Saturday, December 26, 2009

pengalaman yang tak terbeli..

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah,Allah memberi lagi kesempatan untuk saya mencoret sesuatu di kolam ini. terasa kolam ini kurang terisi, walaupun cuti panjang. Allah izin,kerja-kerja yang perlu dilakukan lebih banyak berbanding masa yang ada.kadang-kadang saya terfikir,yang mana harus diutamakan?...

rasanya,bukan saya seorang shj yang merasakan sedemikian...

disinilah terletak nya dua dari sepuluh sifat muasofat tarbiyah iaitu tersusun urusannya dan bijak mengurus masa..

setuju?

insyaAllah,sama-sama kita praktikkannya..
sebut pasal muasofat tarbiyah,teringat pula KMK 3 Zon timur. salah satu objektif KMK kali ini ialah penerapan 10 sifat muasoffat tarbiyah di kalangan peserta.sifat yang perlu ada di kalangan remaja hari ini.mungkin saya boleh senarai disini,insyaAllah..
.


10 muasofat tarbiyah

1) aqidah yang sejahtera

2) ibadah yang betul


3) akhlak yang sempurna


4) mampu berdikari


5) berilmu pengetahuan


6) badan yang sihat


7) berjuang melawan nafsu

8) tersusun urusannya

9) bijak mengurus masa

10) bermanfaat kepada orang lain


post sebelum ni, bertajuk KMK 3 yang luar biasa..

mesti teman-teman tertanya-tanya kenapa luar biasa?


insyaAllah,saya nak kongsi di sini kenangan sepanjang KMK 3...

peserta
seperti yang saya telah maklum,peserta Allah izin di luar jangkaan.alhamdulillah...

ambil kata dari ukhti yang saya kasihi,"baguh adik-adik ni,hajat sungguh kepada program"...
kata-kata ni menguatkan lagi hati saya,untuk buat yang terbaik sepanjang kmk.peserta yang tiba dari tiga buah negeri yang berbeza, sememangnya menempuh perjalanan yang jauh untuk sampai ke hutan lipur, bukit bakar machang...moga Allah merahmati perjalanan mereka...



tracking
petang pada hari pertama program, saya dah mula tracking.belum sempat sesi ta'ruf bersama adik-adik..mula-mula nak bg peluang kat fasi lain,tapi bila fikirkan balik saya harus pergi untuk melihat track dengan lebih jelas,
memandangkan saya dan adik saya, atiyah yang buat
modul kembara alam iaitu modul untuk tracking.
dengan niat untuk melihat track dengan lebih jelas, saya dan ukhti yang di kasihi, su mengikut shbt dr belakang.mencabar juga track nyer.ada dua,basah dan kering.terjatuh pun ada,alhamdulillah tak ada apa-apa.
mungkin,kurang persediaan,saya dan su hanya pakai sandal biasa sahaja.hanya Allah yang tahu, betapa licinnya batu-batu dalam sungai.tambahan sandal yang saya pakai,separuh botak =)..


sepanjang tracking,rasa terpesona dengan keindahan alam yang tak terusik.subhanallah,hebat ciptaan Allah ni..dengan bunyi air yang mengalir dan ungkas bersahut-sahutan...dalam hati terdetik,adik-adik peserta mesti suka tracking esok ni..insyaAllah...
sepanjang tracking,kami hanya ikut dari belakang.tak kami sangka, esoknya,sebelum kembara alam bermula, semasa sesi taklimat, saya dan su di amanahkan untuk menjadi guide kepada adik2 peserta.ya Allah!jadi guide,boleh ker?mula ragu-ragu dengan diri sendiri..

setelah kumpulan dibahagi,saya telah diamanahkan untuk membawa adik-adik perempuan seramai 29 orang...alhamdulillah,untuk track kering perjalanan smooth jer..tp,bila sampai track yang basah,Allah izin kami sesat 3x...maafkan kak yer adik-adik..rasa bersalah sangat.bukit tak perlu kami daki,kami daki...

alhamdulillah,jarak antara kumpulan tak jauh.Allah selamatkan kami,sebelum pergi jauh...mungkin,sebab utama kami sesat adalah disebabkan track basah kami ikut dari belakang,bukan dari depan macam saya lalui..track basah ditukar last minute,masa taklimat..alhamdulillah,Allah banyak bantu team saya..
adik-adik pun senyap jer,tak merungut.alhhamdulillah..


