Alhamdulillah segala puji hanyalah bagi Allah…
Tuhan sekalian alam…
Marilah kita sama-sama merafa'kan kesyukuran kepada Allah swt di atas segala nikmat yang telah diberikan kepada kita…
Semoga kita semua tergolong dalam golongan hamba-hambaNya yang bersyukur…
Alhamdulillah,
Selesai sudah Perhimpunan Perdana Palestine….
Semoga Allah permudahkan rombongan LL4 Gaza yang akan berangkat 15hb ni…
Peluang
Dengan izin Allah, saya dapat ke Stadium Malawati pada 8hb…sememangnya saya hajat untuk kesana..walaupun gathering class diadakan di PD pd 7-8hb…dapat juga saya excuse awal,walaupun tak berapa awal sebenarnya…kalau awal, pastinya saya dapat solat hajat bersama..tapi tak mengapa,apa yang dapat saya saksikan pada mlm tu..benar2 membuktikan kasih sayang kita pada saudara kita di sana juga semangat para pemuda dalam menyelamatkan Palestine…
Ucapan
Setiap wakil2 dari NGO menyampaikan ucapan yang cukup bersemangat…
Wakil dari Turki juga turut hadir memberi ucapan, menyatakan boat dan juga kapal yang sudah bersiap sedia untuk memulakan LL4 Gaza…
Saya masih teringat seorang wakil NGO mengatakan..rombongan LL4 Gaza kali ini ibarat kapal-kapal tentera Sultan Muhammad Al-Fateh yang cuba menakluki kota konstantinapal…
Semoga bantuan Allah sentiasa besama rombongan LL4 Gaza..
Semangat
Tak dapat dinafikan, saya benar-benar kepenatan pada malam itu..lantaran tidur lambat semasa di PD dan juga memandu kereta dari PD ke Shah Alam, menempuh hujan yang saya kira sangat lebat di Seremban…terlintas juga di fikiran, “larat ke nak g stadium ni?”…mata pun berat semacam..
Alhamdulillah, Allah kuatkan juga azam saya dan memilih untuk sama-sama berada di sana…
Sepanjang program berlangsung…saya hanya mampu duduk bersama shbt yang saya kasihi..terasa ingin turun ke bawah menyertai shbh2, merasai kehangatan nasyeed2 jihad, mengibarkan bendera Palestine juga banner Palestine…
Alhamdulillah, walaupun tak turun. Tp, saya dapat lihat adik-adik yang saya sayang dari atas..ibrahim, syofiyah dan juga Atiyah..begitu semangat sekali..subhanallah..semoga keluarga kita sentiasa rasa izzah dengan bumi barakah Palestine..sambil-sambil melihat hadirin,saya nmpak seseorang…saya senyum (“,)…mak pun ada…ayah? Tak dapat dikesan,pastinya disebelah lelaki...
kak long dan keluarga shj tak ada..sekiranya kak long dan keluarga ada, insyaAllah cukuplah RASAISA =)…
link tentang malam kejadian:
1 comment:
untuk melihat dengan lebih jelas lg malam kejadian..
sila taip "perhimpunan perdana palestine 4" di U tube...
Post a Comment