah tentukan..






"Apa yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya,

redhalah dengan apa yang berlaku kerana redhanya yang kita cari.."






dipetik dari buku bekalan dalam jalan da'wah oleh mustafa masyhur:






seorang mu'min redha terhadap rezekiyang diagihkan oleh Allah swt,

kerana sesungguhnya Allah swt Maha Mengetahui dan Maha Melihat

hamba-hambaNya. Allah telah berfirman dalam surah Asy-Syu'ra:27






" Seadainya Allah memewahkan rezeki bagi setiap hambaNya,

nescaya mereka akan melampaui batas di bumi

(dengan kufur dan maksiat). Tetapi Allah menurunkan rezeki

menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang

dikehendakiNya. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui

dengan mendalam lagi Maha Melihat akan segala hambaNya"


kepada kawan-kawan yang menerima panggilan interview untuk

GST 2010, tahniah saya ucapkan..kepada yang tidak berjaya,

janganlah bersedih hati..kita cuba lagi utk hujung tahun ni...

semoga rezeki dari Allah akan menyebelahi kita insyaAllah..






2 comments:

Zawani said...

terima kasih shbtku...
Moga Allah melimpahkan rezeki n rahmatNya buat kita..terima qada' n qadarNya dgn seikhlasnya...

halawatul iman said...

sama-sama wani..
marilah kita redha..