sepanjang kembara alam,ada 10 check point bersamaan dengan 10 muasofat tarbiyah.alhamdulillah,fasi setiap check point kreatif dalam melaksanakan modul.cukup dengan masa yang diperuntukkan..TAHNIAH fasi!!!




pengisian
alhamdulillah,pengisian kmk kali ini walaupun hanya hanya beberapa slot.tapi sangat bermakna.mana tidaknya adik-adik telah diberi penekanan tentang 10 muasofat tarbiyah, penekanan tentang peranan remaja hari ini dan mauqif sirah yang berbeza antara peserta lelaki dan perempuan...alhamdulillah,daripada komen yang diberi adik-adik berpuas hati dengan pengisian yang telah dijalankan.



ukhuwah

setiap program, ukhuwah lah pengikat hati antara semua yang terlibat.samada antara peserta dengan peserta,fasi dengan fasi, juga antara peserta dan fasi...semoga Allah pelihara ukhuwah yang terbina antara kita...
kepada shbh2 dari terengganu dan phng jzkillah atas bantuan kalian,berkerja bersama shbh2 semua tak terasa penatnya kerana kehangatan ukhuwah sentiasa terasa...
kepada ukhti yang dikasihi,su.kak ingtkan su tak jadi datang..
alhamdulillah,kehadiran su benar-benar memberi kekuatan buat kak aishah.di tambah lagi dengan tracking bersama.alhamdulillah...
Allah telah memanjangkan lagi proses ta'ruf antara kita.moga ukhuwah ini terpelihara dan berpanjangan,insyaAllah.



tarbiyah
dimana-mana sahaja pasti adanya tarbiyah...
kmk 3 kali ini,benar-benar menguji peserta dan juga fasi.dengan kemudahan yang terbatas,nama pun kem kan... kemudahan yang saya maksudkan ialah kemudahan asas seperti tandas, bilik tidur dan kantin.peserta terpaksa berkongsi semaksima mungkin..
mana tidaknya,semua kemudahan ini mencukupi hanya untuk 20-30 peserta.tapi, kerana kesabaran yang tinggi di kalangan peserta,alhamdulillah,Allah izin semuanya berjalan lancar..sama-sama kita jadikan ianya salah satu tarbiyah dari Allah..



kepada adik saya yang dikasihi,atiyah,timb fasi kmk 3...maaf ye kalau terasa terbeban dengan amanah yang diberi...moga atiyah dapat jadikan kmk 3 kali ini satu medan latihan,dalam menjadi seorang da'i..salah satu tujuan ikut tracking pada hari pertama,nak bagi peluang kat atiyah supaya lebih matang dalam melaksanakan program...

insyaAllah,moga Allah bagi kekuatan buat Atiyah dalam menjadi seorang mujahidah...buat saya juga =)
insyaAllah,sekian sahaja coretan saya untuk kmk 3...


kepada semua fasi dan juga adik-adik peserta,doakan moga kita dapat bertemu lagi di kmk 4...


dimana yer?sama-sama kita nantikan..

selingan:

ada satu komen dari adik peserta perempuan,yang benar-benar membuat saya tersentuh.komennya berbunyi...

"Alhamdulillah,saya bersyukur sbb dpt ikut program ni.inilah kali pertama kem yang telah mengingatkan saya bhw tugas saya adlh sngt besar.program ni byk menggunakan praktikal bukan secara teori.harap teruskan cara ini.saya harap dapat mengasingkan lelaki dan perempuan sbb bila hanya ader puteri sahaja kita akan rasa betapa kuatnya ukhuwah itu. seperti yang pernah saya alami di KAS 1..."


KAS 1,walaupun hanya 2 hari.tetapi,benar-benar berkesan buat adik ni.alhamdulillah...

tahniah buat ukhti anis =) yang telah menjayakannya KAS





4 comments:

syaheed said...

subhanallah, kak shah yang amat2 su rindui..pengalaman berada dalam program KMK kali ni takkan su lupakan..malah ia masih lagi tergiang2 dalam hati su..rasanya ni first time su jadi guider..sebelum ni follower je..mencabarnya Allah sahaja yang tahu..su takut juga kalau2 su lah penyebab adik2 yang lain sesat...masyaAllah,semoga ia memberi pengalaman berharga buat kita semua..insyaAllah, moga bertambah amal kita...

halawatul iman said...

insyaAllah su,sama-sama kita doakan...

syaheed said...

salam, kak shah...dah buat tesis ke?hehe

halawatul iman said...

inAllah in progress...
doakan ye su..
su pula mcm mana?
mesti dah mula buat proposal =)