Tuesday, June 22, 2010

sibuk ker?

Bismilahirrahmanirrahim...


Assalamualaikum wbt…
Alhamdulillah,marilah kita mengatur setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah swt kerana dengan izin Nya dapat kita hidup dgn aman dan bahagia pada hari ini…pada mereka yg bergelar student, pastinya bahagia dan seronok sekarang ni.

Mana taknya,cuti semester sedang berjalan..tp, gunakan masa sebaiknya yer adik-adik…jgn lah kita termasuk di kalangan orang yang rugi..pesanan utk diri ini juga sebenarnya, terlalu leka dgn nikmat masa dan nikmat lapang yg Allah beri…

Sibuk ker?
Satu persoalan untuk diri saya sebenarnya.
Rasanya dah lama saya tak update kat kolam ni… Cuaca panas skrng ni,mungkin boleh dikatakan satu sebab kenapa kolam atau sungai kering.tp, sekiranya kolam maya ini kering,takkan sebab cuaca panas pula yer?pastinya sebab saya sendiri..maafkan saya.
Selepas tamat peperiksaan awal mei yang lepas, kami satu rumah bertungkus lumus siapkn research. Bak kata supervisor kami “this is ur product, so do ur best!”…memang bersengkang mata jugalah..terutamanya bila sampai bab mengedit.


Buat teman-teman yang dalam rangka nak menyiapkan research, saya ingin sarankan carilah editor untuk research kalian. insyaAllah research akan lebih mantap. Janganlah jadi seperti kami, grammar..subhanallah tunggang terbalik.mungkin, itulah sebab utama kami tak boleh dapat A.

Cuti bermula..
Sebelum cuti bermula, dalam menyiapakn research shbh, pck dan mck d Kelantan sdh mula menelefon. Mengkhabarkan program remaja yang akan berlangsung cuti sekolah nanti…tak sabar rasanya nak bersama, berprogram. Meneruskan lg proses ta’ruf bersama shbh2 yang dikasihi dan disayangi kerana Allah..moga Allah memelihara ukhwah kami..

PESONA
Alamdulillah, Allah telah beri kekuatan pada kami…
Dapat menjalankan satu program yang diberi nama kem pesonaliti remaja puteri. Program ini julung kalinya diadakan di Kelantan..Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan kami. insyaAllah saya kongsikan lagi akan datang.

Kem Anak Soleh 4
Seusai PESONA. Rehat 1 hari, saya dan shbh2 lain terjun ke program Kam Anak Soleh 4. Alhamdulillah, Allah beri kekuatan buat kami. Penat itu, satu yang pasti. Tp, Allah izin penat itu hilang bila melihat semangat shbh dan jg shbt. Semoga kalian terus bersemangat dalam melaksanakan tanggungjawab seorang muslim…takbir!
Banyak kenangan sebenarnya sepanjang PESONA dan juga KAS 4..moga Allah izinkan saya untuk berkongsi di kolam ini..insyaAllah…
 Buat shbh yg di kasihi, anis jzkillah kerana sudi hadir bersama si comei umar…terubat rindu sekian lama..maaf xdapat luang masa yang lama ye anis..
insyaAllah ptg esk saya akan ke sabah..lusa,family akan menyusul..kak long beli tiket xsama tarikh,nak dapatkan tiket yang murah =)..xsabar rsnya nak jumpa salman al-farisi..
semoga Allah merahmati perjalanan saya dan family..
sebelum terlupa,di kesempatan ini..saya ingin mengucapkan selamat

pengantin baru buat mawarku, ahli bait 303 yang telah melangsungkan

perkahwinan 7hb yg lepas...

kepada nik & kero..semoga bahagia dunia dan akhirat..



2 comments:

Diary Qol said...

salam kak..anis juga syukur pada Allah dpt jumpa akak meskipun sekejap cuma..terubat rindu.. =)

halawatul iman said...

Alhamdulillah..moga Allah pelihara ukhuwah yg terbina..
xpuas rasanya bersama umar =)